Saturday, August 29, 2009

Joceline mengejar Taliban

Saya menerima SMS berikut sejurus selesai solat tarawih tadi yang berbunyi:

“Roslan dear I was right about your Taliban friend Nasrudin. Michael Learns to Rock not yellow culture la. Very mundane pop group. I think his serban too tight, constrict blood flow to brain.”

Kebetulan ada masalah teknikal dengan handphone saya lalu saya tidak dapat mengesan siapakah pengirim SMS tersebut. Namun dari gaya bahasanya saya dapat menduga dan pantas saya merujuk pada “name card holder” dalam kereta. Pengirimnya adalah wartawan kanan akhbar The Star: Joceline Tan.

SMS beliau merujuk kepada bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap konsert kumpulan Michael Learns to Rock yang dijadual diadakan di Arena of Stars Genting Highlands dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Joceline melabelkan Nasruddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS sebagai “taliban” maksudnya, ganas bagaikan taliban di Afghanistan.

Taliban adalah istilah popular yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan sesiapa sahaja yang bercadang membawa Islam yang pada pandangan mereka ganas, kasar dan ekstrim. PAS selalu menjadi sasaran dalam hal ini walaupun hakikatnya PAS adalah sebuah parti politik yang memohon kuasa melalui saluran demokrasi.

SMS Joceline ini mungkin sengaja mahu menjolok saya atau barangkali mahu bergurau senda. Tetapi saya tidak nampak humornya. Yang saya nampak adalah satu rangkaian ayat-ayat yang pedas dan menghina. Mengaitkan sikap Nasrudin dengan serba yang dipakainya bagi saya bukan lawak (sebelum ini pun Tok-tok Guru PAS sering dilontarkan serangan yang sama).

Saya membalas SMS nya:

“Very harsh choice of words i c”

(Saya melihat (anda) memilih ayat-ayat yang keras (pedas))

Dalam erti kata lain saya tidak berhasrat memanjangkan bualan memandangkan beliau memilih serangan yang sedemikian rupa. Namun beliau beri respon juga pada SMS saya:

“Still defending your Talibhan friend I see”

(Saya lihat (anda) masih mempertahankan rakan Taliban anda)

Saya tahu Joceline cuba memprovokasi saya, dan saya memang tak berhasrat membalas provokasinya dengan api, api dengan api tak ke mana. Yang jelasnya beliau terus menyindir dan merendah-rendahkan Nasrudin.

Bagi saya apa pun pandangan dan pendirian kita terhadap sikap Nasrudin dan rakan-rakannya dalam pimpinan Dewan Pemuda PAS, itu hak mereka. Masing-masing bebas menyuarakan pandangan dalam Malaysia yang bebas Merdeka ini, asalkan sahaja tidak menyalahgunakan hak tadi untuk mencetuskan pergaduhan, atau membakar emosi mana-mana pihak lain.

Lantas saya membalas kiriman SMS Joeceline itu:

“Defending ones right to an opinion be it from a taliban or Dalai Lama”

(Sekadar mempertahankan hak seseorang untuk memberi pandangan tidak kiralah ia taliban atau Dalai Lama)

Mungkin Joceline malas melayan saya lagi atau marah atau apa sahaja, tetapi setelah SMS saya ini beliau tidak lagi memberikan respon.

Begitulah realiti politik hari ini. Semakin menjadi kacau dan bisa. Yang penting kita terus istiqomah atas landasan atau orbit kita. Prinsip dan dasar tidak boleh digolok-gadai atau ditebus-jual. Biar apa orang kata, bagi kita hidup dan mati kerana Allah swt.

18 comments:

Anonymous said...

Harap tiada kena mengena dengan nama blog Roslam SMS kerana ni cerita dari SMS ke SMS.
MUHAHAHAHHA

Anonymous said...

hi Roslan,
i strongly believe d sms ur frend sent u was in confidence and not something to be published and blogged on for all and sundry. ur profesionalism shows. keep up ur good work man......

silent observer

Anonymous said...

Jocy tu kuda tunggangan umno or 'little yankee'atau 'skanky lapdog'...tak pula bersuara tentang taliban yang arak kepala lembu.......kantoi barua umno...

Master Lace said...

For you to openly reveal that the person criticizing Nasruddin is in fact Joceline, what does that make you? You just said its anyone's right to defend whoever they want be it the Taliban or the Dalai Lama no?

Rizal said...

Bro ROslan,
Good one!! Terkene dier ...

Anonymous said...

Apa agaknya sebab Pemuda PAS tak setuju dengan diadakan Concert itu? Malah tiap hari setiap tahun mereka mengadakan show-show yang lebih dari itu. Bahkan dia orang judi 24 jam sana. Mungkin ada juga yang sahur di sana? ;) Mungkin sempat juga terawih? ;)

Michael Learns to Rock dulunya kumpulan belia dan sangat menghiburkan, apa agaknya Pemuda nak timbulkan?

Kalau judi tak disetujui, tak payah sembunyi-sembunyi lagi dan pura-pura!

Nanti ikut main kepala sapi! ;)

mohd sayuti omar said...

Sdr Roslan saya sering kali menujmpai tulisan sdr yang mengulas (balas) tulisan wartawan kanan berkenaan. Apakah sdr sedari dalam tak sedar sdr berbuat demikian sdr sudah teperangkap dalam jeratnya. Balasan sdr memberi publisiti menyebabkan orang yang tidak tahu menjadi tahu dan seterusnya mungkin berfikir dan akhirnya merasakan apa yang dikatakan oleh wartawan itu sebagai benar. Sebab itu pada saya dalam hal ini lebih baik sdr tidak menyentuhnya ataupun membuat apa-apa ulasan. Lebih baik lagi sebaik sdr menerima sms dari wartawan berkenaan usah dibuka terus saja delete. Jadi sdr tidak tersentuh atau pun kesal yang kemudian menyebabkan sdr menjawab dan dengan jawaban itu sdr menyebarkan sesuatu yang tidak sewajarnya. Salam.

bungled said...

Saudara ada menonton MLTR di TV/MTV? Kumpulan ini tak pernah mengguna perkataan kesat, atau perkataan lucah atau menonjolkan perwatakan sex, biadap, tidak senonoh dll. Yang ada cuma lagu2 nada perlahan dengan tema sedih/ sentimental.

Saya cukup terkilan bila kumpulan ini dituduh tidak bermoral dan merosakkan akhlak.
Sebelum menudung jari Pemuda PAS dinasihati supaya memberi penjelasan rasional dan buktinya sekali.
Jangan bertindak atas anggapan bahawa penyanyi/kumpulan bukan tempatan cuma berniat menghancurkan moral. Ini tindakan melulu.

Anonymous said...

Roslan

Apasal tak ada komen pasal isu Lembu di Shah Alam???

Kalau karakatur menghina nabi di Denmark menjadi isu besar bagi saudara 2-3 tahun yang lepas, apa komen pasal beberapa kerat penduduk Islam menghina agama Hindu di Shah Alam.

Dr Hasan pun diam sahaja... apasal???

KK

Rizal said...

Aiks??
Pak MSO pun reply sini? Abis tu Pak MSO yg berbalas sms dengan Husam Musa publish kat blog dia tu aper cer ?? adehhhh ... dunia macam2 ...

Bro Roslan,
Good work! I will suggest Aunty (Joceline) Tan to watch Chocolate Movie by Yasmin Ahmad ... her character is exactly the same as the old Aunty in the movie ... hahahahhaha ....

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

Tukang angkat (jack line) atau pun tukang ampu memamg wujud dimana mana.Dalam agama kata "jika pun satu satu perbuatan itu salah namun disebabkan atas asas berada dalam kedudukan satu kaum maka kaum tersebut akan tetap mempertahankannya, olih itu ianya dipanggil dengan panggilan Assyobiah..."fikir fikirkan !

