Tuesday, August 18, 2009

Mimpilah Umno terus bermimpi

Baru sebentar tadi saya menerima panggilan telefon dari seorang aktivis PAS di Kuala Selangor. Katanya beliau baru menurunkan suatu kain rentang di Assam Jawa yang dipercayai dinaikkan lewat tengah malam yang mendesak agar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan semua jawatan beliau.

Katanya kain rentang tersebut dari jenis yang berkualiti dan dicetak kemas.

Memang Umno Selangor bernafsu besar sejak kebelakangan ini, mengeluarkan kenyataan kononnya Umno Selangor akan kembali memerintah negeri ini pada 31 Ogos nanti. Malah berbagai SMS dikirimkan antaranya menyebut bahawa sekurang-kurangnya 7 orang EXCO Selangor akan didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan mengakibatkan kerajaan negeri Selangor roboh.






Selangor bukan Perak yang dirampas melalui politik pintu belakang dari tangan Pakatan Rakyat (yang boleh jatuh kerana berpaling tadahnya 3 ADUN PR), Selangot bukan macam Kelantan pra PRU ke 12 yang bertahan cuma dengan majoriti 1 kerusi. Bukannya mahu bercakap besar tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kukuh dengan kedudukan 36 kerusi berbanding Umno BN yang hanya punya 20 kerusi.

Umno memang berhak bermimpi untuk kembali berkuasa dalam waktu terdekat di Selangor ini. Mungkin dengan menaikkan kain-kain rentang seluruh Selangor maka mimpi mereka boleh menjadi nyata. Mungkin dengan menantikan EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN PR Selangor diseret ke mahkamah dan disabitkan dengan pelbagai tuduhan buat-buatan maka mimpi mereka boleh jadi nyata.

Teruslah bermimpi.

Realitinya rakyat sudah muak dengan karenah mereka di Selangor ini, Mungkin kerajaan PR di Selangor ini baru usianya, mungkin antara PAS, PKR dan DAP baru mahu belajar memerintah, bekerjasama, tetapi sekurang-kurangnya mereka lebih diyakini dari BN yang telah jelas menoda dan mencabul amanah rakyat selama lebih 50 tahun lalu.

Sejarah hitam Selangor di bawah BN tidak boleh dijernihkan dengan mimpi-mimpi yang enak-enak dan dakwaan yang tidak berasas. Kalau mahu bertarung dan berlawan populariti, maka tunggulah PRU ke 13 nanti. Jangan berangan-angan mencetuskan rampasan kuasa melalui politik pintu belakang di sini.

Banyak isu yang bertimbun di atas kepala mereka masih belum dirawat. Istana Khir Toyo yang menelan jutaan ringgit itu sudah cukup memualkan keyakinan rakyat terhadap mereka. Isu PKFZ yang sedang panas turut membabitkan pimpinan BN negeri termasuk Umno. Tiba-tiba merekamahu kembali berkuasa begitu sahaja!

PR Selangor telah bertahan selama setahun dan tidak ada sebab ia tidak boleh bertahan sehingga tamat tempuhnya malah melanjutkan pula tempuhnya selepas PRU ke 13 nanti. Yang pentingnya amanah yang diberikan rakyat dilaksanakan dengan baik, yang pentingnya mereka tidak mengulangi dosa-dosa Umno dan BN.

Kalau mereka berjaya begitu tidak ada sebab rakyat Selangor mahu kembali kepada BN, kecuali dalam mimpi.

9 comments:

islambagus said...

"Sejarah hitam Selangor di bawah BN tidak boleh dijernihkan dengan mimpi-mimpi yang enak-enak"

itu jugaklah mimpi-mimpi yang PAS bagi untuk umat islam di selangor...tapi sekarang apa dah jadi? orang melayu sekarang dah tak tau nak undi mana...dua-dua pun sama..sanggup gadaikan maruah islam semata-mata untuk dapatkan undi bukan islam...dulu UMNO yang buat...sekarang PAS pulak...harap-harap Allah dapat berikan petunjuk pada pemimpin-pemimpin melayu/islam kita...

