Isu salib di sekolah Umno mahu babitkan PAS
Baru-baru ini di Dewan Rakyat Timbalan Menteri Pelajaran Noh Omar memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat menurunkan salib di sekolah-sekolah "missionary" yang diasaskan oleh pihak gereja. Ini lanjutan rungutan yang dikemukakan oleh wakil Umno (BN) dari Parit Sulong, Syed Hood Syed Edrus, yang mahukan sekolah-sekolah seumpama ini menurunkan salib dan patung di sekolah-sekolah berkenaan serta memutuskan terus hubungan gereja dengan sekolah-sekolah ini kerana bimbangkan pengaruh dari pihak gereja antarabangsa. Kata beliau adalah mengaibkan yang masih ada lagi sekolah-sekolah dalam sebuah negara Islam seperti kita ini yang terus dipengaruhi oleh pihak gereja.
Gesaan Syed Hood itu turt disokong oleh wakil Umno (BN) dari Sri Gading Mohammad Aziz.
Walauabagaimanapun menurut laporan yang diterima semasa Timbalan Menteri berkenaan memberikan penjelasan tersebut, kedua-dua ahli berkenaan tidak berada di dalam dewan.
Dan hari ini Syed Hood, apabila didatangi pemberita, dah bagaikan nasi disiram air, lembut dan lembik. Kata beliau, isu ini dibangkitkan atas kehendak rakyat yang diwakilinya. Beliau sekadar mahukan penjelasan dan malah berterima kasih atas sumbangan sekolah-sekolah ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
Cuma masalahnya Syed Hood ini dengan sengaja cuba mengalihkan perhatian masyarakat bukan Islam terhadap beliau apabila beliau berkata (sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini):
PAS would play up the issue if no proper explanation was given.
PAS akan memainkan isu ini jika tidak ada penjelasan diberikan.
Lihatlah betapa jahatnya pemimpin Umno. Ketika mereka tersepit, mereka akan membabitkan orang atau pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan onar bikinan mereka. Mengapa heret PAS pula dalam isu ini? Seingat saya PAS tidak pernah sekalipun membangkitkan berkenaan isu ini kerana percaya pada kebebasan pendidikan.
Malah saya teringat baru-baru ini Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sdr. Hu Pang Chow ada menceritakan berkenaan satu insiden yang melibatkan salah sebuah gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu iaitu Church of Our Lady Fatima (kebetulan penulis mendapat didikan peringakt tadika pada tahun 1969 di tadika kelolaan gereja berkenaan, ketika itu ayah penulis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan).
Kata beliau, pernah pada satu hari Tok Guru MB bertanya melalui Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada. Kata Sdr Hu, Tok Guru mengarahkan jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak samada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali. Setelah Sdr Hu pergi menyiasat rupanya menurut pihak gereja ianya diturunkan bagi tujuan pengubahsuaian.
Ringkasnya begitulah prihatinnya kerajaan PAS terhadap rumah ibadat agama lain, jadi kenapa dalam hal ini ahli parlimen Umno ini gelabah mahu melibatkan PAS pula? Kalau dah salah tanggung sendiri, jangan capai dan gagau pihak lain lantaran kelemahan dan kesingkatan fikiran kita sendiri. Begitulah Umno!
Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Tuesday, December 04, 2007
Masyarakat India tidak susah yang susah orang Melayu
Dalam keghairahan membuktikan yang kehidupan masyarakat India kononnya lebih baik di negara ini, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Zainal Abidin Osman semalam menegaskan bahawa menurut kajian kerajaan purata pendapatan isi rumah masyarakat India bagi tahun 2004 mencecah RM3,456 sebulan.
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Gerik, yang bertanya adakah benar dakwaan Hindraf bahawa masyarakat India di Malaysia miskin dan dipinggirkan.
Angka-angka yang dikeluarkan memang menunjukkan yang masyarakat India di Malaysia dalam keadaan yang selesa. Malangnya angka-angka itu juga membuktikan yang sebenarnya merempat dan dipinggirkan adalah masyarakat Melayu dan Bumiputera. Contohnya bagi pendapatan isi rumah tadi, berikut adalah susunannya mengikut paras tinggi rendah mengikut kaum:
Cina RM4,4,37
India RM3,456
Melayu RM2,711 (Bumiputera)
Manakala angka-angka peratusan kadar kemiskinan 2004 mengikut kaum menunjukkan:
Cina 0.6%
India 2.9%
Melayu 8.3% (Bumiputera)
Benarlah kata ahli Parlimen berkenaan yang jutaan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dari rakyat di Tamil Nadu, India (ucapan di Dewan Rakyat). Masalahnya kalau benar masyarakat India demikian, kita mahu bertanya kepada Umno dan BN, mengapa masyarakat Melayu Bumiputera yang konon-kononnya diperjuangkan nasibnya oleh Umno sampai hari ini terus merempat dan terpinggir!
Mungkinkah masyarakat Melayu juga perlu menubuhkan sebuah kumpulan pendesak seperti mana Hindraf, berhimpun ditengah jalan kerana sesungguhnya setelah 50 tahun Merdeka, dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan sejak itu sehingga kini, namun orang-orang Melayu dan Bumiputera masih ditangga tercorot dan paling miskin.
Mungkin ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu yang lain boleh menubuhkan MALAYRAF “Malay Action Rights Front” dan membikin memorandum yang berjela-jela untuk menyenaraikan masalah dan kesusahan umat Melayu, tetapi soalnya ke mana mahu diserah memo itu nanti? Demikianlah nasib orang Melayu di buminya sendiri, tetapi anehnya orang Melayu tak kisah, warisan soldadu si Luncai sudah menjadi darah daging "biarkan, biarkan".

Nazri: Khir Toyo tidak berpengalaman
Jika kita mempunyai anugerah untuk pemimpin yang paling celupar mlutunya di Malaysia, mungkin sukar untuk kita buat pilihan antara dua tokoh paling layak, iaitu Nazri Aziz dan Rashid SPR.
Cuma hebatnya Nazri, kalau dia sondol, sondolannya adil, dia akan sondol siapa sahaja di hadapannya tanpa mengira bulu atau warna kulit. Istilah intelektual tahap tertinggi yang sering digunakan beliau bagi membuktikan ketinggian tahap modal insan yang dijajanya adalah “BODOH”. Ramai sungguh yang telah dibodohkan Nazri sejak kebelakangan ini.
The Sun melaporkan ketika mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor merobohkan sebuah kuil diambang Deepavali yang telah membangkitkan kemarahan penganut Hindu dan kumpulan Hindraf, Nazri berkata:
I agree, that was STUPID of the officials not to be considerate in sensitive matters like this.
Saya bersetuju yang ianya suatu tindakan BODOH oleh pihak berkenaan (PBT) kerana tidak mempertimbangkan sesuatu yang begitu sensitif seperti ini.
Dan memandangkan isu itu berlaku di Selangor, maka beliau tidak boleh terlepas dari mengulas berkenaan MB Selangor Khir Toyo. Beliau tidak percaya yang Khir mempunyai niat jahat terhadap penganut Hindu. Beliau menambah bahawa jika kita menggunakan pengalaman, yang mana Khir mungkin kekurangan (which he probably lacks) kemungkinan perkara ini dapat diatasi.
Kepada mana-mana anak Selangor yang prihatin, memandangkan MB anda dah dicap tidak berpengalaman, maka eloklah segera hadiahkan beliau sebatang penyapu agar beliau segera sedar.
Berbalik kepada Nazri, para pegawai bodoh, Menteri Besar pula tidak berpengalaman, maka makin menokoklah nampaknya markah beliau untuk anugerah pemimpin paling celupar peringkat kebangsaan (walaupun kali ini mungkin keceluparannya itu mengena pada tempatnya).

Monday, December 03, 2007
Hindraf: Siapa yang sebenarnya terjerat
Kalau memorandum Hindraf yang diserahkan kepada kerajaan Britain, yang menuduh bahawa berlaku ethnic cleansing ataupun pembunuhan terancang terhadap masyarakat Hindu di Malaysia merupakan satu tuduhan liar dan fitnah maka demikian jugalah kartun Senyum Kambing dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.
PAS melalui Timbalan Presiden dan Setiausaha Agungnya telah mengeluarkan kenyataan berhubung Hindraf. Pertama PAS menyatakan yang ia mempunyai perbezaan dengan Hindraf cumanya ia merasakan yang penyokong-penyokong kumpulan tersebut berhak berhimpun dan menyatakan pendirian mereka.
Hari ini Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan terhadap memorandum Hindraf itu dan menganggap sebahagian dari tuntutan dan tuduhannya melampau. Kata Presiden PAS itu:
PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.

