Polemik tentang perlu atau tidak bekas Setiausaha Agung PKM (Parti Kominis Malaya) Chin Peng 85 dibenar pulang terus bermain di media. Ini ekoran keputusan mahkamah yang tidak membenarkan anak kelahiran Setiawan, Perak ini pulang ke tanahair kerana gagal mengemukakan sijil bukti kelahiran beliau. Ekoran itu kerajaan Pusat pun mengumumkan bahawa Chin Peng tidak akan dibernarkan pulang ke tanahair.
Chin Peng atau nama asalnya Ong Boon Hua memang telah melakar sejarah yang tersendiri. Yang umum tahu bahawa beliaulah Setiausaha Agung PKM sehingga ia dibubarkan berikutan perjanjian Haadyai pada tahun 1989, beliau mengetuai PKM dalam Perundingan Baling bersama delegasi Almarhum Tunku pada tahun 1955 dan bahawa semasa Darurat 1948-60 beliaulah mengetuai kekuatan PKM betempur dengan Biritsh dan kemudiannya anak-anak Malaya yang Merdeka.
Tetapi beliau juga sebenarnya pernah bertempur bersama British menentang penjajahan Jepun. Beliau terlibat dalam MPAJA iaitu Tentera Malaya Anti Jepun dan membantu pasukan gerila komando Biritish “Force 136” dalam menghapuskan pusat kekuatan tentera Jepun.
Itu semua sejarah. Dan malah kini segala hasil tulisan, catatan dan memoir para pejuang tanahair yang menggunakan sepanduk PKM ini termasuklah Regimen ke 10 tidak lagi diharamkan dan boleh didapati dipasaran. Ramai yang hadir pada hari ini khasnya yang lahir tahun 80an mungkin tidak pernah terdedah secara langsung dengan peristiwa yang membabitkan PKM ini samada ketika Darurat 1948-60, serangan gerila mereka selepas itu, termasuklah dalam bandar sekitar 70an sehingga meletupkan sebahagian Tugu Negara, melontarkan grenade kepada Pasukan Polis Hutan yang sedang berkawat di kem mereka di Flet Pekeliling (ketika itu – Briged Tengah kalau tidak silap saya), membunuh KetuaPolis Negara dan Ketua Polis Perak dan lain-lain.
Mungkin ramai boleh melupakan tindak-tanduk PKM ini, melupakan kerana tidak pernah ingat pun atau kerana perkara itu tidak melibatkan mereka dan keluarga mereka secara langsung. Saya perhatikan memang ramai boleh melupakan tetapi tidak ramai boleh memaafkan. “Many can forget but not many can forgive”.
Saya memang minat untuk menyelami prinsip dan perjuangan mereka. Kebetulan ayah saya terlibat dalam operasi memutihkan Kajang pada tahun 50an yang ketika itu merupakan kawasan hitam, lalu banyaklah cerita yang saya kaut dari beliau. Saya terpesona bagaimana mereka ini sanggup lari ke hutan, lari dari tekanan British dan mengangkat senjata menentang British walaupun dengan kekuatan yang amat minima.
Mereka memang hebat, azam mereka kuat, disiplin mereka tinggi tetapi malangnya mereka menganut fahaman kominis. Hampir setiap buku dan karangan mereka ini termasuklah dari para pengulas dan penganalisa serta pengkaji saya beli dan baca. Buku Chin Peng, buku Rashid Maidin, Abdullah CD, Suriani Abdullah, dan lain-lain termasuklah Memoir Shamsiah Fakeh (yang kebetulan sempat saya jumpa dan temuramah untuk WTV8 sebelum beliau meninggal dunia) dan buku karangan CC Chin dan KarlHack: Dialogues with Chin Peng . Terbaru saya sedang membaca buku “Fong Chong Pik: The Memoirs of a Malaysan Communist Revolutionary.
Apa yang saya dapati mereka ini semua yakin dan percaya bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan tanahair dan apa yang berlaku sehinggalah PKM dibubarkan itu adalah sah (legitimate). Tidak saya baca sesiapa pun yang menyesal atau kecewa kerana terlibat berperang sesama kitakhasnya setelah British berambus dan kita merdeka pada tahun 1957.
Kita boleh melupakan tetapi siapakah yang akan memaafkan darah dan airmata mereka di sebelah sini. Tentera, polis, orang awam, petani, nelayan, rakyat biasa yang terkorban, menderita akibat kepercayaan mereka(PKM) bahawa perjuangan bersenjata sahaja yang dapat memerdekakan Malaysia buat kali kedua dan bernaung di bawah panji-panji kominis.
Saya simpati dengan Chin Peng kerana pada usia lewat 80an pasti beliau rindu akan kampong halaman dan sanak-saudaranya. Tetapi saya tidak tergamak untuk menyokong beliau kembali ke tanahair sebagaimana rakyat biasa, kerana apa yang telah beliau dan rakan-rakannya lakukan terlalu pahit dan tidak dapat dimaafkan.
Biarlah mereka ini kekal sebagai satu pengajaran buat semua kita. Baca dan fahamilah perjuangan mereka tetapi selamilah juga hati dan perasaan kaum-keluarga dan mereka yang terlibat secara langsung memastikan Malaysia tidak sekali-kali menjadi Vietnam, Korea Utara atau Kominis Cina.

9 comments:
komunis kan anti Agama.. anti Islam... Takan pas sokong org mcm tu.... udah2 lah tu... sebab umno tolak chin peng balik... then pas lak sokong chin peng... then dap sokong chin peng..pas sokong gak... mcm tak ade pendirian aje...
Salam hormat !
Sebagai bekas tentera saya ingin memamarkan dan berkongsi cerita benar mengenai penglibatan diri saya sendiri.Diawal tahun 1980an, saya bersama sama dengan anggota pasukan lain turut dikerah untuk membuat operasi ketenteraan bagi mengawasi keselamatan pembinaan lebuhraya timur dari Jeli Kelantan ke Grik Perak.Kami bersilih ganti keluar masuk dikawasan yang masih hitam ini kerana sering diganggu kekacauan Komunis,setiap pergerakan terbatas tidak bolih sewenang wenangnya untuk kemana mana lokasi tanpa ada di 'escort olih fire x car".Semasa tidur pun mestilah mendakap senjata seumpama bini kerana mengambil langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan.Apa yang sempat dirakam dan dilihat cebisan bara api yang masih berasap dan panas kesan tembakan yang dilepaskan olih pasukan komunis ini yang menyerang hendap kenderaan kenderaan tentera yang membawa bekalan makanan,kami sering pasang telinga dan sering dengar ada sahaja anggota tentera yang terkorban diwaktu itu. Tetapi alhamdulillah kerana saya sendiri tidak diketemukan bertempur secara bersemuka namun begitu saya amat bersimpati dan faham akan betapa azab sengsaranya yang ditanggung olih sahabat sahabat seperjuangan. Ada kini yang masih hidup tetapi terpaksa menerima kecacatan kekal seperti kudung kaki,tangan dan lain lain anggota badan dsb.Untuk kesah selanjutnya dipersilakan blog saya.tk
assalamualaikum,
sy mungkin belum dilahirkan ketika semua sejarah ini berlaku tapi sekadar ingin mengutarakan kemusykilan saya.
Memang tidak dapat dinafikan sama sekali kekejaman PKM yang membunuh orang awam dan nyawa2 yang tidak berdosa. Perjanjian damai pun sudah dimeterai. Tetapi kenapa hanya bekas2 orang PKM yang Melayu sahaja (Samsiah Fakeh, Abdullah CD dll.) dibenarkan pulang ke Malaysia? Kenapa Chin Peng tidak boleh pulak? Kenapa ada 'double standard'?
Dan dalam Islam, sedangkan Nabi pun maafkan umatnya. Mengapa tidak kita maafkan mereka? Kenapa perlu berdendam? Tidak pernah rasanya Nabi mengajar kita begitu..
Assalamualaikum :
Pada pandangan saya yg kurang merilmu ni, sebenarnya pkm atau MPAJA telah di pergunakan oleh pihak british utk menentang jepun ..pihak british tahu bahawanya org-org cina pada ketika itu sangat memusuhi jepun ,dengan ini pihak british telah mengambil kesempatan.
Setelah Jepun tewas , pihak british merasa pkm menjadi saingan mereka..kerana pkm juga memainkan peranan penting dlm mengusir keluar tentera jepun dari Malaya . Selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah mempunyai kesedaran diri .... telah merasakan ,telah tiba masanya pihak british keluar dari bumi malaya , tetapi Pihak british enggan dan ingin berkuasa semula , kali ini dengan bentuk baru .
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Adakah ini satu konspirasi atau alasan pihak british utk menghapuskan pkm kerana disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
Kini timbul pula persengketaan antara pkm dgn pihak british, dan seperti biasanya pihak british akan mencari mangsa utk dipergunakan ,dan mangsanya kini sudah pasti adalah bangsa melayu itu sendiri.
Sekiranya pkm tidak menganuti fahaman komunis sudah tentu jalan ceritanya berbeza...!!!
Sekiranya Setiausaha Agungnya bukan Chin Peng yg berbangsa cina tetapi ustaz-ustaz yg berbangsa melayu sudah tentu jalan cerita nya berbeza....!!
Sekiranya nama pkm itu bukan nya parti komunis Malaya tetapi parti keamanan Malaya sudah tentu jalan ceritanya berbeza...!!
Itu semua tinggal sejarah....
Mereka-mereka INI ibarat Permainan Catur...,dimana pihak british , jepun dan PKM adalah pemainnya .....,pkm ,askar melayu, polis melayu,mpaja, komando Biritish “Force 136 ,dll adalah buah caturnya....
Rakyat adalah penontonnya..raja-raja adalah tetamu istimewa yg diberi tempat khas di suatu sudut, dan akhir sekali tanah melayu ini adalah papannya.....
PEMAIN yg pandai menarik perhatian para penonton sudah pasti mendapat perhatian......
Sekian wassalam..
Asm One:
Untuk makluman anda hanya Shamsiah Fakeh sahaja yang dibenar pulang tetapi kes Shamsiah berbeza dengan mereka yang lain yang anda sebutkan. Shamsiah berada di Negara Cina dan pulang ke tanahair dari sana setelah menerima kebenaran dari kerajaan pada tahun 1994.
Sila rujuk memoir beliau dan snda akan dapati bahawa Shamsiah dan suami sebenarnya telah dipecat keahliannya dari parti kominis seawal 1972, bermakna beliau bukan lagi seorang ahli sejak dari itu.
Abdullah CD dan isteri serta yang lain masih berada di Kem Sukhirin Selatan Thai (Allahyarham Rashid Maidin meninggal dunia di sana).
Jadi ini bukan kes perkauman tetapi kes ideologi dan perjuangan.
Sebagaimana saya sebutkan saya pun simpatu dengan nasib mereka tetapi kenapa kita tidak boleh memaafkan mereka......saya sebutkan apa yang eliau dan rakan-rakannya lakukan terlalu pahit dan tidak dapat dimaafkan.
Memang Nabi maafkan umatnya tetapi ia bukan syarat umum, ada disclaimer di sana...........wallahualam.
Salam saudara roslan,
Saya bersetuju dengan saudara. saya yakin ramai yang tidak dapat lupakan apa yg PKM dah buat. Bila tengok filem Bukit Kepong ramai yang panas hati.
poksu apa khabar? lama x jumpa...
Ini Apa yang saya dapat dari perbahasan oleh MSO terhadap bahaya seriusnya jika "RAJA IDEOLOGI KOMUNIS MALAYSIA" ini pulang ke Malaysia....
Begitu bahayanya terutama jika jenazah chin peng berjaya di semadikan di bumi malaysia ini.
Maka akan terpacaklah satu bukti lagenda fahaman yang bahaya terutamanya umat Islam di Malaysia.
Bayangkan anak muda kita yang beratus ribu boleh menerima ideologi bebas sekarang ini, dibimbangi mereka akan menjadikan bukti persemadian chin peng di bumi kita ini sebagai memupuk kekuatan mereka untuk memeluk ideologi komunis pula.
Ijtihadlah wahai ulama dan professional Islam. Pasti kamu akan jumpa kesan buruk yang nyata.
salam bang,
saya nak minta abang komen tentang gerakan membantai husam oleh bloggers dan bloggers yang pro husam yang kini berbalah sama mereka, ini bakal memberi kesan pada pemilihan nanti. wsalam
Salam,
Abang saya Juruteknik JKR d Gerik semasa pembinaan Lebuhraya Gerik-Jeli.
Katanya, yg menghairankan bila ade convoy tentera atau 'field force' masuk ke hutan, dan-dan akan tersiar oleh 'radio kominis' - Selamat datang Tuan Polan Bin Polan dan kumpulan.
Siapa yg beritahu 'radio kominis' ni ?
Dalang ini masih ujud ?
Kemungkinan inilah juga dalang yg mahukan Chin Peng balik !!!
Nani Cheras
Post a Comment