Friday, June 30, 2006

Kalau mahu pecat Tun pecat sekali Ku Li

Ramai mungkin tidak senang dengan apa yang mahu saya tuliskan ini, namun setelah lama berfikir saya merasakan mahu juga berkongsi pandangan saya ini walaupun mungkin sedikit radikal ataupun ultra.

Saya mula terfikir akan hal ini apabila Nazri Aziz mengeluarkan cabarannya yang terkenal itu iaitu mencabar Tun Dr Mahathir agar menjadi jantan dan meninggalkan Umno kerana bersungguh sangat mahu mengkritik dan menyerang kerajaan dan duduk bersama pembangkang.



Sementara polemik isu ini terus disepak-terajang ke sana ke mari, saya terfikir, kenapa tidak pula ada pihak dalam Umno yang membuat cabaran yang sama terhadap seorang lagi tokoh Umno yang juga tidak kurang hebatnya apabila diberi kesempatan mengkritik Umno.

Beliau adalah ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam kes Tun, beliau sekadar seorang bekas PM dan bekas Presiden. Beliau kini seorang ahli biasa, sudah tidak berjawatan, tidak berkuasa. Sedangkan Ku Li masih ahli parlimen masih berjawatan dalam Umno kenapa tak ada yang berani mencabar beliau? (Rasanya disiplin parti septutunya lebih ketat terhadap seorang ahli yang berjawatan seperti Ku Li).

Ku Li juga pernah mengeluarkan kritikan sepedas Tun terhadap kerajaan malah pernah Malaysia Today menyiarkan video interview dimana Ku Li telah mengkritik kris kenaikkan harga minyak tempoh hari serta masalah ekonomi negara dan isu Proton.

Kalau Tun secara kebetulan terserempak dengan tokoh-tokoh PAS semasa majlis dialog di Taman Melawati tempoh hari, Ku Li pula pernah meraikan kepimpinan Dewan Pemuda PAS di rumah beliau baru-baru ini dengan penuh intim dan mesra.

Malah Ku Li pernah hadir dalam satu forum sebelum ini yang turut dihadiri tokoh-tokoh PAS dan Keadilan.

Dan Ku Li satu-satunya tokoh Umno dalam rekod yang pernah mencabar dua orang Presiden Umno. Beliau pernah mencabar Tun dahulu dalam perratndingan jawatan Presiden Umno dan hampir mencabar Dollah baru-baru ini, cuma kandas dalam round pertama apabila gagal memperolehi pencalonan yang cukup.

Jika Tun mahu dipecat, kenapa anak Raja Kelantan ini tidak pula dipecat sekali?

Dan jangan lupa pecat juga sesiapa sahaja dalam Umno yang ada hubungan dengan PAS dan parti-parti pembangkang (kalau cadangan dangkal Nazri mahu diambil kira). Mungkin kedudukan Shahrir Samad sendiri perlu dikaji semula kerana adiknya adalah Ketua PAS Shah Alam. Begitu juga seorang Ketua Umno Bahagian di Kelantan yang adiknya adalah ahli EXCO PAS Kelantan. Dan senari ini akan menjadi lebih panjang lagi jika kajian menyeluruh dilakukan.

Jelas budaya ugut-mengugut, cabar-mencabar dan pecat memecat ini nampaknya akan menjadi budaya Umno dizaman Dollah. Budaya tokoh-tokoh Umno mula bangun mengkritik dan menyerang pimpnan tertinggi Umno juga semakin subur dizaman Dollah.

Adakah ini bukti keterbukaan Dollah atau ianya sebagai bukti besar betapa lemah dan kacaunya kepimpinan Dollah. (Saya musykil dalam keadaan rumah tangga Umno kacau bilau, Dollah dan keluarga boleh mengambil cuti dua minggu di luar negara!)

Sementara itu dalam akhbar THE STAR hari ini Pergerakkan Wanita Umno Cawangan Lubuk Kawah dalam Bahagian Kubang Pasu telah meluluskan usul mendesak agar Nazri Aziz dipecat dari parti tersebut kerana kenyataan biadapnya terhadap Tun tempoh hari.

Thursday, June 29, 2006

Bekas SU Politik Tun dakwa diugut

Pagi tadi Matthias Chang, bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir semasa Tun PM dahulu telah mengadakan suatu sidang akhbar yang panjang lebar di pejabatnya di KL.

Beliau sebelum ini telah mencabar kedua-dua Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi NST Kalimullah Hassan untuk berdebat bagi membuktikan yang mereka bukan dalang di sebalik Dollah Badawi yang telah menggunakan kesempatan yang ada bagi memperkayakan kedudukan masing-masing.

Sehingga kini kedua-dua yang berkenaan itu tidak pun menyahut cabaran Matthias dan sebaliknya Matthias diserang oleh pelbagai pihak khususnya dari kalangan Umno kerana didakwa bersumpah dengan al Quran semasa membuat cabarannya itu (Matthias sebelum ini dilaporkan telah bersumpah dengan kitab-kita suci semua agama termasuklah al Quran bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau).

Hari ini Matthias membuat suatu pendedahan baru. Katanya beliau telah diugut oleh pihak-pihak tertentu termasuklah oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Kata beliau Timbalan Menteri berkenaan menyampaikan kata-dua dari pihak atasan iaitu agar Matthias berhenti dari mengeluarkan cabaran dan pendedahan, jika tidak beliau boleh dipenjarakan.

Kata Matthias beliau langsung tidak pedulikan ugutan itu dan malah bersedia menghadapi risikonya kerana beliau yakin apa yang didedahkan oleh beliau dan Tun sejak akhir-akhir ini adalah benar belaka.

Beliau kesal bagaimana Khairy yang tidak pernah dilantik ke apa-apa jawatan kerajaan boleh menguasai dan mempenngaruhi keputusan-keputusan kerajaan, semata-mata kerana beliau adalah menantu kepada PM. Dan kini Khairy menguasai sebuah bank pelaburan iaitu apabila Avenue Capital Resorce Berhad dan syarikatnya ECM Libra Bhd (yang turut dipunyai Kalimullah) bergabung dan disenaraikan di Bursa Malaysia semalam dalam satu usahasama yang melibatkan RM293 juta.

Kata Matthias Khairy telah menggunakan kedudukannya khasnya melalui bapa mertuanya untuk memperolehi bank pelaburan ini.

Apabila kita memikirkan segala dakwaan dan kritikan Tun disamping cabaran dan pendedahan berani Matthias ini, kita bimbang negara hari ini benar-benar sedang dikuasai oleh mereka yang lemah dan dilemahkan dengan kehadiran satu-dua individu tertentu yang kelihatan menguasai negara di sebalik tabir.

Sampai bilakah permainan ini akan berterusan sedangkan Dollah ke hulu hilir menjual dan menajaj agenda perang rasuah dan kerajaan telus dan berintegriti beliau itu. Mana ada telus dan mana ada integriti jika anak dan menantu PM sedang secara aktif menggunakan kedudukan beliau untuk mengaut keuntungan masing-masing.

Sementara itu Matthias menyatakan beliau akan menyaman Kalimullah Hassan dan meminta mana-mana pihak samada Dollah ataupun Kahiry ataupun Kalimullah sendiri untk menyamannya agak beliau boleh menyatakan kebenaran di mahkamah yang terbuka.

(adalah difahamkan Saluran Web TV WTV8 http://wtv8.tv akan menyiarkan sidang akhbar Matthias ini pada hari Sabtu ini 1 Julai 2006 jam 9.00 malam)

Bukti pembohongan kerajaan di Parlimen

Semalam dalam BLOG ini saya menulis betapa Setiausaha Parlimen Kementerian Luar dan Ahli Parlimen Dungun telah berbohong dalam isu HAMAS di Dewan Rakyat.

Berikut saya sertakan HANSARD Parlimen yang diperolehi dari Laman web Parlimen Malaysia:

Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]:

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam Persidangan NAMCoB ataupun Mesyuarat Negara-negara Berkecuali di Peringkat Biro Penyelarasan baru-baru ini di antara 27 hingga 30 Mei, yang mana ada dinyatakan dalam media Harakah, lidah rasmi parti pembangkang PAS di Malaysia kita ini yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah memberi layanan yang buruk kepada Dr. Mahmoud Al-Zahar iaitu Menteri Luar Palestin yang mewakili daripada parti Hamas.

Kalau ini benar sehingga ada kenyataan dalam Harakah yang menyatakan Dr. Mahmoud memboikot mesyuarat tersebut dan ini menjejaskan kredibiliti kepimpinan negara kita, dan kalau ini dinyatakan benar, apakah sebenarnya yang berlaku dalam isu yang dinyatakan dalam media Harakah berkenaan. Terima kasih.

Tuan Ahmad Shabery Cheek:

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat bagi Dungun. Saya kira kalau benar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, adalah tidak benar sama sekali. Kita tidak pernah memberikan layanan buruk kepada sesiapa terutama sekali kepada pihak Hamas yang menjadi tetamu kita juga pada sidang tersebut.



Mesranya PAS dengan HAMAS

Perlu dijelaskan juga, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Malaysia telah menghantar surat
jemputan bagi sidang NAM-CoB di Kuala Lumpur baru-baru ini kepada pihak Kementerian Luar Palestinian Authority ataupun Autoriti Palestin di mana pihak Menteri Luar, Mahmoud Al-Zahar sendiri telah menyatakan bahawa beliau akan datang. Tetapi dalam pertemuan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sidang di Sharm El-Sheikh baru-baru ini, perlu dijelaskan bahawa Presiden Mahmoud Abbas turut menyatakan bahawa pihak beliau akan menghantar Farouk Al-Kaddoumi sebagai wakil daripada PLO untuk hadir di sidang NAMCoB baru-baru ini.

Oleh kerana itu pihak Malaysia mengatakan bahawa kedua-duanya boleh hadir dan
kedua-duanya sepatutnya datang untuk menyampaikan pandangan-pandangan mereka di dalam sidang tersebut dan juga kita ada satu sesi khas mengenai Palestin yang sepatutnya kedua-duanya boleh menunjukkan bahawa mereka boleh bersatu dan sama-sama bercakap tentang kepentingan rakyat Palestin dalam sidang tersebut.

Tetapi malangnya, mungkin ada perselisihan antara kedua belah pihak. Wakil daripada
Hamas menyatakan bahawa mereka tidak mahu untuk menghadiri sidang tersebut dan
sebaliknya hanya ingin mengadakan pertemuan dua hala antara pihak beliau dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Saya kesallah sekiranya ada pihak yang tertentu memburukkan kerajaan Malaysia kerana, pihak PAS terutama sekali yang seolah-olahnya merendahkan pemimpin Islam Hamas yang kononnya kepada pihak PAS dia itu adalah seorang yang kurang ajar selepas datang menjadi tetamu kerajaan Malaysia dan keluar daripada sidang tersebut menghentam dan mengkritik kerajaan Malaysia. Saya tidak fikir bahawa seorang pemimpin Islam sanggup berbuat demikian, tetapi yang memburukkan nama baik Hamas ialah PAS itu sendiri.

Terima kasih.

Terbukti Shabery telah BERBOHONG di Dewan Rakyat.

Benarkah PAS pernah pada bila-bila masa merendahkan pemimpin HAMAS? Shabery mengatakan kononnya PAS menganggap Menteri Luar HAMAS itu sebagai kurang ajar kerana datang sebagai tetamu tetapitelah menghentam dan mengkritik kerajaan Malaysia?!

Ternyata SU Parlimen itu telah memperolehi maklumat yang palsu, berbohong dan menghina Parlimen.

Untuk rekod PAS telah sekian lama menjalin hubungan politik dengan HAMAS. Malah Tabung RM1 Untuk Palestin anjuran PAS adalah untuk disalurkan bagi membantu kerajaan HAMAS di Palestin. Oleh itu menuduh PAS sebagai merendahkan HAMAS jelas suatu pembohongan terang-terangan.

Sebenarnya Kementerian Luar dan kerajaan Malaysialah yang kurang ajar kerana mengundang wakil PLO dari Fatah sedangkan Fatah inilah yang telah ditolak oleh rakyat Palestin. Mustahil Kementerian Luar tidak tahu akan pergolakan antara Fatah dan HAMAS, sedangkan budak sekolah rendah pun tahu!

Bagi saya sikap kerajaan Malaysia mengundang tokoh Fatah yang ditolak rakyat Palestin untuk digandingkan dengan Menteri Luar Palestin yang sah dari HAMAS itu merupakan satu kesilapan besar, dan inilah punca segala-galanya.

Mungkin kerajaan Malaysia dah biasa sangat dengan perkara seumpama ini. Kerana dalam negara itulah amalan mereka. Mereka sukar mengiktiraf kerajaan PAS di Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz, kerana itu diwujudkan Jabatan Persekutuan di Kelantan, dan Kelantan menerima kekangan dan sekatan pelbagai, saling tak tumpah macam di Palestin juga. Jadi tak hairnalah dalam hal ini kerajaan Malaysia keliru dan terpaksa berbohong.

Wednesday, June 28, 2006

Mengapa suara Tun mahu dibisukan!

Saya kira kesediaan Tun Dr Mahathir, berhadapan dengan kekuatan PM dan kabinetnya disamping MT Umno sendiri demi semata-mata menuntut kebenaran dan ketelusan adalah merupakan suatu sikap yang nekad dan berani.

Memang sebagaimana dakwaan ramai dikalangan pimpinan Umno bahawa tindakan Tun itu akan hanya mengundang risiko dan mungkin juga mencacatkan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang sebagai PM selama 22 tahun itu. Namun itu jika apa yang didakwa Tun itu palsau dan tidak berasas, tetapi bagaimana jika ianya benar dan berasas belaka?

Kalau Tun sekadar menabur fitnah dan menegakkan kepalsuan, sudah pasti tindak-tanduknya itu dapat dengan mudah ditangani dan diambil tindakan, tetapi tidakkah perkembangan yang berlaku disekeliling kita seolah menunjukkan ada pihak-pihak yang cuba menafikan hak Tun untuk bersuara, seolah apa yang didakwanya itu memang benar dan berfakta belaka.

Hari ini akhbar THE STAR membawa tajuk:



Manakala sidang pengarang akhbar THE SUN berbunyi:



Mengapa demikian? Mengapa disuruh berdiam diri sedangkan jawapan-jawapan yang dituntutnya tidak pun diberikan. Saya yakin bukan sekadar Tun malah diperingkat ini, rakyat Malaysia yang telah terdedah dengan kenyataan Tun sejak kebelakangan ini pun mahukan kebenaran (bagi mereka yang tidak sempat mengikuti ucapan Tun Sabtu lepas boleh mengikuti rakamannya di http://wtv8.tv/ )

Ramai dalam Umno masih cinta pada Tun

Nazri telah mencabar Tun Dr Mahathir. Katanya jadi jantan dan keluar dari Umno. Tun pula menyatakan Nazri sekadar seorang hulubalang kepada PM dan berani berkokok kerana bernaung di bawah bayang-bayang Dollah.

Ternyata serangan Nazri terhadap Tun dikira agak keterlaluan, kasar dan tidak wajar tambahan dihamburkan oleh seorang yang pernah bertenggek nasib pada kekuatan Tun ketika Tun PM satu ketika dahulu.


Sesuatu yang sukar berlaku

Benarkah Umno akan berpecah angkara kritikan dan tegurun Tun itu?

Mustahil parti sebesar dan segagah Umno boleh lumpuh dan dilumpuhkan oleh seorang tua yang tidak berjawatan.

Tetapi melihatkan perkembangan sejak akhir-akhir ini kelihatan pimpinan Umno agak gelisah dan goyah. Sedangkan Tun sekadar menuntut jawapan dan penjelasan.

Berilah jawapan dan penjelasan yang dipintanya itu, apa yang susah sangat? Atau barangkali kritikan dan teguran Tun itu memang berasas?

Mungkin Nazri, Ali Rustam, Muhyuddin, Rafidah, Azalina dan lain-lain memandang rendah pada Tun dan menganggap orang tua yang tidak berkuasa itu sekadar pengacau yang perlu disenyapkan, kalau perlu dengan paksa.

Walaubagaimanapun dikalangan akar umbi Umno, jasa dan sumbangan Tun masih dalam ingatan dan masih terus dihargai. Hari ini sahaja akhbar UTUSAN membariskan pimpinan peringkat Bahagian Umno Johor yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Nazri yang dianggap keterlaluan dan akan hanya mengeruhkan suasana dan memecah-belahkan Umno.

Antara yang bersuara adalah Ketua dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Ketua Bahagian Gelang Patah dan Timbalan Ketua Bahagian Pulai.

Sebelum ini Ketua Umno Bahagian Seremban telah memberikan sokongan terbuka kepada Tun sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Manakala dalam akhbar THE STAR antara tokoh Umno yang tidak senang dengan serangan Nazri adalah bekas Ketua Bahagian Alor Setar, Tan Sri Khalid Abdullah malah MB Pahang Adnan Yakob dilaporkan sebagai berkata:

The friction between Abdullah and Dr Mahathir if we could call it that, must be studied in all aspects to be fair to both sides.

Bagaimana pula pandangan bahagian-bahagian Umno di negeri-negeri yang lain? Pemuda, Wanita dan Puteri bagaimana? Bagaimana pula pandangan mereka yang duduk di cawangan-cawangan?

Tetapi soalnya mengapa Tun perlu diserang? Mengapa tidak teguran dan kritikan beliau itu dilihat dan disiasat? Memetik kata-kata Tun semasa di Taman Melawati Sabtu lepas:

Bila kita lihat sesuatu yang tidak kena, yang membinasakan negara kita sendiri, kita susah untuk berdiam diri.

Saya jangkakan sekiranya Dollah dan kroni-kroninya gagal menangani isu yang dibangkitkan Tun ini maka kesudahannya nanti merekalah yang sebenarnya akan mengakibatkan Umno berpecah, bukannya Tun. Lantaran takut menzahirkan kebenaran, maka yang membuka pekong terpaksa diserang. Mustahil orang-ramai akan duduk berpeluk tubuh mendiamkan diri.

SU Parlimen dan Ahli Parlimen Dungun berbohong dalam isu HAMAS

Semalam di Parlimen ahli Parlimen Dungun Rosli Mat Hassan (Umno) telah bertanya kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, adakah benar sebagaimana yang didakwa PAS bahawa Menteri Luar HAMAS Dr Mahmoud Zahar yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM CoB) di sini bulan lalu telah menerima layanan buruk oleh kerajaan dan telah memboikot persidangan.

Setiausaha Parlimen berkenaan Ahmad Sabhery Cheek telah menafikan dakwaan tersebut dan sebaliknya mengatakan kerajaan Dollah Badawi telah memberikan pengiktirafan dan layanan baik kepada Menteri Luar HAMAS itu.

Lalu di luar dewan apabila bercakap kepada RTM melalui rancangan Parlimen Hari Ini, Rosli mendakwa bahawa PAS telah menabur fitnah mengatakan kerajaan tidak memberi layanan baik kepada Menteri HAMAS itu. Kata beliau PAS menjalankan kerja adu-domba dalam isu ini melalui media resmi mereka (Harakah).

Kata Rosli lagi yang sebenarnya pemimpin PAS lah yang telah membawa keluar wakil HAMAS dari menghadiri persidangan NAM itu kerana mahu berbincang dengan mereka di Restoran Seri Melayu di KL.

Benarkah apa yang diungkapkan itu?

Setahu saya Dr Mahmoud Zahar dan perwakilannya mengambil keputusan memboikot persidangan tersebut apabila mendapat tahu yang kerajaan Dollah Badawi turut mengundang bekas Menteri Luar Palestin iaitu Farouk Kaddoumi yang kononnya mewakili PLO.

Sikap kerajaan memberi pengiktirafan kepada dua pihak dari Palestin inilah yang telah dianggap oleh kerajaan Palestin sebagai satu penghinaan lalu Dr Mahmoud Zahar membuat keputusan memboikot persidangan.

Saya pernah menulis di BLOG ini dan memetik tajuk-tajuk akhbar antarabangsa dalam isu ini antaranya:

WASHINGTON POST: HAMAS rep protests Fatah rival at meeting
KUWAIT NEWS AGENCY: Zahar not participating in NAM Conference
ALJAZEERA.NET: HAMAS minister leaves NAM meetingA
USTRALIAN BROADCATING CORP: HAMAS withdraws from talks

Malah NST sendiri melaporkan wakil sebenar kerajaan Palestin iaitu Dr Mahmoud Zahar telah memulaukan persidangan itu kerana tindakan Malaysia menjemput bekas Menteri Luar Palestin itu (Kaddoumi) yang tidak lagi memiliki mandat dan kuasa.

Dr Mahmoud Zahar dipetik sebagai berkata ketika itu:

I cant stand side by side with a man who is not representing the Palestinian Government. He (Kaddoumi) is playing a dirty game.

Saya tidak boleh berdiri berganding bahu dengan seorang yang tidak mewakili Kerajaan Palestin. Beliau main kotor.

Tidak berbangkit langsung bahawa PAS yang menjadi punca sebagaimana dakwaan jahat Rosli itu.

Dalam hal ini saya kira Setiausaha Parlimen dan ahli Parlimen Dungun telah berkonspirasi membohongi Parlimen dan rakyat Malaysia. PAS perlu menyatakan bantahan dalam hal ini. Mengapa pula kesilapan dan kelemahan pengurusan Luar kerajaan Dollah Badawi mahu dikaitkan dengan PAS.

Setahu saya HARAKAH ketika itu melaporkan sejurus berlaku bantahan di Putrajaya itu Dr Mahmoud Zahar telah menghubungi sendiri pihak PAS meminta agar dapat berjumpa dengan mereka.

Patutlah Tun Dr Mahathir mengatakan kerajaan yang ada hari ini HALF PAST SIX GOVERNMENT!

Tuesday, June 27, 2006

TV3 juara putar belit berita

Saya terpanggil untuk memberi respon segera terhadap berita dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Semasa melaporkan darihal majlis ceramah dan dialog oleh Tun Dr Mahathir anjuran Gabungan Badan-badan NGO dan Laman web Malaysia Today, Sabtu lepas TV3 membuat laporan yang saya kira palsu dan tersasar jauh.

TV3 telah highlight kononnya kekesalan pimpinan Umno kerana Tun hadir dalam majlis anjuran pembangkang dan bekas pemimpin Umno yang telah dipecat oleh parti tersebut.

Pertama, majlis tersebut bukannya anjuran parti pembangkang. Kalau pun ada pemimpin PAS, Keadilan dan DAP yang hadir mereka sebenarnya adalah tetamu kepada Gabungan Badan-badan NGO dan Malaysia Today yang merupakan penganjur resmi.

Keduanya, kecuali Dato Paduka Ibrahim Ali, yang saya perasan hadir, saya tak nampak pun ahli-ahli Umno yang telah dipecat hadir beramai-ramai pada hari itu.


Tokoh-tokoh Umno yang turut hadir bersama Tun

Yang saya nampak adalah ahli-ahli Umno sendiri termasuklah seorang YB dari Perlis dan bekas-bekas tokoh besar Umno yang masih merupakan ahli iaitu Tan Sri Megat Junid, Datuk Farid Ariffin, Mazlan Dato Harun, Dato Ruhanie Ahmad dan lain-lain yang hadir. (Malah Tan Sri Megat ditempatkan duduk di atas pentas utama bersama Tun, tak pula TV3 highlight kan!)

TV3 membesar-besarkan kehadiran Ustaz Nasaruddin dan rakan-rakan kononnya Tun sudah bersama pembangkang dan mencemarkan imejnya sebagai bekas pemimpin Umno.

