Wednesday, March 12, 2008

“Buku” baru buat Malaysia

Kata Prof Di Raja Ungku Aziz: Ini (keputusan PRU ke 12) bukannya suatu “chapter” atau babak baru tetapi ia sebenarnya suatu buku baru buat Malaysia.

Saya bersetuju sangat dengan pandangan Pak Ungku itu, itulah sahaja yang boleh saya simpulkan terhadap “upset” besar dari PRU ke 12 lalu. Saya memohon maaf kepada kawan-kawan dan mereka yang meminati BLOG ini kerana tidak melakukan “update” sejak 8 Mac lalu.

Rupanya dengan kemenangan datangnya tugas dan tanggungjawab baru yang lebih besar dan rumit, yang semuanya perlukan penyelesaian segera. Apa pun Alhamdulillah Allah swt telah menganugerahkan kemenangan, maka bagi mereka yang diberi amanah, pastikan ianya dipikul dengan baik dan tidak lagi menghampa atau menyakitkan rakyat.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli-ahli parlimen dan ADUN yang diberikan kepercayaan oleh rakyat tidak kira samada dari BN (yang menjadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor) atau PAS,PKR dan DAP. PRU ke 12 adalah isyarat yang besar buat semua. Rakyat Malaysia sudah bangun dan membuka buku baru, marilah kita bersama insaf dan mengisinya dengan penuh tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

Saya tertarik apabila mengunjungi laman web Umno Selangor dan membaca yang berikut:

Terima kekalahan. Sudah diterangkan, sudah dijelaskan, Rakyat terutama di bandar besar dihimpit oleh inflasi, tol, harga petrol dan BLR, tetapi Pak Lah merasakan ia tidak apa.

Sudah diterangkan, sudah diceritakan di laman ini betapa rakyat bukan Melayu terutama dari kaum Cina tidak berpuas hati dengan ekonomi negara. Tapi akhbar gah melambakkan cerita kenaikan ekonomi dan bursa saham yang dijana oleh syraikat gergasi.

Sudah dinyatakan bahawa tindakan kerajaan menghentikan beberapa projek yang dirancang telah melembabkan ekonomi tetapi enggan diakui.

Tiada sebab lain pun banyak kerusi kalah kecuali tekanan hidup hasil pengurusan ekonomi negara yang tidak bijak.


Negara untung, syarikat besar untung tetapi rakyat tidak untung. Hasilnya inilah keputusan yang kita dapat.

Terima kasih atas sokongan anda semua.

No comments: