Suara rakyat suara keramat
Keputusan rasmi belum keluar (jam 8.35 pm dan azan isyak sedang berkumandang) tetapi kali ini saya berani menjangkakan……….
Rakyat telah bersuara dengan jelas dan lantang. Bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, kembalikan mandat kepada mereka untuk membuat keputusan siapa yang sepatutnya memerintah mereka di Perak!
Keputusan pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang ini adalah satu pungutan suara, ya, siapa yang berani menidakkan. Rakyat mahukan Pakatan Rakyat. Rakyat tolak “politik pintu belakang” Umno-BN dan pihak-pihak tertentu. Rakyat membela penganiayaan yang dilakukan terhadap MB mereka Nizar Jamaluddin.
Kepada PM dan Presiden baru Umno, akurlah pada kehendak rakyat.Kepada semua pihak di Perak, negara kita negara demokrasi bukannya kuku besi, kalau suara rakyat tidak dihormati suara siapakah lagi mahu kita dengar.
Marilah kita ambil iktibar dari keputusan ini. Syabas kepada pengundi di Bukit Gantang, juga syabas dan tahniah pada pengundi di Bukit Selambau,
Kepada seluruh pimpinan, petugas dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat, ini adalah kemenangan anda. Dari Permatang Pauh ke Kuala Terengganu dan kini Bukit Gantang (dan Bukit Selambau), Umno terbukti sudah ditolak rakyat.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Tuesday, April 07, 2009
Media Malaysia jadi kelas dunia?
Sekarang jam 10.30 pagi, menurut laporan lebih 20% pengundi telah keluar mengundi di parlimen Bukit Gantang.Cuaca setakat ini baik di sana namun dijangka hujan disebelah petang. Insyallah kita berdoa agar keputusan memihakkepada kita.
Sementara menunggu perkembangan dari sana saya terbaca laporan ucapan PM baru, Najib Tun Razak semasa merasmikan Malam Anugerah Wartawan Institut Akhbar Malaysia Petronas 2008 di Kuala Lumpur semalam. Ucapannya nampak positif dan memberi harapan maklumlah orang baru, usaha untuk memulih dan membina imej baru ini memang nyata sedang giat dilakukan oleh mereka yang dikeliling-kelalangnya.
Dalam ucapannya beliau berkata:
Jadi, hari ini, saya menyeru semua pihak, semua pemimpin politik dan semua orang yang mahu terbabit dalam satu perbualan nasional baru mengenai masa depan negara kita termasuk media untuk berbuat demikian dalam cara menghormati pandangan orang lain, bahawa nilai-nilai perbincangan dan hujah-hujah dan yang mengiktiraf bahawa lawan tidak semestinya musuh, bahawa perbezaan pendapat tidak datang daripada motif dendam, tetapi daripada perhatian mendalam dan kekal untuk masa depan Malaysia
Najib turut menyarankan agar media di Malaysia melakukan pemberitaan kelas dunia iaitu sentiasa adil dan bertanggungjawab dalam membuat sesuatu laporan.
Sekali imbas saya berani menyatakan bahawa ucapan PM baru ini memang sangat dinanti-nantikan setelah berpuluh tahun kita digerhanai oleh media yang pincang dan berat sebelah. Sejak mogok Utusan Melayu 21 Julai 1961, iaitu detik pengambil-alihan sepenuhnya akhbar Melayu terbesar dalam Negara yang kini popular dalam versi rumi iaitu Utusan Malaysia, oleh Umno dan kemudiannya akhbar bahasa Inggeris yang lain dan juga oleh MCA dan MIC terhadap akhbar bahasa mereka, media kita sangat diragui dan tidak lagi adil.
