Adakah membangkitkan isu arak ini agenda Umno?
Allah swt berfirman dalam surah al Maaidah ayat ke 8:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Tidak ada sesiapa dalam PAS Selangor yang memiliki niat lain selain mahu melihat Islam dimartabatkan apabila mengusahakan agar jual-beli arak diharamkan di kawasan penduduk majoriti Islam di negeri ini. Setiap pihak dalam PAS Selangor mengambil inisiatif apabila melihat ada ruang dan peluang untuk mengawal barangan haram ini khasnya di kawasan tertentu.
Dari ahli EXCO ke ADUN-ADUN sehinggalah ahli-ahli majlis, semuanya menggunakan kedudukan masing-masing kerana ini amanah yang kita pegang.
Hina sungguh apabila niat suci ini dituduh sebaliknya. Kononnya usaha ini sebenarnya adalah agenda Umno untuk memerangkap PAS dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Takkanlah kerana nak menegakkan Islam pun kita dituduh sebagai dalang Umno!
Memang kalau kita gunakan kaca mata hitam, bumi yang hijau pun kita nampak hitam. Sikap sebegini tidak wajar ada dari kalangan mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Islam. Sewajarnya semua pihak berdiri teguh di bawah panji-panji PAS Selangor dalam isu ini.
Kita bukan mahu meruntuhkan apa yang telah kita bina, bukankah binaan ini hasil kerja penat kita? Umno tidak berdaya lakukan ini, dan kita mahu tunjuk kita mampu, jadi baruah Umno kah kalau begitu? Kita harapkan rakan-rakan dalam PR akan faham maksud sebenar kita. PAS adalah pembela Islam dalam PR, PAS adalah pembela Islam dalam apa keadaan sekalipun.
Kalau PR teguh melalui cara ini, insyallah Islam turut selamat.
18 comments:
teruskan amanah ini walau di tikam oleh sesama sahabat yang sentiasa bersangka buruk terhadap kita.
Kekalkan kemuliaan dalam menjaga adab berjemaah. Apa yang ada pada kita adalah Allah dan agamanya sebagai panduan.
tuan, dah jadi adat kebelakangan ini, sesiapa sahaja yang tidak selairan dengan pakatan akan di cop barua UMNO....
'barua' pun 'barualah'
peminat roslan SMS :-)
sila baca pendapat dr denison jayasoria berkenaan hal arak dan tindakan pas selangor di ruangan surat pembaca dalam the star hari ini.(saya biasa mendengar nama ini tapi terlupa jawatan beliau)
Sudi sudi lah layari blog saya utk ulasan isu yg sama
http://tintahitammy.blogspot.com/
Seperti di jangka apa yg PAS perjuangkan telah di tolak mentah-mentah..maklumlah MB Selangor pun pernah minum benda tu..
Dan seperti di jangka PAS akan terima sahaja dan tak akan berani nak KELUAR RAMAI2 BUAT DEMONTRASI JALANAN...
tuan roslan,
syabas, demi maruah ISLAM walaupun dicop barua UMNO, saya rela daripada kita menjadi barua syaitan. syabas PAS Selangor!!!
kpd pemimpin PAS pro-liberal, sila keluar dari jemaah ISLAM! anda sbg gunting lipatan dlm jemaah ISLAM, lebih baik masuk PKR!
mungkin sudah sampai masanya PAS perlu bergerak sendirian jika tiada rasa hormat sesama parti dlm pakatan!
assalamualaikum..
Beginilah susah payah yg dilalui oleh PAS dlm mempertahankan dan membela Islam..halangan bukan saja dr kaum bukan Islam,malah dari kaum Muslim sendiri samada dr dlam dan luar PAS.Kalau berdiam diri dikata jadi boneka,kalau menentang dikata barua pula.
Semoga ALLAH memberi kekutan kpd pemimpin kami..marilah kita sama2 doakan...asalkan apa yg kita lakukan mendapat redho ALLAH dan menepati kehendak Islam...insyaALLAH moga2 ALLAH berikan pertolonganNYA...takbir...ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR.