Anonymous said...

Jangan hina kelantan walaupun menang 1 kerusi pada PRU 11 yang lalu.

Ini semua ujian dari Allah untuk wakil rakyat kelantan supaya bekerja lebih kuat dan hasilnya PRU12 PAS dapat majoriti lebih lebih besar dan UMNO hanya menang 2 kerusi sahaja.

Wakil rakyat di selangor jangan terlalu over confident. Kalau UMNO tak dapat 31 Ogos ini, belum tentu PRU 13 mereka tak boleh dapat selangor. Kenapa saya kata begitu? sebab wakil rakyat PR tak buat kerja. Sebagai contoh Di Parlimen Shah Alam dan DUN Batu tak tahu apa wakil rakyat buat. Turun dan tanya lah rakyat marhaen di bawah apa wakil rakyat mereka buat?

Performance is very2 bad..

* Rakyat Marhaen *

Hakimi said...

Kerajaan yang disukai rakyat akan tetap teguh.Biarlah umno dengan angan angannya.Macam2 cara yang mereka guna dan peralatkan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor yang dipilih rakyat.BN Selangor yang diketuai Najib ni pasti akan melakukan cara rampasan yang sama seperti Perak.Pakatan Rakyat Selangor adalah kukuh tetapi perlu berwaspada juga.

mansor said...

Bila masa pemimpin PAS menjual/menggadai maruah Islam???
Minta senaraikan satu persatu .

Apa yang saya lihat PAS berusaha untuk melaksanakan sistem islam dalam keadaan yang terlalu berhati-hati kerana banyak sangat " buaya-buaya " yang akan membaham jika tersilap langkah.

Proses pemulihan ke atas sesuatu benda yang mengalami kerosakan selama 52 tahun memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Proses pemusnahan ke atas sesuatu benda yang baik boleh mengambil masa dalam masa satu saat sahaja.

Anonymous said...

apa salah dia orang bermimpi bang.
anuar pun dulu mimpi juga.16 sept tapi bijaknya anuar tak taruk tahun..mungkin tahun depan,tahun lusa,tahun tulat.
alaahhh saama jer bang,politik untuk wang..sama jerr.
belum dapat kuasa,boleh ler cerita,dah dapat kuasa lain cerita.
tak gitu?
tonot

Joseph said...

kepada islambagus, kenapda orang Islam di Selangor tidak tahu nak undi mana? jangan main semberono sahaja saudara.

Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk mendaulatkan Islam di Selangor. Mungkin banyak lagi yang boleh di highlightkan kerajaan negeri sekarang. Bukan untuk menunjuk, tetapi untuk menguatkan keyakin kepada masyarakat dan DUNIA bahawa ISLAM BOLEH MEMERINTAH!

rasanya PRU 13 akan diumumkan Najib dalam masa terdekat..mungkin dalam masa 2 tahun lagi. Segala persiapan rapi penting untuk jentera yang utuh.

muslim dan non muslim di malaysia dan luar negara dah semakin muak dengan ideology sekular dan liberal. yang kami nak ialah pemerintahan Islam!

yes said...

ISLAM memang telah di gadai oleh UMNO lama dulu. Sekarang pun UMNO di kerajaan persekutuan masih tidak berubah. Harapan kita orang Islam hanya pada ALLAH.

Anonymous said...

jangan nanti, kita cakap orang lain bermimpi, sekali rupa-rupanya kita yang bermimpi!

jangan dah terhantuk baru nak terngadah ...

ME said...

amno adalah spesis binatanag yag sangat busuk, busuknya melebihi segala yang busuk....amat sukar untuk membersihkan selangor dari kebusukan amno dalam masa 1 tahun saja...lihatlah isu arak, PKFZ, istana DSKT, ini semua tahi2 amno yg perlu dicuci