Utusan Melayu pernah adil dan bertanggungjawab tetapi ketika berperanan sedemikian, Umno gementar, Umno lah yang berttanggungjawab membunuh dasar adil dan bertanggungjawab Utusan itu. Bekas Ketua Pengarang Utusan, Sdr Said Zahari di dalam bukunya “Meniti lautan gelora” menulis pernah sebelum “Mogok Utusan” beliau dipanggil oleh PM, Tuanku Abd Rahman ketika itu, beliau menulis:
“Tunku tidak berselindung-selindung lagi mengatakan bahawa Utusan Melayu berlaku tidak adil terhadap kerajaan dan Umno. Utusan Melayu kata Tunku lagi kerap membesarkan berita-berita dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh parti-parti pembangkang daripada yang diterbitkan oleh Umno dan kerajaan Perikatan.”
Said menambah bahawa hujah Tunku itu tidak benar kerana Utusan sebenarnya berusaha mengekalakan “balanced reporting” dan malah melebihi pun parti pemerintah. Beliau menulis:
“Aku kemudian mengemukakan senarai perangkaan yang telah disediakan oleh Salim Kajai, Ketua Penyunting Berita, sebagai bukti betapa Utusan Melayu pada hakikatnya memberi ruang sehingga 60% kepada berita kerajaan, Umno dan parti-parti sekutunya. Perangkaan tersebut yang disertakan dengan contoh-contoh beritanya sekali tidak dapat disangkal oleh Tunku dan menteri-menteri lain.”
Najib mungkin mahu menebus semua itu dan apa yang berlaku hari ini, tetapi Said turut mencatakan betapa Allahyarham ayahanda Najib, Dato Razak (ketika itu belum Tun) yang ketika itu adalah TPM juga bagaikan Tunku iaitu tidak senang dengan kebebasan Utusan. Satu tajuk dalam bukunya menulis berkenaan “ Dato Razak memarahi Utusan Melayu”.
Apa pun eloklah kalau Najib mahu media tempatan kita melonjak menjadi media kelas dunia kerana sekarang ini media kita terutama yang dari saluran perdana langsung tidak berkelas malah tidak keterlaluan kalau saya katakana sudah sampai ke tahap kelas dunia ketiga ala Zimbabwe.
Lihat sahaja laporan terhadap pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan dua DUN lain yang sama berpilihan raya kecil. Rata-rata negative dan memburukkan lawan sedangkan kita mengamalkan demokrasi dan seharusnya memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk membuat pertimbangan melalui laporan yangs eimbang dan adil.
Dua saluran berita TV contohnya BERNAMA dan ASTRO AWANI, semasa mula-mula dilancarkan, seolah memberi harapan kepada rakyat bahawa media kelas dunia sedang muncul melalui kemunculan keduanya. Tetapi ternyata meleset. Mereka menjadi saluran kempen tambahan kepada BN yang sedia ada Utusan, TV3, RTM dan lain-lain dalam gengaman mereka. Contohnya siaran ASTRO AWANI semalam, iaitu kira-kira 2-3 jam sebelum kempen berakhir tepat tengah malam, memaparkan temuramah dengan seorang ADUN (Wanita Umno) Perak. Secara terang-terangan apabila ditanya YB berkenaan apa yangs edang beliau lakukan disaat-saat akhir sebelum tempoh kempen tamat, YB itu menyatakan beliaus edang sibuk mengagih-agihkan basikal percuma kepada rakyat.
Tidakkah itu rasuah?! Pengagihan rasuah (basikal) di tengah malam!
Baguslah apa yang diucapkan oleh Najib itu, tetapi sejauh mana kemampuan kerajaan beliau untuk merealisasikannya sukarlah untuk dipercayai buat masa ini. Bagaimana media mahu jadi media kelas dunia sedangkan parti pemerintah yang ada selesa dengan mentaliti Zimbabwe (Mugabe), Cuba dan Korea Utara.

Monday, April 06, 2009
Mahathir ajak bekas Umno ikut beliau
Tun Mahathir keluar Umno, bukan sesuatu yang baru, Tun Mahathir kembali ke Umno pun bukan baru. Keluar masuk Umno dalam rekod beliau sudah menghampiri rekod keluar masuk parti ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali.
