Majlis Syura Ulamak PAS dilaporkan telah bersidang semalam.
Selaras dengan tanggungjawabnya sebagai badan tertinggi
dalam PAS yang memastikan setiap gerakan dalam PAS menepati hukum dan
perlembagaan serta dasar parti, MSU yang bermesyuarat semalam telah memutuskan
bahawa:
Selaras dengan peringatan Presiden Pas dalam penggulungan
Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah,
parti dalam parti, maka MSU memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak
melbatkan diri dalam sebarang aktiviti PASMA
Apakah PASMA?
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia yang didakwa di
pengerusikan oleh bekas EXCO PAS Kedah yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundor, Ir
Phahrolrazi Mohd Zawawi kononnya mempunyai matlamat untuk menyelamatkan PAS
agar PAS terus berada dalam PR.
Dengan keputusan terbaru MSU ini bermakna tidak ada seorang
pun ahli PAS dibenarkan menyertai, menyokong apalagi mengetuai NGO ini. Sekiranya
berdegil MSU menasihatkan agar PAS Kawasan atau Badan Perhubungan Negeri
membuat laporan agar tindakan dapat diambil.
Sebelum ini PASMA kelihatan ghairah menganjurkan forum dan
program-rpogram pelancarannya ke seluruh negeri-negeri. Forum-forum ini turut
disertai oleh pimpinan kanan PAS termasuklah kalangan YDP Kawasan.
Jika PASMA sudah dikenal-pasti oleh MSU sebagai anasir yang
mencetuskan jamaah dalam jamaah, parti dalam pati maka seharusnya ahli-ahli PAS
menjauhkan diri darinya. Dan mana-mana yang enggan, yang masih terus mahu
bersama merancakkan agenda gelap PASMA ini sewajarnya dilaporkan aktiviti
mereka, tak kiralah mereka itu pimpinan kanan PAS atau ahli biasa.
Lebih baik mereka yang yakin dan percaya dengan agenda PASMA
ini memilih lantaran keputusan MSU itu samada mahu terus bersama PAS, atau jika
sayang sangat pada PASMA, elok terus menyertainya dan putuskan sahaja hubungan
dengan PAS.
PAS tidak perlu pada jamaah dalam jamaah apalagi parti dalam
parti.
Samada kamu bersama kami atau kamu memilih menentang kami.
1 comment:
pengacau dan pengkhianat memang sentiasa menanti peluang... yg menjadi masalah adalah ahli2 yg tak menggunakan otak utk berfikir dan tidak istiqamah dlm perjuangan jemaah.
Post a Comment