Tun sekeluarga vs Dollah
Sekiranya Marina Mahathir menulis mengkritik Islam dengan nafsu dan nada ultra liberalisma nya itu, ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana memang demikianlah style dan cara Marina.
Para ulamak, peraturan dan syariat Islam, adab dan akhlak dalam Islam semuanya pernah diserang oleh beliau kerana menegakkan pandangan dan tafsiran peribadinya terhadap Islam yang jelas jauh tersasar dari sumber dan peraturan hukum.
Apabila Marina mengeluarkan pandangannya ia sering mendapat perhatian kerana pertama Marina adalah Puteri kepada bekas Perdana Menteri dan keduanya Marina merupakan satu-satunya anak perempuan bekas PM yang mempunyai ruangan mingguannya sendiri dalam salah sebuah akhbar media perdana iaitu The Star.
Kerana itulah Marina memiliki pengaruh dan apa sahaja yang disuarakan atau dicetuskan olehnya sering mendapat perhatian umum.
Jadi apabila target atau sasaran baru diserang oleh Marina, ianya telah menarik perhatian saya.
Dalam ruangan MUSINGS nya dalam akhbar THE STAR semalam Marina menulis:
I dont know about you but the fact for me is reading the news daily, our politicians are losing credibility daily. Already they are our least trusted people, but with all the recent pronouncements, is it any wonder that our confidence gets eroded even more? Did we actually elect this people? What on earth possessed us?
To stop living in a fictional world where we think everything is fine when they are actually not, we, as citizens, need to take more responsibility. If a politician says something objectionable or stupid, we should boo them loud and clear. We mustnt close one eye to it all.
Apa macam?
Kini Marina menyerang kerajaan pula. Mengatakan yang ahli-ahli politik (saya rasa ahli politik yang beliau maksudkan itu lebih merujuk kepada Umno dan BN) sudah hilang kredibiliti hampir serupa dengan nada ayahandanya Tun Dr M yang menuduh kerajaan Dollah Badawi baru-baru ini sebagai:
Half past six government with no guts
Nampak-nampaknya seluruh keluarga Tun sedang menghalakan senjata mereka ke arah Dollah. Kekanda Marina, Mukhriz yang memperolehi undi terbanyak dalam EXCO Pemuda Umno sebelum ini pernah dan akan terus melakukan roadshow mempertahankan beberapa teguran ayahandanya terhadap Dolah.
Menarik juga kita melihat dan mengikuti perkembangan ini.
Marina menulis lagi:
Nowadays people aim to get into Parliament using the fiction that they wanted to help others when the fact is often that the only people helped are themselves.
Sejauh manakah pertelagahan di antara keluarga Tun ini dengan Dollah akan berlarutan dan apakah kesudahannya, wallahualam. Kononnya semasa di Jepun baru-baru ini Dollah yang kebetulan tinggal satu hotel dengan Tun telah mengambil kesempatan bertemu muka dengan Tun. Tapi dikhabarkan pertemuan sekadar 15 minit sahaja kerana Tun dikatakan mempunyai appointment lain!
Saya masih ingat semasa Allahyarham Tun Mustapha hidup dahulu, pernah apabila Datuk Harris Salleh menaiki pesawat KK ke KL dan didapatinya Tun Mustapha sudah menaiki dahulu pesawat tersebut, Harris turun dan menaiki pesawat lain!
Begitulah nampaknya Tun kita dengan Dollah ni. Barangkali akan terbongkar dan melimpah keluar lah pelbagai dosa dan aib masing-masing lantaran sengketa ini. Ketika itu siapakah agaknya yang akan ketawa besar?
No comments:
Post a Comment