Hari ini sebagaimana dilapor oleh Mstar, Mahathir dilaporkan menyeru semua yang telah keluar Umno agar kembali menyertai Umno sebagaimana yang beliau lakukan. Dilaporkan juga orang kanan beliau, Sanusi Junid telah pun bertindak atas seruan itu dan menyerahkan borang menyertai kembali Umno di Langkawi.
Soalnya adakah semua yang keluar Umno itu keluar kerana Mahathir? Atau adakah semua yang keluar Umno itu atas alasan yang serupa dengan Mahahtir?

Kenapa Mahathir keluar? Beliau keluar kerana tidak boleh menerima kepimpinan Dollah Badawi. Beliau menentang segala dasar dan program Dollah, bagi beliau Dollah seakan tidak layak menjadi PM walaupun beliaulah yang bertanggungjawab menaikkan Dollah dulu.
Mengapa Mahathir masuk kembali? Bagi saya Mahathir sudah tidak percayakan Umno, politik wang yang beliau dedahkan sebelum ini sebagai barah yang menyerang Umno terus bertapak dan memamah tubuh Umno yang semakin layu dan kecut itu. Tetapi Mahathir masuk juga Umno, sebab apa, sebab mahu menyelamatkan anaknya Mukhriz. Mungkin ada yang tidak dapat menerima hujah saya ini tetapi bukankah sejurus Mukhriz diisytiharkan kalah barulah Mahathir terhegeh-hegeh mahu menghadiri perhimpunan Umno. Asalnya beliau memulaukan majlis perasmiannya. Tetapi setelah jelas Mukhriz kalah, maka tiada cara lain untuk beliau curi peluang dan memastikan anaknya it terus mendapat tempat selain membuat kejutan dengan menyertai Umno dengan menghadiri majlis penutupan perhimpunan (walaupun sebenarnya ramai yang tidak terkejut).
Najib beroleh “political mileage” yang banyak dengan kehadiran Mahathir itu dan sudah pasti terhutang budi pada “kuda tua” itu (MStar melaporkan Mahathir menggunakan istilah “kuda tua” terhadap dirinya sendiri). Saya difahamkan kerana itu Mukhriz akan mendapat pembelaan Najib, tak mustahil Mukhriz dilantik ke MT Umno dan tidak mustahil juga dijadikan seorang Timbalan Menteri.
Lantas kalau Mahathir masuk Umno kerana masa depan politik anaknya, yang lain apa hal nak ikut jejak si “kuda tua” itu?!!
Ramai yang tinggalkan Umno kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan Umno untuk memperjuangkan nasib agama, bangsa dan Negara. Mereka tinggalkan Umno kerana Umno berkeladak dengan politk wang dan rasuah. Umno tidak berubah, saya terbaca sebuah kain rentang di Bukit Gantang berbunyi: Umno dulu, kini dan selamanya serupa sahaja……..rasuah!
Kerana itu biarlah Mahathir dengan labu-labunya. Ucapkan selamat jalan pada Umno yang bakal reput bersama “kuda tua”nya itu.

Surat terbuka buat pengundi Bukit Gantang
Bukan mudah mahu membuat keputusan apa lagi jika ia merupakan sesuatu yang akan melibatkan pertanggungjawaban dari dunia sehingga ke akhirat. Memilih pemimpin di dalam Islam adalah sesuatu yang serius, ia tidak boleh disandarkan kepada hawa nafsu dan gerak hati semata-mata, malah ia mestilah berpandukan adab dan peraturan yang telah ditetapkan Islam iaitu antara syarat mutlaknya termasuklah adil dan berkemampuan.
Saudara-saudara kita di kawasan parlimen Bukit Gantang akan diberikan amanah untuk memilih pemimpin mereka esok Selasa 7 April, 2009.
