Sudahlah TV3 …….
Pusat pengundian telah pun sepatutnya ditutup diseluruh negara 5 minit tadi iaitu jam 5.00 petang. Proses pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dijangka bermula bila-bila masa sahaja.
Baru sebentar tadi Berita Terkini TV3 terus memainkan lagi isu insiden di Rusila pagi tadi. Mereka sehingga mengambil inisiatif memanggil Ketua Polis Negara melalui talian bagi meneguhkan lagi agenda mereka untuk memburukkan PAS.
Anehnya Ketua Polis Negeri itu sendiri mengakui bahawa keadaan telah kembali tenang. Menurut beliau seawall jam 12.30 tengaharitadi semua telah reda, pasukan FRU pun sudah diundurkan. Bermakna kini sudah lebih empat setengah jam namun TV3 terus mahu mengeruhkan keadaan.
Sebagaimana yang saya sebutkan Presiden PAS sendiri telah mengarahkan agar semua pihak bertenang dan para petugas kembali bertugas disamping pengundi yang belum mengundi terus mengundi tengahari tadi.
Memandangkan kejadian itu sudah menjadi kes polis maka biarkanlah siasatan dilakukan dan jika ada kes kita menyerahkannya kepada mahkamah untuk diputuskan. Apa pun proses pengundian sudah selesai, TV3 tumpukanlah pada kerja-kerja terus menjilat dan memuji BN sehingga keputusan akhir diketahui nanti.
No comments:
Post a Comment