Untuk rekod pengasas dan Presiden Umno yang pertama, iaitu Dato Onn Jaafar telah meninggalkan Umno dan merupakan ahli Parlimen pembangkang sehinggalah ke akhir usianya. Presiden kedua, YTM Tunku juga tidak pernah menyertai kembali Umno Baru malah aktif bersama pembangkang sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Begitu juga Tun Hussien yang dikatakan tidak pernah menyertai Umno Baru malah turut bersama-sama YTM Tunku mencuba untuk mendaftarkan Umno Malaysia semasa uMno diharamkan dahulu.

Bekas Presiden Umno yang hidup dan kekal mati dalam Umno cumalah Tun Abdul Razak.

Dan akhirnya, apa kotor dan jijik sangatkah parti-parti pembangkang di Malaysia ini sehingga tidak boleh kelihatan bersama tokoh-tokoh Umno? Kepala dan pemikiran seumpama ini samalah dengan mentaliti yang cuba dipupuk dan dilahirkan oleh penjajah British apabila mereka berundur meninggalkan Malaya Merdeka pada tahun 1957 dahulu. Rupa-rupanya Nazri dan kawan-kawan berjaya diresapi oleh fahaman pecah dan perintah penajah British sehingga ke hari ini walaupun negara telah lebih setengah abad merdeka.

Sekurang-kurangnya tokoh-tokoh PAS tidaklah menghina dan memalukan bekas pemimpin mereka sebagaima dilakukan oleh Umno.

Jawablah apa yang didedahkan Tun itu jangan putar dan pusing isu yang sebenar. Tahniah TV3 kerana mebuktikan kebenaran hujah-hujah Tun pada hari Sabtu lepas bahawa media di zaman Dollah yang kononnya dikatakan lebih bebas hakikatnya lebih teruk dari zaman Tun dahulu.

Tsunami politik yang ditunggu-tunggu

Semalam Nazri Aziz mencabar Tun Dr Mahathir yang jika Tun seorang anak jantan maka seharusnya Tun letak jawatan dan keluar dari Umno.

Hari ini Tun dipetik oleh Associated Press AP sebagai berkata bahawa beliau tahu bahawa kini memang ada usaha untuk menburuk-burukkan beliau oleh pihak-pihak tertentu dalam parti itu malah, ianya sedang memuncak dan akhirnya beliau menjangkakan akan dipecat juga dari Umno.

Tun turut memberitahu AP bahawa kiranya beliau dipecat dari Umno sekalipun tindakan itu tidak akan menghentikan beliau dari terus mengkritik apa sahaja yang beliau fikirkan tidak kena.


Dulu meraka cium tangan saya kata Tun

Dan apabila diminta mengulas kenyataan Nazri itu Tun telah menafikan dakwaan Nazri itu dan menganggap Nazri sekadar budak yang terlibat dalam kerja-kerja memburukkan dan menikam beliau dari belakang.

Sementara itu BERNAMA melaporkan bahawa Menteri Penerangan Zainuddin Maidin mendakwa berjumpa dengan Tun Ahad lalu (sehari selepas Tun berucap di Taman Melawati) di Sepang dan telah berusaha memujuk Tun agar tidak lagi meneruskan serangannya terhadap kerajaan dan PM Dollah Badawi.

Walaubagaimanapun menurut Zam, Tun menyatakan bahawa beliau telah pun membuat keputusan dan akan meneruskan sikap dan pendiriannya itu.

Zam dipetik BERNAMA sebagai berkata:

I found that Dr Mahathir had made up his mind. He did not say anything but he believed in what he was doing.

Menurut BERNAMA lagi:

Zainuddin who admitted that he still considered Dr Mahathir, whom he knew for more than 40 years since working in Kedah as a journalist, as one of his leaders.

Zam, bekas Ketua Pengarang UTUSAN adalah merupakan salah seorang lagi Menteri kabinet yang memperolehi tempat dan kedudukan hasil dari ihsan Tun semasa beliau PM dahulu. (Zam menulis di dalam bukunya: Dr Mahathir Di sebalik Tabir, bahawa ketika beliau kecil dahulu Dr Mahathir telah bergegas ke rumahnya untuk merawat ayah Zam yang sakit tanpa banyak kira-bicara. Dalam tulisan itu tiada unggkapan lain yang dimuatkan Zam selain puji dan puja terhadap Tun belaka).

Nampaknya tsunami politik di Malaysia sedang membina kekuatan dan pasti akan merobah lanskap politik negara ini apabila tiba masanya nanti.

Saya yakin cuma Nazri dan seorang dua sahaja anggota kabinet dari kalangan Umno (termasuk Rafidah) ketika ini yang barangkali akan bersikap kasar dan bengis terhadap Tun kerana mereka masing-masing memendam dendam kesumat terhadap tokoh veteran itu.

Yang selebihnya?

Yang selebihnya sebagaimana kata Tun pada hari Sabtu lepas sekadar menyokong buta kerana Dollah memegang kuasa. Mungkin Zam tak seperti Nazri. Mungkin Aziz Samsuddin dan Tengku Adnan tak seperti Nazri. Begitu juga mungkin beberapa kerat lagi. Ini belum mengambil kira dari kalangan barisan pimpinan Pemuda Umno yang rata-rata tidak senang dengan lonjakkan deras Khairy Jamaluddin dalam pergerakkan tersebut.

Bagaimana pula dengan Rahim Tamby Chik, ahli MT Umno? Khir Toyo juga dikatakan banyak terhutang budi pada Tun.

Mungkinkah mereka ini semua akan bersama gelombang ganas tsunami itu nanti atau akan turut tenggelam menjadi mangsanya?

Yang pasti disaat dan ketika ini Tun sudah tidak mungkin menoleh ke belakang lagi. Tun sudah terjun ke gelanggang. Dan pihak kerajaan serta PM sendiri seolah kelihatan mengecilkan sahaja segala teguran dan kritikan Tun dan lebih berminat menyerang dan memburuk-burukkan peribadi beliau daripada menjawab segala yang dibangkit dan dibongkarnya itu.

Tun menyatakan selagi isu-isu kepentingan negara ini tidak dijawab beliau akan terus bercakap dan bersedia memikul risikonya.

Oleh itu ayuhlah kita semua bersiap-sedia, buat persiapan, cukupkan bekalan, kerana bimbang bila tsunami itu kelak menggunung dan melanda negara nanti kita juga turut tenggelam dan lemas menjadi mangsanya.

Jangan persendakan gerak-kerja dakwah Islam

Wartawan UTUSAN Wan Zulkifli dan Herman Hamid menulis laporan berikut:
Jika anda seorang pendakwah dan mahu memiliki wang tunai RM10,000 untuk melangsungkan perkahwinan anda boleh menghubungi kerajaan Pas Kelantan.Tetapi dengan syarat anda perlu berkahwin dengan gadis Orang Asli dari negeri ini.

Apakah agaknya persepsi para pembaca kebanyakkan apabila membaca perenggan itu?
Tidakkah ia bermaksud mahu mempersenda dan membuat jenaka terhadap usaha kerajaan negeri itu?

Tidak cukup dengan itu UTUSAN turut memetik Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jaafar Jantan sebagai berkata bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli berpendapat, cadangan kerajaan Kelantan memberikan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pendakwah yang sanggup berkahwin dengan penduduk Orang Asli sebagai tidak wajar.

Beliau turut berkata bahawa menegakkan syiar Islam tidak perlu pada imbuhan. Ia dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Tidak pernah seingat saya pegawai kerajaan samada Pusat ataupun Negeri yang berani mengkritik keputusan kerajaan Pusat ataupun Negeri kecuali terhadap Kelantan, sebagaimana yang dilakukan oleh pegawai JHEOA ini!

Apakah isu sebenarnya di sini? Apakah yang mendorong kerajaan Kelantan untuk mengambil langkah sedemikian rupa?

Di dalam dewan semalam anggota EXCO berkenaan menyatakan bahawa dari anggaran 12,000 penduduk dikalangan orang Asli di Kelantan cuma 2,902 orang sahaja yang telah memeluk Islam. Bermakna cuma 24 peratus sahaja yang telah menerima Islam sedangkan 76 peratus lagi belum menerima Islam.

Angka yang besar inilah yang membimbangkan kerajaan negeri lalu keputusan dibuat untuk mengambil inisiatif proaktif bagi mempertingkatkan bilangan Orang Asli yang menerima Islam di Kelantan.

Dan langkah yang diumumkan di dewan semalam itu adalah menawarkan kepada para pendakwah dari kalangan enam badan dakwah yang berdaftar dengan Unit Dakwah Orang Asli Kelantan, ganjaran RM10,000 sekiranya mereka bersetuju untuk berkahwin dengan wanita Orang Asli. Mereka perlu duduk dan tinggal dengan masyarakat tersebut di sekitar penempatan Orang Asli di Jeli dan Gua Musang, sebagai pemimpin agama bagi membimbing masyarakat di penempatan itu dengan harapan kerja-kerja dakwah nanti dapat dipertingkatkan.

Kerajaan Negeri turut akan memberikan rumah percuma, sebuah kereta pacuan empat roda dan elaun RM1,000 sebulan kepada pendakwah berkenaan.

Ini merupakan salah satu pendekatan memperkasakan gerakan dakwah yang sepatutnya disokong oleh semua pihak demi mempertingkatkan bilangan masyarakat Islam dikalangan saudara-saudara kita masyarakat Orang Asli.

Mengapa JHEOA mengkritik usaha ini?

Saya yakin jika JHEOA benar-benar menjalankan tugas mereka sudah pasti taklah jadi 76 peratus yang belum Islam. Sepatutnya JHEOA memberikan sokongan, ini bukan isu politik ini kerja dakwah. Selagi mana langkah yang diambil tidak bertentangan dengan syarak, segala bentuk gerak-kerja dan inisiatif sepatutnya dialu-alukan dan diberikan dorongan.

Sementara itu di luar dewan EXCO berkenaan turut menjelaskan bahawa pendakwah tadi perlu menetap terus di penempatan Orang Asli berkenaan dan bertugas sebagai Imam, menalankan kelas al Quran dan Fardhu Ain disamping menguruskan jenazah bila berlaku kematian.

Syabas Kelantan, bagaimana dengan kerajaan Pahang, Perak dan lain-lain?

Monday, June 26, 2006

Nazri macam betina serang Tun

Antara pemimpin Umno yang duduk dalam kabinet hari ini yang terkenal dengan ucapan biadap dan kasar adalah Nazri Aziz, bekas Ketua Pemuda Umno yang mendapat tempat dalam arus perdana Umno hasil dari jasa Tun Dr Mahathir ketika Tun berkuasa dahulu.



Malaysiakini sebentar tadi (yang turut dipetik Jeff Ooi) dalam laman webnya menyiarkan berita terkini dari lobi Dewan Rakyat dengan tajuk:

Be a Jantan, quit Umno

Nazri yang juga Menteri di JPM diberitakan kesal dengan sikap Tun yang sejak akhir-akhir ini banyak mengkritik kerajaan. Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa jika Tun berhasrat berlagak bagaikan seorang ahli pembangkang maka lebih baik beliau menjadi seorang jantan dan meninggalkan sahaja Umno!



Beliau turut berkata:

An 81-year-old man wants to quarrel with a 31-year-old young man. Better to pick someone his own size. Because youre angry with a young politician, you want burn the country.

Orang tua berusia 81 tahun mahu bergaduh dengan anak muda berusia 31 tahun. Carilah orang yang sebaya dengan anda. Hanya kerana marahkan seorang ahli politik muda, Tun mahu baker sebuah negara.

Benarlah kata Tun pada hari Sabtu lepas bahawa Dollah sebagai PM sekarang tidak perlu membuka mulut apabila dikritik. Yang akan melenting dan melompat bagi pihak beliau adalah CHORUS DANCERS nya seperti Nazri ini.

Nazri semasa Tun berkuasa dahulu adalah antara yang gagah berdiri memuji dan memuja Tun di mana-mana sahaja. Kini apabila Tun sudah tidak berkuasa, maka Nazri antara yang ghairah memukul dan mengeji Tun.

