Saturday, March 02, 2013

Perketatkan kawalan sempadan kita (2/3/13)


Rakan saya seorang Kadazan dari Kota Kinabalu mengirimkan mesej berikut melalui handphone saya:
At this time sabahans really hate how govt handle this case

Beliau menyuarakan kebimbangan rakyat Sabah terhadap insiden di Lahad Datu. Kebimbangan itu sudah pastilah disebabkan kegagalan pasukan keselamatan kita dari mengawal sempadan Negara, dalam hal ini sempadan Sabah-Filipina sehingga berjaya tentera Kesultanan Sulu yang bersenjata menceroboh masuk dan menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Dari segi geografi memang sempadan Malaysia di pantai Sabah dengan Filipina adalah luas termasuklah dengan Indonesia di Selatan.

Namun ia tidak boleh dijadikan alasan sehingga musuh dapat masuk dan mencetuskan kekacauan dalam bumi kita. Jika perlu berbelanja, maka kita perlu lakukan demu menjamin keselamatan rakyat Malaysia di Sabah.
Suka tak suka insiden di Lahad Datu telah mencetuskan kebimbangan rakyat. Ini satu reality dan ianya perlu ditangani kerana rakyat Malaysia berhak hidup dalam keadaan aman dan tenteram dengan keselamatan dan pertahanan yang terjamin.

No comments: