Friday, December 10, 2010

Bersama pertahankan Selangor dari kembali ke tangan BN

Muka 6 akhbar NST hari ini membawa tajuk: “Muhyiddin – We can win back Selangor”

Dimana Timbalan Presiden Umno yang juga TPM dalam satu majlis bersama pimpinan BN Selangor telah menyatakan walaupun sukar namun tidak mustahil BN dapat menawan kembali Selangor. Syaratnya kata beliau BN mesti memberi khidmat baik kepada rakyat dan mencapai mereka.

Ternyata setelah 2 tahun 8 bulan kehilangan negeri Selangor yang bertuah ini, Umno dan BN tidak berterusan kempunan dan tidur tak lena. Sesungguhnya Selangor ini dahulunya sememang merupakan kubu kuat BN. Adapun hamper kecundang dalam Pilihanraya 1969 tetapi sebelum dan selepas itu Umno mencengkam kuat negeri ini.

Kuatnya mereka bertapak dahulu sehinggakan ada pimpinan yang berani mengeluarkan kenyataan di Selangor ini kalau kita letak calon hatta tunggul kayu sekali pun ia tetap menang dan diteima rakyat.

Tetapi itu dahulu.

Dari tahun ke tahun ketidakpuasan hati rakyat membara. Pada awalnya ia sekadar bara yang kecil, tidak banyak mendatangkan kesan.

Pimpinan negeri mengambil kesempatan sepenuhnya atas sokongan dan dokongan rakyat. Korapsi bermaharajalela, penyelewengan, kepincangan, salah guna kuasa timpa menimpa dari tahun ke tahun. Walaupun pimpinan bertukar ganti namun penyakit dan kemelut ketempangan ini terus membusung dan berleluasa.

Tanah-tanah, hutan dan hasil mahsul negeri dikikis tanpa memperdulikan nasib dan masadepan rakyat dan negeri tercinta ini. Pernah Almarhum Tuanku Sultan sehingga mengeluh di TV: Habis tanah di Selangor Beta nak tinggal kat mana? Kat Pulau Ketam?!

Satu demi satu bukit diserahklan kepada pemaju tanpa banyak usul bicara. Digondol dan ditarah untuk meraih kekayaan yang dibahagi-bahagi hasilnya termasuk kepada orang politik. Hutan diperkosa, lombong dan sungai pun begitu.

Rakyat di bawah yang mahukan bantuan, diperalatkan dan dipergunakan untuk kepentingan politik. Subsidi dan bantuan diagihkan cuma pada kroni. Yang susah terus susah manakala kroni senang-lenang.

Wakil rakyat bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi untuk diri dan kepentingan kroni. Begitu juga EXCO dan MB.
Demikianlah Selangor dahulu.

Bara kebencian rakyat akhirnya bangkit menyala dan menyambar hangus kedurjanaan mereka itu. Mac 2008 Selangor dibersihkan dari pimpinan yang tempang. Selangor diserahkan kepada saf kepimpinan baru, yang lebih bertenaga, ikhlas dan bersungguh mahu membela dan memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat.

Walaupun mereka baru dan belum diuji namun hakikatnya mereka bersih dan memberi pengharapan yang baru buat rakyat di negeri yang makmur dan kaya ini.

Rakyat tidak mahu kembali mengundang ketempanagan yang lampau. Baru beberapa hari lalu mereka melihat bekas pimpinan negeri diseret ke mahkamah angkara rasuah. Cukuplah mimpi ngeri yang lalu sebagai pengajaran buat semua.
Muhyuddin mungkin mahu BN “win back Selangor” . Tetapi ia bukan keputusan Muhyuddin, ia keputusan rakyat. Realitinya rakyat Selangor yang bijak dan berilmu tidak sekali-kali akan terjun kembali ke lubuk puaka setelah mereka berjaya menongkah keluar darinya.

Bersama kita mempertahankan Selangor dari kembali ke tangan BN!

4 comments:

lan said...

minta kerajaan Selangor pantau pembangunan di bukit2 di Melawati

Kami penduduk sana sayangkan kawasan hijau macam dulu2

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bgtau PAS Kawasan Klang supaya mendidik ahli-ahli baru masok PAS lepas pru 12 hari tu.
Mereka ni menjadikan PAS dipandang serong oleh penduduk. Mereka ni masok pas sebab nak mengambil kesempatan. Jadi ajk jkkk kemudian manipulasi pulak jadi ajk masjid tapi perangai masih UMNO pekat.
Kalau dibiarkan, pas kalah bahagian kampong yang ni, percayalah.

Ikhlas, sekian.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Bagi saya yang dekat dengan Pas sejak zaman persekolahan lagi, merasai pencapaian PAS di selangor adalah suatu yang amat indah yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Segala kesukaran yang dirasai ketika PAS baru betatih di Selangor 25 tahun yang lalu terasa hilang bila melihat pesuruhjaya PAS yang suatu masa dahulu tidak di pandang langsung oleh masyarakat Selangor mengangkat sumpah sebagai eksco kanan negeri 2 tahun lebih yang lalu.

Namun, musuh tak pernah duduk diam. Mereka sentiasa mencemburui kita dan memang menyimpan dendam yang tidak berkesudahan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Kini, walau pun majlis itu adalah majlis persidangan penghulu-penghulu dan Penggawa-penggawa di Malaysia, Muhiyiddin dengan tak segan dan malu telah menyerang Pakatan Rakyat khususnya di Selangor. Bagi mereka dendam harus dilunaskan dan PRU ke13 harus menjadi medan untuk merampas Selangor setelah gagal untuk masuk ikut jalan belakang seperti di Perak. Seandainya UMNO-BN berjaya menawan Selangor kelak, dendam mereka akan disambung pula kepada rakyat Selangor seperti berlaku di Trengganu selepas PRU ke-11 2004 lalu. Beringatlah kita wahai rakyat Selangor. Jangan jadikan diri kita tempat UMNO-BN lepaskan dendam mereka.

Pastinya, PAS khususnya Pemuda PAS bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat tidak berdiam diri. PR akan turun sedaya mungkin untuk mempertahankan negeri bertuah ini dari dirampas oleh UMNO-BN. Dalam hal ini Pemuda PAS khususnya amat yakin akan perjanjian mereka dengan Allah dan andai perjanjian itu telah sampai ketika mempertahankan Selangor, itulah yang diidamkan dan itulah perniagaan kita dengan Allah sebagaimana dalam surah At-Taubah. UMNO-BN akan pertahankan Putrajaya walau pun dengan apa cara sekali pun maka PAS juga akan pertahankan Selangor dan merempas Putrajaya dengan bersandarkan pada janji mereka dengan Allah dan rasulNya. Insya-Allah.

Cuma di satu sudut lain, Saya benar-benar berharap agar urusan penerangan dapat diperbaiki ke tahap yang maksima. Kita cukup bimbang seandainya kita kalah kerana kelemahan kita mengurus maklumat. Ingatlah, demokrasi amat bergantung penuh dengan aliran maklumat yang benar dan tepat selain dapat mengurus tanggapan dengan baik dan berkesan. Andai ini dapat dilakukan selain mengelakkan percakaran dan menunjukkan kesempurnaan akhlak, saya penuh yakin UMNO-BN boleh berkira-kira untuk mengadakan majlis perpisahan di Putrajaya.

Selangor akan tetap kita pertahankan.

Anonymous said...

Iya, sama-sama kita pertahankan Selangor.
Kalau Mahyuddin nak tau, Selangor merupakan pemangkin yang Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Perlis akan jatuh ke tangan PR dalam PRU13.
Saya ada terima surat pekeliling Persatuan Perunding Profesional Muda Malaysia (PPPMM).
Antara kandungannya:
"Ibarat telur di hujung tanduk", begitulah UMNO kini imejnya tercemar dan aksinya lemah. Pengaruh UMNO sudah jauh terhakis sehinggakan rakyat segan dan sahabat sepasukan malu untuk mendampinginya. Keputusan pilihanraya Mac 2008 mensahihkan hakikat ini.
Bagi rakyat, UMNO kini seolah-olah tidak lagi mahu dilihat sebagai peneraju Barisan Nasional (BN) yang berwibawa, penonggak Kerajaan yang prihatin mahupun sahabat kepada rakyat.
Pemimpin UMNO bercakaran sesama sendiri, rasuah menjadi-jadi dan UMNO tidak lagi menjadi satu pasukan gagah yang berjuang untuk memperkasakan Bangsa, memartabatkan Negara dan mendaulatkan Agama.
Itulah luahan anak muda PPPMM terhadap UMNO.
Nak juga dengar apa komen Mahyuddin.
Jangan asyik dok fikir nak rampas Selangor aje.
Jaga baik-baik Johor kan baik, supaya rakyatnya tak beralih arah ke PR.