Keputusan SPR berpihak pada kita
Saya yakin rakyat Malaysia yang prihatin yang membaca akhbar tempatan hari ini darihal alas an pembatalan penggunaan dakwat (celup jari) oleh SPR dalam PRU ke 12 ini akan merasa mual dan bosan dengan taktik kotor BN dan SPR. Alasan tidak masuk akal kononnya ada pihak yang telah membeli dakwat khas dari luar negara untuk digunakan pada hari mengundi sehingga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam sehingga ianya terpaksa dibatalkan sangatlah dangkal dan lemah.
Apa pun pembatalan ini membutikan BN dalam kepanasan dan mula resah serta bimbang. Pengaruh parti-parti pembangkang sejak kebelakangan ini walaupun diasak oleh iklan BN di radio, tv dan akhbar-akhbar, terus meningkat dari hari ke hari. Dan kini dengan pembatalan penggunaan dakwat ini secara tiba-tiba dengan alasan yang tidak munasabah, saya yakin simpati rakyat terhadap pembangkang semakin besar.
Kita terima sahaja pembatalan ini kerana kita tidak memiliki kuasa untuk menghalangnya, yang penting kita tahu sokongan kita semakin meningkat. Kerana itu kita perlu pertingkatkan kerja dan usaha kita, ceramah-ceramah kelompok perlu dilipat-gandakan, calon-calon mesti terus turun ke bawah bertemu dengan rakyat. Dan yang paling penting pastikan pada hari mengundi kita bertugas dengan penuh berani dan teliti, pastikan segala hantu syaitan ditambat dan disumbat dalam neraka.
Insyallah berdasarkan maklumat terkini, kita mampu membawa perubahan besar dalam negara dan di negeri-negeri kita berpengaruh. Terima kasih SPR kerana menzahirkan belang anda untuk memenangkan kami.
No comments:
Post a Comment