Sunday, July 13, 2008

Undi tidak percaya atau undi percaya atau apa?

Saya mendapat maklum bahawa usul yang mahu dibawa oleh Pakatan Rakyat esok di Parlimen bukannya usul "undi tidak percaya kepada PM". Saya kira deria saya masih sihat lagi, kerana hampir semua yang saya "pick up" samada dari media arus perdana mahupun alternatif kesemuanya menjurus ke arah "undi tak percaya", lalu macam mana pula timbul tentang usul berbentuk lain?

Dari Harakahdaily:

Ketua Pembangkang Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan lebih banyak Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dari Malaysiakini:

Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker

Dari The Star:

I was informed that irrespective of whether the notice of no confidence against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is accepted or rejected, a big demonstration will be held within or outside the Parliament compound,” he told reporters after meeting villagers in Kg Ngok, Beluru here yesterday.

Dari Utusan Malaysia:

Khamis lepas, Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pandikar Amin yang akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu Isnin ini.

Saya kemukakan contoh-contoh di atas, semuanya menyebut USUL UNDI TIDAK PERCAYA!

Mungkin usul itu telah ditukar, bunyinya, zatnya atau apa sahaja sehingga tidak bermaksud demikian. Bermakna bukan satu tetapi semua pihak media salah. Yang betul, entah siapa?

1 comment:

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr. Roslan
Kasihan puak puak sebegini. Tidak mahu percaya dengan usul undi tidak percaya. Mungkin mereka mahu percaya dengan usul undi percays!!
Pening pulak saya di buat nya.
Wassallam