Tuesday, March 04, 2008

PAS bukan parti ganas

Kenyataan akhbar saya mendapat liputan mukadepan akhbar Berita Harian hari ini. Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari pihak media, mereka kini diarahkan oleh Ketua Pengarang masing-masing untuk mendapatkan reaksi dari pihak Umno dan BN. Esok sudah pastilah PAS akan digambarkan sebagai parti pengganas, jahat dan pencetus huru-hara.

Saya merayu semua pihak agar mengambil masa membaca sepenuhnya kenyataan itu, jangan sekadar dilihat pada tajukanya sahaja iaitu:

PAS sedia guna kekerasan.


Saya berterima kasih kepada wartawan yang membuat liputan itu kerana menyiarkan hampir keseluruhan kandungan kenyataan saya. Yang pentingnya PAS menyatakan bahawa:

PAS mengingatkan bahawa atas semangat mempertahankan demokrasi, PAS akan melakukan apa saja tindakan bagi menghalang pengundi hantu ini dibawa masuk ke Kelantan dan Terengganu.

Bukankah mukadimah Rukunegara itu sendiri menyatakan dengan jelas: Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak memelihara satu cara hidup demokratik. Membawa masuk pengundi hantu, pengundi luar yang didaftarkan secara terancang untuk mengundi di Kelantan dan Terengganu, menguna pakai nama pengudi yang telah meninggal dunia atau tidak eprnah dating mengundi dan lain-lain, adalah taktik yang kotor dan tidak demokratik yang ternyata bertentangan dengan semangat Rukunegara.

PAS tidak menghalang malah menggalakkan pengundi-pengundi anak Kelantan dan Terengganu di perantauan untuk balik mengundi. Apa yang kita dapat terima adalah kehadiran pengundi-pengundi “terancang” atau impot yang tidak ada kena mengena dengan Kelantan atau Terengganu, digunakan untuk menggagalkan proses demokrasi iaitu untuk menaikkan kerajaan yang diberi mandate oleh rakyat tempatan.

PAS mendedahkan perkara ini awal-awal lagi dengan harapan operasi jahat ini tidak akan berlaku, tetapi kiranya berlaku juga, maka apa pilihan yang tinggal pada PAS selain mengambil tindakan sendiri.

Kita mengharapkan semua pihak menghormati proses demokrasi ini, PAS sedia menerima kekalahan kiranya rakyat Kelantan menolaknya, tetapi jika kekuatan “luar” seperti ini dieksploitasi untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat, tatkala itu yang membunuh demokrasi adalah Umno dan BN, bukan orang lain.

No comments: