Monday, May 06, 2024

PETUNJUK POSITIF DI KKB SETAKAT INI

Semalam saya berkesempatan turun berkempen di Kuala Kubu Baharu. Pelbagai analisa dan bacaan politik bermain serta berligar di media sosial. Sebahagian besar yang dikatakan pakar dan pengulas difahamkan tidak turun pun kelapangan namun mereka terbit dengan pelbagi ulasan seolah melonggok sama sahaja KKB ini dengan tempat-tempat lain.

Turunlah ke KKB dan rasa sendiri denyut nadi rakyat bagi mengetahui sentimen mereka.

Menarik kerana KKB cuma punya 40,226 orang pengundi berdaftar. Berbanding jirannya Batang Kali 86,282 atau Gombak Setia 88,480, Subang Jaya 111,970 pengundi.

Dari 40,226 pecahan ikut kaum adalah 53.40 Melayu, 30.5% Cina, 15.82% India dan 0.29% lain-lain.

Yang bertanding di KKB adalah PH-DAP yang disokong Umno berhadapn PN-Bersatu serta 2 calon lain. Ternyata persaingan utama adalah antara PH dan PN. Calon PH Pang Sock Tao manakala calon PN Khairul Azhari Saut.

Dari pengalaman saya semalam, para pengundi Melayu rata-rata selesa dan bersedia mengundi calon PN. Saya turut sempat berjumpa mereka yang menyokong dan menganggotai Umno, yang kini sekutu DAP, kelompok ini juga bersedia pangkah PN kali ini. Ternyata ramai yang kecewa dan tidak dapat menerima kerjasama Umno-DAP sedangkan PAS dan Bersatu ditinggalkan.

Kesimpulannya pengundi Melayu lebih cenderung serta menghargai politik penyatuan ummah dan sudah bosan dengan politik eksklusif, mementingkan individu dan kelompok tetapi membelekangkan kepentingan dan masadepan rakyat.

Bacaan saya dilapangan kiranya peratusan keluar mengundi tinggi 11 Mei ini, tidak mustahil DAP dapat ditumbangkan di KKB.




No comments: