Pengamatan Ustaz Hashim Jasin
Setiapkali saya berpeluang mengikuti kuliah atau ceramah Ustaz Hashim Jasin (ADUN Sanglang/ ahli majlis syura ulamak), saya akan beri sepenuh perhatian kerana saya dapati isi penyampaian beliau yang acapkali disampaikan dengan gaya bersahaja selalunya padat dan penuh pengajaran.
Baru-baru ini semasa mengulas kertas kerja Ustaz Dato’ Harun Taib dalam himpunan memperingati Jubli Perak Kepimpinan Ulamak di Taman Melewar, sekali lagi penyampaian Ustaz hashim yang walaupun sekadar 10 minit sungguh memberi kesan sekurang-kurangnya pada saya dan saya percaya begitu juga pada mereka yang hadir.
Pada hari itu beliau mahu menggambarkan kesan langsung kepimpinan ulamak terhadap PAS. Beliau ambilcontoh dua peristiwa yang berlaku dizaman Saidina Omar al Khatab r.a yang saya yakin kita semua telah tahu akan kisahnya.
Pertama tentang kisah anak gadis yang menegur ibunya dalam kes mahu menokok air ke dalam hasil susu. Ringkas cerita si ibu mengatakan Omar tidak nampak, lalu kata ana gadisnya Tuhan Omar nampak. Kedua tentang kisah gembala kambing ditengah padang pasir yang mahu diuji Omar. Omar pinta agar sigembala menjual seekor kambing kepadanya sedang sigembala tidak mahu kerana tidak diketahui tuannya. Kata Omar jika ditanya tuannya katakana sahaja kambing itu dimakan serigala. Sigembala memberitahu yang beliau takut Tuhan akan tahu.
Apa hubungannya dengan kepimpinan ulamak? Inilah generasi yang dibentuk secara langsung oleh Rasulullah saw dan diikuti oleh Abu Bakar dan Omar yang masing-masing ulamak tersohor belaka.
Kata Ustaz Hashim beliau melihat dua peristiwa besar turut berlaku sejak PAS mendakapi konsep kepimpinan ulamak. Apabila ulamak menjadi teraju dan usaha tarbiyah dipertingkat serta diperluaskan.
Petama sejak 1983 sehingga kini, lebih 25 tahun, tidak lagi berlaku dalam sejarah PAS mana-mana ADUN atau ahli parlimen melompat, berpaling tadah, meninggalkan perjuangan dan menyertai musuh. Baik semasa PAS menang besar atau sekadar bertahan dengan beberapa kerat kerusi. Sebelum 1983 khasnya di tahun 60an memang ada, tetapi pasca kepimpinan ulamak, memang tiada.
Kedua selepas PRK Pengkalan Pasir, apabila kerajaan PAS Kelantan sekadar bertahan dengan majoriti 1 kerusi, berbagai cabaran dan dugaan dilalui oleh PAS ketika itu, namun PAS berjaya kekal bertahan memerintah Kelantan sehingga tamat penggal, setiap ADUN yang ada istiqomah bersama PAS!
Sebagaimana kisah Saidina Omar tadi bagi Ustaz Hashim peristiwa ketahanan dalaman PAS ini adalah hasil suntikan dan gerka-kerja ulamak yang dicerana dari konsep Kepimpinan Ulamak yang dilahirkan. Ia tiada didapati dalam mana-mana parti lain dalam negara. Mungkin akan ada yang mempertikaikan pandangan Ustaz Hashim tetapi bagi saya, ia sesuatu yang benar dan cuma dapat dirasai oleh mereka yang tulus dan ikhlas dalam melayari perjuangan ini.
Teringat saya Tuan Guru Presiden pernah memberitahu bahawa seorang ulamak besar di Iran (yang walaupun bermazhab Syiah) menyatakan kekagumannya terhadap PAS, sebab apa, sebab dapat terus mengekalkan kepimpinan ulamak dalam keadaan kebanyakkan gerakan Islam dunia tiada lagi dipimpin oleh ulamak.
Semoga kepimpinan ulamak terus menjadi teraju dan tonggak PAS sampai bila-bila.
7 comments:
setuju...
malah secara peribadi saya mendoakan agar PAS terus berada dalam kepimpinan para ulama.
namun yang amat membimbangkan saya ialah telah mula wujud wajah-wajah pemimpin dalam PAS yang dibayangi oleh sikap kebonekaan si A atau si B atau si C. malah yang paling mengecewakan, si A atau si B atau si C ini pernah menjadi musuh yang terang lagi bersuluh kepada PAS. karektornya juga kini, kadang2 agak diragui.
apa2 pun...selamat berjuang untuk PAS. saya doakan kalian 'pas'(lulus) dengan ujian Allah ini...
Susah juga nak pilih Tim. Presiden ni. Sapa dia ulama' ye? Semuanya bukan ulama'. Pasal apa Dato' Harun Din tarik diri? Kalau tidak boleh undi dia...
saudara
saya berpandangan seperti itu juga..istimewa PAS kerana inginkan ulama membawa organisasi ini utk terus pacu mengikut arus Islam.walaupun kita melihat ada individu yg cukup tidak selesa bila kepimpinan ulama ini dikekalkan.kerana kemenangan Islam itu makin hampir..mudah2an Allah menapis hamba2nya yg berada dalam sof Jemaah kita..dan diberi kekuatan fizikal dan mental kepada mereka yang betul2 tulus dan mulus utk berada dalam sof perjuangan islam..amin...
Salam abg Roslan,
Kes, Ustaz Nakhaei masuk UMNO tu tahun bila?
Ustaz2 yang masuk UMNO pastu jadi PAS semasa debat olok2 PAS-UMNO dulu tahun bila?
Tak silap diorang tuh dari dewan2 ulama PAS Kelantan dan Terengganu..(dipecat kot)
Ustaz Rockers pun prob sekang ni.. dan Zulkifli Nordin yang pernah pegang YDP PAS bandar tun razak, masuk kem keadilan.. Mungkin banyak maklumat dia tahu dalam PAS yang dia bagitau pimpinan PKR. Dia terang2 langgar Bai'ah. Atau Zul tu tak pernah Bai'ah?
TGHA penah cakap, yang langgar bai'ah ni bakal kena bala..
Salam adinda Ibnu Ali
Nakhaei menyertai Umno tanpa membawa kerusi Parlimen atau DUN kerana beliau bukan wakil rakyat. Yang Ustaz hashim maksudkan adalah dari kalangan ahli parlimen dan ADUN .........yang lain itu terima kasih atas pemerhatian dan pandangan sdr.
SEMOGA PAS dilindungi oleh ALLAH daripada tersesat perjuangannya.
SEMOGA ALLAH memelihara LIDAH para PEMIMPIN PAS.
SEMOGA ALLAH memberi KEMENANGAN kepada PEMIMPIN PAS yang BETUL-BETUL IKHLAS PERJUANGAN DEMI AGAMA dan bukan kerana di PERGUNAKAN oleh PIHAK LAIN.
SEMOGA ALLAH menjauhi rakyat MALAYSIA daripada FITNAH yg tersebar tanpa BUKTI.
SALAM BANG,
saya setuju dengan tulisan dan pandangan abang serta ulama syiah di iran tu, saya melihat sendiri dari pengamatan dan analisis saya beberapa contoh terdekat saudara kita dari PKS, Allah bagi peringantan pertama adalah kerana dasar ulama' mereka digantikan dengan dasar liberal dan moderat, orang-orang protaz yang memenuhi pimpinan , nah langsung apa yang terjadi adalah kehancurah , itulah bahayanya fikiran moderat yang susah untuk menerima roh ulama, tgna dikagumi lawan dan kawan kerana sifat khuduk dan merendah dirinya, lihat saja kehidupannya , inilah kekuatan dalaman pas berbanding gerakan2 lain walaupun banyak kelemahan pas, teruskan kekalkan orang-orang seperti ini, jangan biarkan ia ditukar walau sekali kerana ia akan mengundang padah , saya lihat banyak pimpinan atasan telahdimasuki oleh golongan ini, pas mesti berhati2 , jangna biar ust yang berumah besar hingga xtentu hala, kereta mewah bagai nak gila hingga lupa rakyat xmakan, ini lah yang akan menyebabkan hancurnya islam, jangan kita halalkan sekali2 pemilikan harta, biar kita dengar pimpinan tidak makan kerana beri rakyat makan! allahuakbar!
Post a Comment