Benarlah lagi sebagaimana kata Tun:

Sekarang saya sedar sokongan itu (dikalangan ahli-ahli kabinetnya dahulu) tidak bererti. Sekarang saya tahu mereka sokong (saya dahulu) sebab saya Perdana Menteri.

Maknanya bila dah tak PM inilah padahnya yang terpaksa Tun pikul dan yang barangkali Dollah juga perlu pikul satu hari nanti.

Yang hairannya rupanya bukan sekadar Dollah malah Khairy Jamaluddin yang Tun umpamakan bagai:

Budak belum kering hingus

pun tak perlu membela diri kerana akan ada gurkha seperti Nazri yang akan melonjak mempertahankan beliau apabila peribadi beliau disentuh.

Saya yakin rakyat Malaysia sedang memerhatikan perkembangan ini dengan penuh teliti. Inilah pendirian dan sikap pemimpin yang telah berjaya kita lahirkan setelah Merdeka lebih setengah abad.Kata Tun lagi:

Sekarang ini saya fikir (kabinet yang ada) sudah tidak ada kualiti.

Jawablah tuduhan dan kritikkan orang tua itu, tak perlulah menghina dan memijak-mijaknya. Kami yang tak pernah kasih dan cinta pada Tun sebagaimana Nazri pun rasa tidak selesa membaca kenyataan ini. Mengapa harus biadap dah kurang ajar sedangkan kita mendapat tempat atas ihsan dan belas orang tua ini juga.

Kita tahu rahsia Nazri dengan Tun, itu kisah lama, tapi janganlah tunggu bila orang tua tu dah tak bertaring, tak berkuasa baru nak jadi jantan dan terajangnya sehingga tersungkur, itu perangai betina perangai bacul bukan jantan namanya!

Kerana mu Kelantan

Akhbar UTUSAN hari ini melaporkan darihal kononnya kelonggaran kerajaan negeri PAS Kelantan terhadap program jelajah negeri-negeri JOMHEBOH anjuran TV3 yang dijadualkan akan diadakan di negeri tersebut.

Di bawah tajuk:

Kerajaan Pas Kelantan benarkan Jomheboh! bersyarat

UTUSAN melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan sebagai menegaskan bahawa program itu dibenarkan dengan beberapa pengubahsuaian agar ia tidak bercanggah dengan dasar kerajaan negeri.


Takiyuddin

Bermakna JOMHEBOH akan diadakan di Negeri Serambi Mekah tersebut tetapi dengan beberapa pengubahsuaian bagi memastikan ianya nanti tidak bercanggah dengan dasar kerajaan negeri, apakah dasar kerajaan negeri?

Yang kita tahu dasar Kelantan adalah MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Bermakna demi menjayakan programnya itu TV3 bersedia membuat beberapa pengubahsuaian semata-mata untuk Kelantan. Kata Takiyuddin ia bolehlah diisi dengan beberapa kegiatan baru seperti pertandingan syarahan, selain pameran agensi kerajaan, swasta, promosi jualan dan hiburan.
Apa sahaja asalkan selaras dengan dasar kerajaan negeri.

Soalnya kerajaan negeri lain tak mahu Islam ke? Bukankah Islam yang menjadi dasar kerajaan Kelantan, Islam itulah juga dianut di negeri-negeri lain dalam Malaysia, atau tidak?

Syabas Kelantan kerana mengenakan syarat seumpama itu.

Sementara itu Menteri Besar Tok Guru Nik Abd Aziz telah sekali lagi mengharumkan nama wanita apabila mengusulkan di dalam Dewan Undangan Negeri agar kuota 2 orang ahli dewan negara yang mewakili Kelantan sekali lagi diisi oleh calon Muslimat.


Senaotr Wan Ubaidah

Senator Wan Ubaidah Wan Omar, bekas pensyarah Institut Teknologi Darulnaim, disambung perkhidmatannnya untuk 1 penggal lagi manakala peguam Mumtaz Md Nawi 34 tahun, dilatik menggantikan Senator Hjh Zailah yang telah menamatkan dua penggal perkhidmatan.
Kedua-dua calon cadangan Tok Guru itu diluluskan oleh DUN Kelantan semalam.

Bukankah Tok Guru anti wanita, chauvinist dan macam-macam lagi, sekarang macam mana?!

Berjiwa besar terhadap Tun Dr Mahathir (walaupun pedih)

Ramai yang tidak senang dengan Tun Dr Mahathir, terutama sepanjang 22 tahun beliau sebagai PM Malaysia. Walaubagaimanapun kita juga perlu menerima hakikat bahawa ramai juga yang selesa dan senang dengan kepimpinannya. Apa pun memang kita berhak untuk menilai dan membuat keputusan kita masing-masing terhadap beliau dan kepimpinannya.

Tun pernah terlibat dalam merancakkan pembangunan negara. KLIA, Menara KL, KLCC, KL Central, Lebuhraya, Proton, Perodua, Putrajaya, MSC, Sukan Komanwel dan berbagai lagi berlaku dan dibina dizaman beliau.


gambar Malaysiakini

Demikian juga Peristiwa Memali, pemecatan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim lain, skandal BMF, Operasi Lalang (yang menahan lebih 100 orang pemimpin politik, NGO dan agama), pemecatan DSAI dan pendakwaan terhadap beliau atas kes rasuah dan liwat, diskriminasi terhadap kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu dan banyak lagi juga berlaku dizaman beliau.

Namun sekarang Tun bukan lagi PM, bukan juga Presiden Umno dan Pengerusi BN. Tun sekadar seorang bekas negarawan, bekas PM dan kini sekadar rakyat dan warga biasa.

Tetapi Tun kelihatan terus bersuara dan menyatakan pandangan dan pendiriannya. Sejak akhir-akhir ini pandangan beliau itu kelihatan sungguh kontroversial dan mula membimbangkan kerajaan PM Dollah Badawi sehingga ke peringkat ada yang menyatakan bahawa beliau hampir dipecat keahliannya dari Umno lantaran keceluparan mulut beliau itu dari kacamata puak Abdullah.

Tun membongkar rahsia disebalik pembatalan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor. Tun terus mengkritik isu AP dan Proton serta pemecatan CEO Proton dan penjualan MV Augusta. Malah Tun kini turut mengkritik Islam Hadhari.

Tetapi yang paling kontroversial adalah apabila Tun menganggap PM yang ada ini tidak layak, dipengaruhi oleh menantunya dan sanggup tunduk kepada kerajaan Singapura.

Bermakna Tun kini sudah menyongsang arus, mengkritik bukan sekadar PM malah TPM dan seluruh kabinet Dollah yang dikatakannya tiada kualiti, mengampu dan menyokong walaupun dalam perkara yang tidak benar. Dan Tun tidak sekadar mengkritik kosong tetapi penuh dengan fakta dan bukti.

Saya menghadiri Majlis Ucapan Khas dan Dailog oleh Tun di Kelab Century Paradise Sabtu lepas anjuran Gabungan Badan-badan NGO dan Malaysia Today.

Secara peribadi memang saya juga (sebagaimana sahabat-sahabat yang lain) terguris hati dan benci pada Tun terhadap apa yang pernah beliau lakukan semasa beliau PM dahulu. Tetapi saya merasakan saya berlaku tidak adil terhadap Tun dan diri saya sendiri jika saya tidak mengambil kesempatan untuk mendengar apa yang mahu beliau perkatakan.

Sekurang-kurangnya saya lihat Tun berani hadir dengan isteri beliau di majlis yang turut dihadiri sama oleh mereka yang tidak pernah senang dengan beliau selama ini. Saya lihat PAS diwakili oleh kepimpinan tertingginya diketuai Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin, Dato Husam, YB Salahuddin, Dr Lolo, Dr Siti Mariah, Hj Mahfuz (yang pernah ditahan dizaman Tun). Turut hadir adalah Ronnie Liu dari DAP, aifuddin Nasution dan Rahman Othman dari PKR dan ramai lagi.

Ternyata dalam majlis tersebut Tun membuktikan yang beliau kini membawa satu perjuangan yang sama-sekali berbeza semasa beliau PM dahulu (kerana itu Hj Mahfuz Omar pernah mengeluarkan kenyataan nakal yang menyatakan bahawa perjuangan Tun kini sama dengan perjuangan beliau). Tun kini kelihatan sebagai seorang antagonis, seorang pengislah, seorang revolusiner yang cuba membongkar kedurjanaan kerajaan yang ada dengan harapan suatu perubahan besar akan berlaku.

Yang pastinya perubahan besar itu bukan untuk beliau sebab mustahil beliau mahu kembali ke jawatannya. Perubahan besar yang ingin dicetuskannya itusaya yakin adalah untuk rakyat Malaysia, amnya.

Saya melihat setakat majlis semalam, Tun telah membuktikan kesediannya untuk menyumbang ke arah perubahan itu. Sewajarnya kita memanfaatkan kesediannya itu.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberikan sumbangan seumpama ini (walaupun beliau adalah arkitek yang telah menghancurkan kerajaan PAS Kelantan dahulu), beliau diterima sehingga akhirnya PAS berjaya menawan kembali Kelantan. Begitu juga DSAI (yang pernah mengecewakan PAS ketika menyertai Umno dan kemudian bertembung secara langsung dengan PAS atas pentas politik Umno) pernah memberikan sumbangan sehingga PAS berjaya menawan Terengganu dalam PRU 1999, dan kini sedang terus menyumbang.

Mungkin Tun juga berhak untuk menyumbang jika beliau mahu menyumbang, semua kita seharusnya berjiwa besar dalam hal ini sebagaimana kita berjiwa besar semasa menerima Ku Li dan terus berjiwa besar bersama DSAI kini.

Memang kita perlu berhati-hati, memang kita perlu bijak membaca suasana (sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor sebelum ini). Namun yang pentingnya kita berusaha dan sentiasa membuka ruang dan peluang.

Saya masih ingat Almarhum Tunku dahulu yang pernah dikritik oleh pembangkang semasa beliau PM (terlibat dalam menangkap Almarhum Dr Burhanuddin dan ramai pimpinan PAS dan pembangkang lain), semasa wujudnya pakatan Angkatan Perpaduan Ummah (PAS dan 46) pernah berceramah atas pentas PAS semasa PAS di bawah pimpinan Almarhum Tuan Hj Yusof Rawa.

Mungkinkah Tun juga akan sampai ke peringkat begitu, wallahualam.

(rakaman dailog ini disiarkan di http://wtv8.tv)

Thursday, June 22, 2006

Tahniah Prof Mehrun Siraj

Artikel ataupun penulisan yang mempertahankan Islam serta memberikan gambaran sebenar terhadap Islam jarang-jarang mendapat tempat dalam dada akhbar saluran perdana samada yang berbahasa Melayu lebih-lebih lagi yang berbahasa Inggeris.

Sering kita membaca para penulis dalam kolumnis dalam akhbar-akhbar ini akan memberikan gambaran liberal dan songsang terhadap Islam sehingga akhirnya menggambarkan imej yang tidak menetu terhadap agama tersebut. Keliru dan mengelirukan bukan sahaja sesame umat Islam malah lebih-lebih lagi terhadap mereka yang bukan Islam.

Pagi tadi saya terpegun membaca tulisan Prof. Mehrun Siraj (bekas Pesurhjaya SUHAKAM) dalam akhbar THE STAR hari ini di bawah tajuk:



Love for Islam comes first

Sesungguhnya penjelasan dan penghuraian seumpama inilah yang diperlukan oleh masyarakat ramai terutama yang bukan Islam. Penjelasan yang dibuat mestilah tepat dan padat tetapi tidak ekstrim dan menakutkan.

Beliau menulis:

Saya belajar dan tanpa syak lagi yakin bahawa al Quran itu adalah Kalam Allah, ianya merupakan panduan untuk umat manusia sepanjang masa dan dimana-mana sahaja. Pada saya, al Quran merupakah sauh yang menghalang bahtera masyarakat dari terumbang-ambing dipukul oleh angin perubahan dalam mendepani sikap manusia yang enggan menerima tatahidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Beliau menuis berkenaan perkahwinan di dalam Islam. Mengapa perlu kedua-dua mempelai itu beragam Islam. Mengapa Islam tidak membenarkan pernikahan di antara yang berlainan agama.

