ARTIKEL MALAYSIAN MUSLIM HAVE NO WAY OUT SAHIH

Tuesday, August 31, 2004

Artikel Malaysian Muslims have "no way out" sahih. Baru-baru ini sahabat kita raya2020 mengemukakan satu artikel berkenaan murtad di Malaysia yang disiarkan oleh Washington Post di http://www.washingtontimes.com/world/20040819-111615-8930r.htm Atas desakan sahabat lain saya membuat sedikit kajian. Memang artikel tersebut terbit dalam Washington POst pada 20hb. Ogos 2004.

Penukis artikel tersebut Ioannis Gatsiounis memang adalah korespondan WP untuk rantau ini. Beliau juga adalah penulis untuk Christian Science Monitor.

Petikan dari artikel tersebut yang menggemparkan ramai yang "concerned" adalah:

Yet, despite the obstacles, some Christian proselytizers are busy. The Rev. Kumar — not his real name — recalls the religious police rattling his front gate in the middle of the night. The warning was clear. "But I am not afraid," Mr. Kumar said. "My work is God's will and I have a worthy cause to fight for. [Malays] have a right to find Jesus."

His evangelical church has 12 branches throughout Malaysia and 30 affiliates, and Mr. Kumar estimates that 100 Muslims are converting to Christianity every month in the country. He said there has been a marked increase in interest in the past three years, since the September 11 attacks in the United States. A royal family and the daughter of a former prime minister are among his list of converts.

Christian groups estimate that there are 30,000 Malay converts in the country. Some Muslim groups say the figure is much lower. However, nondenominational observers say most converts live in secrecy for fear of harassment from the government, family and fellow Malays.

Siapakah keluarga di raja dan anak perempuan bekas PM yang telah murtad itu wallahualam saya tidak dapat maklumat (awas kita ada 4 bekas PM ok). Namun artikel ini perlu diketengahkan dan umat Islam perlu tahu berkenaannya. Jangan kita gadaikan maruah dan harga diri Islam setelah 47 tahun merdeka ini.

MB Pahang kelakar

Sunday, August 29, 2004



MB Pahang Kelakar. Muktamar PAS Pusat kali ke 50 baru sahaja selesai siang tadi. Banyaklah isu yang telah dibahaskan dalam muktamar yang benar-benar mencerminkan ketelusan dan keterbukaan pimpinan parti tersebut.

Antara isu yang disentuh oleh para perwakilan adalah isu hiburan alternatif sebagai pilihan terhadap hiburan kontemporari yang sedang membuai selera muda-mudi kini. Hiburan alternatif yang dimaksudkan adalah hiburan yang tidak sekali-kali melanggar hukum dan peraturan syarak.

Rupanya isu ini turut menarik minat MB Pahang Adnan Yaakob. Ulasan beliau dimuatkan oleh Mingguan Malaysia di bawah tajuk:

Apa yang dibungkus terurai

Kata Adnan:

"Bukan sahaja Dewan Pemuda tetapi Dewan Muslimat juga bersetuju jika PAS menganjurkan konsert hiburan alternatif. Hari ini terbukti sekali lagi mereka(PAS) mengakui apa yang kita buat (konsert hiburan) selama ini betul"

Muktamar membincangkan konsert alternatif, Adnan samakan konsert hiburan bikinan beliau betul dan sama umpama konsert alternatif. Kuantan pernah jadi Tuan rumah konsert sureheboh TV3, yang majlis mufti fatwakan sebagai haram, takkanlah Adnan hendak samakan konsert alternatif yang dimaksudkan setaraf dengan konsert haram beliau!

Yang terburai sebenarnya adalah kelonggaran dan kecetekkan ilmu Adnan......

Kuala Berang: Batu bersurat tinggal di tugu

KUALA BERANG: batu bersurat tinggal di tugu. Keputusan pilihanraya kecil DUN Kuala Berang sekali lagi berpihak kepada BN. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu 2,059 undi berbanding 1,695 undi pada pilihanraya umum lalu.

Kuala Berang adalah pekan yang terkenal dengan "batu bersurat"nya yang merupakan bukti betapa Islam pernah satu ketika dahulu dilaksanakan sebagai suatu cara hidup bermasyarakat dan bernegara. Al Quran dan Sunnah diangkat dan dimartabatkan sebagai undang-undang dan peraturan yang tertinggi.

Namun keputusan pengundi di Kuala Berang mencerminkan bahawa bagi mereka cukuplah replika batu keramat itu kekal sebagai tugu di bulatan Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Sebagai bahan hiasan, bahan tontonan pelancong, kaku seumpama batu.

Mahu melabur dalam konsortium UMNO?

Saturday, August 28, 2004


MAHU MELABUR DALAM KONSORTIUM UMNO Hampir seluruh akhbar saluran perdana hari ini menyiarkan berita berhubung "konsortium UMNO". Utusan Malaysia menyebut:

Perwakilan tubuh `konsortium' dapatkan undi didedah

Rupa-rupanya bukan untuk melaksanakan projek mega ataupun membiayai sesuatu projek sahaja perlu ditubuhkan konsortium, UMNO maju selangkah lagi, nak pilih pemimpin pun ada konsortium! Hidup UMNO!

Sebagaimana tersiar dalam Utusan:

KOTA KINABALU 27 Ogos - Lembaga Disiplin UMNO mengesan terdapat segelintir perwakilan menubuhkan `konsortium' dengan meminta bayaran sebanyak RM50,000 bagi mendapatkan 80 undi, daripada calon Majlis Tertinggi menjelang pemilihan parti bulan depan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Husainay Hashim berkata, UMNO memandang serius gejala itu dan tindakan tegas termasuk melucutkan serta-merta keanggotaan ahli terbabit akan diambil sekiranya didapati bersalah.

RM50,000 mahu dapat 80 undi bukanlah sesuatu yang mahal bagi calon UMNO yang memang mengamalkan budaya rasuah, sekali petik jari RM500,000 atau RM5juta bila-bila masa boleh dapat. Nampaknya kronik sungguh gejala rasuah dalam UMNO, kalau pemimpin pun membeli tidak hairanlah rakyat buta-buta dibeli.

Tell us these are not vote buying

Thursday, August 26, 2004

TELL US THESE ARE NOT VOTE BUYING. The Election Commision tell us that it is an offence to buy votes. One is not allowed to make monetary promises when soliciting for votes, so they say but who cares when the big gun does it. The EC has never bothered, nor lifted an eye and the immoral practise is being done out in the open.

Today The Star wrote:

A sumptuous meal of grilled chicken and fish was served to about 50 people who attended a Barisan Nasional ceramah outside a community hall in Kampung Batu 23 near here on Tuesday night........

Utusan Malaysia wrote:

Peruntukkan RM2.6 juta disediakan bagi membantu pekebun kecil didaerah Hulu Terengganu tahun ini kata Timbalan Menteri Kewangan...........Pada majlis itu 774 pekebun kecil (di Kuala Berang) menerima dividen sebanyak RM500,000.00

PAS was once accused of corrupt practices by allegedly promising voters that a vote for PAS is a ticket to heaven. But when free food, gifts and cash are openly distributed to voters, it suddenly becomes OK.....are we really in democratic Malaysia or Zimbabwe?

Yang terkaya di Asia Tenggara

YANG TERKAYA DI ASIA TENGGARA: MANA NAMA MELAYU? Kebanyakkan akhbar tempatan hari ini menyiarkan nama-nama rakyat Malaysia yang tersenarai dalam majalah Forbes sebagai yang terkaya di Asia Tenggara.