John Matthew said...

saudara roslan,

saya rasa tulisan saudara ini wajar. menyedarkan saya akan realiti keadaan di malaysia.

ada yang gagah menerangkan islam kepada semua, ada yang goyang kaki. saya pilih yang gagah.

selamat berpuasa saudara roslan...selamat bersms...hehehe

Muhamed Abdullah said...

Bro Roslan,
Konsert tu di buat di genting hglands, patutnya suarakan bantahan utk ttup pusat judi tu dulu..hehe

Md Nasir@Nasiri said...

kepada saudara-saudara seislam yang kata "buat bantahan kpd pusat judi dulu, baru banntah konsert..."

saya kata "kalau kita tak upaya tutup lubang besar, tutup lubang yang kecil dulu. Dalam masa sama teruskan usaha utk menutup lubang besar..."

Lagi pula, takkan begitu rendah kefahaman. kita bantah dan terus membantah...sejak dulu sampai sekarang.. Namun yang bagi lesen dan buat keputusan ditutup atau tak ialah kerajaan...itu lah sebab pun PAS berusaha untuk menjadi kerajaan...supaya usaha-usaha ini lebih berkesan...

tak perlu la bagi hujah kump rock tu baik, lirik bagus, lagu sedih, etc etc...kenyataan ini tidak realistik dan tak bijak..bila kata konsert, tak kan tak tau suasananya mcm mana...tambah2 bulan ramadhan ini..!!!

kalau anak anda kaki clubbing dan tiap-tiap malam mabuk, adakah anda setuju kalau saya kata:

"usahakanlah untuk tutup kelab itu dulu atau paling kurang minta club tu tak jual arak kpd anak anda..jangan la bantah anak anda pegi clubbing dan minum arak..."

tiada istilah "cegah ini dulu, yang itu kemudian" dalam mencegah mungkar...

Kenyataan sdr Muhammad Abdullah seolah-olah bermaksud PAS tidak pernah menentang pusat judi terbesar itu..nampaknya anda keliru dan tidak mengikuti sirah perjuangan PAS...

Anonymous said...

Dilema,
Kalau tak bantah dikatakan dayus/pondan. Bila bantah dikatakan taliban.Baik bantah tetapi secara hikmah dan sopan, itu pun kena tengok impaknya. Kalau nak bantah semua, tu iklan kat TV jenuh nak condemn. Kita ambil route yg berlainan tetapi matlamat tetap sama, yg penting rahmat Allah dlm usaha kita di dalam rintangan dan cabaran besar duniawi hari ini.Ambil keputusan secara consensus selepas bincang panjang, buka keputusan seorang utk tonjol diri.

Green Peace

sketsa sebuah perjuangan said...

yes... I really agree with parazy and the last anonymous. standing right Ok!

Anonymous said...

Kadang-kadang kita haraplah jangan sangat melampau dalam apapun, dan dengan akal, kurnia Allah, kita mementingkan kebaikan yang menguntungkan segi rohani dan jasmani. Dengan adanya forum macam ni tak kisah keluhan melampau atau sederhana, ada saja yang akan memoderasikan, bagi faedah semua!

Kita jauhilah daripada hanya satu pendapat. Kadang-kadang pendapat yang terburuk sekali akan menimbulkan pendapat yang akan memoderasikan dan dengan demikian timbullah hikmah. ASALKAN jauh sekali-kali HANYA satu pendapat!!!

Utamakan kurnia Allah, iaitu AKAL dan kita akan patuh dan akur kepada kehendakNYA!

Oleh itu, apasal dengan sistem pendidikan kita sekarang atau yang akan datang dengan PR?

Selamat Puasa.

-AnonymousE-

Ahmadkmz said...

Menteri agama pun dah ulas, tak patut buat konsert tgh Ramadhan..

pakai serban dpt pahala, tak sunat mungkin dpt bala...

huuhuhuh