PAS mengemukakan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon, manakala BN dan Bebas turut mengemukakan calon masing-masing. Adalah menjadi harapan pimpinan dan ahli serta para pendukung PAS dan Pakatan Rakyat agar para pengundi yang berdaftar di Bukit Gantang esok akan mengundi calon PAS.
Pada bulan Mac tahun lalu rakyat diseluruh Negara termasuklah di Perak telah bersuara. Dalam kes Perak rakyat telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat iaitu ganbungan PAS, PKR dan DAP untuk memerintah mengambil-alih parti pemerintah sebelumnya iaitu BN yang telah mentadbir negeri berkenaan sejak Merdeka.
Keputusan itu adalah keputusan rakyat, ia diambil melalui undi rakyat dan kerana menghormati kemahuan rakyat yang menuntut dan mahukan kerajaan yang lebih baik telus, bersih dan beramanah maka Pakatan Rakyat telah mengangkat Nizar Jamaluddin dengan perkenan Tuanku Sultan sebagai Menteri Besar Perak yang baru menggantikan MB dari Umno.
Sejurus itu bermulalah pentadbiran baru di Perak. Rakyat kagum dengan kerajaan negeri yang baru yang dibarisi EXCO dan ADUN-ADUN yang cukup bertenaga ikhlas mahu berjuang untuk kepentingan rakyat dan kemakmuran negeri. Dengan Nizar sebagai MB rakyat yakin bahawa sesuatu yang meyakinkan dan memberi harapan akan berjaya ditegak dan dilaksanakan di Perak demi manfaat mereka semua.
Namun demikian tiba-tiba harapan itu disentap dari tangan rakyat. Politik pintu belakang yang diamalkan Barisan Nasional dan dengan berpaling tadahnya beberapa ADUN, kerajaan yang rakyat dukung itu tiba-tiba rebah dan digantikan dengan kerajaan BN yang baru sahaja rakyat sendiri robohkan sebelumnya.
Krisis perlembagaan dan keresahan rakyat membara akibat kerja kotor politik pintu belakang yang dimalakan BN itu. Kini dengan takdir Allah swt, ruang untuk rakyat kembali bersuara dibuka di Bukit Gantang. Melalui pilihan raya kecil ini rakyat diberi peluang untuk memberikan mesej kepada BN bahawa kerja kotor merekatidak dapat diterima rakyat.
Kerana itu undi tuan/puan yang bakal turun mengundi esok adalah penting. Jika kita mengundi PAS bermakna kita mendaftarkan bantahan kita terhadap kerja yang tidak bermoral yang mengakibatkan kerajaan negeri yang dinaikkan oleh rakyat itu jatuh begitu sahaja. Kita akan mewakilkan Nizar untuk ke Parlimen bagi membawa mesej perjuangan rakyat Perak keperingkat yang lebih tinggi. Yang paling penting kita menegaskan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia khasnya para pengundi di Bukit Gantang samada Melayu, Cina atapun India adalah pengundi-pengudni yang berakal dan bermaruah.
Mereka tidak akan berpeluk tubuh apabila kezaliman dan politik kotor berlaku di hadapan mata mereka. Mereka akan bangkit menerusi lunas demokrasi untuk menebus maruah rakyat jelata bahawa kerajaan naik dan turun mestilah melalui proses pilihan rakyat dan bukannya melalui konspirasi kotor yang tidak bertamaddun dan beradab itu.
Oleh itu kepada seluruh pengundi di Bukit Gantang ketahuilah bahawa kami semua, yang cintakan kedamaian, keadilan , ketelusan dan kebenaran sesungguhnya berada bersama anda bagi memastikan yang benar dan yang hak diangkat manakala yang batil dan yang bohong ditolak demi masa depan agama, bangsa dan Negara.
Dengan restu Allah swt, ayuh kita keluar beramai-ramai dan mengundi calon PAS esok di Bukit Gantang. (Begitu juga di Bukit Selambau dan Batang Ai). Hidup rakyat, hidup kebenaran dan keadilan!