Nombor 1: Robert Kuok - tuan punya rangkaian hotel Shangrila, akhbar South China Morning Post di Hong Kong. Kekayaan beliau dianggarkan RM15.6 billion

Nombor 2: Ananda Krishnan - tuan punya ASTRO (macam-macam ada) dan MAXIS. Kekayaan RM13.3 billion

Nombor 4: Quek Leng Chan - terlibat dalam industri kewangan dan hartanah. Kekayaan RM8.7 billion

Sepatah habuk nama Melayu pun tidak ada. Malaysia dah hampir 47 tahun merdeka, tetapi yang berjaya sungguh-sungguh adalah warga Malaysia bukan Melayu yang berasal dari negara asing.

Berbanggalah agaknya, kan ke mereka ini anak Malaysia juga? Kita beria-ia keluar-masuk kampung berjuang untuk agama, bangsa dan negara rupanya yang kaya orang lain! Yang sedihnya kebanyakkan mereka ini menjadi kaya-raya lantaran bantuan orang Melayu juga. Orang Melayu yang memegang kuasa, membuka peluang, memberi jalan, menganugerahkan projek - akhirnya merekalah yang kaya, anak Melayu terus tinggal di ceruk kampung di rumah setinggan, makan nasi dengan ulam dan ikan masin, jadi drebar taukeh Cina, jadi tukang kebun taukeh India, jadi jaga.......

Where did we go wrong? Bulan September nanti kita pakat nyanyi:

Bersatu, bersetia, berkhidmat cogankatanya.......
UMNO terus maju untuk bangsa Malaysia.............


Marina's amusing musings

Wednesday, August 25, 2004



MARINA'S AMUSING MUSINGS. Marina Mahathir in her weekly column in The Star wrote:

"What sort of country instils patriotism in its people? One that treats each and every citizen with respect, no matter how different they may be. One that doesnt let anyone be left behind beacuse of social and financial standing, gender, race, religion or ability. One that listens to its people and takes heed of what it hears, even when it's not pleasant."

How very true are your words my dear. But sad to say during the tenure of the former PM who Im sure Marina knows well, those who choosed to be different then were penalised and arbitrarily jailed. Let us not forget the brave judges who stood up to their principle, they were dismissed and ridiculed in public simply because they had a different opinion.

The DPM then (Anwar Ibrahim) attempted to be different by going hard against corruption, nepotism and cronyism and looked what became of him! Many more were detained under the draconian ISA merely because of their political thinking.

The people in Kelantan chosed an opposition government, as a result they were delibrately left behind in terms of development.

And today unfortunately the present PM who was surely well trained by his predecessor continues the same attributes, can patriotism therefore be easily instilled and live amongst us?

Sejarah keganasan pilihanraya di Malaysia

SEJARAH KEGANASAN PILIHANRAYA DI MALAYSIA Berita jam 8 di TV3 tadi memuatkan betapa TPM Najib Tun Razak kesal dengan sikap penyokong-penyokong PAS yang dikatakan "ganas" di Kuala Berang. Kononnya ada penyokong PAS di sana telah menunjukkan parang kepada MB Selangor Khir Toyo. Najib berharap agar Khir Toyo dapat membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Kenapa kalau benar kejadian tersebut kira-kira 2 hari lalu sampai hari ini Khir masih tak buat laporan polis?

Menyingkap sejarah keganasan semasa pilihanraya khususnya pilihanraya kecil ramai yang mungkin ingat kes penahanan bas oleh penyokong pembangkang di Lunas ataupun kes pergaduhan kecil di sana-sini, sedihnya ramai yang sudah tidak ingat akan satu kejadian yang mengakibatkan kematian dalam satu pilihanraya kecil.......

Pilihanraya kecil dimaksudkan berlaku di Lubuk Merbau Kedah pada tahun 1985. Dalam persitiwa tersebut beberapa petugas PAS telah dipukul dengan ganasnya oleh penyokong-penyokong BN/UMNO semata-mata kerana mempertahankan poster calon. Seorang petugas PAS Othman Talib telah dikejarkan ke hospital kerana parah dipukul dan kemudiannya meninggal dunia.

Kalau tidak silap ketika itu penyokong UMNO baru sahaja keluar setelah mendengar ceramah oleh Najib Tun Razak yang ketika itu adalah Ketua Pemuda UMNO. Kerana semangat berkobar penyokong PAS yang ada telah mereka pukul sehingga mati......siapa yang ganas disini?

Dalam sejarah pilihanraya tidak pernah penyokong UMNO dipukul sehingga mati oleh penyokong PAS! Tiba-tiba di Kuala Berang, PAS dikatakan ekstrim dan pengganas.......tak percaya ka........

PEMBETULAN

Tuesday, August 24, 2004

Website piper-heidsieck (artikel: "artis lancar arak") adalah www.piper-heidsieck.com/ dan tidak sebagaimana yang diberikan sebelum ini. Harap maaf. (Thanks anonymous for pointing out the error)

Islam penyelesai masalah remaja?

Penglibatan remaja dalam kancah gejala sosial terus HANGAT diperdebatkan. Namun formula penyelesaian tidak pernah tercipta. Isunya bagaimana mahu mengikis dan mengatasinya. Terbaru EXCO kerajaan negeri Kelantan memberikan cadangan sebagaimana dipetik dari Harakahdaily:

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Abdul Patah Mahmood berkata, gejala tersebut semakin menular sekarang dan tindakan bagi membendungnya perlu dilakukan secara serius.

“Semakin hari bilangan kes semakin bertambah dan ia seperti tidak ada kawalan. Sebahagiannya melibatkan remaja belasan tahun. Sekiranya penekanan berkaitan ilmu Islam tidak diambil jalan penyelesaiannya tidak dijumpai,” katanya ketika merasmikan Program Perkampungan Ilmu 2004 di Sekolah Menengah Ugama Syamsul Maarif (Perempuan) di sini, baru-baru ini.

Abdul Patah juga berkata, berdasarkan data yang diperolehi pelajar aliran agama didapati kurang terbabit dengan gejala tersebut. “Pelajar sekolah agama mampu menjadi model kepada remaja lain dari segi akhlak dan kecemerlangan akademik mereka,” katanya.

Cari penyelesaian biar berdasarkan "result" jangan guna retorik dan kepentingan politik. Kalau nampak formula kembali kepada Islam sebagai penyelsaian terbaik kesitulah sepatutnya kita tuju!

47 tahun merdeka: Remaja Melayu paling ramai terbabit gejala sosial & jenayah

Monday, August 23, 2004

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan betapa Presiden GPMS kononnya bimbang melihat angka yang menunjukkan bahawa golongan remaja Melayulah yang teramai terlibat dalam kegiatan gejala sosial dan jenayah.

Antara gejala sosial dan jenayah yang dimaksudkan termasuklah rogol, bunuh, mencuri kenderaan, mencedera, samun, pecah rumah dan dadah. Dari Januari hingga Mei tahun ini sahaja pecahan remaja yang ditangkap polis kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan tersebut adalah:

Melayu 899 orang
Cina 55 orang
India 76 orang
Lain 81 orang

Bermakna mengikut peratusnya remaja Melayu yang ditangkap kerana pelbagai kes jenayah adalah sebanyak 80.91%.