Sejak bila pula PAS terperangkap angkara Hindraf dan adakah benar yang PAS tidak pernah nyatakan pendirian terhadap Hindraf?
Kalau Utusan sebuah akhbar yang bertanggungjawab, cinta dan sayangkan perpaduan kaum dan perpaduan nasional serta bangsa dan peradaban Melayu ia tidak akan cuba menyeret PAS ke dalam kancah pertembungan yang dicetuskan oleh kelemahan dan kelonggaran Umno, tulang belakang akhbar tersebut. Tetapi hakikatnya Utusan memang sebuah akhbar yang tidak bertanggungjawab, oleh itu memandang satira terhadap sesuatu yang tidak menguntungkan bangsa dan agama, padanlah dengan sikapnya yang tidak bermaruah.
PAS melalui Timbalan Presiden dan Setiausaha Agungnya telah mengeluarkan kenyataan berhubung Hindraf. Pertama PAS menyatakan yang ia mempunyai perbezaan dengan Hindraf cumanya ia merasakan yang penyokong-penyokong kumpulan tersebut berhak berhimpun dan menyatakan pendirian mereka.
Apa maksud si kambing apabila mengatakan yang PAS sudah terperangkap? Siapakah yang memerangkap PAS dan mengapa pula dalam kes Hindraf PAS pula mahu diperangkap?
Yang terperangkap adalah Umno, MIC dan BN. Yang keluar berarak dan kemudiannya menghantar memorandum bantahan adalah masyarakat yang lazimnya memberikan undi kemenangan kepada BN, terbaru di Ijok. Kerana itulah Presiden Umno dan Pengerusi BN marah sungguh dalam sidang akhbarnya baru-baru ini, manakan tidak, selama ini melalui MIC Dollah dan BN diyakinkan bahawa masyarakat India akan terus menyokong BN. Himpunan Hindraf dan kemudiannya memorandum mereka yang melemparkan perbagai tuduhan terhadap kerajaan BN (yang mana MIC adalah komponannya) sesungguhnya tidak memerangkap sesiapa pun melainkan BN.
Yang terperangkap adalah Umno, MIC dan BN. Yang keluar berarak dan kemudiannya menghantar memorandum bantahan adalah masyarakat yang lazimnya memberikan undi kemenangan kepada BN, terbaru di Ijok. Kerana itulah Presiden Umno dan Pengerusi BN marah sungguh dalam sidang akhbarnya baru-baru ini, manakan tidak, selama ini melalui MIC Dollah dan BN diyakinkan bahawa masyarakat India akan terus menyokong BN. Himpunan Hindraf dan kemudiannya memorandum mereka yang melemparkan perbagai tuduhan terhadap kerajaan BN (yang mana MIC adalah komponannya) sesungguhnya tidak memerangkap sesiapa pun melainkan BN.
Hari ini Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan terhadap memorandum Hindraf itu dan menganggap sebahagian dari tuntutan dan tuduhannya melampau. Kata Presiden PAS itu:
PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.
Sunday, December 02, 2007
Wahai Pak Menteri - Ini bukan budaya kita
Semalam kerajaan melancarkan Hari AIDS Sedunia peringkat kebangsaan. Menurut statistik wabak ini semakin membimbangkan diperingkat nasional. Sejak 1986 sehingga Jun tahun ini seramai 78,784 telah dijangkiti penyakit ini. Seseorang boleh diserang penyakit ini dari berbagai cara antaranya berkongsi jarum dengan seorang pembawa penyakit, melalui pemindahan darah (dengan darah pembawa penyakit) atau melalui hubungan seks.
Yang sedihnya jangkitan melalui hubungan seks telah meningkat begitu ketara sekali iaitu dari 18.2% pada tahun 2002 ke 31.9% tahun lepas.

Cumanya Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek semasa melancarkan majlis ini telah menggesa agar masyarakat Malaysia:
Practise safe sex and be faithful to your partner
Amalkan seks selamat dan jujur pada pasangan
bagi mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit yang membawa maut ini.
Masalahnya gesaan beliau ternyata bertentangan dengan amalan dan budaya kita. Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti rakyat Malaysia menganut agama ini. Umat Islam diharamkan berzina, lalu menggesa rakyat agar mengamalkan seks selamat (denga menggunakan kondom, kecuali yang telah berkahwin) ataupun jujur pada pasangan (bagi yang belum berkahwin) jelas bertentangan dengan agama Islam dan budaya Melayu. Saya percaya adat dan budaya masyarakat Cina dan India juga tidak pernah mengajar masyarakatnya untuk mengamalkan seks secara bebas, melainkan dengan pasangan yang telah sah berkahwin. Mungkin ia ada diamalkan dizaman moden ini, namun ternyata ianya adalah merupakan cedokkan dari budaya Barat yang songsang dan rosak itu. Budaya Timur apalagi Islam dan Melayu tidak sama sekali merestui amalan seumpama ini.
Seks selamat jika diamalkan dikalangan yang belum berkahwin, adalah haram disisi Islam dan bertentangan dengan budaya Timur manakala pasangan yang telah berkahwin wajib jujur pada pasangannya (itu budaya kita), manakala bagi pasangan yang belum berkahwin "abstinence" (atau menjauhkan diri dari seks) adalah pilihan tunggal yang ada, tidak ada yang kedua.
Oleh itu dalam kita heboh hari ini menetapkan garis pemisah antara mana amalan budaya kita dan mana yang tidak (demonstrasi contohnya dicanangkan hari-hari sebagai bukan budaya kita), saya hairan bagaimana seorang menteri dari kerajaan yang berbangga dengan amalan Islam Hadharinya tiba-tiba boleh menggesa rakyat negara ini agar mengamalkan sesuatu yang bukan dari budaya kita!

