Kedaaan sebenar di Rusila
Saya baru menerima panggilan dari Tuan Guru Presiden Pas dari Ruslia. Keadaan di sana kini terkawal. Petugas-petugas PAS diarahkan kembali bertugas dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pilihan raya.
Anak kepada Tuan Guru, Sdr Mohd Khalil kini ditahan oleh pihak polis untuk direkod kenyataannya. Beliau kini berada di Hospital KT kerana menerima rawatan kecederaan ringan yang dialaminya.
Oleh itu PAS menyeru semua ahli-ahli dan penyokong parti ditempat-tempat lain agar memberi tumpuan kepada tugas masing-masing dan jangan memberi ruang kepada pihak BN untuk mengambil kesempatan dari keresahan dan kegusaran kita.
Tuan Guru Presiden sendiri kini berihat di rumah dan sedang menguasai suasana di sana. Masjid Ruslia melalui sistem siar rayanya sedang mengarahkan orang-ramai agar keluar mengundi seperti biasa.
No comments:
Post a Comment