Suhaimi Ibrahim (Presiden GPMS) mengaitkan masalah ini dengan pengaruh rakan sebaya, masalah ekonomi dan sikap masyarakat yang kurang peka. Pengaruh media cetak dan elektronik juga penyumbang menurut beliau.

Demikianlah nasib anak-anak Melayu. Negara ini milik mereka, pemimpin-pemimpin pun ramai dikalangan mereka namun yang hanyut dan punah akhlaknya mereka juga! 47 tahun merdeka, Malaysia meluncur mahu menjadi negara maju, namun anak-anak bangsa tergelincir dan rebah.

Kalau masalah ini dikaitkan dengan masalah ekonomi iaitu mereka kesempitan kewangan dan miskin, apa agaknya yang dilakukan oleh pak-pak Menteri kalangan orang Melayu belaka selama ini? Merdeka 47 tahun orang Melayu merempat dan susah lagikah?

Kalau masalah ini dikaitkan pula pada media cetak dan elektronik, bukankah media ini semua dilesenkan, dikawal dan diselia oleh orang-orang Melyu belaka? Tidakkah mereka juga ada saham dalam kemelut sosial ini?

Itulah bila para ulamak tegur dan tonjolkan perkara-perkara maksiat dan haram yang dilakukan secara berleluasa janganlah mudah melenting dan bermati-matian pertahankan. Bila
angka-angka melibatkan remaja Melayu terbit, kita urut dada konon-kononnya terperanjat.

Ringkasnya apabila negara pesat membangun namun meninggalkan dan mencicirkan acuan Islam, disaat itu jangan lagi kita meratap melihat umat hancur bahananya. Umat cuma akan kukuh dan negara makmur apabila Islam dijunjung dan dimuliakan, terimalah hakikat demikian.



Najib keterlaluan di Kuala Berang

Saturday, August 21, 2004

Semalam semasa berkempen di Kuala Berang Timbalan PM Najib Tun Razak telah mengeluarkan satu kenyataan yang dikira keterlaluan, terlampau, tidak "gentleman". Semasa berucap meresmikan Klinik Kesihatan di Kampung Sg. Ular sebagaimana yang disiarkan oleh TV3 beliau berkata bahawa Nik Aziz, MB Kelantan pun semasa sakit jantung baru-baru ini mencari hospital yang dibina oleh kerajaan BN.

Dalam erti kata lain maksud Najib kalau tidak kerana BN yang bina hospital pasti Nik Aziz tidak akan sihat. Hospital BN lah yang menyelamatkan Nik Aziz (ini tak masuk bab aqidah lagi). Barangkali menyedari bahawa Kuala Berang ini letaknya di Hulu Terengganu, sebuah kawasan pendalaman, kawasan hulu, Najib menyangka pasti mereka akan terima bulat-bulat kenyataan beliau itu, maklumlah orang darat.

To put the record straight Nik Aziz tidak berlari ke hospital BN pun, tapi pada awalnya dimasukkan ke Perdana Specialist Centre di Kota Bharu. Malah kalau pun beliau masuk ke hospital yang dibina kerajaan sekalipun bukankah Nik Aziz pun seorang Ketua Kerajaan sebuah negeri dalam Perseketuan Malaysia.

And by the way bukan duit UMNO dan BN yang bina hospital-hospital kerajaan termasuk klinik di Sg. Ular itu tapi duit kerajaan yang datangnya dari rakyat juga.

Najib jangan pula marah kalau orang lain nanti mengatakan bahawa Pak Lah sendiri tak percaya kepada hospital kerajaan BN kerana isteri beliau yang sakit tidak dirawat di sini tetapi menerima rawatan pakar di hospital di Amerika Syarikat.......Oleh itu Pak Lah lebih percaya kerajaan Republikan Presiden Bush dari kerajaan BN beliau sendiri?!


Artis Melayu lancar arak

Friday, August 20, 2004

Akhbar The Star 19 Ogos 2004 sisipan Metro muka 19 memaparkan 20 artis wanita yang hadir melancarkan produk arak buatan Perancis Piper-Heidsieck di Grand Plaza Parkroyal hotel baru-baru ini. Piper-Heidsieck adalah pembuat champagne dan wine yang ternama di Perancis, sila lihat www.hiedsieck.com . Di muka depan website itu ditulis:

"Alcohol can be dangerous to your health, please consume with care"

Antara artis Melayu Islam yang hadir untuk melancarkan produk tersebut adalah Anita Sarawak, Ida Nerina, Erra Fazira, dan Nasha Aziz.

Agaknya Wanita atau Puteri UMNO atau barangkali Dr. Mashitah boleh beri komen sikit dalam semangat Islam Hadhari ni macam mana kedudukan mereka ini. Lancar je tapi tak minum tak mengapa kot sebagaimana kerajaan benarkan kilang arak, jual arak tapi pemimpinnya tak minum (kecuali segelintir).


(O you who believe! Intoxicants (all kinds of alcoholic drinks), and gambling, and Al-Ansab, and Al-Azlam are an abomination of Shaytan's handiwork. So avoid that in order that you may be successful. Shaytan wants only to excite enmity and hatred between you with intoxicants (alcoholic drinks) and gambling, and hinder you from the remembrance of Allah and from the Salah (the prayer). So, will you not then abstain) AL-MAAIDAH

47 tahun Merdeka: Melayu dari mana nak ke mana

Wednesday, August 18, 2004

31 Ogos ini dah 47 tahun Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Malaya dan kini Malaysia telah merdeka. Pada usia tersebut kalaulah Malaysia diumpamakan sebagai manusia, pasti ia telah matang malah pada usia itu ada yang dah menimang cucu!

Umum menerima bahawa sesungguhnya bangsa yang menjadi tulang belakang kepada negara ini adalah bangsa Melayu, walaupun kini ada pihak yang mula membicarakan pembikinan bangsa Malaysia. Bangsa Melayu yang rata-rata beragama Islam telah jauh bergerak dalam susur-galur peradaban bangsanya, bangsa yang negaranya kini telah 47 tahun merdeka.

Di manakah letaknya bangsa Melayu sekarang, kalau nak dibandingkan dengan yang lain-lain?

Hakikatnya kalau kita lihat bangsa kita dari perspektif umum kita masih jauh kebelakang walaupun telah merdeka hampir 47 tahun. Walaupun PM bangsa Melayu, orang Melayu yang teramai dalam kabinet Malaysia, bilangan ahli Parlimen dan ADUN Melayu masih yang teramai (walaupun semakin mengecil) namun kita ketinggalan serba-serbi.

Bangsa Cina warganegara Malaysia asalnya datang ke sini dari Tanah Besar China untuk mencari rezeki bagi di bawa pulang ke negara asal. Mereka bekerja di lombong-lombong bijih dan kemudiannya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan berkebun ladang. Apabila melihatkan negara ini aman, dan budaya anak negerinya begitu terbuka dan menerima baik orang luar, maka mereka beransur-ansur menetap di sini. Akhirnya mereka diberikan kewarganegaraan dan kini merupakan tenaga ekonomi yang terbesar dalam negara, jauh meninggalkan bangsa asal iaitu bagsa Melayu. Malah ada diantara mereka tersenarai sebagai tokoh terkaya diperingkat dunia, ada yang memiliki bank, bangunan pencakar langit dan seumpamanya.

