Berita Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
menolak pencalonan PAS Kota Bharu untuk bertanding jawatan Presiden terus
meniti di bibir ramai khasnya para pejuang Islam termasuklah mereka yang selama
ini tidak pernah senang dengan para ulamak.
Ketegasan Dato Tuan mahu terus berpresidenkan Tuan Guru Hj
Abd Hadi Awang seakan memberi isyarat langsung kepada seluruh akar-umbi PAS
bahawa, kepimpinan ulamak di dalam PAS perlu terus dipertahankan. Malah dari
ulasan-ulasan dan komentar yang diterima ramai dijangka bukan sekadar akan
menyahut seruan beliau malah sudah melihat beliau sebagai calon berpotensi
untuk jawatan nombor dua iaitu Timbalan Presiden, bagi terus menyokong dan
membantu Tuan Guru dalam mengemudi bahtera besar perjuangan PAS ini.
Dalam pada itu hari ini diumumkan pula bahawa Majlis Syura
Ulamak PAS telah pun memutuskan pengganti Almarhum Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz
sebagai Mursyidul Am. Beliau tidak lain dan tidak bukan salah seorang tokoh
yang paling luas ilmu dan pengalamannya iaitu Dato Dr Harun Din yang sebelum
ini merupakan Timbalan Mursyidul Am.
Nampak cantik tersusun peralihan kuasa dikalangan para
ulamak. Yang dahulu di dahulukan dan yang paling layak dan terbaik mengatasi
lain-lain yang layak-layak dan baik-baik belaka.
Pemilihan Dato Dr Harun Din saya yakin akan makin membuka
hati masyarakat Islam yang lain untuk terus senang dan mendekati PAS
memandangkan besarnya pengaruh beliau serta begitu ramainya anak-anak murid dan pengikut
setia beliau di seluruh Negara, dari celah-celah bendang dan kampong nelayan
sehinggalah di kilang-kilang, syarikat korporat dan serambi Istana.
Dato Dr Harun Din yang boleh berbahasa Inggeris itu turut
akan membantu dalam meluaskan lagi hubungan dan ikatan PAS dengan masyarakat
bukan Islam khasnya dalam memberi kesedaran dan kefahaman kepada mereka tentang
Islam dan dasar serta tuntutan perjuangan PAS.
Cantik sungguh tampak kombinasi kepimpinan ulamak yang ada,
bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh mempertahankan Islam dan perjuangan PAS
sudah pasti berasa lega dan sejuk hati dengan kombinasi ini.
Kita difahamkan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang
juga MB Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yaakob pula dipilih sebagai Timbalan
Mursyidul Am.
Kesimpulannya dengan terlantiknya Mursyidul Am PAS yang
ketiga ini, maka tiada lagi kekosongan bagi jawatan bekenaan. Bermakna fokus
para perwakilan terus pada jawatan tertinggi. Omong-omong kononnya Tuan Guru Hj
Abd Hadi mahu di “konar” ke jawatan Mursyidul Am sekarang sepatutnya tidak
berbangkit lagi.
Kata Dato Tuan, seeorang Naib Presiden dan ulamak yang
disegani termasuk oleh musuh:
“Setakat ini
tiada siapa yang dapat dipadankan secra dekat dengan kepimpinan dan juga ketokohan
Tuan Guru di dalam PAS.”
Semoga terus
kekal lah kepimpinan ulamak di dalam PAS dengan izin Allh swt sampai
bila-bila.
1 comment:
Menyebabkan pasmadapkr merasa kesakitan di dubur seperti tumbuh bisol .
Post a Comment