Biarlah EXCO Agama yang bercakap berkenaan Islam
Saya telah membuat posting berhubung perkembangan terbaru isu kawalan penjualan arak di Selangor. Tetapi saya agak terganggu apabila membaca komen YB Ronnie Liu di dalam The Star.com
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/13/nation/20090813165226&sec=nation
Apabila beliau menyebut:
On Muslim employees handling alcoholic drinks, Liu said he was of the opinion that they had a right to be employed as the Federal Constitution is silent on the matter.
“It is okay to work in hotels, airlines and other places where some alcohol is offered, as long as they don’t drink,” he said.
(Mengenai para pekerja Islam yang terpaksa menguruskan minuman berakohol, Liu berkata pada pandangannya mereka berhak bekerja memandangkan Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut berkenaan perkara ini.
“Ianya OK untuk bekerja di hotel, pesawat penerbangan dan lain-lain tempat yang menghidangkan arak asal sahaja jangan meminumnya, kata beliau)
Memang Ronnie seorang yang bukan Islam, oleh itu kejahilannya tentang hukum-hakam Islam boleh dimaafkan. Tetapi disini beliau bercakap sebagai seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor. Dan yang diperkatakan pula oleh beliau itu adalah berhubung hukum umat Islam menguruskan arak.
Sebaiknya hal-hal berhubung hukum-hakam Islam, Ronnie tidak memberikan pandangan. Benar ada orang Islam bekerja di hotel, syarikat penerbangan dan lain-lain yang menghidang arak, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak melakukan dosa semata-mata kerana mereka tidak meminumnya.
Hal-hal seperti inilah jika tidak terkawal akan menguris hati umat Islam dan seterusnya diekploitasi oleh musuh-musuhpolitik kita.
Bukankah kita ada EXCO Agama, sebaiknya Ronnie memaklumkan, hal-hal agama ini rujuklah pada EXCO Agama.
Kita sayangkan kerajaan ini dan kita mahu Pakatan Rakyat Selangor terus kekal membawa politik baru kepada Selangor, namun rakan-rakan kenalah berhati-hati dan memelihara sensitivity sesame rakan. Saya anggap Ronnie berniat baik dalam hal ini, tetapi harap-harap selepas ini beliau lebih berhati-hati.
4 comments:
Dia tak faham ttg hukum hakam islam.Inilah masalahnya dengan pemerintahan umno selama lebih 50 tahun.Orang bukan islam bukan saja tidak diberikan kefahaman tentang islam secukupnya bahkan ditakut takutkan dengan hukum islam.
Nak buat camana,PR Selangor ni terpaksa mewarisi ketiga tiga jenis menatang yang jelas haram didalam islam iaitu arak,judi dan babi dengan banyaknya dari peninggalan kerajaan umno terdahulu.
Salam Abang roslan,
Saya suka pendekatan abang roslan dalam isu arak di Selangor ini.
Dan pendekatan PR mengadakan PR pun merupakan satu milestone yang sungguh mengagumkan.
Semoga kefahaman tentang agama ini semakin jelas buat semua. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula PR yang baru setahun jagung usianya.
Itula masalah bila kawin tak sama jenis
Tidak pelik, dia belajar dari pemimpin UMNO.
Pada tahun 2000 Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan JAIS menahan seorang penyanyi kelab malam, Azlina Abas, beserta 24 orang Islam yang lain di Restoran The Ship, Damansara Utama, tengah malam 10 Jun 2000 dan mendakwa tidak menjadi kesalahan bagi setiap Muslim untuk bekerja di tempat menjual arak.
Post a Comment