Demikian juga bangsa India yang dibawa datang dari Benua kecil India oleh penjajah Inggeris sebagai buruh di ladang-ladang getah satu ketika dahulu. Mereka selesa berada di sini dan sebagaimana bangsa Cina kemudiannya diberikan kewarganegaraan dan kini menetap terus di sini. Hari ini mereka bukan lagi berada di ladang-ladang, hari ini mereka merupakan jutawan korporat, peniaga, pembekal, pengangkut, pensyarah malah ada yang menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, ahli EXCO dan sebagainya.

Namun bangsa Melayu yang dulunya mengalu-alukan kedatangan pekerja lombong dari China dan buruh estet dari India kini masih tinggal di tanah kampong yang sama. Lebih parah lagi, tanah kampong sekangkang kera kalau ada kebun durian dan buah-buahan habis dipajak kepada mereka, tanah sawah pun demikian, duit tak cukup digadai pula harta kepada mereka. Bangsa Melayu sekadar terpegun dan kagum melihat kemajuan bangsa yang asalnya pendatang. Malah anak-anak orang Melayu sekarang ini pula terpaksa makan gaji di syarikat-syarikat dan perniagaan bangsa ini, dari pengurus, penyelia, kerani, pekerja kilang, drebar dan tukang sapu serta tukang kebun.

Perlukah kita bimbang melihat trend ini? Atau sekadar berpeluk-tubuh macam soldadu yang mengawal si Luncai, sekadar melolong, “Biarkan-biarkan……”

Kalau kita merasa bimbang lalu apakah tindakan kita?

INI BUKAN NAK MENGADU-DOMBA SESAMA KAUM DAN MENCETUSKAN KETEGANGAN YANG TIDAK BERFAEDAH, TIDAK! KITA NAK LIHAT APA YANG SEHARUSNYA KITA BANGSA MELAYU LAKUKAN, DALAM KAEDAH YANG PENUH BERTAMADUN DAN MENJUNJUNG UNDANG-UNDANG, BAGI MENANGANI KEMELUT INI.

Hakikat ini berlaku dan akan terus berlaku didepan mata kita. Wajar sangat kita memikirkannya, wajar sangat kita mencari formula yang sesuai setelah Dasar Ekonomi Baru yang sepatutnya meletakkan bangsa Melayu ke tempat asalnya layu begitu sahaja. Agaknya para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada bulan September ini mahukah membicarakan isu ini? Bukankah UMNO parti Melayu terbesar yang sewajarnya membela dan mempertahankan nasib bangsa? Atau barangkali agenda pemilihan pucuk pimpinan lebih penting, agenda memastikan calon ini dan calon itu menang lebih utama?

(BERSAMBUNG)

Melayu bertempur di Kuala Berang

Tuesday, August 17, 2004

Parti Melayu terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS akan bertempur lagi untuk mendapatkan undi rakyat, kali ini di DUN Kuala Berang dalam daerah Hulu Terengganu. DUN ini mempunyai 11,430 orang pengundi berdaftar dan hampir 99% daripadanya adalah orang Melayu. Sejak tahun 1999 pengundi Kuala Berang pernah memenangkan calon PAS sekali dan pada bulan Mac lalu dimenangkan pula calon UMNO. Kemana arahnya sokongan penduduk Melayu Islam Kuala Berang kali ini?
Kuala Berang merupakan bumi bersejarah khususnya apabila membicarakan kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pada tahun 1923 di kawasan Padang Tara, Sungai Tara Kampung Buloh di sini sebuah batu bersurat telah dijumpai oleh seorang peniaga di Surua ampung Buloh. Batu itu kemudian telah dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Terengganu dan ditempatkan di Bukit Puteri. Kesudahannya didapati bahawa tulisan jawi yang dipahat di atas batu tersebut memuatkan hukum dan peraturan Islam yang dipercayai telah dilaksanakan di negeri Terengganu satu ketika dahulu. Usia tulisan di atas batu tersebut kira-kira 723 tahun iatu berasal pada tahun 702 Hijrah bersamaan tahun masehi 1281.
Kini di bumi Kuala Berang Melayu sesama Melayu bertempur dalam perang demokrasi untuk memilih pemimpin. Lalu pemimpin jenis manakah yang perlu dipimpin, sudah pasti keputusannya terletak atas masing-masing pengundi. Atas semangat batu bersurat ini mudah-mudahan pengundi Kuala Berang mahu kembali sepenuhnya kepada Islam sebagaimana pernah satu ketika dahulu kira-kira 723 tahun yang lampau.
Antara yang dipahat pada Batu Bersurat Kuala Berang adalah:
"Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja."
Maksudnya:
"Di atas dunia ini yang memimpin agama selaku ketua dan ikutan adalah Rasulullah s.a.w"
Wallahualam.

Politik wang itulah rasuah : Ungku Aziz

Sunday, August 15, 2004

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini Prof. Diraja Ungku Aziz menegaskan bahawa istilah politik wang yang merupakan amalan yang terkenal semasa ada pertandingan dalam UMNO itu sebenarnya adalah istilah yang kabur. Kata beliau:

"Kenapa kita menyebut politik wang dan bukan rasuah? Realitinya itulah rasuah. Orang Islam yang baik tidak akan melakukannya. Tetapi hari ini kita mengaburkannya dengan mengatakan bahawa itu politik wang."

Selamatlah sedikit apabila istilah rasuah ditenggelamkan. Oh....... cuma kesalahan politik wang, ada tidak pun kena amaran, gantung keahlian beberapa ketika, taklah masuk penjara macam mata-mata yang makan duit 10-15 ringgit. Walaupun rasuah ini lebih berbahaya kerana guna duit untuk beli kuasa, akhirnya yang lahir adalah generasi mata duitan belaka, salah atau betul tolak tepi yang pentingnya fulus masuk.......

Ungku Aziz sanggah Dr Mahathir

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan wawancara bersama Prof. Diraja Ungku Aziz dengan tajuk "Melayu tidak kisah bangsa". Ketika ditanya berhubung kegagalan Dasar Ekonomi Melayu (DEB) merobah orang Melayu, beliau antara lain menjawab:

"Kita telah melalui zaman yang baik itu sehingga tahun 1980an. Selepas itu di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan wawasan bahawa orang Melayu boleh survive dalam persaingan yang bebas."

Pihak MM cuba mempertahankan Mahathir dengan menyoal, "Salahkah wawasan itu" lalu Pak Ungku mengatakan:

"Ia mustahil boleh berlaku........Kita belum bersedia untuk meritokrasi"

Terus MM cuba mengawal suasana dengan bertanya pula, "Tetapi tidakkah kalau terlalu banyak diberikan bantuan orang Melayu akan jadi begitu manja", lalu Pak Ungku yang dikenali dengan pandangan dan pemikiran yang tajam dan kritis itu berkata:

"Ini satu lagi klise. Bantuan apa yang kita beri? Saya tadi menyebut tentang pendidikan dan pemakanan sebagai ejen perubahan. Tulisan saya dalam Laporan MAPEN II menyebut bahawa setiap orang harus makan telur ayam sekurang-kurangnya sebiji seminggu. Hakikatnya kalau kita buat kaji selidik di Kelantan dan Terengganu puratanya hal ini tidak berlaku. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa kita sudah membantu orang Melayu?"

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang diiktiraf ilmunya diperingkat dunia ini tidak bersetuju dengan wawasan Dr. Mahathir dan merasakan orang Melayu masih belum bersedia untuk berjalan sendiri tetapi wawasan inilah yang dipuja dan dipuji oleh orang Melayu kebanyakkan pada hari ini.

Saya teringat bekas Ahli Parlimen Baling Ustaz Taib Azamuddin pernah mendedahkan di beberapa daerah pedalaman di sana (Baling dan Padang Terap) orang Melayu cuma makan sebiji telur dan garam untuk menghidupkan suatu keluarga yang besar. Dan kita di sini bertegang urat leher berpidato tentang meritokrasi dan membuang tongkat dari tangan mereka. Kasihan orang Melayu.........



Ketua UMNO cemerlang sapu tanah rakyat

Saturday, August 14, 2004

Akhbar The Sun hari ini dalam ruangan "Citizen Nades" melaporkan betapa Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten Zahar Hashim yang juga ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dikurniakan tanah seluas 6.114 ekar di Taman Desaria dalam Daerah Petaling oleh kerajaan negeri. Tanah yang sepatutnya diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Agama dan substation TNB itu telah diberikan kepada syarikat milik keluarga beliau iaitu Mentari Properties Sdn. Bhd. Tidak cukup dengan pemberian yang sangat diragukan itu Mentari telah cuma dikenakan premium sebanyak RM3,753.00 iaitu suatu harga yang langsung tidak masuk akal.

Harga pasaran tanah disekitar kawasan tersebut mencecah RM2juta ke RM3juta seekar tetapi Ketua UMNO ini cuma membayar sekitar RM3,000 untuk 6 ekar lebih.......aduhai cemerlang, gemilang, terbilang sungguh kerajaan negeri Selangor, Pejabat Daerah Petaling dan Ketua UMNO ini.

Sedangkan dalam waktu yang sama rakyat jelata khususnya orang Melayu yang kurang mampu di Desa Hormat sehinggalah Kg. Penaga (sekitar Taman Desaria) yang tinggal dalam rumah setinggan telah dihalau keluar dari rumah mereka tanpa perikemanusiaan. Mereka ini bukan minta untuk tinggal dalam keadaan demikian, namun terdesak lantaran kemampuan hidup. Tiba-tiba yang mampu dan dah kaya raya macam Kapten Zahar terus menipu dan membolot kekayaan pada kadar murah untuk terus hidup bersenang-lenang, peduli apa rakyat susah asalkan aku, isteriku, anak-anakku selesa dan kaya-raya.

Nak geleng kepala buat apa lagi wahai sahabat ku sekalian terutama yang menganggotai UMNO. Penatlah Tuan-tuan kesana-kemari menjaja pemimpin jenis ini tapi yang kaya mereka sedangkan Tuan-tuan sekadar dijamu secawan kopi dibekal duit RM50 dibawa melawat ke Putrajaya, ke Hadyai.........itu pun bila perlu. Cukup bulan Tuan-tuan garu kepala kerut dahi nak bayar bil itu dan ini, tuisyen anak, hutang kereta, loan rumah - pemimpin Tuan-tuan goyang kaki ketawa besar, terima kasih Malaysia!

Sebahagian petikan artikel dari The Sun:

With a stroke of a pen, and perhaps a bit of influence peddling, the land ended up in the possession of a company owned and controlled by a former state assemblyman and a current Petaling Jaya Municipal Council (MPPJ) member and his family.

The Selangor government alienated the land to Mentari Properties Sdn Bhd for a song -- RM2,000. Throw in the extras -- quit rent and documentation and for a grand total of RM3,750, the area measuring 6.114 acres or RM613.35 per acre to be exact, changed hands.
The market price, we have been reliably told is anything between RM50 to RM70 per sq ft or between RM2,178,000 and RM3,049,200 per acre.


So, how come land has changed hands for a price every ordinary citizen dreams of? Still can't come to terms with the sale price? Surprised?

Timbalan Menteri Pelajaran kena ajar

Friday, August 13, 2004

Utusan Malaysia hari ini membawa tajuk muka depan "POLITIK WANG 1 DIGANTUNG, 3 DIBERI AMARAN". Antara yang diberi amaran adalah Mahadzir Mohd Khir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani yang juga menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran. Reaksi Mahadzir sebagaimana dilapor oleh Utusan adalah:

"Saya tak tahu......orang hantar tuduhan macam-macam. Ini bukan politik wang. Dia kata saya bagi orang makan".

Mahadzir juga dikhabarkan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemilihan UMNO bulan depan. Dengan amaran yang diberi oleh lembaga disiplin parti ini harapan Mahadzir kelak dikira tipis.

Tetapi persoalan besar yang bangkit ekoran laporan ini adalah, apa halnya Timbalan Menteri boleh terbabit dalam kesalahan moral ini? Timbalan Menteri Pelajaran pulak tu? Agaknya masalah gangsterisma di sekolah hari ini merebak ke atas sehingga Timbalan Menteri pun dah berjangkit?

The crucial Kuala Berang factor

The TV3 SMS survey conducted recently by the private television network indicated that 52% would vote for PAS for the upcoming August 28 Kuala Berang state by-election. A surprising figure given UMNO is still in an elative and party mood after its big win during the March 2004 general election particularly in Terengganu. Many agree that the survey results do not accurately represent the actual situation on the ground in Kuala Berang, as Malaysians of all ages throughout the country could freely participate in such a survey. Nevertheless, UMNO people were the least amused, party secretary general Radzi Sheikh Ahmad lambasted the station for conducting the survey, which according to him is illogical, unnecessary and done in bad taste.

No one could blame Radzi for his outburst as this by-election is set to be a crucial one for UMNO. True enough whatever result it may bring would not matter much as UMNO has firm control over the state, yet losing the seat to PAS or even winning it with a smaller majority would have a lot of disastrous after effect to many in the party and the party itself.

UMNO general assembly is due on Sepetember 22 where an intense fight is expected for several key posts from the vice president down, including several critical posts in the Youth, Wanita and Puteri wings. UMNO lobbyists are busy scurrying the length and breadth of the country canvassing support for each other’s candidates. This is a difficult task particularly for those without government position or much fund to throw around. Thus, many party opportunists see the unexpected by-election as a fertile ground for them to exploit and carry out their activities which they are extremely expert at.

With the impending by-election UMNO big wigs of all ranks from the central, state and divisional level shall surely converge in the sleepy hallow of Kuala Berang. It would definitely be an opportune moment to rub shoulders and beg for support not only from the Kuala Berang voters but also more importantly from delegates to the September assembly, at least that is what most party hopefuls and their campaigners would do as on record they are never saints in the first place.

Surely Muhammad Taib for instance, as incumbent vice president who has recently been appointed the Barisan Nasional coordinating committee chairman in the by election, would make full use of his position to ensure a BN victory as well as a passport for him to win the vice president post which is currently also being eyed by several more able leaders in the party ranks.

Perhaps foreseeing such a calamity Wanita head, Rafidah Aziz recently delivered a stern reminder to Wanita hopefuls to toe the line while busy campaigning for party positions. But then again will party hopefuls and their lobbyists who have barely a month or so to solicit support would ever agree to tone down and abide by such rulings? Well Malaysians have seen much over the years to know UMNO very well.

In the meantime, Kuala Berang voters will look forward to be pampered and feted by UMNO Terengganu leaders. At stake are the few of them who are vying for UMNO supreme council seats. A landslide victory in the by-election shall carry a lot of weight and boost their chances of gaining entry into UMNO’s prestigious war lords club. The Terengganu MB declared that the majority attained in March would this time be increased to above 2,000 votes from 1,695. However, Terengganu UMNO might not be as strong as they were before. Already the recent divisional elections saw wide rift among them as most party veterans and elders were eliminated by young turks and groups associated to the new MB. Many questions if they would be able to close ranks or simply sabotage each other because of their continuous deep and burning animosity.

Meanwhile, Kuala Berang shall always remain as a significant historical site. It was here that the renowned “Batu Bersurat” was found, evidence of Terengganu once being an Islamic state fully practicing the Islamic legal system. Shall Kuala Berang once again create history by delivering an upset to UMNO? On the other hand, shall the replica of the Batu Bersurat just stand silent merely to be idolized as a monument by tourist at the Ladang roundabout in Kuala Terengganu.

True enough PAS in Terengganu was delivered a heavy blow last March, but history has shown that PAS is capable of wining a by election even when they are in the opposition in the state. This is the best chance for the party to redeem its lost honor. In 1989 PAS as the underdog defeated UMNO in a state by-election in Teluk Pasu. Ustaz Dato’ Harun Taib who is currently the state assembly member for Manir and Central Ulamak Head, was then the victorious candidate. Coincidentally the constituency of Kuala Berang lies within the Hulu Terengganu division which is also headed by Ustaz Harun. Therein UMNO will have to play their cards carefully this time lest they risk losing the seat and witness the fall of many within their ranks later in September as a result. roslansms@hotmail.com

Pornography is a hadhari as well

Tuesday, August 10, 2004

So says infamous author Salman Rushdie. He was reported to be saying this whilst announcing his forthcoming essay entitled “XXX:30 PORN STAR”. According to the report Salman implied that pornography is common in Islamic society as a result of the segregation of sexes in Muslim culture. He went on saying that pornography becomes a standard-bearer for freedom and even civilization.

Again Salman deliberately seeks to ridicule Islam and paints a horrendous image of it at a time when Islam is being severely battered throughout the world post September 11. Surely being a “western acclaimed star” Salman’s blasphemous works shall attain world-wide publicity at the delight of westerners and perhaps “moderate Muslims” who fits into Salman’s shoes.

May Allah save us from such prevailing “fitnah” and their hideous proponents. There won’t be an easy way out of this web of lies and destruction unless we stick and return to the true path of Islam.

Those who follow misguided beliefs and ideologies that contradict the laws of Allaah (Swt) and those who believe in their false causes, these are the ones who call others to Hell: "Those [unbelievers] do [but] beckon you to the Fire.." (2:221)

Islam dikeliru oleh sesama Islam

Monday, August 09, 2004

Bila kita buka pintu untuk "moderate Islam" bertapak, akhirnya peruntukkan dan peraturan agama akan mula dipertikaikan atas nama "moderation". Yang dilihat mengekang oleh mata kasar akan mula didesak agar dilonggarkan. Yang dilihat membebankan akan mula didesak agar diringankan. Lalu Islam nanti akan hanya tinggal pada nama kerana segala yang ada telah diubahsuai oleh penganutnya atas nama "moderation".

Hari ini di dalam artikel "On the other hand" Alina Rastam (The Sun) di bawah tajuk "Heed the voice of reeason" telah membuat kesimpulan:

However, this leaves us without legal answers to these important questions. It also leaves the door wide open for Syariah Courts to penalise Muslims who chose to leave Islam, thus heavily circumscribing their right to freely choose their religion.

Which makes us ask: What then, is that guarantee worth? And what does this say abaout Malaysia's willingness or capacity to really take on the values of religious moderation and tolerance which, as Abdullah (PM) pointed out, the world needs so badly?

Mesej yang ingin dikemukakan oleh Alina ini sangat bahaya dari perspektif Islam. Bolehkah Islam membenarkan penganutnya keluar atau menukar agama atas alasan kita kini pengamal Islam moderat? Tidakkah ini membuktikan betapa pelopor Islam moderat sekarang ini telah bertanggungjawab meletakkan Islam ditangan sesiapa sahaja yang ingin membuat pentafsiran baru terhadap agama ini, diuli dan dicanai sesuka hati kerana kita kononnya terbuka.

Maka akan suka dan geleng kepalalah masyarakat yang bukan Islam melihat kita, mengeliru dan sesama terkeliru akibat padah memperkenalkan mazhab baru Islam moderat hadhari.

Tok Guru Nik Aziz pemimpin perintis toleransi beragama

Friday, August 06, 2004

Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan syarat mereka tidak bertindak memalingkan akidah umat Islam yang ada. Rasulullah saw telah memberikan tauladan terbaik dalam hal ini untuk diamalkan oleh para pengikutnya. Rasulullah saw berdailog dengan paderi Kristian, menghormati mayat Yahudi, menghalang diapa-apakan rumah ibadat bukan Islam dalam peperangan sebagai bukti Islam tidak pernah berkonfrantasi dengan masyarakat bukan Islam dalam keadaan aman.

Dalam ketiadaan Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab para ulamak untuk meneruskan amalan ini agar dapat dicontohi oleh para penganut Islam dan sekaligus membuktikan kepada yang bukan Islam akan keindahan dan keterbukaan Islam.

Satu ketika dahulu kita tidak pernah melihat ada ulamak merayakan Tahun Baru Cina, akan tetapi apabila Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar beliau telah keluar meraikan perayaan masyarakat Tionghua ini dengan turut menyaksikan Tarian Singa serta bersama-sama memalu gendang Cina.

Salah satu tindakan beliau yang berani adalah pada 10 Mac 1995 apabila mengiringi Ketua Istiadat KelantanYM Tengku Feisal Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim selaku wakil Sultan ke Wat Buddha Uttamarran, Kg. Terasek, Pasir Mas untuk upacara menyerah watikah kepada Than Chau Khun sebagai Ketua Sangkha Buddha Negeri Kelantan. Tok Guru pergi sebagai MB dalam keadaan berjibah putih dan berserban. Dalam sebuah kuliah beliau Tok Guru menyebut:

"Saya beri ucapan. Dalam ucapan tersebut saya beritahu bahawa Islam ini agam baik, agama yang tidak suka paksa orang, agama tidak suka tekan orang, agam ini bukan agama kerat tengkok orang. Saya beritahu benda macam ini depan balaisah mereka, depan sekolah mereka."

"Barang ini barang cukup molek. Saya pergi dengan keadaan serba sedar, pergi dengan serban, pergi dengan berjubah, bukan pergi dengan bersamping. Hendak beritahunya aku pergi sebagai tok guru hendak jumpa mu hai tok-tok guru Buddha. Aku hendak beritahu Islam ini baik, mu jangan takut, walaupun ada orang kata Islam ini makan orang, bunuh orang, kerat orang. Yang hendak kata itu katalah, tapi aku sebagai orang yang mengaji Islam aku hendak beritahu kepadamu benda itu tidak ada."

Tok Guru juga pernah berdailog dengan penganut Kristian dan wakil pelbagai agama dalam suasana yang penuh mesra dan tenang.

Isunya disini apabila kita bersikap demikian maka kita akan berupaya memecah benteng pemisah antara kita dan masyarakat bukan Islam. Lantas mereka akan mula selesa mendekati kita dan takala itulah apabila dilihatnya betapa indah dan terbukanya Islam itu barulah akan terdetik dihati mereka untuk menurutinya insyallah.

Penjajah Mongol yang bengis dan kejam itu akhirnya melutut menerima Islam lantaran keindahan Islam, dan di sinilah peranan ulamak itu penting dan lebih-lebih lagi kita pengamal Islam yang sejati.