Sedih rasanya bila memikirkan apa yang berlaku akhir-akhir ini. Pembelaan terhadap Islam sudah semakin kelam dan tenggelam. PAS sudah hampir hilang identitinya sebagai pembela Islam. Sebaliknya, UMNO pula yang dicop sebagai pembela Islam. Sebab apa?.apabila saja ada pihak di dalam PAS ingin mempertahankan Islam, mereka akan dicop barua UMNO atau pembawa agenda UMNO seolah-olah selama ini UMNO lah yang menjadi pembela Islam. Pelik. Atau..semua ini hanyalah alasan untuk menentang Islam, hanya dengan menggunakan nama UMNO yang mana ramai yang sudah alergic, maka penentangan ini mudah diterima.
Di Kedah, PAS ingin membenteras sesuatu yang haram dan menggunakan peruntukan undang-undang, tetapi ditentang dan diugut. Di Selangor pula, PAS ingin melakukan sesuatu yang sah dan menggunakan peruntukan undang-undang, juga ditentang dan dihalang. Jadi, apa yang tinggal untuk PAS. Musuh Islam semakin berani, samada di dalam PAS, di dalam Pakatan mahupun di luar Pakatan.
Kepada UMNO, jika ikhlas ingin mempertahankan Islam, marilah bersama-sama dalam PAS, perkukuhkan PAS dan Islam, bubarkan UMNO kerana UMNO sudah luput waktu. Jika PAS menjadi semakin kuat dengan penyertaan ahli-ahli UMNO, musuh Islam sudah pasti akan gerun dengan kekuatan Islam.
Syabas PAS S'lagor..
Tegas dan Jelas..
tegas bkn bereti bermusuh..
tegas beerti berperinsip..
pas selangor ptt kuar dr pakatan
Kerajaan BN penah/masih menggunakan kaedah kawalan kendiri utk kempen "TIDAK JUAL ROKOK KPD REMAJA BWH UMUR", dan saye rase kaedah ini boleh dianggap gagal walaupun mereka m'buat publisiti yg meluas. Apakah MB s'gor tidak dimaklumkan ttg fakta ini???
rasanya tiada yang marah sangat pasal inisiatif ini. bagus sangat tu. elok juga dikuatkuasakan supaya semua anak2 tak kira anak orang islam atau bukan islam bawah umur TIDAK dibenarkan beli arak dimana2 sahaja di Selangor. Kena jaga jugak anak2 bukan Islam ni. Saya pasti parents bukan Islam pun suka jika tahu PAS turut prihatin akan anak2 mereka juga. PAS FOR ALL kan?
yang ramai tak faham ialah kenapa hassan ali perlu buka mulut mintak kerajaan negeri kaji semula kedudukan ronnie liu sebagai exco. he should voice it behind closed door! not in a PC where whatever he said can be blown out of proportion. you as the ketua penerangan dan pernah jadi press sec presiden patutnya beri nasihat. PR kena guna. jangan nampak sangat PAS dan DAP tak sebulu. any disagreement between the two parties should be discussed in closed door! rakyat yang mengundi PAS dan DAP baik muslim atau non-muslim tak mahu melihat pergeseran secara terang-terangan begini!
oh ya ... atas dasar prinsip juga .. saya harap pengharaman yang sama dikuatkuasakan ke atas penjualan rokok, nombor ekor .. terutamanya ROKOK! Mursyidul Am sendiri telah mengatakan yang perokok tidak layak jadi calon PAS masa GE12 dulu. so .. PLEASE impose the same ban on cigarettes.
semua, non-muslim dan muslim yang hendak beli rokok, arak dan nombor ekor WAJIB tunjuk IC. kedai yang jual jugak dan tidak mintak IC, tarik balik lesen serta merta. kuatkuasa sangat penting. macamana keras pun undang2 akan gagal jika kuatkuasa lemah. penguatkuasaan pula mesti mengikut undang2 yang sudah ditetapkan.
buat undang2 pasal arak, rokok, nombor ekor ni sekali harung.
salam hormat ! 2x
Kerajaan Pas Negeri kelantan sudah lama berpengalaman berdepan dengan permasaallahan sebegini,jika banyak bercakap pun akan jadi "busuk mulut" saja,sebabnya didalam Pas sendiri sudah ada Dewan Ulama" dan majlis Syuranya, sebab itu didalam solat jumaat (di p.p kelantan) yang lalu khatibnya menekankan tajuk kutbah tentang kepentingan menjaga kebersihan, umumnya bila sebut kebersihan ianya juga ada kaitan dengan makanan yang tidak memudharatkan kesihatan termasuklah babi dan arak.
Setiap premis yang ingin menjual arak dan babi ini sudah tentu memerlukan lesen dari mana mana kerajaan tempatan negeri tersebut. Seperti biasa ianya akan diumumkan kepada orang ramai jika ada sebarang bantahan daripada orang awam.Penguatkuasaan keatas orang yang beragama islam perlu tegas untuk mencegah supaya kelakuannya tidak memalukan agama itu.Soal dosa dan pahala, halal dan haram itu soal lain, mungkin ada yang bolih memberi pelbagai alasan,atas nama hak asasi kemaknusian ataupun menganggap ianya soal dosa pahala hanya antara dia dengan tuhan atau sebagainya.tetapi harus diingat, atas nama menjaga kesucian dan kemulian agama islam itu harus diambil kira....
Jadi soal kemelut dalaman diantara sesama kepimpinan PR hanyalah mainan pehak pehak tertentu dengan agenda egenda yang tersembunyi dan tidaklah perlu diambil pusing secara serius...kerana kita sudah matang untuk berfikir betul betul !
Syabas PAS Selangor...Nyatakan kebenaran walau pun pahit,jgn di ikut golongan liberal dalam PAS ianya musuh dalm selimut(kemuncup dlm under****).
Teruskan perjuangan,berpegang pada prinsip perjuanganALLAH BERSAMA ORG YG BENAR.......JGN TUNDUK PADA DAP
baca disini http://chepirate.blogspot.com
syabas dan tahniah tuan . teruskan agenda perjuangan Islam sejati.
Bro Roslan,
Selama ni PAS dah berkorban banyak! Unit amal PAS sentiasa ada jika berdemo - walaupun utk mengeakkan DAP!!
Tapi apa DAP buat utk PAS??? Rakyat Selangor sedang memerhati ... benar kata YB Kulim.
Jangan nanti rakyat Selangor jatuhkan PR baru nak menyesal!
Buang je gunting dalam lipatan dalam kerajaan Selangor tu!!
saudara,
Mohjon bantuan saudara membenteras gangguan golongan remaja india yang sering minum arak di tempat terbuka dan sering mencetuskan huru hara di bandar sri subang/taman dato hormat/sunway. Para pelajar asing sering menjadi mangsa dan ketakutan. hari itu seorang pelajar asing dipukul didepan orang ramai yang etrdiri dari pendatang indonesia ipangsapuri damai. Di pangsapuri damai juga remaja india boleh minum arak sesuka hati di tepi surau.laporan polis di buat tapi menurut mereka tak ada akta boleh menangkap kecuali suruh beredar. maka beredarlah mereka dengan gelak ketawa. kemudian datang balik sambil mencabar siapa yang buat laporan. fuhh- negara dah jadi hak mereka. kami melayu pun pengundi juga tapi tak ada siapa yang ambil berat. Untung orang india.Kerajaan baru sayang sangat. kai amat kecewa. pemerintah sekarang tengok kami mcm orang umno. Maklumlah kami melayu... INGAT- kemenangan Pas atau PKR juga kerana kami...Harap saudara dapat membantu. Nak minum arak dalam ryumah atau kedai arak.Bukan bawah pokok dalam gelap atau tepi jalan atau kawasan permainan. Kami dah mula bosan....Dah berbuih bagi tahu kat halimey, nik nazmi. Diaorang tu takut sangat hilang undi.Tak sangkalah mereka macam tu.Sayang bila ada kuasa kembali jadi orang UMNO!
Post a Comment