Masalah besar Pengerusi SPR yang ini
Apa yang saya perhatikan satu masalah besar dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Rashid A Rahman, adalah beliau ini terlalu banyak bercakap. Bercakap atas nama peribadi beliau itu mungkin haknya, tetapi bercakap sebagai Pengerusi SPR, saya kira beliau perlu lebih cermat dan berhati-hati kerana dalam proses pilihan raya di Malaysia beliau dikira sebagai pemegang amanah. Pemegang amanah perlulah sentiasa dilihat bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika pemegang amanah pun mahu berpolitik berpihak-pihak maka sudah pastilah proses pilihnaraya nanti akan berjalan tempang kerana kepalanya sendiri senget dan tempang.

Tadi menerusi Buletin Utama TV3 kita dapat melihat betapa dengan style sombongnya yang biasa Rashid mengeluarkan kenyataan politik menyerang parti-parti pembangkang. Beliau mendakwa parti-parti pembangkang banyak melontarkan tuduhan liar terhadap SPR untuk emmenangi sokongan dari para penyokong mereka. Apabila kalah dalam satu-satu pilihan raya kata Rashid, SPR akan dikambing hitamkan oleh pihak ini, sedangkan mereka tidak mampu mengemukakan bukti untuk menyabitkan SPR dalam sebarang kesalahan.
Rashid berkata demikian setelah mempengerusikan bengkel persiapan pilihan raya untuk para petugas pilihan raya di Kelantan.
Rashid turut bercakap tentang cuaca di Kelantan, kononnya jika cuaca buruk SPR berkuasa menangguhkan pilihan raya di negeri itu jika perlu. Apa sudah diumumkankah tarikh pilihan raya? Pantai Timur lazimnya dilanda monsun pada penghujung tahun ini sedangkan pilihan raya boleh dipanggil selewat-lewat suku pertama 2009. Mengapa Rashid bagaikan terlebih sudu dari kuah?
Inilah masalah dengan Pengerusi SPR kita, kerana itu apabila dipinda Perlembagaan Negara di Parlimen pertengahan bulan ini nanti, untuk melanjutkan lagi umur bersara ahli-ahli SPR untuk setahun lagi, diharapkan ahli-ahli Parlimen khasnya dari pembangkang termasuklah dua orang Senator PAS dari Kelantan mestilah mengundi menolak pindaan itu, kerana meluluskannya bermakna kita bersekongkol membenarkan Rashid terus memimpin SPR sedangkan beliau sepatutnya bersara wajib hujung bulan ini.

Forum Blog + Wallet
Alhmadulillah setelah tergendala minggu lepas angkara ketegangan di Jalan Ampang, KL ekoran pertempuran antara pihak polis dan HINDRAF, Forum Blog + Wallet anjuran Blog Bugs dan Anwar Ibrahim Club (AIC) dengan kerjasama Freiderich Naumann Foundation telah dapat dilangsungkan malam semalam di Corus Hotel, Jalan Ampang.
Saya telah diundang sebagai ahli panel oleh pihak penganjur bersama Sdr Faisal Mustaffa mewakili Tokobuku Fotopages dan Sdr M. Zulkifli mewakili gua.com.my
Forum ini saya anggap sungguh menarik kerana masing-masing ahli panel membawa dan mengulas tajuk dari perspektif yang berbeza. Apa pun tujuannya adalah untuk menarik minat anak-anak muda yang diwakili oleh pihak penganjur agar terus menceburi bidang berkarya melalui blog dengan harapan ianya dapat berkembang maju untuk manfaat rakyat keseluruhannya. Sdr Faisal memperkenalkan bidang perniagaan buku-buku dan bahan bacaan yang diusahakannya secara online di http://tokobuku.fotopages.com/ manakala Sdr Zulkifli mewakli anak syarikat sebuah syarikat korporat yang mengusahakan pengiklanan menerusi blog yang boleh dilayari di http://www.gua.com.my/
Turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah sebuah buku iaitu "Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING" yang merupakan kompilasi tulisan anak-anak muda berhubung situasi dan pergolakan politik di Malaysia.
Saya berterima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya ke majlis yang sangat bermakna itu. Dan paling gembira saya malam semalam apabila rakan blogger Sang Kelembai sudi hadir menjayakan majlis tersebut atas undangan saya. Syabas Blog Bugs dan AIC, teruskan usaha murni anda semua itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)