ADUN Umno dan Awang Selamat tegur Akademi Fantasia

Selalu sangat kita dengar ahli agama, para ulamak, gerakan dan NGO Islam membuat bantahan darihal program-program realiti TV yang semakin manjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Para peserta berpelukan, meluahkan emosi secara terbuka dan demikian juga para penontonnya dalam program yang diciplak dari Barat. Segala batasan agama dilanggar tanpa peduli.

Hari ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang ADUN Umno dari Inderapura, Pahang turut melahirkan concern beliau. Katanya:

"Sikap fanatik penonton AF ini sehingga menangis kerana melihat peserta kesayangan mereka tersingkir tidak sewajarnya berlaku kerana program ini hanya merupakan sebuah rancangan hiburan dan tidak ada faedahnya mereka berbuat demikian"

"Saya cukup khuatir dengan generasi muda kita yang banyak sangat berhibur sehingga mereka lupa tanggungjawab mereka terhadap negara"

Dalam ruangan "Bisik-bisik" akhbar yang sama "Awang Selamat" menulis:

"Manusia biasanya menangis bila mereka terlalu sedih. Tapi manusia juga menangis bila mereka terlalu gembira. Bila manusia menangis kerana peserta kegemaran mereka tersingkir daripada rancangan Akademi Fantasia, Awang garu kepala. Perlukah menangis?"

Nampaknya ramai pihak semakin mula sedar akan malapetaka yang dibawa oleh program seumpama ini.

Kepada YB Umno dan Awang Selamat - kenapa orang Melayu/Islam tidak menangis kerana tertinggal solat, kerana tak pergi solat Jumaat, tak kan nak garu kepala saja......

Pengalaman Tok Guru

Thursday, August 05, 2004

Alhamdulillah pagi tadi Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat telah selamat mendarat di Kota Bharu dan kini kembali kepangkuan rakyat negeri Kelantan yang berpusu-pusu menunggu kepulangan beliau. Mudah-mudahan beliau terus sihat untuk terus memimpin negeri dan seluruh masyarakat Islam insyallah.

Menarik hari in dalam The Star Tok Guru menceritakan pengalaman beliau ketika diserang sakit jantung:

Recounting the morning when he had the attack, Nik Aziz said he was not afraid of dying at all.

Beginilah, kita akan bertemu Tuhan (Let's put it this way, we will have to meet God)," he said.

As a Muslim he said, he was accountable for all his thoughts and deeds before God.

If we have served God and refrained from commiting any sins, we should not be afraid of death, he said.

Lihatlah kalau dah peribadi itu peribadi Tok Guru, dari atas katil hospital pun yang terbit dari mulutnya adalah dakwah belaka. Lantaran itulah maka ramai yang sedih dan terharu apabila mendengarkan beliau diserang sakit jantung, kerana keperibadian beliau sungguh sukar ditandingi.

Islam memang bersikap toleran terhadap agama lain

Tindakan Perdana Menteri Pak Lah Badawi berucap di majlis peresmian mesyuarat "Faith and Order Plenary Commission" anjuran Majlis Gereja-gereja sedunia mendapat reaksi beberapa individu. Termasuklah reaksi dari Timbalan Mursyidul Am Ustaz Idris Omar yang menyatakan tidak wajar Pak Lah berbuat demikian.
Beliau berkata sebagaimana dipetik Harakahdaily:
Ini katanya, sebagai ketua negara tindakan beliau itu akan mempunyai kesan dan mempengaruhi umat Islam yang merupakan majoriti penduduk Malaysia yang juga telah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam.

Malah katanya, secara tidak langsung, masyarakat luar akan mentafsir perkembangan Islam di negara tidak mempunyai kekuatan sehingga boleh memberi ruang kepada pendakwah pelbagai agama menyuburkan agama mereka.

"Kebebasan beragama dalam negara kita dihormati tetapi apa yang kita pertikai ialah seseorang pemimpin Islam merasmikan sesuatu majlis agama lain menggambarkan kita turut mengiktiraf agama tersebut sedangkan perkara itu boleh diserahkan kepada pemimpin agama itu sendiri melakukannya," katanya.
Secara peribadi saya merasakan kenyataan Ustaz Idris tidak berapa tepat dan saya terlebih dahulu memohon maaf.
Pada pandangan saya PAS seharusnya bersikap terbuka dalam hal ini dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sikap tolransi beragama telah lama diamalkan oleh Islam dan PAS sendiri. Tuan Guru Mursidul Am selaku Menteri Besar Kelantan telah mempelopori beberapa langkah bagi membuktikan keterbukaan Islam dalam masalah hubungan dengan masyarakat bukan Islam.
Tok Guru pernah hadir dan menyerahkan surat watikah kepada ketua sami Buddha Kelantan di Wat di Tumpat dalam kapasiti beliau sebagai MB di awal tahuan 90an dahulu. Beliau pernah menjemput wakil-wakil pelbagai agama termasuk paderi kristian dan seumpamanya untuk berbincang dengan beliau sebagai Ketua Negeri. Di majlis-majlis seumpama ini lah Tok Guru telah mengambil peluang untuk menerang dan menjelaskan kedudukan dan pendirian Islam dalam pelbagai perkara. Saya masih ingat ucapan beliau di perkarangan Wat Buddha di Tumpat itu dimulakan dengan memetik ayat-ayat Al Quran. Malah Tok Guru pernah menggalakkan agar pemimpin agam lain hadir di majlis-majlis anjuran masjid-masjid di Kelantan.
Demikian juga dengan beberapa pimpinan PAS yang lain kemudiannya. Ustaz Nasharuddin dan Dr. Hassan Ali pernah hadir di majlis anjuran gereja untuk menjelaskan darihal Islam yang diperjuangkan PAS.
Oleh itu dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kehadiran Pak Lah itu saya rasa kita perlu berhati-hati. Jangan sampai orang mengatakan PAS benci kepada penganut agama lain dan akan menyekat kebebasan mereka. Nyatakanlah betapa PAS telah pun mempraktikkan toleransi beragama dengan mendedahkan "experience" di Kelantan dan juga sepenggal di Terengganu.
Sekali lagi saya minta maaf pada Ustaz Idris, dalam hal ini "I beg to differ".

Pengundi Kota Bharu perlu bertanggungjawab

Wednesday, August 04, 2004

Pada pilihanraya umum lalu sebahagian besar pengundi di Parlimen Kota Bharu, Kelantan telah memenangkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai ahli parlimen mereka. Zaid adalah seorang peguam dan Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau dikenali sebagai seorang yang suka melakukan sesuatu yang kontroversial dan sering mengeluarkan kenyataan yang "ultra".
Zaid pernah mengheret kerjaan PAS Terengganu ke mahkamah kerana meluluskan Enekmen Jenayah Syariah Terengganu satu ketika dahulu. Dan kini yang terbaru dalam isu kontreversial Konsert Sure Heboh, Zaid turut tidak mahu ketinggalan. Di bawah disertakan petikan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan kenyataan Zaid. Zaid mempertikaikan tinndakan Majlis Fatwa dan Majlis Mufti dalam mengeluarkan fatwa dan pandangan yang menurut beliau seolah-olah membuat undang-undang baru (di luar Parlimen) sesuka hati.
Aduhai rakyat Kota Bharu, Negeri Serambi Mekah, yang banyak melahirkan ulamak dan Tok-tok Guru yang tersohor, apakah jenis wakil yang telah tuan-tuan pilih ini? Kalau yang diperkatakannya itu atas kapasiti sebagai wakil Parlimen Kota Bharu maka tuan-tuan yang mengangkat beliau turut terlibat sekali!
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat `undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Peguam Zaid Ibrahim berkata, Malaysia bukan sebuah negara teokratik dan kedua-dua badan agama itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan sistem sedia ada.

``Merujuk kepada fatwa pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan isu hukum haram konsert Sure Heboh oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

``Saya dapati banyak kesilapan dalam cara dua badan ini membuat keputusan kerana Malaysia mempunyai undang-undang dan agensi penguatkuasaan yang cukup untuk menangani kedua-dua isu itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas keputusan pengharaman peraduan kuiz SMS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan konsert Karnival Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Zaid yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu yang berkaitan dengan masyarakat awam tidak sewajarnya disentuh berdasarkan garis panduan agama dan kaum.

Beliau mendakwa, jika terdapat cubaan eksploitasi dan perjudian dalam peraduan melalui SMS maka undang-undang berkaitannya akan digubal di Parlimen sekiranya dasar awam memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, tidak ada badan yang berhak campur tangan dalam proses pentadbiran negara melainkan kerajaan.

Katanya, pihak pentadbir agama sewajarnya menggunakan kedudukannya yang dihormati untuk mendidik masyarakat dan bekerjasama dengan semua pihak meningkatkan nilai moral masyarakat.

Masih ada hargakah lagi agama dan maruah bangsa?

Tuesday, August 03, 2004

Akhbar The Star hari ini melaporkan kejayaan Konsert Sure Heboh anjuran TV3 di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Di bawah tajuk “TV3 planning grander show” ia melaporkan:

"TV3’s Sure Heboh carnival will be even bigger and better next year following huge support from the people. Despite a statement by a religious official that the show was haram (forbidden), more than two million people thronged Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur on Sunday to see the culmination of the Sure Heboh series."

Apa yang anda boleh simpulkan dari petikan di atas?

Bermakna walaupun Majlis Mufti-mufti sebagaimana yang diumumkan oleh Mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria, menetapkan bahwa konsert ini adalah haram dari segi syarak namun kehadiran 2 juta pengunjung Ahad lalu sekaligus membuktikan rakyat khususnya masyarakat Melayu yang beragama Islam berpandangan sebaliknya. Ini menunjukkan yang pandangan ahli agama bertaraf Mufti sudah tidak punya pengaruh lagi dan akhbar The Star yang diterajui oleh bukan Islam jelas mahu mensasikan isu ini.

Namun, demikianlah hakikatnya penerimaan sebahagian besar masyarakat Islam dalam isu yang membabitkan kepentingan dan sensitiviti agama. Saya tidak tahu apa bahasa yang mahu digunakan namun saya kira tidak keterlaluanlah kalau dikatakan bahawa CEO TV3 BIADAP apabila berkata:

(Asked to comment on Dr. Harussani’s statement……….) “I am quite amazed at the statement. We would like to invite these people to come and see what the carnival is all about.”

Perkataan “amazed” yang digunakan jelas mempersenda ketokohan, ilmu dan kemampuan mufti-mufti kita. Sejahil-jahil umat Islam tetapi apabila telah sampai keperingkat tergamak memperlekehkan pandangan dan pendirian pakar agama bertaraf mufti, sudah pasti sikap ini telah terlalu jauh menyimpang.

Bayangkan apa pandangan masyarakat bukan Islam dalam hal ini? Islam sekarang sudah melalui tranformasi ekstrem sehingga boleh dipersenda dan ditolak oleh sesama umat Islam sendiri. Islam sudah hilang kehebatan dan kesuciannya, kerana umat Islam sendiri sudah tidak mementingkannya.

Harussani sebagaimana dipetik oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini meyatakan:

“Adalah disyorkan karnival itu dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa.”

Masih ada hargakah lagi agama dan maruah bangsa pada hari ini?

Mufti jadi orang salah!

Monday, August 02, 2004

Jumaat lepas saya letakkan bawah tajuk ULAMAK VS TV3 SIAPA YANG BENAR, ulasan isu Konsert Sure Heboh yang dikatakan haram oleh Mufti Perak. Saya menjangkakan isu ini pasti meletup dan yang kelak akan jadi mangsa adalah Mufti berkenaan sendiri walaupun yang ingin diketengahkan olehnya adalah kebenaran.

Mingguan Malaysia semalam memuatkan ulasan Astora Jabat berkenaan isu ini bawah tajuk HARUSSANI LWN SURE HEBOH TV3. Dan seperti dijangkakan bukan isi dan kandungan konsert itu yang dikaji dan menerima ulasan tetapi yang terpaksa duduk dikandang orang salah kini adalah Mufti itu sendir?!!

Yang pertama keluarkan ulasan adalah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr. Ismail Ibrahim. Katanya keputusan Majlis Mufti Malaysia (rupanya bukan Harussani seorang tapi Majlis Mufti yang memutuskannya) bahawa Konsert Sure Heboh anjuran TV3 itu haram tidak boleh dianggap sebagai satu fatwa yang sah! Beliau menambah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan perkara tersebut pun di dalam mesyuarat bulanannya.

Dan pandangan beliau dikongsi bersama oleh Astora (taklah mengejutkan kalau datang dari “the notorious” Astora) Sedikit petikan artikel beliau:

Pada pengamatan penulis tidak ada yg boleh dianggap maksiat berlaku dalam Karnival Sure Heboh (Mufti ulas konsert Astora ulas karnival?) yang pernah penulis hadiri kecuali jika hadirin tidak sembahyang, merek mengurat dan sebagainya. Tetapi semua itu tidak kena mengena dengan Karnivel Sure Heboh langsung.

Isu ini kini turut diulas oleh PM dan termasuklah Kadir Sheikh Fadzil Menteri Penerangan yang marah-marah dengan kenyataan Mufti tersebut.

Kini kita dapat lihat sendiri bila bertembung antara yang hak dan batil, yang hak walaupun datang dari yang berilmu dan beriman namun tetap akan ditolak kerena memenangkan yang batil walaupun dijaja dan ditaja oleh yang jahil dan dangkal.

Kita yakin Majlis Mufti bukannya mengeluarkan fatwa kerana perkara yang sudah tetap tak perlu difatwakan lagi sebagaimana arak itu haram tak perlulah nak difatwakan lagi. Sure Heboh menjadi haram menurut mufti-mufti apabila ianya melalai dan melekakan serta memberi peluang pula untuk maksiat berlaku kalangan anak-anak muda Islam. Tidak benarkah kenyataan mufti-mufti itu, atau berbohongkah mufti-mufti berkenaan dalam hal ini?

Cuba kita perhati kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa apabila ditanya akhbar darihal pandangan peribadi beliau berkenaan isu ini:

“Sukar untuk menetapkan hukum bagi sesuatu yang bersifat spesifik sebaliknya perlulah ada satu garis panduan yang menyeluruh. Kalau setiap kali ada konsert kita nak keluarkan fatwa susahlah.”

Pada orang sebeginikah mahu kita serahkan masa depan anak-anak kita? Apa kata iman kita?
Jangan terperanjat Harussani nanti bakal menerima nasib yang sama sebagaimana bekas Ketua Hakim Negera Tun Salleh Abbas yang berani menyatakan kebenaran itu dan juga bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom!