Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jeng dalam kenyataannya
semasa mengumumkan yang DAP Sarawak akan memutuskan semua hubungan dengan PAS
dan PKR Negeri Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak akan terus keluar Pakatan
kiranya golongan ulamak dalam PAS terus menguasai parti itu selepas pemilihan
parti (PAS) Jun nanti. Beliau menambah (The Star 20/10/14 muka 25):
“If the liberal progressive (faction) controls (the PAS
Central Committee) there is no reason for us to leave”
(Sekiranya golongan liberal progresif menguasai (AJK PAS
Pusat) tidak ada sebab bagi kami untuk keluar (meninggalkan PR)
Menarik juga kenyataan ini dan ia perlukan penjelasan untuk
orang-ramai faham.
Golongan “liberal progresif” dalam PAS itu siapa?
Saya yakin dan percaya ada pemimpin PAS yang memperkenalkan
diri mereka sebagai golongan demikian pada DAP jika tidak masakan Chong selaku
Naib Pengerusi DAP Pusat boleh tolong membantu berkempen buat mereka. Dalam
ertikata lain membayangkan tolonglah undi kawan-kawan saya golongan “liberal
progresif” untuk menang dan menguasai PAS, sekurang-kurangnya mereka nanti
tidak sibuk mahu berjuang melaksana Hudud dan perkara-perkara lain yang tidak
disenangi DAP (contohnya kes arak, kalimah Allah, judi, pergaulan lelaki dan
wanita).
Sekaligus kawan-kawan Chong iaitu golongan “liberal progresif”
dalam PAS mendapat “push” atau anjakkan dari kenyataan Chong ini dan pastinya ada yang tersenyum lebar.
Ahli-ahli PAS yang mahu PAS merobah haluan, membelakangkan
agenda perjuangan Islam, mentransformasi PAS dari sebuah gerakan Islam yang ke
hadapan memperjuangkan agenda Islam kepada sebuah parti “liberal progresif”
yang menghalalkan cara demi kuasa, bolehlah meminta senarai pemimpin jenis ini
yang saya pasti Chong kenali.
Yang pastinya menurut Chong orang-orang PAS mesti tolak
golongan ulamak.
Presiden PAS Ulamak (ulamak besar dunia masa kini) beliau
wajar ditolak. Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim juga ulamak, beliau pun
mesti ditolak. Siapa lagi Nasaruddin Hassan, Nik Abduh, Dr Ridhuan Md Nor,
Ustaz Idris Ahmad, seluruh saf Majlis Syura Ulamak, keseluruhan pimpinan Dewan
Ulamak PAS semua mesti ditolak. Kenapa? Kerana DAP cuma senang dengan golongan “liberal
progresif” dan mereka ini sudah pasti bukan.
Siapa golongan “liberal progresif” itu, mungkin mereka
berani keluar angkat tangan dan memperkenalkan diri atau kita tanya Chong,
agak-agak demi memenangkan DAP di Sarawak beliau tidak akan keberatan
menyenaraikan kawan-kawan beliau itu.
Terima kasih YB Chong.
1 comment:
Yg 2 org ADUN Selangor angkat tangan dengan Kit Siang tempoh hari?
Bonk
Post a Comment