Apabila PAS Kawasan Kota Bharu mengisytiharkan bahawa mereka
mencalonkan Naib Presiden PAS Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding
jawatan Presiden PAS dalam Muktamar PAS yang akan datang, ia telah mencetuskan perbahasan
dan tanda-tanya pada ramai samada pemerhati politik mahupun ahli-ahli PAS sendiri.
Pihak media terus menggongong berita berkenaan, lalu
terpampanglah mesej bahawa keputusan Kota Bharu itu satu langksh permulaan
untuk mengenepikan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
Betapa gembiranya sesetengah pihak yang memang berusaha mahu
merobah kepimpinan dalam PAS. Betapa terhiburnya mereka yang sudah “bosan”
dengan Hadi sebagai Presiden parti. Langkah Kota Bharu itu (macam Langkah
Kajang pula bunyinya) dilihat sebagai satu cetusan gelombang yang berani yang
berkemungkinan akan menggunung melambong kawasan-kawasan lain untuk bangkit
turut-serta melakukan perkara yang sama.
Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Rahim, yang
dinisbahkan sesetengah pihak sebagai pakar strategi PAS dalam kempen
pilihanraya dan politik, bijak dan licik dalam menyusun kata-katanya dalam
mempertahankan keperluan meletakkan Tuan Ibrahim sebagai calon dengan katanya:
“Kami berkeyakinan ulama masih perlu memimpin parti”
Bermakna Hadi perlu ditukar tetapi demi memastikan ianya berjaya,
kalau perlu seorang ulamak yang dinaikkan juga, maka naiklah Tuan Ibrahim, asal
sahaja Hadi jatuh dan berjaya dinyahkan.
Gelombang keghairahan Kota Bharu itu dicetuskan disaat PAS
menghadapi penamaan calon bagi mengisi kerusi DUN yang dikosongkan Almarhum Tok
Guru Nik Abd Aziz. Dan ia juga dicetuskan disaat Hadi berada di Tanah Suci
Mekah atas beberapa urusan termasuklah menjayakan Ijtimak Antarabangsa
Perpaduan Ummah yang dijadualkan di Rusila bermula 19 Mac ini.
Walaubagaimanapun belum sempat gelombang Kota Bharu itu
menerjah, memuncak mengumpul tenaga, ia tiba-tiba kempis terkulai begitu sahaja
, orang yang bijak dan licik pun rupsnys belum tentu masak dan matang.
Sebentar tadi orang bukan lagi berkata berkenaan penamaan
calon di Chempaka yang bakal melihatkan pertandingan 5 penjuru antara calon PAS
dan empat orang calon Bebas. Akan tetapi berita yang lebih sensasi yang
mengakibatkan pihak media terkejar-kejar mendapatkan pengesahan dan
penjelasan dan Kota Bharu pula tergamam
dan pastinya terkedu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim, tokoh
yang mahu Kota Bharu lagakan melawan Hadi bagi jawayan Presiden PAS.
Tuan Ibrahim menyatakan bahawa beliau menolak pencalonan
Kota Bharu bagi beliau bertanding jawatan Presiden PAS.Antara lain beliau berkata:
Saya melihat
alangkah manisnya jika kita yang mendokong Kepimpinan Ulamak, seperti yang
dinyatakan Datuk Wan Rahim, untuk terus mengekalkan budaya tersebut.
PAS mencapai
zaman paling gemilangnya di bawah kepimpinan TGHH. Di peringkat antarabangsa
pula, Kesatuan Ulamak Sedunia mengangkat beliau sebagai orang nombor dua.
Setakat ini tiada siapa yang dapat dipadankan secara dekat dengan kepimpinan
dan juga ketokohan TGHH di dalam PAS.
Dalam PAS,
jawatan bukanlah sesuatu menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan
berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'( berlomba melakukan
kebaikan).
Atas pencalonan
dari PAS Kawasan Kota Bharu, saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan
yang diberi.
Namun, saya tidak
dapat menerima pencalonan tersebut kerana saya akan terus mendokong TGHH sebagai
Presiden PAS dan membantu beliau.
Penolakan Tuan
Ibrahim terhadap pencalonan Kota Bharu
itu bukanlah atas alasan beliau tidak bersedia akan tetapi ianya ditolak kerana
Tuan Ibrahim percaya Hadi masih diperlukan dan bahawa tiada sesiapa memiliki
kepimpinan dan ketokohan seumpama beliau dalam PAS.
Demokrasi memang
diraikan dalam PAS, tetapi ianya bukanlah mutlak membuta tetapi bersandarkan
adab dan disiplin perjuangan.
Sebagai pembantu
setia Hadi beliau mengakhiri kenyataan beliau itu dengan menyebut:
"Biarlah
orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata
begitu.”
Bagi saya kenyataan terakhir ini merupakan nasihat dan
panduan paling tajam dan penuh makna dari seorang ulamak yang sangat istiqamah
dan komited dalam perjuagan. Bagi sesiapa yang mengaku sayang dan mahu terus di
pimpin para ulamak., faham dan akurlah akan nasihat itu.
Terima kasih Tuan Ibrahim kenyataan beliau bukti betapa
kepimpinan ulamak dalam PAS masih relevan dan terus diperlukan.
1 comment:
Pasma sbnrnya cerdik xnk propose line up utk amik alih pas..sbb mereka xnk perwakilan2 yg setia kenal siapa calon2 jati pas dan siapa calon2 barua pas...so bila smpi pemilihan...x kenal sape jati pas dan sape barua pas..so mereka berhrp barua2 masih dpt diselinapkan dlm organisasi eksekutif pas
yg lalang plak..dh mula memuji2 tghh..nk cover line...penyatu la..bagus la..mcm2 puji..dulu membisu mcm setan
Post a Comment