Tuesday, May 14, 2024

Perisitwa 13 Mei setelah 55 tahun

Sudah  55 tahun  jarak antara kita dengan Peristiwa Hitam 13 Mei 1969.

20 Mac 1969 Parlimen dan Dewan-dewan Negeri dibubarkan (DUN Kelantan 31 Mac 1969) untuk memberi laluan pada PRU ke 3. Hari mengundi seluruh Semenanjung ditetapkan 10 Mei 1969 (Penamaan calon 5 April 69) , iaitu selepas tempoh kempen 35 hari (dulu tempoh panjang).

Semasa tempuh kempen parti-parti bertanding khasnya pembangkang memainkan isu perkauman, mempertikaikan kontrak sosial selain menyerang kelemahan kerajaan YTM Tunku. Menurut laporan pihak Parti Kominis Malaya (PKM) turut memain peranan menyusup ke dalam parti-parti tertentu untuk membakar lagi api perkauman demi.mencetuskan huru-hara.

Kemuncak ketegangan berlaku apabila keputusan diumumkan.

Perikatan (Umno,MCA, MIC) kekal menang di Parlimen tetapi dengan majoriti yang berkurangan. Di Semenanjung Perikatan menang 74 kerusi, pembangkang di Semenanjung 37 (PAS 12, PPP 4, DAP 13, Gerakan 8).

Yang menjadi cemas adalah di P.Pinang, Perak dan Selangor terutamanya.

Gerakan menang di P.Pinang dengan 16 kerusi Perikatan cuma 4, PSRM 1 dan DAP 3. Di Perak Perikatan 19, PAS 1, PPP 13, DAP 6 dan Gerakan 2 (mujurlan PPP tidak mesra Gerakan dan DAP).

Di Selangor keputusan tergantung apabila Perikatan cuma menang 14 sedangkan DAP 9, Gerakan 4 dan seorang Bebas. Kiranya dapat berpakat DAP, Gerakan dan Bebas dapat bentuk kerajaan dan tumbanglah Perikatan di tangan kerajaan baru Selangor yang didominasi bukan Melayu.

Dalam kekalutan itulah keghairahan pihak yang menang khasnya Gerakan dan DAP teah mencetuskan ketegangan apabila perarakan kemenangan digunakan untuk memprovokasi dan merendah-rendahkan kaum Melayu. Ada satu perarakan di PJ dimana pesertanya membawa penyapu gergasi dengan slogan mahu.menyapu keluar orang Melayu di Selangor.

Akhirnya orang Melayu bertindak balas lalu meletuskan rusuhan dan pergaduhan kaum terbesar dan paling berdarah dalam sejarah negara kita.

Darurat diisytiharkan dan Parlimen serta Dewan-dewan Negeri digantung, negara diurus oleh Majlis Keselamatan Negara yang dibentuk oleh YDP Agong.

Semoga kita belajar dan bermuhasabah dari peristiwa pahit itu dan jangan sekali- kali izinkan ia diulangi. Bahaya apabila kita lupa sejarah dan asal-usul.



No comments: