Salah seorang blogger terkenal dalam negara iaitu Sdr Jeff Ooi, kini bertanding atas tiket DAP untuk kerusi Parlimen Jelutong. Blogger yang fasih berbahasa Melayu ini saya kenali sejak sama-sama terlibat dalam dunia blog (saya pernah menemuramah beliau untuk suatu rancangan forum WTV8 tahun lalu). Kesungguhannya untuk terjun ke arena politik Malaysia bagi menuntut perubahan mengkagumkan ramai.
Jeff memaksimakan penggunaan blognya untuk bukan hanya berkempen dan memperkenalkan dirinya, malah dana pilihan rayanya juga dikutip melalui blognya itu menjadikan beliau calon pilihan raya yang pertama di Malaysia yang berbuat demikian.
Beliau mensasarkan mengutip sejmlah RM100,000 bagi membiayai perbelanjaan jentera pilihan rayanya. Menurut peraturan pilihan raya, calon Parlimen diberikan had perbelanjaan tidak melebihi RM200,000 (saya tidak pasti adakah 200,000 itu untuk calon-calon BN dalam nilai Dolar Amerika).
Dalam postingnya yang terbaru Jeff mengumumkan yang tabung dananya yang dilancarkan melalui blognya itu kini telah melebihi sasaran. Beliau telah berjaya mengutip sehingga kini RM113,000.00 iaitu RM13,000 lebih dari sasaran. Ini menunjukkan betapa berkesannya kempen beliau itu dan bagi saya lebih penting lagi betapa bersungguhnya masyarakat Malaysia khasnya dari keturunan Cina menyumbang kea rah menjatuhkan BN dalam pilihan raya kali ini.
Mungkin Roslan SMS perlu melancarkan tabung dananya untuk Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, macam mana?

No comments:
Post a Comment