Arak oh arak di Selangor
Ini bukan soal mahu mensabotaj sesiapa. Tetapi ini soal prinsip. Sebagai pembawa obor tetapi kepada Allah swt, dalam soal yang membabitkan ketahanan aqidah dan ketaatan pada hukum dan peraturan al Quran dan Sunnah.
PAS mahu buktikan bahawa dalam soal mempertahankan prinsip berkaitan Islam PAS sanggup berhadapan dengan apa sahaja risiko, tidak seperti Umno yang hanya menuntut apa yang meguntungkannya sahaja dan menyahkan apa sahaja yang tampak rugi atau boleh menjejaskan kedudukannya walaupun ia tuntutan agama.
Di Selangor sebagai komponan yang membentuk kerajaan negeri pada PAS lah diharapkan menjaga dan mempertahankan isu berkaitan dengan Islam dan masyarakat Melayu.
Allah swt mengharamkan arak, meminum atau menjualnya. Itu sudah jelas dan diketahui bukan hanya oleh umat Islam malah begitu juga yang bukan Islam.
Di Selangor kebetulan terdapat undang-undang yang mengkategorikan tindakan meminum dan menjual arak ini sebagai suatu jenayah syariah. Walaupun ia tidak menepati hukum syarak yang sebenarnya dari segi hukumannya, namun sekurang-kurangnya ia meneroka peluang pencegahan yang sewajarnya diberi perhatian serius oleh umat Islam.
Dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah swt padanya di Selangor PAS terpanggil untuk memberi perhatian dan tumpuan pada kerja-kerja amar makruf nahi mungkar sekurang-kurangnya dikalangan rakyatnya yang beragama Islam.
Kerana itu PAS tidak dapat menerima jika ada mana-mana pihak yang cuba menghalang atau menyekat perlaksanaan dan penguatkuasaan hukum dan peraturan berkaitan agamanya.
Dalam bab arak contohnya PAS Selangor bukannya menuntut “blanket ban” atau pengharaman keseluruhan terhadap penjualan dan peminuman arak dikalangan seluruh masyarakat termasuk bukan Islam. Ia akur kedudukan dan bilangan masyarakat Islam di negeri ini, kerana itu tuntutan PAS hanya terhad terhadap penjualan dan peminuman arak dikalangan masyarakat Islam.
Jangan ada sesiapa mempertikaikan hal ini. Tanggungjawab PAS adalah melindungi umat Islam di negeri ini dari bencana dan bahana arak.
Kerana itu janganlah kaitkan pendirian dan kedudukan PAS ini dengan kononnya agenda musuh atau usaha mahu mensabotaj sesiapa. DAP dan PKR adalah rakan kongsi PAS dalam kerajaan PR Selangor, PAS akan terus bekerja ke arah pemantapan PR. Tetapi dalam hal ini ia membabitkan isu dan urusan umat Islam. Biarlah ianya diselesaikan oleh umat Islam sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak terutama yang tidak tahu akan hujung pangkal.
Laporan BERNAMA:
Pas mahu kedudukan Ronnie Liu dalam exco dikaji
04/08/2009 7:58pm
SHAH ALAM 4 Ogos — PAS Selangor hari ini menggesa agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata Pas mahu porfolio yang disandang Liu ditukarkan dengan orang lain bagi mengurangkan masalah yang sedang dan pernah berlaku sebelum ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri bahawa mereka tidak senang dengan campur tangan pihak tertentu termasuk Liu di dalam usaha untuk mengawal pengurusan dan penjualan arak di kalangan masyarakat Islam di Selangor.
Liu telah mempertikai keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tindakan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8 di sini pada 30 Julai lepas. Menurut satu laporan akhbar, minuman keras itu telah dipulangkan kemudian.
Liu dilaporkan berkata bahawa peraturan penjualan arak di Selangor yang sedia ada kekal sehingga satu garis panduan penjualan arak yang baru dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata keputusan untuk melarang penjualan arak di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan yang majoriti penduduknya Islam seperti di Seksyen 8 telah diluluskan dalam satu mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini.
MBSA mengambil keputusan itu dan mengambil tindakan atas desakan-desakan para penduduk setempat, katanya.
Dengan perkembangan ini, Dr Hasan berkata Pas Selangor mendesak agar kerajaan negeri serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk digunapakai di seluruh negeri Selangor supaya kontroversi seumpama itu tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.
Katanya kajian JAIS mendapati kebanyakan pembeli arak di kedai serbaneka yang dibuka sehingga larut malam mendapati ramai golongan muda Melayu daripada peringkat sekolah sehingga institusi pengajian tinggi membeli arak untuk diminum dari pukul 7 malam hingga 12 tengah malam.
Pas juga akan mengemukakan dengan segera draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasakan di peringkat PBT kepada kerajaan negeri dan juga pakatan pembangkang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata Liu juga telah mempertikai serbuan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya terhadap sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway di mana JAIS telah membuat tangkapan terhadap pengunjung-pengunjung Islam yang meminum arak.
— BERNAMA
12 comments:
Sy sokong..
Ini lah pertama kali aku bersyukur kepada ALLAH kerana akhirnya ada hamba ALLAH yg sedar diri dan tahu perjuangan ISLAM yg sebenarnya..
dan tidak hanya menjaga hati KAFIR semata-mata nak kuasa..
Alhamdulillah..
tahniah kepada PAS selangor. Jgn takut dan gentar dalam menegakkan aaml makruf nahi mungkar
Salam, masih basah benang yg nak ditegakkan itu ~ bRAVEhEART
DAP mesti sedar perjuangan PR yang sebenar ialah untuk menjatuhkan kerajaan zalim BN dan bukannya untuk menjatuhkan Agama Islam....
syabas.. teruskan usaha murni ini.. takut lah hanya kepada Allah.. nescaya kita akan selamat...
Salam,
Ucapan ribuan tahniah dan terima kasih kepada pimpinan PAS Selangor atas usaha untuk menyelamatkan akidah dan 'akal masyarakat Islam walaupun dengan kuasa yang terhad dan terbatas. Ya, seperti almarhum Ust.Fadzil Noor pernah berkata, 'PAS tidak akan terkeluar dari orbitnya, iaitu Islam'.
Pemuda PAS Selangor turut mengeluarkan kenyataan media ; http://www.pemudagombak.com/?p=953
This is what Khir Toyo has to say on beer issue in Selangor..' Follow BN's lead when dealing with beer issue'- Malaysian Insider...what say you??
Syabas diucapkan kepada Pas Selangor...Kalau nak diharapkan kepada umno untuk mengawal penjualan arak,lagi tambah adalah sebab mereka takutkan MCA.Jangan risau dengan Dap yang marah,mereka takkan tinggalkan PR sebab mereka sayangkan 4 jawatan exco mereka..Kita dah banyak difitnah oleh umno,hinggakan dengan bodohnya disuruh tutup kilang arak yang mereka bina,sedangkan kuasa kerajaan negeri terbatas..Semoga kerajaan negeri selangor dapat bertahan dengan asakan bertubi tubi dari dalam dan luar ni..
Teruskan usaha. Demi menegakkan amal makruf nahi mungkar.
kita tunggu respon dari umno
Post a Comment