Berita Mesyuarat Agung PAS di Kota Bharu, Kelantan sudah pun
mula mendapat liputan media. The Star Online melaporkan:
"Kota Bharu PAS set to name Hadi’s challenger”
(PAS Kota Bharu bersedia mencalonkan pencabar Hadi)
Dato Wan Abdul Rahim, personaliti yang terbabit aktif dengan
NGO PasMa menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan
sekaligus melonjakkan persepsi seolah PasMa sedang membolot terjau
kawasan-kawasan PAS seluruh Negara.
Pastinya mereka yang bekerja kuat untuk NGO berkenaan
tergiur dan terpesona dengan berita dari KB itu. Mana tahu lebih lima puluh
peratus kawasan-kawasan seluruh Negara nanti akan turut jejak langkah mereka.
Biarlah mereka terjun dengan labu-labu mereka.Bagi saya yang lebih menarik perhatian dari kemenangan tokoh yang pernah penulis pro PasMa kini, Mohd Sayuti Omar babitkan dengan skandal “Tiga Abdul” satu ketika dahulu, adalah ucapan dari perasmi Mesyuarat Agung KB itu.
Takkan KB yang kental cenderung PasMa mahu jemput Tuan Guru
Presiden atau Dato Tuan Ibrahim, apa lagi Dato MB Kelantan jauh sekali Dato Dr
Harun Din. KB telah dirasmikan mesyuaratnya oleh tokoh sensasi Dr Hatta Ramli,
yang kes “Hawaii Five 0”nya masih dalam siasatan di Pejabat Agung.
TMI dalam laporannya menyebut:
Seorang pemimpin kanan PAS yang menjadi mangsa keganasan
parti itu meminta pucuk pimpinan tertinggi parti agar jangan terus berdiam diri
dan membiarkannya begitu sahaja.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, yang
keretanya dibakar baru-baru ini berkata, beliau bimbang jika ia terus
didiamkan, pelaku menganggap tindakan itu direstui.
"Kalau diam, mereka akan naik tocang terutama bila
tidak ada isyarat daripada kepimpinan utama. "Senyap ini maknanya
teruskan. Jadi pemimpin kena tegas," kata Dr Hatta yang dipercayai
menujukan kenyataan itu kepada pucuk pimpinan utama parti, khasnya Datuk Seri
Abdul Hadi Awang yang sehingga kini masih berdiam diri dengan beberapa insiden
melibatkan ahli parti Islam itu.
Mudah betul logik dan rasional seorang profesional umpama
beliau.
Bukankah Pesuruhjaya PAS Selangor, negeri dimana kedua-dua insiden kereta beliau dibakar dan dimana Dr
Dzul didakwa dipukul, telah mengeluarkan kenyataan meminta polis segera
menyaisat dan menyelar tindakan berkenaan.
Tidak ada sesiapa mahu mengaitkan kedua-dua insiden ini
dengan suasana yang sedang bergolak dalam parti apalagi menuduh mana-mana
pihak.
Apa perlu Dr Hatta menekan dan menuntut Presiden PAS
mengeluarkan kenyataan, tak cukupkah dengan kenyataan Dato Iskandar?
Apa pun barangkali ada pihak-pihak memang mahu mensensasikan
insiden berkenaan lalu kebetulan Dr Hatta instrument yang sesuai. Kita tidak
hairan.
Tetapi yang lebih menarik bagi saya adalah apabila membaca
dua komen di bawah laporan berkenaan dalam TMI. Iaitu:Seorang menggelarkan dirinya PENJAGA KUBUR menulis:
Dr. Dzul kata
biar polis siasat dan polis akan menentukan siapa sebenarnya tapi Dr Hatta
sebelum ini buat kenyataan sama. Tapi bila masuk mesyuarat agung di kubu PASMA
suara Dr Hatta lain pula terus menuduh PAS. Macam mudahlah kerja saraf UMNO
untuk memecah belahkan PAS. Saya pun hairan sedangkan Dr Hatta mengetui PGS PAS
(saraf) takkan saraf PAS begitu lemah dalam hal ini.
RuhaizamAhmad2
pula menulis:
Dr Hatta harus
meminta pimpinan PAS menggerakkan usaha rekonsiliasi parti dan mengambil
tindakan terhadap pihak yang mengambil jalan berbeza pendapat tidak mengikut
akhlak Islam. Tetapi Dr Hatta tidak harus memberi gambaran dua insiden tersebut
dilakukan oleh ahli PAS tanpa siasatan yang konklusif. Jangan jump the gun
Semoga kita semua
dapat menyaksikan siapa “culprit” atau “penjenayah” sebenar. Kita semua mahu
tahu apa hasil penyiasatan pihak polis sebagaimana kita semua mahu tahu apa
hasil penyiasatan dakwaan pengkhianat “Hawaii Five 0”, gerakan “counter
offensive” dan lain-lain.
Tahniah Kota
Bharu, calonkanlah sesiapa yang anda mahu, semoga yang dipilih perwakilan nanti
yang paling baik yang terbaik, antara yang baik-baik.
1 comment:
Bagaimana barua2 ni blh menang? Adakah wujud unsur pencalonan ditolak atau unsur counter offer...mudah2an jgnlah berulang ditempat2 lain...mudah2an iman memgatasi wang ringgit dan kepentingan dunia.
Post a Comment