Kenyataan SPRM bahawa kerajaan Selangor tidak salah dalam memberikan kontrak DRT kepada syarikat milik suami Hannah Yeoh seorang Menteri Pusat dan bekas Speaker DUN Selangor hangat dipertikai di media sosial.
Tidak salah rakyat bersuara dan memberi pandangan kerana mereka merasakan bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dalam pemberian kontrak ini. Kemusykilan rakyat perlu diurus dengan akauntabiliti, penjelasan yang menyeluruh perlulah diberikan, jika perlu siasat maka siasatlah tetapi jangan dibalas dengan ugutan dan ancaman. Ini Malaysia bukan Korea Utara. Kita kan sebuah negara bebas dengan hak asasi dan kebebasan bersuara rakyat terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam akhbar The Star hari ini Presiden Transparency International Malaysia TI-M mendakwa kontrak ini bercanggah dengan prinsip Pakatan Harapan sendiri yang menentang proses rundingan terus apalagi jika rundingan melibatkan syarikat yang punya hubungan dengan seorang menteri.
Menurut Dr Muhammad Mohan percanggahan kepentingan boleh membangkitkan pelbagai pertuduhan serius dan mencetuskan persepsi negatif dikalangan rakyat.
Tambah Mohan terdapat potensi percanggahan kepentingan kerana Yeoh seorang mentrri dari parti yang sama dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Agensi yang turut terlibat dalam memberi kelulusan pada projek ini adalah APAD yang terletak bawah Kementerian Pengangkutan.
Rakyat mahukan penjelasan yang telus,, bukankah kerajaan ini memperjuangkan good governance kerana mahu bertanggungjawab pada rakyat?
Penerapan tata kelola pemerintahan yang baik atau good governance membawa kepada terselenggaranya negara yang menjunjung kepentingan rakyat.
Rakyat bertanya. Jawablah dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment