Monday, June 12, 2006

Salahuddin dewasa bersama-sama PAS

Semasa beliau mula-mula mengmbil-alih teraju Pemuda PAS saya terpaksa mengakui bahawa saya barangkali salah seorang diantara yang agak skeptic dengan kemampuan dan kebolehan beliau.

Kini jelas anggapan saya itu meleset.



Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS, ahli Parlimen Kubang Kerian, anak Johor kacukkan Cina ni jelas telah berjaya membuktikan kemampuan dan kebolehan beliau, semakin matang mengikut pereadaran masa, semakin padat dan kaya dengan pengalaman.

Saya perhatikan gerak-laku dan tindakan beliau sepanjang menjadi Ketua Pemuda PAS pada tahun 2003 dan kemudiannya ahli Parlimen sejak tahun 2004 semakin menampakkan gaya kepimpinan yang selama ini tandus dan tiada dikalangan pimpinan muda Melayu/Islam hari ini.

Wajah beliau diseret anggota polis semasa berdemonstrasi di KLCC atas isu kenaikkan harga minyak dan tariff elektrik akan terus lekat di hari rakyat. (Ketika Khairy Jamaluddin sibuk dengan MyTeam nya, Salahuddin sibuk memperjuangkan nasib rakyat, sehingga ditangkap!)

Semasa Mukatamar PAS Pusat minggu lalu pula, kecekapan beliau itu semakin terserlah. Ketika berucap semasa sessi ucapan penangguhan beliau telah menangani beberapa isu dengan begitu baik dan membuktikan betapa beliau telah berjaya menguasai ilmu dan kemahiran yang digarab dengan pengalaman dan kedewasaan.

Ketika ada perwakilan yang membangkitkan isu mengapa PAS perlu memberikan takziah kepada tokoh-tokoh Umno yang meninggal dunia (lantaran kecewanya si yang bertanya barangkali dengan serangan tokoh berkenaan terhadap PAS dan Islam semasa hayatnya) Salahuddin berjaya mengalihkan pandangan kepada perspektif yang lebih luas. Beliau mengambil contoh ketika Perang Salib, betapa Tentera Islam diketuai kebetulan oleh Salahuddin juga iaitu Salahuddin al Ayubi, telah mengambil masa mengirim doktornya merawat Richard The Lion Heart, Ketua Tentera Salib yang sakit sedangkan mereka ketika itu sedang sama-sama berentap menghadapi peperangan.

Kemampuan beliau memberikan penjelasan yang menyakinkan itu telah memuaskan hati para perwakilan.

Kemudian semasa menjawab isu pelawaan beliau agar Tun Dr Mahathir mengetuai pembangkang, sekali lagi beliau berjaya mempamirkan ketajaman pandangan dan kemapuannya membuat analisa. Kata beliau bukankah Tun yang kini antara pemimpin negara yang sedang berdepan dan berkonfrantasi dengan Dollah Badawi. Malah kata beliau saranan ni turut datang dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN sendiri ketika berjumpa beliau. Soal Tun terima atau tidak itu soal kedua tapi jelasnya Tun kini sudanh menjadi tokoh pembangkang besar lantaran kenyataan-kenyataan yang beliau berikan.

Semalam sekali lagi jika ada yang berkesempatan membaca temuramah (satu mukasurat) beliau dalam MINGGUAN MALAYSIA, ternyata Salahuddin berjaya mengenengahkan imej PAS yang kontemporari dan futuristic tanpa berkompromi dalam hal-hal prinsip yang menyelaputi perjuangan parti Islam itu.

Terus-terang saya kagum dengan pandangan-pandangan yang beliau berikan serta arah yang mahu dibawanya Dewan Pemuda dan PAS itu sendiri.

Sesungguhnya Salahuddin kini muncul sebagai tokoh muda Melayu/Islam yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Sekiranya betul susun langkah kepimpinan beliau, cermat berhati-hati, berani pada tempatnya, saya yakin beliau akan muncul sebagai pemimpin muda negara yang besar.
Syabas YB.

No comments: