Jauhkan diri dari si fasik
Allah swt berfirman dalam surah al Hujurat ayat 6:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
Prof Madya Dr Abdul Basir Mohamad dari Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM dalam kertasnya “Fitnah melalui internet dan telekomunikasi menurut undang-undang ciptaan dan undang-undang Islam” menghuraikan ayat di atas dalam kontek kertas beliau sebagai:
……..sesiapa sahaja yang menerima sebarang berita daripada orang lain tanpa mengira sama ada ia melalui ungkapan, kiriman kertas, hebahan dalam televisyen, siaran radio, paparan papan buletin Internet atau sistem maklumat ringkas, sewajibnya pihak penerima berita tersebut menyelidikinya terlebih dahulu sebelum mempercayainya.
Dari sudut prosedur kehakiman, ayat ini juga dapat difahami bahawa hanya semata-mata pihak yang membuat berita itu sahaja patut diselidiki dan dikenalpasti di samping kebenaran berita itu. Apabila dikenal pasti pihak yang membawa berita itu fasik, maka berita itu dikira sebagai terbatal, iaitu tidak boleh diterima. Sehinggakan jika mengikut Imam al-Shafi‘i, jika berita fitnah itu ditujukan kepada seseorang tertentu, maka pelakunya dikira fasik yang tidak boleh diterima menjadi wali dalam kes pernikahan.
Maka, daripada kenyataan ini, apa yang hendak ditekankan ialah pihak sebenar yang membuat sesuatu fitnah itu sewajibnya dikenalpasti, bukannya pihak lain termasuk pihak perantaraannya, melainkan terdapat elemen penyubahatan antara pihak yang membuat fitnah dengan pihak perantaraannya.
Undang-undang Islam menganggap bahawa sebarang bentuk perbuatan, kelakuan atau perkataan yang dilakukan untuk memfitnah seseorang tertentu, maka ia boleh dikira sebagai suatu kesalahan fitnah tanpa mengira sama ada ia disiarkan atau dihebahkan dalam bentuk sementara atau kekal, sama ada dalam bentuk gambaran, lukisan, arca, patung, tayangan, karikatur, coretan dan sebagainya.Dan juga tanpa mengira sama ada ia menggunakan apa-apa perantaraan alat komunikasi bagi menyampaikan fitnahnya itu
ataupun tidak.
Kata-kata atau ungkapan yang menyakitkan hati, mengaibkan atau merendahkan maruah seseorang tertentu dilarang oleh undang-undang Islam, inikan pula kata-kata yang berbau fitnah atau yang berkemungkinan boleh mewujudkan fitnah. Sudah pasti ia amat dilarang oleh undang-undang Islam.
Saya menerima sms dan panggilan dari kawan-kawan yang memaklumkan saya kepada seorang blogger yang telah membuat pertuduhan yang amat berat melalui postingnya bertajuk:
“Konspirasi membuang YB Saari Sungip (ejaan betulnya Sungib) danyang menentang idea persepakatan PAS-Umno di Selangor”
Memang tulisan-tulisan beliau tidak langsung menarik minat saya kerana saya tahu karektor si tuan punya blog, akhlak beliau dan agenda jahat beliau yang tidak habis-habis menjuarakan diri beliau sebagai “malaikat” dan yang lain semua rendah, barua dan kotor belaka. Namun sebab beliau ini bijak memasarkan tulisan beliau, dikirimnya ke portal berita yang popular agar tulisannya walaupun kosong dan lompong namun dibaca oleh capaian yang ramai, lalu jadilah dirinya popular walaupun tidak langsung menyumbang ke arah perjuangan yang sama-sama kita dukung.
Kalau saya tidak menjadi sasaran tulisan beliau agaknya dunia telah kiamat, kira-kianya begitulah. Namun saya sudah lali dengan karenah beliau, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya akhirnya dengan izin Allah orang ramai dapat juga membezakan antara kaca dan permata.
Tetapi dalam posting terbaru ini semua pimpinan PAS Selangor ditohmah dan difitnah dan agendanya pula melaga-lagakan antara pimpinan tertinggi PAS Selangor dengan ADUN-ADUN dan ahli-ahli Parlimen PAS Selangor.
Kalau saya mengulas tulisan beliau, saya menjadikan beliau lebih popular tapi kalau saya diamkan takut nanti yang cedera dan calar adalah perjuangan Islam yang sama-sama kita cintai ini. Oleh itu demi menegakkan kebenaran dan yang hak dan demi mematikan sebarang fitnah yang boleh meroskakkan jemaah saya merasa terpanggil untuk membuat penjelasan.
Saya menulis ini dengan penuh tanggungjawab, Allah dan Rasul menjadi saksi,maruah keluarga dan nama baik saya letakkan di hadapan kiranya saya pula yang cuba memesongkan kebenaran biarlah saya dihukum dunia dan akhirat kerananya.
Penulis “Tulang Besi” atau Abd Rahman Talib telah mendakwa melalui tulisannya bahawa pada 30 Julai 2009 telah diadakan satu mesyuarat JK Khas di Bangunan SUK dan beliau menambah:
Maklumat ini datang dari aktivis PAS yang tidak sanggup melihat PAS Selangor ditunggang bagai haiwan demi kepentingan politik pribadi beberapa orang yang berkepentingan.
Menurut beliau sipemberi maklumat ini turut hadir dalam mesyuarat itu.
Kalau kita mahu tahu sesuatu berita itu benar atau fitnah kita perlu kaji apa yang cuba disampaikannya. Saya dikatakan turut hadir dalam mesyuarat itu. Para pengunjung blog saya akan maklum bahawa pada 28 Julai 2009 sebagaimana saya dimaklumkan dalam blog ini saya dimasukkan ke hospital. Saya dikeluarkan pada 30 Julai 2009 jam 11.00 pagi dan dinasihatkan doktor pakar agar berihat.
Saya tidak keluar rumah selama dua hari selepas itu sedang sipenulis fitnah mendakwa saya berada dalam mesyuarat di SUK itu 30 Julai tengahari, boleh percayakah penulis ini?
Setahu saya setelah dilantik sebagai Ketua Penerangan Selangor dan duduk dalam Dewan Harian PAS Selangor kami tidak pernah sekali-kali membincangkan darihal isu mengekal atau menggugurkan ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimen PAS. Ternyata tohmahan ini sangat jahat dan cuba mengadu domba sesama pimpinan dalam PAS Selangor.
Saya tidak mahu mempertahankan sahabat-sahabat lain yang turut ditohmah,biarlah mereka menimbang perlu atau tidak melayan karektor umpama si penulis blog ini tetapi membabitkan tokoh ulamak seperti Dr Osman Sabran dan Ustaz Mohd Zain Abd Rahman dalam fitnah ini sangatlah jahat dan seharusnya memnyedarkan semua pihak betapa tidak bermaruahnya sipenulis ini.
Saya tidak berhajat mengulas panjang lagi cukuplah ayat Allah di atas sebagai panduan kita orang-orang yang beriman. Saya berharap si penulis blog ini memohon maaf dan bertaubat di atas tulisan fitnah beliau. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan di Selangor untuk memartabatkan Islam, janganlah orang seperti beliau menjadi penghalang dan pengacaunya. Berikan tumpuan tuenaga dan fikiran kita kea rah memantapkan jemaah dan mengibarkan panji-panji Islam.
Allah swt mengingatkan kita lagi dalam surah yang sama ayat ke 12:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
8 comments:
sabar tuan...
kalu tuan berada dipihak yg benar dan sentiasa bersabar dgn ujian yang mendatang, jgn bimbang...kerana ALlah pasti sentiasa bersama2 tuan.
Apabila telah datang kebenaran, maka lenyaplah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan akan lenyap jua.
Saya lebih percayakan saudara.Ada antara bloger2 yang bersifat jarum dalam lipatan yang mempunyai agenda tertentu bagi melaga lagakan kepimpinan Pas dan memecahbelahkan PR..
saya harap tuan dapat membuat tindakan menyaman 'tulang besi'. Ini adalah langkah terbaik untuk menegakkan kebenaran di pihak tuan. terima kasih.
-almansur-
barangkali kerana namanya tulang besi, hati pun dah keras macam besi. Hati yang keras mmg sukar dicari ubatnya. Saya skong 100% saudara roslan saman Tulang Besi.
Puak yang berhati busuk sentiasa berniat jahat untuk meleburkan kerajaan Pakatan diselangor
Semuga Allah memberi pertunjuk dan hidayah kepada mereka2 ini.
Tulang besi tu dah berkarat. kedai besi buruk pun takkan terima dia.
biarlah dia jadi besi buruk yang dah berkarat.
Jahatnya tulang besi ini tidak sudah-sudah. Masih tidak mahu mengaku kesalahan walau baru 'takut' dengan saman, dia tarik balik artikelnya yg tidak bertanggung jawab itu dgn alasan yg terkena dibahu org lain pula.
Apahalnya pula hendak tarik balik krn si 'pengirim surat' kata dah terlalu panas. Bukan tulang besi selalu bikin cerita panas yg merapu ke?
Post a Comment