Permatang Pasir kekal milik PAS
Politik Malaysia sedang pantas dilakar lanskapnya menuju ke suatu wajah baru. Akiteknya adalah rakyat Malaysia sendiri yang rata-rata muak dan bosan dengan oder politik lama yang didominasi BN.
Apakah rupa wajah baru itu nanti, belum dapat dipastikan secara tepat, yang nyatanya memang ia sedang ditukang ke arah suatu wajah yang sama-sekali baru dan berbeza. Apa pun yang jelasnya PAS merupakan suatu elemen penting dalam pembikinan wajah baru itu. PAS yang telah dewasa dan matang sepanjang lebih 50 tahun usia politiknya, hari ini dilihat memiliki kedudukan yang disegani dan dihormati masyarakat. Ia berjaya melahirkan kepimpinan yang berkualiti, berkaliber dan tidak mudah mengkhianati amanah rakyat.
PAS kini terbit sebagai satu-satunya parti politik yang dilihat mampu memunggah kredibiliti Umno dari sebuah parti eksklusif tempat bergantung orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Masyarakat sedar yang penguasaan Umno itu kini semakin longgar dan PAS pula muncul sebagai payung baru tempat bernaung orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Malah PAS semakin diiktiraf sebagai parti nasional yang disenangi oleh semua kaum dan agama.
Di Pulau Pinang panji-panji tunggal PAS terpacak megah di bumi Permatang Pasir. Kalau dahulu PAS bertahan sebagai sebuh parti pembangkang tetapi sejak 2008 lalu PAS adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Perkhidmatan dan jentera PAS serta inisiatif ADUN nya memang disenangi dan dihormati oleh masyarakat setempat termasuklah oleh lawan politik kerana PAS dapat terus bertahan di sana.
Oleh itu dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini berdasarkan rekod PAS serta prinsip perjuangannya saya yakin rakyat Pulau Pinang di Permatang Pasir akan terus berdiri di belakang calon PAS, iaitu Ustaz Salleh Man yang jika menang akan mewakili PAS dalam kerajaan Pualau Pinang di sana.
Ini bukan waktu untuk mencuba-cuba dengan menaikkan calon pembangkang, inilah masanya untuk rakyat Pulau Pinang menyatakan pada dunia bahawa jasa dan tenagag PAS relevan dan terus mahu digunakan.
Rugilah jika dalam keadaan PAS sebagai sebahagian dari kerajaan negeri di Pulau Pinang tiba-tiba kita merobohkan benteng yang ada dan gantikan dengan calon pembangkang. Rugi orang Melayu, rugi masyarakat Bumiptera dan rugilah umat Islam di Pulau Mutiara ini.
Ustaz Salleh Man adalah pilihan terbaik buat rakyat Permatang Pasir, pastikan PAS terus kekal di sana insyallah.
5 comments:
Salam hormat !
Persoalannya apakah benar Parti umno sedang berada didalam wad kecemasan kerana diserang virus H1N1?.tetapi yang jelas Trend rakyat hari ini sudah semakin menolak parti UBN,buktinya seperti yang diketahui umum mereka telah kecundang didalam banyak siri siri pilihanraya kecil sebelum ini,dan dipenghujung bulan ogos ini nanti sekali lagi kita akan dapat saksikan UBN berada diambang sakaratul maut.
DiPermatang Pasir akan sekali lagi dapat dilihat bagaimana periuk nasi umnoBN akan dimasukan pasir olih pengundi disana.Barapa banyak butir biji pasir itu tidaklah bolih menjadi ukuran akan tetapi apabila nasi bercampur dengan pasir maka tidaklah lagi bolih untuk menjamu selera,makanya fikirlah betul betul
agar tidak "over confident"....!
Bro ROslan,
Betul ke di Penang PAS sebahagian dari kerajaan negeri? Di mana wakil PAS dalam exco??
Kemenangan tipis PAS dulu dah menunjukkan tentang sokongan orang Melayu ...
Kalo PAS tak mampu nak kawal DAP, maaflah! Kerana UMNO mampu kawal MCA ...
Saya dulu pangkah Gobind SIngh. Tapi utk PRU yg akan datang saya tak tahu. Mungkin saya akan pangkah BN balik.
Sekurang2nya pemimpin2 MCA tak menghina Islam!!
memang mca tak hina islam,umno yang hina islam.
apa yang gah sgt pas 1 kerusi je gah sekampung, setongkol melingkup tanah org melayu, subahat dengan dap,buka mata tengok apa dah jadi d penang.
UMNO mampu kawal MCA? Anda bermimpi di waktu siangkah?
Post a Comment