Kemenangan PAS perteguhkan PR
Sekali lagi PAS melunaskan janjinya kepada Pakatan Rakyat. PAS teruji dan berjaya di parlimen Kuala Terengganu, kemudiannya di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Manek Urai. Hari ini PAS unggul lagi di Permatang Pasir.
Memang kemenangan ini sebagaimana kemenangan yang sebelumnya adalah usaha bersama semua pihak dalam PR termasuklah PKR dan DAP serta rakan-rakan NGO yang lain. Tetapi ternyata pertempurannya dalam gelanggang PAS, kalau kalah boleh sahaja PAS yang dikatakan lemah dan hilang pengaruh.
Apa pun yang kalah adalah Umno yang kecundang adalah BN. Ini bermakna mimpi yang kononnya PAS dan PR telah mula diragui rakyat, telah mula hilang sokongan rakyat semuanya karut belaka.
PAS berhadapan dengan pengundi Permatang Pasir di bawah panji-panji PR dalam keadaan pengaruhnya dikatakan teruji. Di Kedah, kepimpinan PAS dikatakan kononnya keras dan bengis terutama terhadap masyarakat minoriti bukan Islam, manakala di Selangor PAS dikatakan cuba menganggu hak asasi masyarakat bukan Islam. Berbagai tohmahan dan serangan dilontarkan terhadap PAS sehingga ada yang beranggapan PAS berpotensi kecundang di Permatang Pasir setelah kemenangan tipis yang diperolehi di kawasan "solid" Melayu di Manek Urai.
Malah ada seorang rakan pimpinan DAP di Selangor mengatakan bahawa beliau menerima SMS yang menyebut bahawa PAS akan "bungkus" di Permatang Pasir akibat tindakan mengharamkan penjualan arak di Selangor.
Kini terbukti bahawa segala tindakan dan keputusan melibatkan PAS sebenarnya tidak menjejas atau mempengaruhi keputusan pengundi. Malah boleh dikatakan tindakan PAS berupa amar makruf nahi mungkar khusus dikalangan penganut Islam itu kini telah dapat diterima dan difahami, langsung tidak dibimbangi oleh masyarakat bukan Islam.
Bukankah masyarakat Islam yang baik dan berakhlak itu nanti bakal menguntungkan rakan-rakan bukan Islam dan menjadi aset kepada masyarakat dan negara. Tiada niat buruk oleh PAS dalam menekankan aspek-aspek keislaman melainkan melahirkan masyarakat yang sejahtera.
Kemenangan di Permatang Pasir adalah petanda penerimaan masyarakat terhadap politik PAS yang dilihat lebih baik, dinamik dan boleh dipercayai berbanding Umno selama ini. Umno perlu kembali kepada Islam jika mahu terus relevan dan untuk itu tiada cara dan jalan lain selain berbondong masuk menyertai PAS.
Pakatan Rakyat kini perlu sedar dan insaf akan saling perlu memerlu antara satu sama lain dikalangan komponan di dalamnya. PAS ada mesej dan agendanya, ia mahu terus berkembang dalam PR, sleagi wujud konsep muafakat dan hormat-menghormati tiada sebab gagasan politik baru ini tidak boleh menggantikan BN diperingkat yang lebih besar.
Syabas YB Ustaz Mohd Salleh Man, semoga PAS Pulau Pinang diberi peluang memain peranan yang lebih aktif dan bermakna dalam kerajaan PR Pulau Pinang.
4 comments:
Salam,
Musykil juga kenapa UMNO BN menurunkan calon yang ada masalah yang cukup jelas. Dan hingga ke akhirnya UB gagal untuk membersihkan dan meghindarkan semua persoalan berkenaan calon mereka.
Namun ini merupakan kubu pas sebelum ini dan belum menjadi asas yang kukuh akan kekuatan PR dan PAS sendiri.
Menarik juga melihat bagaiman trend pengunci dun ini lebih kurang sama walaupun setelah setahun berlalu.
Barisan para pejuangan mesti terus disusun kukuh, lebih lebih lagi dalam madrasah ramadhan ini.
tahniah dan syabas!
kuatkan kerja dengan amanah yang diberi Allah.
Salam hormat !
Jika hendak dibandingkan dengan majority yang diperolihi di MU dengan di Permatang pasir jauh ketinggallan maka teorinya mudah sahaja.
PERTAMA-Penduduk dikawasan bandar yang agak maju dan bertamaddun sudah tentu mempunyai menteliti berbeza kerana mereka tidak mudah goyang walau pun diugut dan diumpan dengan pelbagai jenis gula gula namun jika dikampung pendalaman kebanyakannya penyokong jenis plastik yang mudah cair memang ramai kerana itu diMU dikacau dengan 2 ke 3 kilo gula pun sudah cukup manis untuk dikenang budi begitu juga di PRK (DUN) K.Berang pada suatu ketika dahulu pun begitu juga.
Kedua-Perpecahan sesama sendiri adalah faktor besar orang kampung melihat amalan politik "Super yer" (sama serupa) dengan umno,jadi kerana itu mereka keliru dan bertanya "apa yang pas hendak ubah sebenarnya?" jika sikap pimpinan pas dikampung itu sendiri tidak berubah malah ada yang berperangai klon UMNO....jadi fikir betul betul !
Tahniah kepada semua yang terlibat. Kemenangan Permatang Pasir adalah satu turning point utk pimpinan PAS memeta lakaran "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN" InsyaAllah, semua bakal berlaku dengan keikhlasan semua pihak (Pimpinan & semua ahli PAS di semua peringkat. Seeru 'ala barokatillah.
Post a Comment