Ianya mungkin isu yang telah jelas dan difahami oleh kalangan mereka yang berilmu namun rata-rata isu seumpama inilah yang sering cuba dieksploitasi untuk memberikan gambaran hodoh terhadap Islam.

Menurut Mehrun larangan Islam terhadap perkahwinan seperti ini sangat berasas. Pernahkah mana-mana pihak membuat kajian akan kahwin campur seumpama ini (yang dibenarkan oleh Singapura iaitu perkhawinan antara yang berbeza agama tanpa mana-mana pihak perlu menukar agamanya) dimana contohnya hanya si isteri yang menganut Islam? Apakah kesan terhadap aqidah si isteri tadi dan apa akan terjadi terhadap pembesaran anak-anak mereka kelak, serta kehidupan mereka secara amnya?

Beliau juga menyentuh isu tuntutan pihak-pihak tertentu yang memperjuangkan hak sama rata diantara lelaki dan wanita terutama dalam soal kekeluargaan.
Kononnya apa yang kita amalkan ini akan mengakibatkan kita dicap sebagai ketinggalan zaman lalu kita perlu pinda sahaja peruntukkan dan undang-undang yang sedia ada.

Menurut bekas Pensyarah Undang-undang itu lagi:

Umat Islam boleh memperjuangkan tuntutan Hak Asassi Sejagat tetapi ianya perlulah setakat mana yang tidak bertentangan dengan al Quran. Kita tidak boleh menolak ayat-ayat al Quran semata-mata kerana mahu meniru amalan Konvensyen PBB.

Lalu kembali terhadap isu perkahwinan tadi, apakah yang akan terjadi sekiranya seorang Islam bercinta dengan seorang bukan Islam lalu yang bukan Islam tadi enggan memeluk Islam, nasihat Mehrun:

Break up and go your separate ways.
Putuskan sahaja hubungan itu.

Lalu Mehrun menulis beliau pernah ditanya bagaimana Islam boleh menjadi begitu tidak bertimbang rasa dalam hal ini (yang melibatkan hubungan kasih dua insan). Kata beliau, tidak ada satu pun ayat dalam al Quran yang mengizinkan kita menolak ajaran al Quran semata-mata atas dasar cinta kepada seseorang!

Dan beliau menulis:

No matter how much we may love a fellow human being, we must love Allah even more. And that I guess is the bottom line, how much do we love God?

Walau bagaimana kasihnya kita terhadap seseorang insan, sesungguhnya kita wajib mengasihi Allah lebih lagi. Itulah persoalan asasnya, sejauh manakah cinta kita terhadap Tuhan?

Saya sungguh kagum dengan penghuraian beliau yang cukup menarik dan tepat itu. Mudah-mudahan artikel ini tidak setakat dibaca oleh para pembaca THE STAR sahaja tetapi turut dimanfaatkan oleh para alim-ulamak dan cendikiawan kita dalam usaha kita membawa mesej yang sebenar berkenaan Islam, mudah-mudahan ia akan kembali disegani dan dihormati sebagaimana di zaman Rasulullah saw dahulu.

Apa ada pada nama?

Marah betul Ketua Penerangan Umno Kelantan apabila kerajaan PAS Kelantan mengabadikan nama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada projek jambatan yang menghubungkan Pulau Teluk Renjuna dengan Pulau Beluru di Daerah Tumpat, Kelantan.

Jambatan yang berharga RM410,000 itu menghubungkan dua buah pulau tersebut bagi kemudahan penduduknya berulang alik ke sekolah dan menjalankan aktiviti perniagaan yang lain. Kawasan itu dihuni oleh lebih 5,000 orang.


gambar PERAKAN

Kata Alwi:

Tindakan kerajaan Pas itu sebagai terdesak dan tidak wajar kerana langkah itu berunsurkan pemujaan terhadap individu. Ia juga bertentangan dengan keputusan Kabinet yang tidak membenarkan nama seseorang pemimpin yang masih hidup diabadikan pada projek pembangunan kecuali raja dan sultan.

Alwi tak pula menceritakan keseungguhan kerajaan PAS Kelantan yang walaupun menghadapi kekangan BN Pusat dapat juga menyediakan kemudahan asas kepada rakyat Kelantan satu tanggungjawab yang dilupakan apabila BN dan Umno pernah berkuasa dahulu (ketika itu tiada kekangan kewangan pun).

Pada saya memuja itu lebih kepada perbuatan mengagung-agungkan dan memuji-muji secara hidup seseorang, secara terang-terangan. Umpamanya apabila Deris Jusoh di hadapan Dollah Badawi dengan ribuan rakyat Umno Terengganu baru-baru ini terpekik-lolong menjerit-jerit:

Hidup Pak Lah, We Love You Pak Lah



Kelantan tidak terikat dengan keputusan kabinet malah kabinet pun seringkali tidak pernah memperdulikan Kelantan pun (tutup dua-dua belah mata).

Bagi saya tuduhan Alwi itu tidak berasas dan lebih bersifat politkal lantaran kebencian beliau kepada PAS dan Tok Guru. Takkanlah kerana letak nama Tok Guru pada jembatan itu bukti yang PAS terdesak.

Yang sepatutnya terdesak disaat ini adalah Umno. Walaupun kekurangan 1 kerusi untuk menjatuhkan PAS di Kelantan, namun sehingga kini mereka gagal memaksa kerajaan itu jatuh samada melalui sogokkan ataupun janji-janji pangkat dan kedudukan terhadap Adun-Adun PAS. Bukankah Adun-Adun PAS itu minskin dan susah-susah belaka, kenapa mereka tidak boleh dipujuk dengan wang ringgit?

Itulah yang tiada dalam Umno iaitu pemimpin yang berprinsip yang tidak sanggup menggadaikan maruah demi harta benda dunia, bukan kerana mereka sombong, keras kepala atau tidak mahu, tetapi kerana mereka lebih takutkan Allah swt.

It defies logic that a state assemblyman with pressing hardship and mounting pressure, would rather slog the hard way rather then easily enriching themselves and be assured of worldly power and position! Why burden yourself, take the easy way out, crossover and surely you, your family and followers would be showered with gifts and possession that would last you your lifetime. Yet they choose to remain where they are. Do you see this happening elsewhere in the world? (Where are the critics, where are the despisers?)

Ya Allah selamatkanlah Kelantan dan berkatilah perjuangan mereka yang ikhlas itu.

Wednesday, June 21, 2006

Jangan ganggu kerajaan HAMAS

Sengketa HAMAS dan Fatah di Palestin masih belum reda walaupun sedang berjalan usaha oleh kedua-dua pihak untuk berdamai demi kepentingan rakyat dan perjuangan Palestin.

Yang jelasnya kemenangan HAMAS dalam pilihanraya umum Palestin baru-baru ini sukar diterima Fatah yang telah ditolak oleh rakyat Plaestin lantaran rekod buruk mereka termasuklah rasuah dan kronisma. Kesukaran tersebut termasuklah kesukaran Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari parti Fatah itu sendiri.

Kerana itulah HAMAS yang sepatutnya diberikan laluan bebas lantaran mandat yang diberi oleh rakyat itu kini berhadapan dengan delima. Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan regim haram Zionis Israel malah mereka juga terpaksa berhadapan dengan sesama rakyat Palestin khasnya dari kalangan blok Fatah yang degil dan tidak dapat menerima kenyataan itu.



Banyak pihak cuba meredakan konflik ini. Tetapi ramai juga yangberusaha untuk menegakkan benang basah dengan berpihak kepada Fatah.

Semalam Malaysian Press Institute (MPI) telah mengundang seorang penganalisa politik, seorang kolumnis untuk beberapa akhbar Arab termasuklah stesyen radio dan tv, Ramzi Khoury untuk bercakap atas tajuk: Perkembangan semasa situasi di Palestin.

Ramzi adalah seorang yang cenderung kepada perjuangan PLO dan Fatah (terutama dalam tulisan-tulisan dan analisa beliau), oleh itu tidak hairanlah apabila beliau telah bercakap panjang lebar menyalahkan HAMAS sebagai pencetus konflik d Palestin itu.

Beliau telah memuji dan memuja Mahmoud Abbas dan PLO dan mendakwa bahawa kerajaan HAMAS bersikap bagaikan parti pembangkang sedangkan mereka adalah kerajaan. Beliau menyokong usaha Abbas untuk mengadakan pungutan suara bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di peringkat kebangsaan dan mengiktiraf PLO sebagai wakil sah rakyat Palestin.

Saya kira yang sepatutnya mengalah dan menerima kenyataan adalah Abbas dan Fatah termasuklah Ramzi sendiri. Berikan peluang kepada HAMAS untuk menjalankan tanggungjawab mereka setelah menerima mandate rakyat. Fatah telah ditolak dan sepatutnya berperanan sebagai pembangkang dan bukannya mewujudkan kerajaan dalam kerajaan.

Saya teringat semasa keputusan pilihanraya Palestin keluar mencurah-curah pada 21 Januari lalu Pengerusi Palestine Research Institute, Dr Mehdi al Hadi telah bercakap kepada CNN:

I am standing in front of Arafats mausoleum and witnessing the fall of the corrupted oldguard of Fatah.

Kenapalah MPI menjemput orang seumapam Ramzi ini untuk mendapatkan gambaran berkenaan Palestin. Sepatutnya semasa Dr Mahmoud Zahar Menteri Luar Palestin dari HAMAS berada di sini baru-baru ini, MIP menjemput beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Menjemput Ramzi untuk bercerita berkenaan situasi di Palestin samalah seperti MPI menjemput Tun Dr Mahathir untuk bercerita berkenaan Perkembangan Sebenar Politik di Malaysia!

Ekonomi membangun judi semakin makmur

Prinsip kelima Islam Hadhari ciptaan PM Dollah Badawi berbunyi:

Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

Adakah pembangunan ekonomi yang dimaksudkan itu mengambil kira industri yang diharamkan Islam ataupun tidak, tak dapat dipastikan. Namun jika mengambil kira prinsipnya yang pertama iaitu: Keimanan dan ketaqwaan kepada Illahi, sudah pastilah ramai yang akan membuat kesimpulan bahawa Negara Islam Hadhari menolak sama-sekali sebarang bentuk aktiviti ekonomi yang diharamkan Islam.

Tetapi hakikatnya walaupun kita ghairah menghebah dan mempromosi Islam ciptaan Dollah ini samada di pentas tempatan lebih-lebih lagi diperingkat anatarbangsa, yang kononnya merupakan dasar dan matlamat negara kini, rupa-rupanya kita sendiri sebenarnya kabur, khayal dan berpura-pura semata-mata.

Disatu peringkat kita kelihatan mahu mengambil pendekatan dan penyelesaian secara Islam Hadhari ini (sehingga menteri-menteri bukan Islam pun tidak keberatan mempromosinya) sedangkan dalam waktu yang sama kita menyepikan diri terhadap aktiviti yang terang-terangan dimurkai Allah swt dan Rasul Nya saw.

Semalam dalam akhbar THE STAR salah sebuah syarikat perjudian terbesar yang dilesenkan oleh kerajaan Dollah Badawi iaitu BERJAYA SPORTS TOTO BHD telah mengumumkan prestasi kewangan syarikatnya. Menurut pengumuman itu syarikat tersebut telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM445.9 juta iaitu peningkatan 35.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Hasil pendapatannya sahaja untuk tahun berakhir April 2006 adalah sebanyak RM2.94 billion berbanding RM2.67 billion tahun sebelummya.

Menurut laporan itu juga salah satu faktor keuntungan besar syarikat ini adalah kerana cabutan produk judinya Super 6/49 Jackpot yang telah membayar hadiah kemenangan berjumlah RM15.9 juta pada bulan Mei tahun lalu.

Ringkasnya semakin ligat kita mempromosi Islam Hadhari ini semakin makmur industri-industri haram (menurut Islam) yang dilesenkan termasuklah judi, arak dan lain-lain.

Yang hebatnya syarikat-syarikat korporat dalam industri ini turut mengambil umat Islam sebagai lembaga pengarah, para pegawai dan kakitangannya. Itu tidak mengambil kira umat Islam yang membebas menjual-beli sahamnya. Malah ada pula program-program kebajikan termasuklah yang melibatkan anak-anak yatim dan orang-orang tua yang dibiayai dengan senang hati oleh syarikat-syarikat ini.

Dalam pada itu renungilah kenyataan ejen Islam Hadhari yang terdapat dalam laman web Puteri Umno:

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, tempoh masa itu perlu supaya 10 prinsip dalam Islam Hadhari itu tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan dalam negara yang komposisi rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perancangan jangka panjang bagi melihat masyarakat di negara ini mengamal nilai-nilai ajaran Islam dalam konteks yang lebih luas.

Luas itu barangkali termasuklah di dalamnya Sports Toto, Genting, Bigsweep, Magnum, Carlsberg, Anchor dan lain-lain agaknya.

Tuesday, June 20, 2006

Lagi berkenaan kemelut kes Tun Dr M dan Dollah Badawi.

Saya gelihati membaca laporan akhbar THE STAR hari ini berkenaan keputusan MT Umno untuk berdiri teguh di belakang Presiden mereka Dollah Badawi.

Geli hati bukan kerana keputusan ataupun pendirian yang dibuat hasil dari mesyuarat 3 jam mereka, tetapi gelihati kerana membaca kenyataan personaliti yang disusun oleh akhbar tersebut.

Seramai 3 orang telah ditemuramah oleh akhbar berkenaan untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung isu ini. Tokoh bertiga tersebut adalah Shahrir Samad, Rafidah Aziz dan Zahid Hamidi.



Shahrir dipetik sebagai berkata:

It was decided that the answers would be made to the public and not in writing or face-to-face with Dr Mahathir because no matter how we respond, he will not be satisfied. He has answers for every answer.



Rafidah pula berkata:

If he wants a formal reply, we can write to him but it will be the same thing. There is nothing else to add, she said.



Manakala Zahid pula berkata:

Dr Mahathir once told him that: people living in glass houses should not throw stones. Now he is not only throwing stones, but also big stones.

Nampaknya masing-masing mengeluarkan pandangan sinis terhadap tokoh veteran itu.

Mana tidak geli hati saya kerana ketiga-tiga tokoh di atas memang tidak ada menyimpan sebarang yang baik untuk diperkatakan berkenaan Tun. Mereka masing-masing memendam dendam dan luka terhadap Tun yang masih membara dan berdarah. Oleh itu bagaimana mungkin mereka mahu menyatakan sesuautu yang baik dan indah berkenaan Tun.

Shahrir pernah berkerat rotan dan berpatah arang denga Tun. Beliau yang pernah satu ketika duduk dalam kabinet Tun pada usia yang muda, seorang RISING STAR tiba-tiba terbantut karier politiknya apabila digugurkan oleh Tun kerana menyokong Team B dalam Umno. Shahrir pernah mengosongkan kerusi parlimen Johor Bharunya lalu bertanding semula sebagai calon Bebas untuk mencabar Tun dan beliau menang.

Rafidah pula memang menganggap Tun sebagai tulang ikan yang tersengkang dalam kerongkongnya. Tun lah yang telah mendedahkan isu AP yang melibatkan kementerian beliau sehingga berjaya mengaib dan menjatuhkan maruah Rafidah. Hampir sahaja Rafidah kecundang lantaran isu ini.

Dan akhirnya Zahid Hamidi. Beliau hampir pupus karier politiknya apabila menyokong Anwar Ibrahim sehingga mendedahkan isu rasuah, kronisma dan nepotisma semasa Perhimpunan Agung Penuda Umno ketika itu demi kerana mahu mengaibkan Tun. Beliau pernah diarah agar ditangkap oleh Tun dan akhirnya bertindak berpaling tadah dari Anwar setelah tidak mampu bertahan dengan tekanan yang dikenakan terhadap beliau.

Dalam erti kata lain ketiga-tiga mereka memang memiliki sikap prejudis terhadap Tun. Lalu apabila diminta memberi pandagan maka sudah pastilah tiada yang baik yang mahu diperkatakan.

Hairan satu ketika dahulu ketika Tun berada selesa di atas takhta tidak ada siapa yang seberani ini memberikan pandangan dan pendapat.

Siapakah yang menyelamatkan Tun Dr M dari dipecat?

Maka redalah sikit kisah yang mengatakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir akan dipecat dari parti tersebut apabila Majlis Tertinggi Umno enggan berbuat demikian semalam.

Dalam pada itu saya dihujani dengan pelbagai maklumat, teori dan andaian dari pelbagai pihak tentang apa yang sebenarnya berlaku sewaktu Majlis Tertinggi Umno bersidang selama 3 jam pagi semalam.



Ada sahabat memaklumkan saya bahawa usul untuk memecat Tun telah pun disediakan. Malah difahamkan usul itu atas arahan pihak tertentu perlu dibawa oleh Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak sendiri bagi membuktikan beliau bukan memainkan watak BRUTUS (tikam Dollah dari belakang) lantaran sayangnya Tun kepada beliau.

Akan tetapi disaat-saat akhir, kononnya arahan dan usul tersebut terpaksa ditarik balik. Sumber itu berkata ada pihak tertentu yang telah menyelamatkan Tun dari tali gantung Umno itu!

Siapakah pemimpin itu?

Saya mulanya menyangkakan mestilah Najib sendiri ataupun orang-orangnya yang dalam MT. Tetapi sahabat tadi berkata bukan.

Lalu siapa?

Katanya pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Husam Musa.



Saya kebingungan lalu bertanya apa ada kena mengena dengan Husam dalam hal ini?

Kata beliau bukankah Husam yang telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa beliau menerima maklumat yang Tun akan dipecat dalam mesyuarat MT ini. Maka jika benar Tun dipecat juga bermakna sumber dan maklumat Husam tepat dan benar. Ini juga bermakna memang ada ketirisan dari kalangan kepimpinan Umno dan memang sah Umno berpecah lantaran kritikan dan serangan Tun terhadap Dollah itu.

Saya senyap memikirkannya, memang berasas juga kalau difikirkan.

Tapi apa pun, ada dikalangan pemerhati politik mengandaikan bahawa kegagalan memecat ataupun memberi amaran kepada Tun semalam membuktikan kelemahan pimpinan Dollah dan betapa memang wujudnya gelombang perpecahan di dalam parti Melayu itu.

Saya yakin Tun akan terus bercakap kerana selama ini kritikan dan serangan beliau semuanya beserta dengan fakta dan maklumat. Beliau akan melihat kelemahan MT Umno di bawah Dollah sebagai peluang untuk belia terus bercakap.

Sementara itu sampai hari ini kedua-dua Kalimullah Hassan dan Khairy Jamaluddin senyap membisu tidak menyahut cabaran bekas Setiausaha Politik Tun, Mathias Chang, untuk berdebat dengan beliau darihal isu siapakh dalang sebenarnya di belakang Dollah yang mencuri kesempatan untuk kepetingan diri itu.

Monday, June 19, 2006

Mahathir kekal kebal dalam Umno

Hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai pemerhati tiba juga.

Namun peristiwa bersejarah dan besar yang dijangka akan berlaku pada hari ini rupa-rupanya tidak menjadi.

Sebentar tadi Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak membaca kenyataan sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi parti tersebut berdiri teguh di belakang Presiden mereka Abdullah Hj Ahmad Badawi. Ini sekaligus menurut Najib membuktikan tidak ada perpecahan dalam parti tersebut.



Mengapa tiba-tiba MT Umno perlu membuat pengisytiharan tersebut? Mengapa tiba-tiba sejak akhir-akhir ini dimana sahaja Dollah pergi perlu diadakan perhimpunan melambung dan menjulang beliau: Hidup Pak Lah, We Love You Pak Lah, mengapa agaknya?

Sudah pastilah ianya berpunca dari kritikan pedas dan tajam yang dibuat beberapa kali oleh bekas Presiden Umno dan bekas PM Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan khasnya pimpinan Dollah Badawi.Siri-siri kritikkan ini dikatakan mencabar kepimpinan Dollah.

Kerana itulah ada pihak yang menjangkakan MT Umno akan membangkitkan isu ini dan satu tindakan keras akan diambil terhadap Tun ekoran tindakan PENDURHAKAAN beliau itu, iaitu samada diberikan amaran ataupun mungkin juga dipecat dari parti.

Apa tidaknya Tun telah secara terbuka menyatakan bahawa Presiden Umno dan PM yang ada ini tidak layak memegang jawatannya. Kerajaan pimpinan Dollah kerajaan HALF PAST SIX WITH NO GUTS. Itu tidak termasuk kritikan-krtikannya terhadap isu AP, Proton, MV Augusta dan Jambatan Bengkok yang Dollah batalkan projeknya.

Semuanya serangan yang sarat dengan sikap PENDURHAKAAN belaka.

Rupa-rupanya terbukti Tun kebal, kerana rupa-rupanya beliau diberi amaran pun tidak jauh lagi dipecat.

Menurut Najib (pemimpin yang didedahkan oleh Tun sebagai lebih layak menjadi PM):

Tidak ada pemimpin utama yang tidak sokong Abdullah sebagai Perdana Menteri atau Presiden Umno dan tidak ada FACTION (puak) dalam Umno.

Jadi bagaimana dengan apa yang telah dinyatakan Tun itu? Betulkah atau bohong atau bagaimana?

Saya difahamkan Dollah telah pun terbang keluar negara sejurus mesyuarat itu. Lalu akan timbullah berbagai lagi spekulasi terhadap apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat MT Umno siang tadi Munginkah ada yang mengusulkan pemecatan tetapi ada yang pula menolaknya?

Cuma menurut MALAYSIAKINI ketika ditanya oleh pemberita Ketua Puteri Umno menafikan yang isu keahlian Tun ada dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Apa pun yang menarik adalah kenyataan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang turut dilaporkan oleh BERNAMA dalam seksyen berita terkininya, BERNAMA melaporkan:

Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin meminta rakyat menerima teguran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai sesuatu yang positif.

Apa yang positif itu?

Penjelasan Mufti Perak yang tidak mendapat tempat

Setelah serangan demi serangan ditujukan terhadap Mufti Perak ekoran kenyataannya agar pihak kerajaan MENYEMAK SEMULA perayaan KONGSIRAYA yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, tiada ruangan diberikaN kepada beliau untuk menjelaskan kenyataannya ataupun menangkis serangan.


YB Salahuddin bersama Dato Mufti Perak
gambar Harakahdaily

Semalam akhbar MINGGUAN MALAYSIA memberikan suatu ruangan kecil di mukasurat 12 atas tajuk:

TIDAK BERNIAT BURUKKAN KEPERCAYAAN AGAMA LAIN

bagi menyiarkan penjelasan Mufti tersebut.

Dato Harussani Zakaria dipetik sebagai berkata:

Keputusan Jawatankuasa itu (Jawatankuasa Muzakarah Ulamak 2006) mengenai isu kongsi raya tidak berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan aqidah umat Islam.

Aqidah boleh terpesong apabila kita meredai dan turut sama dalam perbuatan yang boleh menjerumus kepada perkara syirik. Aqidah boleh terpesong melalui niat, perbuatan mahu pun percakapan.

Hairan kenapa penjelasan Dato Mufti ini tidak mendapat tempat di muka hadapan akhbar berkenaan.

Apa pun saya kira Mufti Perak itu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan berani dan benar. Soal samada ianya popular atau direstui oleh pihak kerajaan ataupun golongan politik tidak berbangkit kerana sebagaimana beliau tegaskan ini isu aqidah yang sudah pasti tidak boleh ditolak ansur dengan kemahuan dan kehendak manusia.

