PAS tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangannya
Kata Khir Toyo PAS kini telah berubah dari sebuah parti "ultra" Islam kepada parti Islam "liberal". Beliau mendakwa demikian kerana katanya PAS kini sudah menguburkan segala prinsip perjuangan negara Islamnya. Saya perhatikan antara yang terawal memberikan reaksi terhadap tuduhan Khir ini adalah Sdr Khairul Faizi, EXCO Pemuda PAS (Ketua Pemuda PAS Johor). Kata Faizi :
PAS tidak pernah mengubah prinsip Islamnya semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat termasuk ketika mengadakan kerjasama dengan pembangkang termasuk DAP
Tambah beliau:
Walaupun bekerjasama dengan DAP, PAS tidak pernah menggadai prinsip perjuangan atau perlembagaan parti yang berteraskan al Quran.
Layaklah Khir diberi penerangan oleh anak muda yang jernih dan jelas pendirian dan pemahaman berkenaan asas perjuangan partinya. Dan sememangnya Khir pun tahu, cuma beliau cuba menyerang di dalam gelap. Sejak bila pula PAS menjadi parti "ultra" Islam? Adakah kerana memperjuangkan Islam, mengajak kepada yang makruf dan menentang yang mungkar maka PAS jadi "ultra"? Mungkin kehilangan kerusi MB yang disentap dari pada beliau itu telah benar-benar menyasaukan fikiran Khir, barangkali.
Apa pun PAS tidak pernah menjadi "ultra", seingat saya yang pernah dicap "ultra" iaitu "ultra" Melayu adalah Tun Dr Mahathir sehingga beliau dipecat dari Umno oleh Almarhum Tunku. PAS adalah sebuah parti Islam. Jika ada ahlinya yang berpendirian atau bersikap "ultra", ia tidak akan berjaya, kerana asas kekuatan PAS terletak pada al Quran dan Sunnah, dan diperhati serta dipimpin pula oleh para ulamak yang ikhlas dan jujur.
Demikian juga jika ada kalangan tertentu dalam PAS yang mahu mengambil pendekatan liberal, mengubahsuai parti untuk kepentingan politik dan peribadi, mereka juga akan gagal, kerana aliran sedemikian tidak mendapat tempat dalam parti. PAS tidak pernah berpura-pura untuk mendapat atau mengekalkan kuasa, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Orang liberal, moderat, apalagi sekular tidak pernah kekal dalam perjuangan ini, yang kekal adalah mereka yang akur dan taat pada perjuangan asal.
PAS didukung oleh hampir sejuta ahli, yang istiqomah dan komited menerima dasar dan prinsip perjuangan Islamnya. Mereka ini akan bangkit mempertahankan dasar dan prinsip itu tidak kira samada PAS menang atau kalah, kerana itulah PAS dapat bertahan sehingga ke hari ini (sedangkan Umno telah mati dan dihidupkan semula dizaman Mahathir).
Oleh itu Khir tidak perlu bimbang atau mereka-reka cerita yang bukan-bukan, kalau Umno mahu liberal atau mahu jadi moderat atau "ultra" akibat dipukul tsunami politik baru-baru ini terpulanglah, PAS insyallah kekal begini dan akan membuka ruang kepada sesiapa sahaja khasnya ahli-ahli Umno termasuk Khir sendiri, bila-bila masa untuk bersama dalam perjuangan yang benar ini yang insyallah akan menyelamatkan agama, bangsa dan negara.
Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Tuesday, June 03, 2008
Subang Airport: Sekejap musnah sekejap bina

Ketika dirasmikan pada 30 Ogos 1965 di zaman Almarhum YTM Tunku, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (yang kemudiannya ditukar nama kepada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) memiliki "runway" terpanjang di Asia Tenggara. Namun dizaman Tun Dr Mahathir, lapangan terbang ini dihukum mati apabila operasi penerbangan domestik dan antarabangsa dipindahkan ke monumen baru binaan Mahathir di Sepang iaitu KLIA yang dirasmikan pada 27 Jun 1998.
Penutupan Subang itu ada yang kaitkan dengan kononnya kebencian Mahathir pada Tunku, apa sahaja yang dibina Tunku mahu dilupus dan dimusnahkan, namun sejauh manakah padangan itu benar, tidaklah dapat di "confirm" kan, yang jelasnya Stadium Meredeka dan Stadium Negara juga hampir-hampir ditimpa nasib yang sama.

Sesungguhnya Subang telah banyak mencipta sejarah, banyak peristiwa-peristiwa bersejarah berlaku di situ, banyak filem-filem Melayu dirakamkan disitu malah peristiwa tebusan Tentera Merah Jepun juga berakhir di sana. Walaubagaimanpun atas titah perintas Mahathir seluruh bangunan bersejarah itu dimusnahkan dan kini tinggallah Terminal yang dibina kemudian yang kini digunakan oleh penerbangan bajet domestik.
Kini Subang mahu dihidupkan semula, kata Menteri Pengangkutan, kerajaan katanya bercadang menyediakan perkhidmatan keretapi antaranya dengan KL Sentral. Subang menjelang 2010 akan menjadi pusat penerbangan utama untuk pesawat berkipas dan jet persendirian di KL. Menurut menteri itu lagi kerja-kerja pemulihan ke atas Terminal 3 sedang dilaksana yang menelan belanja RM35 juta.
Bayangkan atas runtuhan jutaan ringgit yang dibina dizaman Tunku dan diperbesarkan dizaman PM-PM yang lain, kini kita membelanjakan lagi wang rakyat untuk membina sesuatu yang baru atas runtuhan yang kita sendiri putuskan.
Saya sangat bersetuju dengan langkah mebangunkan semula LTSAAS ini namun sedih kerana kerajaan yang mengejar Wawasan 2020 rupanya tidak berwawasan dalam menjalankan kerja, satu hari diputskan dimusnah, manakala hari yang lain diputuskan dibina, sedangkan rakyat terus mengeluh, kos hidup semakin meningktat.
Monday, June 02, 2008
Mempertahankan hak Melayu miskin pun “racist”?
Seorang blogger (berbahasa Inggeris) berasa sangat terganggu dengan berita berikut yang terbit dalam akhbar The Star hari ini. Beliau menganggap berita ini berbau perkauman (racist) dan ia memperteguhkan konsep perjuangan “Ketuanan Melayu” serta menghasut masyarakat Cina. Beritanya adalah seperti berikut:
Increasing the quota for non-bumiputras for Public Service Department (PSD) scholarships without increasing the actual number of scholarships has drastically affected the bumiputras, the Umno Youth Education Bureau said.
Tindakan JPA menambahkan kuota biasiswa bukan Bumipuetra tanpa menambah bilangan biasiswa yang diberi telah menjejaskan peluang Bumiputera menurut Biro Pendidikan Umno.
Its chairman Ahmad Ikmal Ismail said while the bureau agreed with the Government to give more scholarships to non-bumiputras, it did not agree with the way it was done.“The quota for non-bumiputras has increased from 10% to 45% but the number of total scholarships has remained at 2,000.”
Pengerusinya Ahmad Ikmal Ismail menyatakan walaupun bironya bersetuju dengan langkah kerajaan menambahkan bilangan biasiswa kepada bukan Bumiputera namun ia tidak bersetuju dengan cara perlaksanaannya. “Kuota untuk bukan Bumiputera telah dinaikkan dari 10% ke 45% sedangkan jumlah biasiswa yang diberikan tidak bertambah iaitu kekal pada 2,000.
Ahmad Ikmal said this meant that scholarships were being taken from the bumiputras to be given to the non-bumiputras.
Menurut Ahmad Ikmal ini bermakna biasiswa itu diambil dari yang sepatutnya diberikan kepada Bumiputera untuk diberikan kepada bukan Bumiputera
“We object to this move because it now means that 700 scholarships for bumiputra students are gone,” he said.
“Kami menentang langkah ini kerana ianya bermakna sebanyak 700 biasiswa yang
Sepatutnya diberikan kepada pelajar Bumiputera akan lesap.
Ahmad Ikmal said a better way would be to use the New Economic Policy concept to increase the number of total scholarships. He said this was to ensure that the bumiputras were not affected and the non-bumiputras would get even more opportunities.
Menurut Ahmad Ikmal, keadeah yang lebih baik adalah menggunakan konsep DEB iaitu menambahkan jumlah biasiswa yang diberikan. Ini bagi memastikan yang kaum Bumiputera tidak akan terjejas apabila peluang tambahan diberikan kepada bukan Bumiputera.
Untuk berlaku adil kepada pemimpin Pemuda Umno ini (walaupun kami berlainan parti) saya terpaksa akui yang saya tidak nampak pun kenyataan beliau ini berbau “racist” atau perkauman. Ianya “simple arithmetic” dan benar pun. Kalau jumlah biasiswa yang diberikan oleh JPA hanyalah 2,000, dan dahulu Bumiputera dapat 90% ataupun 1,8000 dan selebih 10% dapat kepada bukan Bumiputera, bermakna jika kuota bukan Bumiputera ditambah tanpa menambahkan jumlah atau bilangan kuota, sudah pastilah jumlah anak Bumiputera yang akan mendapat biasiswa akan berkurangan!
Dan beliau mencadangkan untuk lebih baik lagi, jumlah biasiswa itu patut ditambah, berilah lebih kepada bukan Bumipuetra tetapi jangan menjejaskan jumlah bilangan yangs edia ada yang diberikan kepada Bumiputera, lalu apa masalahnya?
Adakah setiap kali kita berjuang untuk kepentingan bangsa kita (Bumiputera di sini bukan bermaksud Melayu sahaja, ia termasuk Kadazan, Dusun, Murut, Bidayuh, Iban, Penan dan lain-lain) maka kita akan dicap sebagai “racist” atau menjuarai konsep “ Ketuanan Melayu”?! Saya rasa yang penting di sini adalah membela semua kaum yang memerlukan, berkebetulan yang sangat memerlukan hari ini adalah golongan Bumiputera, maka bantulah mereka tanpa mengenepikan hak kaum lain.
Tetapi jika kerana kita mahu membantu yang lain maka kita rampas hak yang sepatutnya diperuntuk kepada Bumiputera, maka saya rasa kitalah sebenarnya yang “racist” yang benci dan tidak senang kepada orang Melayu walaupun mereka hakikatnya masih ada yang miskin dan memerlukan.

Mat Taib anasir pecah-belah masyarakat
Saya berpandangan kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib, yang juga Pengerusi Umno Selangor, bahawa kementerian beliau akan menyalurkan terus gaji ketua kampong serta para imam masjid di Selangor kepada Pegawai Pembangunan Daerah (PPD) dan tidak lagi ke Pejabat Daerah dan JAIS sebagai suatu yang bertentangan dengan amalan Federalisma yang diamalkan oleh negara kita.
Tindakan Mat Taib ini bagi saya membuktikan bahawa Umno di bawah beliau cuba mempolitikkan pentadbiran dan institusi yang berkaitan. Beliau menunjukkan yang beliau tidak mengiktiraf keputusan rakyat, dan malah mencabar pentadbiran negeri dan sekaligus Sultan Selangor.
Ketua kampong dan imam sewajarnya menjalankan tugas dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan dan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar. Dengan cara ini Mat Taib cuba mencuri kesetiaan itu dan mahu menggambarkan yang beliaulah sebenarnya pembiaya dan yang menampung imbuhan para wakil kerajaan itu. Apakah maksud tindakan Mat Taib itu? Adakah dengan ini beliau cuba menarik sokongan ketua-ketua kampong dan para imam agar taat pada beliau dan membelakangkan kerajaan negeri?
Inilah nanti punca pecah belah yang bakal menggugat kestabilan masyarakat di Selangor. Rakyat Selangor sewajarnya mengadukan hal ini kepada Sultan kerana ternyata Mat Taib mencabar kewibawaan kerajaan Tuanku dan dengan itu telah mendurhaka kepada Raja dan biadap kepada rakyat jelata.
Saya mengira tindakan ini tidak boleh disenyapkan dan dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan negeri dan rakyat Selangor. Adukan Mat Taib, kerana terbukti beliaulah pemecah belah masyarakat yang terbesar di negeri ini!

Antara larangan jualan petrol dan talipinggang keledar
penumpang belakang
Jun ini akan melihat dua perkara baru diperkenal dan dikuatkuasakan oleh kerajaan pusat. Pertama mewajibkan talipinggang keledar bagi penumpang di belakang dan keduanya melarang penjualan petrol kepada kenderaan asing di sempadan negara.
Bagi talipinggang keledar ini, peraturannya berkuatkuasa 1 Jun bagi semua kenderaan yang berdaftar sejak tahun 1995. Dan mulai hujung Ogos ini pihak penguatkuasa akan mula mengeluarkan saman ke atas mereka yang gagal mematuhi peraturan ini.
Bagi larangan jualan petrol pula ia berkuatkuasa hari ini bagi negeri-negeri di utara dan pantai timur Semenanjung, manakala bagi sempadan Singapura-Johor atas beberapa isu teknikal ianya ditangguhkan sehingga 9 Jun nanti.
Sementara saya mengalu-alukan langkah melarang penjualan petrol subsidi ini, kerana hak warga tempatan seakan dicuri oleh orang-orang asing, yang mengambil kesempatan atas murahnya harga petrol kita, saya tidak dapat menerima penguatkuasaan talipinggang keledar bagi penumpang belakang.
Bagi penjualan petrol tadi, saya melihat pengusaha-pengusaha kedai minyak pasti akan berhadapan dengan masalah untuk menguatkuasakan kecuali kerajaan memberikan kerjasama dalam hal penguatkuasaan. Apa akan berlaku jika orang-orang asing ini mendatangkan masalah kepada pengusaha terutama yang dari utara? Apakah jaminan keselamatan terhadap para pengusaha ini yang kini tiba-tiba menjadi "enforcer" tidak rasmi?
Malah saya mencadangkan bagi kawasan-kawasan lain, suatu harga minyak tertentu disediakan agar kenderaan asing ini turut membayar harga berlainan apabila membeli petrol di negara kita. Rakyat dari Singapura contohnya memang berminat membawa kenderaan mereka termasuklah motorsikal kuasa tinggi kerana kita mempunyai jaringan lebuhraya yang luas dan selamat (tidak seperti di negara pulau mereka), mengapa harus mereka ini menikmati harga petrol yang sama dengan kita sedangkan mereka datang dari negara yang lebih mewah?
Apabila datang sahaja kenderaan dari Singapura atau Thai atau mana-mana negara asing, kita arahkan mereka mengisi borang atau mendaftar dan terus pengusaha wajib menjual petrol pada mereka dengan harga yang lebih mahal (yang kerajaan tetapkan). Dengan cara ini kepentingan rakyat tempatan akan terpelihara dan apa yang menjadi hak kita akan dapat dipertahankan dan tidak dinikmati orang lain.
Berhubung talipinggang keledar bagi penumpang belakang, saya merasakan tempoh masa yang lebih panjang diperlukan. Pihak JPJ dan Polis serta Kementerian Pengangkutan mestilah mendidik dan memberi penerangan kepada rasa secara lebih meluas lagi. Kempen-kempen di TV, radio dan media massa lain perlu dipertingkatkan. Janganlah ghairah mahu menyaman pada bulan ogos nanti sedangkan ramai lagi rakyat yang tidak mendapat maklumat berkenaannya.
Memang dari segi keselamatan ianya penting, tetapi keutamaan dan tumpuan kita saya rasa lebih penting kepada hal penguatkuasaan lrangan jualan petrol subsidi ini, kerana hak rakyat kini dirompak oleh orang lain. Kempen talipinggang keledar untuk penumpang belakang perlulah berjalan, tetapi penguatkuasaan larangan jualan petrol subsidi ini biarlah lebih bermakna dan berkesan.

Sunday, June 01, 2008
Bersetuju dengan Ku Li
Apabila kerajaan mengumumkan akan membayar exgratia kepada enam orang bekas Hakim Mahkamah Agung termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas kerana dipecat pada tahun 1988 secara zalim, ramai pihak yang mengalu-alukannya dan bersetuju. Sekurang-kurangnya penderitaan mereka yang mempertahankan institusi kehakiman itu terubat juga akhirnya.
Tetapi sejurus itu timbul konflik adakah exgratia itu bermakna kerajaan mengakui yang tribunal yang ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Tun Dr M itu salah dalam keputusan mereka tau bagaimana? Keputusan itu kritikal kerana ia akan memberi kesan dan impak ke atas banyak perkara lain.
Lalu kerana tidak mahu menyelesaikan kekusutan itu, kerajaan sekadar menyatakan yang exgratia itu tidak boleh disamakan dengan permohonan maaf, dalam erti kata lain, ia tidak menidakkan keputusan tribunal yang ditubuhkan.

Lantas apabila mendengar saranan bekas Naib Presiden Umno yang juga ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa sebuah tribunal baru sepatutnya dibentuk untuk mendengar kembali kes terhadap Tun Salleh dan rakan-rakannya, saya nampak saranan itu lebih praktikal dan bermakna. Kerana kata Ku Li masalah yang menimpa bekas-bekas hakim itu sesungguhnya tidak selesai dengan pembayaran exgratia itu, malah ia sebenarnya mencetuskan satu kesalahan baru dalam kononnya cuba menyelesaikan satu kesalahan yang lain.
Ini kerana menurut Ku Li, tindakan membayar exgratia itu lebih merupakan usaha mahu memalukan satu pihak yang terlibat dalam persitiwa 1988 itu semata-mata tanpa mahu sebenarnya secara jujur memperbetulkannya. Dan dalam hal ini saya bersetuju dengan Ku Li. Biar kita bentuk satu tribunal baru, biar kita panggil kembali saksi-saksi, biar sama-sama kita ikuti kali ini dan lihat siapa yang sepatutunya dicampak ke kandang orang salah dan dihukum dan siapa yang sepatutnya disanjung sebagai wira.
Jika tribunal baru mendapati Tun Salleh dan rakan-rakan tidak bersalah, maka tatkala itulah kita hitung pampasannya kepada mereka, barulah lebih bermakna dan barulah yang salah memikul tanggungjawab di atas kesalahan mereka dan tidak lepas begitu sahaja!

Perkukuhkan pertahanan negara
Sempena perayaan ulangtahun ke 50 Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Menteri Pertahanan yang juga TPM telah mengumumkan bahawa kini tiba masanya untuk mengukuhkan lagi keupayaan pertahanan negara kita. Menurut beliau tumpuan kerajaan ketika ini ialah memastikan semua aset milik TUDM termasuk dengan perolehan jet pejuang Sukhoi SU-30MKM, saling melengkapi antara satu sama lain bagi mengukuhkan pertahanan udara negara.
Sesungguhnya semua pihak perlu akui bahawa pertahanan negara adalah aspek paling penting dalam menjamin keutuhan negara kita. Kita bukannya berhasrat mencari musuh apalagi dikalangan negara jiran, namun pada waktu yang sama kita juga perlu bersiap-sedia berhadapan apa sahaja kemungkinan, lantas kekuatan dan keupayaan kita jika tidak pun setanding mestilah jauh lebih bajk dari apa yang ada pada negara-negara rantau ini.
Menurut maklumat bagi tahun 2000 sahaja Singapura berbalanja sebanyak SD4.4 billion daripada belanjawannya untuk pertahanan. Setakat tahun itu Republik berkenaan memiliki 136 buah pesawat tempur (combat aircraft) termasuk 6 skuadron pejuang udara dan darat dari jenis a-4, F16A, F16B, F16C da F16D serta F-5. Ia juga memiliki 20 helikopter pejuang. Ia juga merupakan satu-satu negara di Asia yang memiliki helikopter tempur jenis Apache buatan Amerika Syarikat iaitu AH-64D Apache Longbow (multi role combat helicopter), dengan pesanan sebanyak 20 buah.
Perlukah kita menandingi Singapura atau biarkan sahaja negara pulau itu memiliki kelengkapan yang jauh lebih canggih dengan skala pemusnah lebih hebat dari kita? Saya difahamkan sebelum ini pernah berlaku peristiwa dimana “Search and rescue team” dari Tentera Republik itu dengan pantas menyelamatkan anak buah dari pesawatnya yang terhempas di negara kita dalam keadaan belum pun sempat pasukan tentera kita bergerak apalagi mahu megesan tempat kejadian. Dan sebelum ini pun telah beberapa kali ruang undara kita dicabulii oleh SAF (Tentera Udara Singapura) tanpa kita dapat melakukan apa-apa kecuali protes.
Kita bukannya bermasalah dengan Singapura (walaupun Batu Putih kini menjadi milik mereka) mahupun mana-mana negara jiran, tetapi sekurang-kurangnya jangan kerana kecuaian kita, apabila tercetus konflik, belum pun sempat injin pesawat kita dihidupkan, tentera asing sudah masuk ke bumi kita!
Syaratnya, dalam proses mengukuhkan keupayaan kita itu, jangan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan menelan komisyen atau meletupkan anak Monggolia.

Subscribe to:
Posts (Atom)