Setakat ini pihak keselamatan masih dalam proses “mopping up”
di Lahad Datu. Kemungkinan besar seluruh angkatan pengganas di sana telah
dipatah dan dimusnahkan. Dalam pada itu menurut laporan berlaku tunjuk perasaan
di luar Kedutaan Besar Malaysia di Manila. Semoga semua kakitangan kita
selamat.
Sementara itu saya terbaca laporan berikut dari Manila
Bulletin yang memetik kenyataan Presiden Republik Filipina, Beningno S Aquino
III:![]() |
| Aquino bersama 6 orang Gabenor Mindanao menyelar tindakan pengganas Suluk di Lahad Datu |
“When you have an armed group that goes into an area
administered by a different nation, can that not be considered an act of war by
some of our citizens? And the Revised Penal Code has a specific law that
penalizes people who incite others to war amongst other things,”
(Apabila terdapat kehadiran gerombolan bersenjata yang
memasuki kawasan pentadbiran kita dari Negara lain, tidakkah itu dianggap suatu
tindakan melancarkan peperangan oleh kalangan rakyat kita? Dan Kanun Siksaan
yang telah dipinda melarang secara jelas mereka yang menghasut peperangan,
antara lain.)
Ternyata tindakan pengganas Suluk ini bukan hanya dikutuk
rakyat Malaysia malah tidak mendapat sebarang bentuk sokongan langsung dari Negara
mereka sendiri.
Sekali lagi Predien Aquno membuktikan beliau lebih
menghargai hubungan baik antara kedua-dua Negara Malaysia dan Filipina
berbanding melindungi atau mempertahankan satu dua kerat warganya yang
bertindak ganas semupama pengikut Sultan Kiram ini.
Malaysia bermusuh dengan “pengganas Suluk” ini kerana mereka
melancarkan perang di atas bumi kita. Namun demikian bangsa Sulu dan Moro yang
merupakan saudara kita tetap dihormati sebagai kawan lebih-lebih lagi rakyat
Filipina yang selama ini telah berjiran dengan kita dalam keadaan aman dan
tenteram.

No comments:
Post a Comment