Malah tidakkah prinsip pertama Islam Hadhari ciptaan Dollah Badawi itu berbunyi: Keimanan dan Ketaqwaan kepada Illahi.

Bagaimana mungkin ini dapat dicapai kiranya perkara-perkara berkenaan aqidah yang merupakan tunjang keimanan yang melahirkan ketaqwaan, ditentang dan ditolak oleh kalangan pimpinan negara termasuklah para menteri dan PM sendiri?

Barangkali benarlah kenyataan ahli parlimen BN-MCA dari Kota Melaka, Wong Nai Chee semalam semasa rancangan Debat Perdana di RTM bahawa Malaysia ini sesungguhnya adalah merupakan sebuah negara sekular walaupun Islam adalah agama rasminya!

Iaitu sebuah negara keduniaan ataupun material yang mengenepikan kepentingan spiritual ataupun keagamaan dalam pentadbiran dan pembangunannya.

Saturday, June 17, 2006

Benarkah Tun Dr M akan dipecat dari Umno?

Ianya bermula dengan kenyataan Naib Presiden PAS Husam Musa yang mengatakan beliau menerima maklumat yang Umno berkemungkinan akan memecat bekas Presidennya itu atas alasan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyerang pimpinan parti dan negara.

Semalam apabila para pemberita bertanyakkan kepada Dollah Badawi berkenaan kemungkinan tindakan ini diambil, beliau tidak mengia mahupun menafikannya.



Menurut THE STAR Dollah dilaporkan sebagai berkata:

This is not an Umno meeting.I wont make any statement until after the Umno meeting.

Apakah yang bermain difikiran Dollah ketika itu?

Jika benarlah Tun akan dipecat dari Umno, maka Tun mencipta rekod sebagai ahli Umno yang pernah dipecat sebanyak dua kali dari partinya. Pertama semasa Allahyarham YTM Tunku sebagai Presiden dahulu dan kedua diwaktu Dollah ini.

Semasa zaman Tunku dahulu Tun dipecat lantaran surat terbukannya (yang kemudiannya diharamkan oleh KDN) yang ditujukan kepada Tunku yang telah menyerang Tunku dan dasar-dasar pentadbirannya ketika itu.

Hari ini Tun terus menyerang, bukan Tunku tetapi Dollah pula. Dan serangan-serangan Tun hari ini tidak kurang pedasnya sebagaimana serangannya terhadap Tunku pada tahun 1969 dahulu (lebih 37 tahun dahulu).

Yang paling pedas dan mengaibkan saya kira serangan Tun terhadap Dollah ialah apabila Tun mengatakan Dollah sebenarnya bukan calon beliau untuk mengambil-alih teraju Umno dan negara, calonnya yang sebenar adalah Najib. Malah ungkapan HALF PAST SIX GOVERNMENT WITH NO GUTS yang ditujukan kepada Dollah pun juga tidak kurang pedas dan pedihnya.

Apakah bagi Umno tidak ada cara lain untuk menghentikan siri-siri serangan Tun ini melainkan memecat beliau? Atau bagi Umno memang padan dan kena kalau Tun ini dipecat?

Itu terpulanglah kepada Dollah dan mereka yang dikeliling-kelalangnya umpama Radzi, Khairy dan Mat Taib. Dollah difahamkan kini begitu berhati-hati dan makin kurang meletakkan kepercayaan kepada seseorang kerana menyedari betapa kuatnya pengaruh Tun sebenarnya dalam kabinet beliau dan sesama anggota MT Umno sendiri.

Yang tinggal kepada Dollah adalah Radzi, Khairy, Mat Taib (yang pun seorang oportunis) dan barangkali Shahrir dan Musa Hitam. Yang lain-lain dilihat bagai BRUTUS sahaja iaitu memiliki kemampuan untuk menikam dari belakang!

Jika benarlah Tun dipecat maka layaklah Tun menjawat jawatan Ketua kepada Pembangkang sebagaimana yang pernah disebut oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini.

Tun saya kira HAS GOT NOTHING TO LOOSE. Beliau tahu beliau mempunyai ramai penyokong samada dari dalam mahupun luar. Jika benar Dollah memiliki kekuatan untuk memecat Tun sebagaimana kencangnya berita angin yang bertiup maka tunggulah suatu tsunami politik besar yang akan melanda dan mencorakkan lanskap politik Malaysia, yang tidak pernah dijangka sebelum ini.

Tak siapa menyangka pengasas Umno boleh duduk semeja dengan Presiden PAS dan pembangkang dan terus mengetuai blok pembangkang di Parlimen, ianya berlaku di zaman Allahyarham Dato Onn.

Begitu juga tidak siapa menyangka bahawa pemimpin yang instrumental dalam menggulingkan kerajaan PAS d Kelantan boleh akhirnya berganding bahu dengan PAS dan menebus kembali kerajaan yang sama, ianya berlaku semasa Ku Li menubuhkan 46.

Siapa menyangka seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah menyerang parti-parti pembangkang, mengalahkan ahli parlimen PAS di Permatang Pauh akhirnya mengetuai parti-parti pembangkang dari dalam penjara sehingga Terengganu berjaya ditawan PAS pada tahun 1999, ianya berlaku ketika Anwar Ibrahim dpecat dari Umno dan merestui penubuhan Adil.

Demikanlah juga dalam kes Tun ini. Sama-samalah kita ikuti perkembangan selanjutnya, yang pasti Umno kini semakin hangat dan menggelegak, apakah kesudahnnya nanti?

Friday, June 16, 2006

Trend menyerang ulamak

Satu ketika dahulu saya masih ingat ketika seorang pemimpin PAS yang berstatus ulamak mengeluarkan pandangannya, kalangan pimpinan Umno dan kerajaan ketika itu mendakwa dalam Malaysia cuma Mufti sahaja yang dibenarkan memberi atau membuat fatwa.

Seolah-olah menunjukkan pada kita bagi kerajaan dan Umno, Mufti lah authority ataupun institusi yang berwibawa mengeluarkan pandangan berhubung perkara-perkara melibatkan agama dalam negara.

Hari ini kita lihat perakuan itu sudah tidak dipakai lagi.

Ini ekoran sebuah majlis Muzakarah Ulamak 2006 yang diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini. Muzakarah bertemakan Pemurnian Islam Dari Liberalisme Dan Pluralisme yang dihadiri oleh lebih 180 orang peserta itu kini dikecam oleh banyak pihak termasuk kalangan para Menteri kabinet dan yang bukan Islam.

Muzakarah yang diresmikan oleh Raja Muda Perak itu telah menyaksikan pembentangan tiga kertas kerja iaitu:

Pemurnian Islam Dari Liberalisme dan Pluralisme oleh Mufti Perak

Menangani Implikasi Fahaman Pluralisme Agama oleh Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha dari UIAM

Sumber Liberalisasi Pemikiran Islam: Kes Al-Quran oleh Ustaz Adnin Armas M.A. dari Institute for The Study of Islamic Thought and Civilization

Muzakarah tersebut telah membuat rumusan ataupun resolusi yang antaranya termasuklah meminta umat Islam agar prihatin terhadap fahaman pluralisme dan liberalisme yang dianggap sebagai mengancam akidah umat Islam.

Lanjutan dari itulah maka Mufti Perak selaku tuan rumah memohon agar pihak kerajaan MENGKAJI SEMULA perayaan KONGSIRAYA yang diadakan demi memelihara aqidah umat Islam.

Kalau saya tak silap Mufti Perak itu tidak meminta diharamkan KONGSI RAYA (beliau pernah meminta diharamkan KONSERT SUREHEBOH tapi tak dipedulikan pun) Cuma minta dikaji semula. Malah mengikut kenyataan TPM Najib Tun Razak memorandum dari Muzakarah tersebut pun belum diterimanya lagi, tiba-tiba pihak-pihak tertentu mengeluarkan kenyataan menyerang Mufti dan para peserta Muzakarah itu.

Akhbar THE STAR sehingga sanggup mengambil inisiatif menganjurkan undian samada pembacanya menyokong ataupun tidak pandangan Mufti itu sehingga digembar-gemburkan di akhbarnya hari ini bahawa 88 peratus pembacanya menentang pandangan Mufti itu!

TV3 pula semalam menyiarkan pandangan tokoh liberal Dr Chandra Muzaffar yang menolak pandangan Mufti itu. Sedih seorang intelek setaraf beliau boleh mengeluarkan kenyataan tanpa pun melihat resolusi yang diluluskan oleh Muzakarah itu.

Kemudian seorang penulis (Melayu/Islan) dalam akhbar THE STAR telah bertindak lebih proaktif lagi sehingga membuat andaian terhadap apa yang dinayatakan oleh Mufti itu, dari beberapa kerat kenyataan beliau telah menokok-tambah sehingga berjaya mencetuskan kemarahan rakyat terhadap institusi Mufti.

Dalam artikelnya Is our faith that fragile, Rose Ismail menulis:

WHY should attending a Kongsi Raya celebration make me a murtad (apostate)?

Sadly, his comment does not reflect well on Muslims. It seems to suggest that our faith in God is so fundamentally fragile that, on the slightest pretext, we can be persuaded to jump ship

Saya sendiri masih menunggu-nunggu kenyataan penuh dari Mufti Perak itu, tetapi saya pasti ramai dikalangan kita telah melompat sebelum pun disuruh berbuat demikian. Kita ghairah mengeluarkan pandangan biar pun yang melibatkan bab agama sedangkan belum tentu kita adalah ahlinya.

Tanpa kita sedari inilah contoh perangkap liberalisme yang mahu diketengahkan oleh muzakarah ini. Liberalisme yang dimaksudkan adalah kebebasan semua pihak menyatakan berkenaan dengan Islam seolah ianya setaraf dengan ideologi ciptaan manusia. Bahana liberalisme seumpama ini termasuklah menuntut agar al Quran diberi penfasiran semula kerana kononnya tafsir tradisional yang ada sebagai literal dan tidak mengambil kira konteks

Islam Liberal jenis ini mahu Islam diacu menurut peredaran zaman dan bukannya zaman yang diacu menurut Islam.

Kemudian ditokok pula dengan pluralisme. Pluralisme yang dimaksudkan adalah semua agama adalah sama dan setaraf. Maknanya bukan saja perlu ada kepelbagaian anutan agama, tetapi semua agama adalah setaraf dan perlu dilayan sama. Bukan itu saja, sikap pluralisme juga menuntut supaya dalam Islam, wajar dibenarkan lahir pelbagai fahaman dan tidak tertakluk kepada pengiktirafan institusi-institusi agama atau ulama.

KONGSIRAYA yang timbul dalam isu ini bagi saya sekadar melahirkan kebimbangan para peserta Muzakarah. Iaitu dalam hal merayakan perayaan agama lain.

Harus diingat ada diantara perayaan di Malaysia tidak melibatkan keagamaan contohnya Tahun Baru Cina. Mungkin yang dimaksudkan itu adalah perayaan Krismas dan Deepavali contohnya, perlu ada garispanduan, kerana bukankah tugas para ulamak adalah untuk mengawasi dan memelihara aqidah umat Islam.

Inilah yang saya percaya mahu diutarakan oleh Mufti Perak itu tetapi belum pun sempat beliau membuat penjelasan beliau telah diserang oleh semua pihak.

Dan saya melihat trend menyerang dan memperlekeh serta merendah-rendahkan institusi ulamak dan Islam itui sendiri semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Umno selaku tunggak perwakilan Melayu/Islam dalam kerajaan bukan sekadar tidak mampu berbuat apa-apa malah kalangan pimpinan mereka pun turut sama menghamburkan serangan sebagaimana puak-puak jahil yang lain.

Thursday, June 15, 2006

Baru isu gula Najib dah gelabah

Bekalan gula dikatakan kurang di pasaran negara sekarang. Semalam dalam akhbar tempatan diterbitkan gambar MB Terengganu yang tiba-tiba menjadi penjual gula di perkarangan Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu kerana kononnya mahu menanggani kemelut ini.



Harga gula di Malaysia dikatakan antara yang termurah di rantau ini iaitu sekitar RM1.30 sen sekilo sedangkan di Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina ianya antara 50 hingga 60 sen lebih mahal. (Menurut Najib Tun Razak yang kedua terendah di dunia)

Menurut pihak kerajaan bekalan gula tiba-tiba merosot di pasaran kerana para penyeledup telah mengambil kesempatan dari perbezaan harga ini lalu menjalankan aktiviti menyeludup gula tempatan ke negara-negara jiran untuk keuntungan segera. Manakala ada kalangan para pengilang mengaitkannya dengan cuaca yang tidak menentu yang mengakibatkan kurang pengeluaran.

Apa pun, jika penyeludupan masalahnya, maka kerajaan sepatutnya menggerakkan jentera penguatkuasaanya untuk memastikan perkara ini dibendung dan di atasi. Takkanlah dalam hal gula pun kerajaan tak mampu mengekang penyeludupannya? Mana yang lemah sebenarnya?

Kalau tak cukup dengan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kastam, Polis, dan memandangkan ianya sudah menjadi masalah nasional saya rasa lebih baik kita kerahkan sahaja kekuatan tentera kita untuk mengawal semua sempadan samada yang terbuka ataupun tertutup.

Lebih baik kita lakukan ini dari kita memindahkan bebanan kepada rakyat yang telah sedia parah kerana menanggung pelbagai beban kenaikkan harga yang timpa-menimpa. Saya menyatakan ini kerana dalam akhbar hari ini Najib dilaporkan sebagai berkata:

Masalahnya harga gula di Malaysia adalah kedua terendah di dunia dan untuk mengatasinya, jangan ada aktiviti penyeludupan. Kalau ia berterusan kita terpaksa naikkan harga gula dan rakyat sudah tentunya merasakan tindakan itu tidak patut

Jangan kerana kelemahan kerajaan maka sekali lagi rakyat yang menjadi mangsa. Tangani segera dimana yang lompong dan bolos, jangan mudah menyelesaikan masalah dengan memindahkan bebanan kepada rakyat.

Benar kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan gula ini, namun saya rasakan dalam hal ini mengawal penyeludupan oleh pengusaha dan penyeludup yang jahat ini lebih kritikal dan perlu diberi keutamaan oleh kerajaan.

Minyak naik, barang naik jangan gula pulak naik lepas ni.

Wednesday, June 14, 2006

Mathias cabar Kali dan KJ

Nampaknya pertembungan antara Tun Dr Mahathir dan PM Dollah Badawi tidak kelihatan akan kunjung reda.

Ianya kini tidak hanya melibatkan kedua-dua tokoh tersebut semata-mata tetapi kini leftenan ataupun orang-orang kanan masing-masing pun turut terbabit dan terseret sama.



Terbaru bekas Setiausaha Politik Tun, peguam Mathias Chang telah melancarkan serangannya mempertahankan Tun. Malangnya peluru berpandu beliau sekadar mendapat liputan dalam akhbar berbahasa Cina. Akhbar-akhbar lain dingin dan senyap membisu seribu bahasa.

Saya pun cuma terserempak akan hal ini apabila mengunjungi Blog Jeff Ooi di http://www.jeffooi.com/ dimana Jeff memetik laporan yang terbit dalam akhbar The Oriental Daily News.

Mathias mencabar kedua-dua Kalimullah Hassan Timbalan Pengerusi NST dan menantu Dollah, Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengannya bagi membuktikan siapakah diantara mereka yang sebenarnya orang di belakang Dollah Badawi yang mengawal dan mempengaruhi segala keputusan Dollah.

Sebelum ini para pemberita pernah menghujani Tun berkenaan benarkah ada individu di belakang Dollah yang bertindak sedemikian rupa. Walaupun tidak menjawab namun Tun ketawa panjang bila nama Khairy disebut.

Berbalik kepada cabaran Mathias tadi beliau turut menyerang Kali dan KJ sebagai hipokrit keranan kononnya bercakap berkenaan anti rasuah sedangkan mereka menggunakan pengaruh Dollah untuk kepetingan perniagaan dan keduduakan masing-masing.

Beliau turut mencabar Kali dan KJ agar mengisytiharkan aset masing-masing dari sejak Dollah menjadi PM pada Oktober 2003 sehingga kini.

Mathias menganggap Kali menggunakan ruangannya dalam NST untuk menyerang Tun dan tindakan itu beliau nisbahkan sebagai suatu tindakan penderhakaan terhadap bangsa Melayu memandangkan Tun dianggap ramai sebagai wira bangsa Melayu. Dan beliau menggesa Kali agar menghentikan tohmahannya terhadap Tun kerana Tun telah banyak menyumbang kepada bangsa Melayu, sepatutnya orang Melayu menghargai jasa-jasa Tun itu.

Disamping itu Mathias turut menyelar pemimpin-pemimpin tertentu yang telah menyerang Tun sejak akhir-akhir ini antaranya Musa Hitam, Hisahmuddin, Rafidah, Azalina dan Syed Hamid yang menurut Mathias mereka yang berkenaan tiadak akan sampai ke kedudukan mereka hari ini tanpa bantuan Tun.

Hangat dan berasap sungguh kenyataan, tuduhan dan cabaran Mathias itu, padanlah Utusan dan NST tak berani mahu pickup.

Saya kira bola kini berada di gelanggang Kali dan KJ. Mereka berhak menyahut cabaran Mathias ini ataupun mereka berhak menyamannya.

Apa pun sebagaimana WORLD CUP di Jerman, nampaknya perkembangan ini menjadi semakin hangat dan menarik. Cuma diharapkan akhbar media perdana agar beranilah sedikit membuat laporan. Kalau pun tak setuju tak mengapa tapi jangan menyembunyikan maklumat dan berita dari pengetahuan rakyat. Syabas kepada akhbar berbahasa Cina, syabas Jeff.

Nepal mansuh ISA

Ketika menonton BBC sebentar tadi saya terus terpaku melihatkan perkembangan yang sedang berlaku di negara mundur yang terletak di celah pergunungan Himalaya iaitu Nepal.



Disiarkan berita pembebasan puluhan tahanan politik terdiri dari pemberontak kominis Maois oleh kerajaan baru Nepal yang naik memegang kuasa setelah berjaya mengambil-alih dan mengekang kuasa bekas pemerintah monarki iaitu Raja Gyanendra.

Menurut BBC:

The controversial anti-terrorism law was introduced eight years ago. Successive governments renewed it with additional stringent provisions, despite opposition from human rights groups.

It gave sweeping search powers to the security forces and allowed them to arrest anyone on suspicion of links with the rebels. Detainees could be held for up to a year without trial.

Undang-undang kontroversial anti pengganas (ala ISA) itu diperkenalkan 8 tahun dahulu. Kerajaan yang berkuasa sebelum ini telah memperbaharui undang-undang tersebut dengan mengetatkan lagi peruntukkannya walaupun ditentang oleh kumpulan hak asasi.

(Undang-undang tersebut) Ia memberi kuasa besar kepada pihak keselmatan disamping kuasa menahan sesiapa sahaja yang disyaki mempunyai hubungan dengan puak pemberontak. Para tahanan boleh ditahan tanpa bicara selama setahun.


Itu negara mundur, yang serba kekurangan, dhaif dan susah. Tetapi kita yang mendakwa sebagai negara dunia pertama, maju, kaya dan serba membangun, tiba-tiba mengekalkan undang-undang zalim ini warisan penjajah British sehinggalah ke hari ini.

Sekurang-kurangnya ISA di Nepal memberi kuasa menahan tanpa bicara seseorang cuma selama tempoh 12 bulan. Di Malaysia tempoh tahanan ISA nya adalah selama 24 bulan dan boleh diperbaharui dari masa ke semasa atas budibicara pemerintah.

Barangkali lebih baik kita ambil seorang PM dari Nepal dan hantarkan sahaja PM kita ini ke Nepal, apa macam?

Shahrir menjolok sarang tebuan lagi

Kali ini yang dijoloknya adalah Samy Vellu, Menteri Kerjaraya yang sedang sibuk mempertahankan imejnya kerana parti beliau MIC akan menghadapi pemilihan pucuk pimpinan tidak berapa lama lagi.

Sungguhpun Samy sendiri telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden namun orang keliling-kelalangnya mahu dipastikan menang juga, oleh itu tindakan Shahrir membongkar kerja-kerja kementerian beliau diketika ini sungguh tidak disenanginya.



Shahrir selaku Pengerusi Jawatankausa Kira-kira Wang Negara ataupun PAC (sebuah jawatankuasa yang duduk di bawah Parlimen yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Negara) sedang tekun menyiasat dan mengkaji kerja-kerja yang melibatkan Projek Jambatan Bengkok yang dihentikan oleh kerajaan dan Lebuhraya KL-Putrajaya.

Dalam kes Jambatan Bengkok Shahrir mahu pihak kementerian mengkaji semula bayaran gantirugi RM100 juta yang terpaksa dibayar oleh kerajaan kepada kontraktor utama Gerbang Perdana Sdn. Bhd. Manakala dalam kes Lebuhraya KL-Putrajaya Shahrir mahu pihak kementerian membeli rumah-rumah yang terlibat dan terjejas dengan pembinaan lebuhraya tersebut sebagai satu kaedah penyelesaian.

Cadangan-cadangan Shahrir yang didedahkan dalam akhbar-akhbar semalam telah menyengat Samy sehingga beliau melompat mengeluarkan kata-kata berupa amaran kepada PAC.

Samy mendakwa PAC hanya berkuasa menyemak perbelanjaan di atas projek ataupun kerja-kerja yang telah siap dan bukan sebaliknya.

Beliau mendakwa PAC cuba menganggu perjalanan dan urusan kementerian beliau. Menurut THE STAR beliau mendakwa:

Every week, they have their meetings, and our officers attend and answer their questions. Our officers cant be there always as they also have their responsibilities to carry out. We cant waste our time. We only have a limited time to implement projects.

Tiap-tiap minggu, mereka mengadakan mesyuarat dan para pegawai kami terpaksa hadir dan menjawab persoalan-persoalan mereka. Para pegawai kami tidak boleh semata-mata berada di sana kerana mereka ada tanggungjawab lain untuk dijalankan. Kami tidak boleh MEMBUANG MASA. Kami Cuma ada masa yang terhad untuk melaksanakan satu-satu projek.

Malah dalam nada sinis (dan Samy memang dikenali dengan perangai demikian) sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN beliau berkata:

There must be a limit to the PAC, you are not an operator of this ministry. Ask them to come sit in the Works Ministrylah , and run the ministry. Ask the PAC chairman to come and sit in the ministry. Every project he approves, we will implement it.

Mesti ada had (dalam kuasa-kuasa) PAC, mereka bukan pengurus kementerian (ini). Panggillah mereka duduk sebagai Mentyeri Kerjaraya, dan uruskan kementerian ini. Panggil Pengerusi PAC ke sini dan duduk dalam kementerian ini. Setiap projek dia boleh luluskan dan kami laksanakan.

Perlukah Samy melatah sedemikian rupa?

Tidakkah tindakan Samy itu menghina Jawatankuasa tersebut yang kuasanya diberikan oleh Perlembagaan dan dilantik pula oleh Parlimen?
Apakah Samy tidak boleh diambil tindakan oleh Parlimen kerana berkata demikian?

Saya kira sikap dan perangai Samy ini mencerminkan betapa beliau tidak bersedia untuk mengamalkan ketelusan dalam menjalankan tugasnya. Ianya sungguh mengaibkan terutama kerana datangnya dari seorang berstatus menteri. Apakah begitu amalan kabinet Dollah Badawi? Seringkali Samy dilihat terlepas dari jaringan seumpama ini, apakah akan terlepas lagi Tok Samy kali ini?

Untuk makluman kerja-kerja PAC yang ahli-ahlinya dilantik oleh Palimen sebenarnya adalah memeriksa:

Kira-kira Kerajaan Malaysia dan Peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;

Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;

Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan;

Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

Jadi apa akan jadi selepas ini?