Friday, April 03, 2009
Najib sah PM ke 6 Malaysia
Sah sekarang kita menerima Perdana Menteri baru yang ke 6 sejak Malaysia Merdeka 1957. Walaupun ramai yang menaruh harapan agar beliau “dibersihkan” terlebih dahulu sebelum dilantik, namun nampaknya tekanan dari pihak beliau lebih kuat dan bertenaga.
Apa pun kita mengharapkan beliau akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dari PM-PM sebelumnya. Satukan negara dan rakyat, hapuskan permusuhan dan sengketa, amalkan ketelusan dan urustadbir yang baik, segar-bugarkan demokrasi dan kembalikan sepenuhnya hak asasi rakyat. Hapuskan kemiskinan, agihkan kekayaan Negara secara adil dan setimpal dan sebagai seorang Islam jelmakan kepimpinan, kehidupan dan keperibadian Muslim yang unggul.
Mampukah Najib melakukan semua ini?
Sebaliknya jika beliau memilih untuk berganjak ke belakang, memperkosa dan menodai segala harapan dan hajat rakyat ini, beliau tidak akan lebih baik dari Dollah Badawi, malah tidak mustahil pada pilihan raya umum ke 13 nanti, beliau akan jatuh dalam sejarah sebagai PM Umno yang terakhir!
Selamat menjalankan tugas dan memikul Najib dan selamat jalan Dollah.

Wednesday, April 01, 2009
Jangan bermain mimpi dengan Umno-BN
Semua pihak sedang bekerja kuat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk memenangkan calon masing-masing. PAS dan PKR yang bertanding di kerusi-kerusi berkenaan atas nama Pakatan Rakyat terpaksa berpuas hati dengan apa sahaja saki-baki media yang ada untuk memanjangkan kempennya disamping berkempen secara konvensional. Berlainan dengan BN-Umno-MIC, berbagai saluran berada dalam tangan dan kekuasaan mereka. TV, radio, akhbar saluran perdana kesemuanya dipergunakan untuk berkempen bagi calon BN. Itulah lumrah demokrasi di Malaysia.
Hari ini saya tertarik untuk mengumpulkan beberapa cebisan berita dan artikel dari sumber kempen BN ini untuk sama-sama kita analisa, helah dan taktik yang terpaksa mereka gunakan untuk menang dalam pilihan raya kecil ini.
Kisah peratautan kembali Mahathir dan Dollah sebagaimana berlaku pada sesi penutup Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini dijadikan modal, betapa Umno kembali berpadu di bawah Presiden barunya. Mahathir dan Dollah yang bertelagah sejak beberapa tahun lampau, rupanya dapat didamaikan oleh Najib dalam sekelip mata, ahhh untungnya bangsa Melayu!
Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Seorang pembaca Utusan Malaysia, Dr Mohd Azam Rauzan dari Bukit Gantang sampai ke peringkat menulis:
Pada penghayatan saya segala yang mencakupi peradaban Melayu dapat kita saksikan berlaku di atas pentas Dewan Merdeka PWTC.
Beliau seterusnya menceduk beberapa kerat sajak keramat SN Usman Awang “Melayu”:
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira’bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulam daya
Gedung akal laut bicara
Memanglah indah kalau digilap tembaga lama. Walaupun telah kotor, lusuh kehijau-hijauan, tetapi kalau digilap ia akan tampak berkilau walaupun hakikatnya ia sudah tua dan usang. Apa sahaja yang mahu kita pandangan cantik, cantiklah ia walaupun hakikatnya buruk pada pandangan lain.
Kita nampak Mahathir dan Dollah atas pentas (walaupun ada yang melihat seakan terpkasa) lalu kita andaikan Melayu dah bersatu, singkatnya andaian kita. Takdir allah swt dalam media “kempen BN” hari ini, akhbar The Star memuatkan di bahagian yang berbeza reaksi Mahathir dan Dollah (yang agaknya tidak tergamak disiarkan oleh Utusan takut terbaca di Bukit Gantang).
Bila ditanya apakah dialog antara beliau dan Mahathir di atas pentas pada hari itu, kata Dollah:
It was so rushed. I don’t remember anymore. (It was) not very significant.
Ia berlaku terlalu pantas. Saya sendiri pun tidak ingat lagi. (Ia sebenarnya) tidaklah penting sangat.
Kemudian dari London, akhbar yang sama bertanya pada Mahathir berkenaan majlis di PWTC itu. Kata Mahathir:
I can shake hands with him but I did not hug as was reported.
Saya boleh berjabat tangan dengan beliau tetapi saya tidak pun memeluk beliau sebagaimana yang dilaporkan.
Malah akhbar berkenaan menambah:
He sought to downplay his appearance with Abdullah saying it was not something important.
Beliau tidak mahu menonjolkan sangat pertemuannya dengan Abdullah itu dengan berkata ia (pertemuan itu) sesuatu yang tidak penting.
Kalau Mahathir dan Dollah sendiri merasakan peristiwa kononnya “bersejarah” di PWTC itu sebagai tidak penting: “not significant” atau “not something important”, mengapa pula kita yang dipaksa untuk menerima seolah ia sesuatu yang sangat besar, bermakna, menyatukan umat Melayu!
Artikel Dr Mohd Azam itu diberi tajuk “hanya BN mampu terjemah mimpi menjadi reality” oleh editor Utusan. Hebat, besar dan megah sungguh tajuknya. Tetapi cuba selak ke muka 9 akhbar yang sama. Penulis pojok “Cuit”, Zaini Hassan pula membentangkan sedutan laporan analisis pemilihan Umno baru-baru ini yang menurut beliau disediakan oleh sekumpulan pakar bebas.
Apakah penemuan analisis itu:
Adalah diyakini PW (politik wang) akan terus menguasai dan membudaya dikalangan perwakilan Perhimpunan Agung Umno ditahun-tahun yang akan datang serta seterusnya akan terus kuat menggugat usaha dan keupayaan barisan pimpinan Umno yang berkelayakan……………..
Dalam analisis itu juga dipetik:
Yakin dan mengetahui secara sedar dan positif adalah lebih daripada separuh iaitu melebihi tahap 50% dari senarai calon berjaya dalam persaingan pemilihan ahli majlis tertinggi (AMT) ke 59 terlibat dan turut mencebur diri dalam amalan PW……..
Ini bukan terbit dalam Harakah atau Suara Keadilan tetapi dalam Utusan Malaysia dan analisisnya pula bukan dibuat oleh orang PAS atau PKR, ia dibuat oleh pakar bebas! Kalau beginilah Umno kini dan beginilah Umno diwaktu mendatang, jangan sesiapa menaruh harapan pada BN untuk menterjemah mimpi menjadi realiti. Malah menjadi tanggungjawab dan amanah pada para pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menolak BN kerana mengundi mereka bermakna memperjudikan nasib dan masa depan agama, bangsa dan Negara.
Mungkin Dr Mohd Azam perlu petik bait-bait yang lain dalam puisi SN Usman Awang itu. Kalau Melayu Umno lah yang dimaksudkan, lebih baik kita hidangkan bait-bait berikut:

Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai ayuh bangkit dari mimpi. Tinggalkan BN undilah Pakatan Rakyat!
Kg. Baru diasak pembangunan
Saya berada di Kg Baru, Kuala Lumpur selepas zohor semalam. Saya melihat berlaku kesesakan luar biasa. Bas-bas bersusun sepanjang Jalan Raja Abdullah dan jalan-jalan berdekatan. Rupanya anak-anak muda dari sekolah dan kolej serta universiti ini dihimpunkan untuk meramaikan majlis Pelancaran Puncak Baru iaitu projek pembangunan semula Tapak Pasar Minggu Kampung Baru. Saya perhatikan sepanjang jalan menuju ke tapak berkenaan bendera Umno dikibarkan. Maklumlah Umno takut agaknya sebab Kg Baru sekarang ini diwakili oleh PAS iaitu dalam kawasan parlimen Titiwangsa. Nampak sangat Umno mempolitikkan majlis rasmi.
Kg Baru adalah satu-satunya kampong tradisional Melayu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur (adalah juga Kg. Datuk Keramat,Kg Pandan dan lain-lain tetapi sejarah dan keunikan Kg Bharu mengatasi kampong-kampung lain). Rapatnya Kg Baru dengan degup jantung Kuala Lumpur sehinggakan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor (ketika KL masih bawah Selangor dahulu) ditempatkan di Jalan Raja Muda (Princess Road) berhadapan Kg. Baru.
Panjang sejarah Kg. Baru ini, ibu saya dan keluarga sebelah beliau merupakan antara penghuni asal Kg. Baru. Ia meriah sejak tapak ini dibuka untuk penempatan orang-orang Melayu, kata ibu saya keluarga nenek saya berhijrah dari Melaka menaiki kereta lembu untuk membuka penempatan di Kg Baru. Ramai yang datang dari berbagai negeri. Maka berhimpunlah orang-orang Melayu dari segenap ceruk rantau berhijrah ke sana untuk membangunkan sebuah penempatan Melayu di tengah Bandar.
Ia kaya dengan sejarah sejak zaman British, penaklukan Jepun, kembali British dan perjuangan menuntut kemerdekaan, peristiwa hitam 13 Mei, berbagai demonstrasi dari awal 70an sehingga ke zaman reformasi sehinggalah ke hari ini. Malah Allahyarham Shamsiah Fakeh ada menyebut tentang Rumah Merdeka di Jalan Hamzah yang pernah dihuni oleh pejuang-pejuang awal kemerdekaan Negara. Dan mengikut sejarah Pejabat Agung PAS yang awal berada di Kg Baru.
Kini 1.5 hektar daripadanya iaitu tapak Pasar Minggu Kg baru yang kini dimiliki DBKL mahu dibangunkan dengan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan bernilai RM500 juta.
Ternyata ia akan menghapuskan sama-sekali sejarah Pasar Minggu Kg. Baru yang pernah beberapa dekad lalu menjadi tumpuan pusat kebudayaan, makan-minum dan membeli-belah. Apa pun projek telah dilancarkan, kita mengharapkan bila siap nanti tiada lagi projek-projek mega seperti itu membelah jantung Kg Baru. Biarlah rumah-rumah tradisional Melayu dan penempatan orang-orang Melayu yang melimpah di situ dikekalkan. Perbaikilah pasarana mereka tetapi jangan membuka laluan kepada pembangunan sehingga menghalau mereka keluar.
DBKL perlu beri tumpuan kepada masalah perparitan, jalan dan kemudahan awam yang lain di Kg Baru. Biar orang Melayu yang ada di sana hidup dengans elesa, mengekalkan budaya dan warisan mereka dan terus membangun bersama Negara. Kalau perlu projek-projek mega sekalipun selepas ini biar ia dididrikan disekitar persempadanan Kg Baru dan bukan di atas tanahnya lagi.
Kini pun sepatutnya pembangunan persendirian di Kg baru perlu dikawal. Rumah-rumah batu bertingkat-tingkat kini menggantikan rumah-rumah tradisional seakan tanpa kawalan. Inilah sahaja tanah bertuah yang boleh kita tunjukkan pada anak-anak kita dan generasi yang mendatang, pertahan dan kekalkanlah ia sebaik mungkin.
(posting ini sepatutunya naik semalam tetapi terlepas pandang kerana masalah teknikal)

Subscribe to:
Posts (Atom)