Rata-rata ahli-ahli PAS yang masih yakin dengan perjuangan
PR kesal dengan kenyataan DAP itu. Menuduh Presiden kami sedemikian, sangatlah
kasar dan biadap. Tidak layak bagi seorang kawan bertindak begitu.
Lalu apa bacaan atau rasional dari keputusan “childish” itu.
Banyak tafsiran yang boleh diberi dan berbagai persepsi yang
melayang-layang.
Saya sendiri dalam posting saya sebelum ini menyebut:
“Dan ada pemerhati yang menyatakan kenyataan Guan Eng ini
sekaligus merupakan campurtangan terus DAP dalam urusan PAS apabila dilihat
memberi isyarat kepada ahli-ahli PAS agar tukar Presiden dalam muktamar yang
akan datang.
Mungkin idea ini cetusan benak kepala Guan Eng sendiri atau
mungkin juga ia dibisikkan kepada beliau oleh orang tertentu dalam PAS yang
turut mahu menukar Presidennya.Mana tahu melalui kenyatan sebegini orang PAS
akan geletar lalu berlumba menjatuahkan Tuan Guru sebagai Presiden.”
Itulah bacaannya.
Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat yang juga ahli Parlimen
Temerloh mengulas dalam FB nya:
“Kesimpulan yang
boleh saya rumuskan ialah, DAP tidak mahu pemimpin yang sukar mengikut rentak
dan kehendak mereka seperti Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sebaliknya DAP mahu
pemimpin atau Presiden PAS yang boleh mengikut kemahuan dan telunjuk mereka.
Tentu sahaja hasrat DAP itu tidak boleh ditunaikan sekarang, kerana Tuan Guru
Hj Abdul Hadi masih memimpin PAS. Ertinya DAP mahukan Presiden PAS yang akan
datang adalah Presiden yang boleh memenuhi citarasa DAP.”
Tiba-tiba hari
ini sebagaimana dilaporkan oleh The Star Online, http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/03/25/DAP-ticks-off-nasrudin-over-dap-friendly-hadi/pimpinan DAP melenting.
Ia menyebut:
“Several DAP leaders ticked off Temerloh MP Nasrudin Hassan
for accusing the party of trying to influence members to install a
"DAP-friendly president" in the June party elections.”(Beberapa pimpinan DAP menegur AP Temerloh Nasrudin Hassan kerana menuduh parti itu cuba mempengaruhi ahli-ahlinya agar mengangkat “Presiden yang mesra DAP” dalam pemilihan parti itu Jun ini)
Kenapa melenting, bukankah itu jelas maksudnya?
Menyerang dan menghina peribadi Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS dan memutuskan hubungan dengannya tetapi dalam waktu yang sama mahu berkawan terus dengan PAS, membawa hanya satu mesej, tukar Presiden anda kepada seorang yang lebih mesra DAP, itu sahaja.
Cuba lihat dan teliti kenyataan Dr Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP
Serdang dalam laporan yang sama:
“We can’t influence how PAS members vote. We have just
declared that it is difficult for us to work with Hadi at this point of time.
PAS members have to decide for themselves,”(Kami tidak boleh mempengaruhi para perwakilan PAS. Kami hanya mengisytiharkan bahawa buat masa ini kami sukar mahu bekerjasama dengan Hadi. Ahli-ahli PAS perlu memutuskan sendiri.)
Sudah terang tak perlu bersuluh.
Rasa saya kami semua termasuk Ustaz Nasrudin Hassan, tidak
silap lagi, begitulah gamaknya.
Kerana itu kami menyelar keputusan itu.
PAS dan ahli-ahlinya tetap yakin dan percaya dengan Pakatan
Rakyat, tetapi tindakan DAP jelas mahu memaksa kami samada tukar Presiden untuk
kekal dalam PR atau menerima padahnya. Itu satu ancaman.
Mesej jelas dari berbagai kenyataan pimpinan dan ahli-ahli
PAS kebelakangan ini adalah bahawa jangan sentuh Presiden kami, jangan sentuh
urusan parti kami.
PAS tidak syak lagi mahu kekal berkawan dengan semua dalam PR. Peliharalah
adab dan sopan dalam berkawan. Kawan tidak campurtangan hal rumahtangga
kawannya, dan kawan tidak sekali-kali akan gigit dan cederakan kawan sendiri.
1 comment:
sebenarnya secara halus...dap nk bg talian hayat kpd beberapa ajk kebajikan pkr dan dap dlm ajk pas pusat...imej dah teruk depa2 ni...pemilihan dh dkt...so kene bg depa ni ruang utk konon2 melenting supaya ahi2 pas mau pilih balik beberapa ajk2 ni...biasalah...org melayukan mudah lupa dan pemaaf..
Post a Comment