Sunday, May 19, 2024

Selamatkah Umno selepas 78 tahun?

Peganalisis politik Joceline Tan dalam ruangannya "Analysis" dalam akhbar Sunday Star hari ini memberikan analisa yang tepat berkenaan kedudukan Umno hari ini. Mungkin ia sukar diterima sesetengah kawan- kawan dalam Umno, tetapi itulah realitiny

Umno yang tinggal 26 kerusi Parlimen atau cuma 11.8% penguasaan di Parlimen (paling buruk dalam sejarah 78 tahunnya), lebih kecil dari PAS, PKR dan DAP. Ia bukanlah lagi Umno semasa saat gemilangnya dulu di zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussien atau Tun Mahathir.

Hari ini ia menjadi rakan kongsi yang kecil dalam kerajaan yang didominasi DAP dan Pakatan Harapan. Umno tidak lagi punya kuasa untuk bersendirian menentukan dasar dan halatuju negara kecualilah dengan sokongan dan lampu hijau PH dan DAP.

Ternyata menurut Joceline akar umbi Umno masih sukar dan tidak boleh menerima kerjasama Umno-DAP ini walaupun Presidennya bersungguh mahu kekalkan.

Menarik menurut beliau lagi anak-anak muda sudah mula meninggalkan Umno, sebagai bukti kebanyakkan cawangan Umno gagal membentuk JK Pemudanya dan ini diakui bekas Ketua Umno Muar, Razali Ibrahim.

Memang PRK KKB baru,-baru ini membutikan undi anak-anak muda masih dibolot dan dimenangi Perikatan Nasional.

Malah semasa PRK KKB cuma 1,900 dari 4,000 ahli Umno berjaya dijejak, kemana pergi yang lain?

Razali turut dipetik Joceline sebagai berkata bahawa Umno perlu berhati-,hati menyerang blok pembangkang kerana ianya rata-rata diwakili Melayu Muslim belaka. Marah ahli-ahli Umno lihat pembangkang sesama Melayu diserang tetapi DAP dipertahankan.

Itulah nasib Umno hari ini, Presidennya ghairah yakin bahawa DAP lah akan memberi nyawa pada Umno sedang ahli-ahli di bawah curiga dan tidak dapat terima.

DAP pun sebenarnya hanya perlukan Umno kerana melihat Umno masih ada sedikit sebanyak.pengaruh dikalangan orang-orang Melayu yang dapat membantu mereka tembus mengaut sokongan orang Melayu. Tetapi masih berpengaruhkah Umno.







Apa pun itulah keadaannya hari ini, Presiden mahu selamatkan diri, Umno sendri belum tentu selamat atau tidak.

No comments: