Friday, May 08, 2009

Kekusutuan di Perak tidak akan terlerai kecuali…………….

Disaat BN Perak main politik pintu belakang dengan menculik kerajaan negeri yang sah di Perak dari tangan rakyat, kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku ke atas negeri itu.

Peristiwa semalam memang sudah diduga. Walaupun Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat berusaha membentengi hak rakyat namun apakan daya, ternyata politik pintu belakang yang tidak bermaruah itu mengatasi segala-galanya. Akhirnya berlakulah apa yang berlaku semalam.







Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka, Speaker Dewan diangkut dengan cara yang sangat tidak bertamaddun. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, bangunan Dewan Undangan Negeri, yang sepatutnya merupakan institusi perundangan tertinggi negeri dan simbol demokrasi serta mercu suara rakyat, dikepung dan dikawal seolah mahu berlaku rusuhan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri itu sendiri, yang merupakan dewan persidangan untuk wakil-wakli rakyat yang diberi mandate oleh rakyat dipenuhi oleh anggota keselamatan sehingga melebihi bilangan anggota dewan!

BN kata PR mencetuskan suasana yang memalukan negara, PR pula menuduh BN. Hakikatnya politik pintu belakang itulah puncanya.

Apabila berlaku kegawatan dan kekalutan darihal mentafsir mandate sebenar rakyat, maka tiada cara dan usaha lain yang boleh menyelesaikannya selain menyerahkan kembali kepada rakyat jua. Benar kita ada mahkamah namun operasi mahkamah untuk meleraikan kekusutan ini akan memakan masa yang sudah pasti merasah dan merugikan rakyat. Malah pihak Majlis Peguam sendiri pun mengusulkan bahawa forum terbaik untuk meredakan kekeruhan krisis Perak ini hanyalah melalui rakyat iaitu dengan membubarkan dewan dan menaggil pilihan raya baru.

Semua pihak perlu akur akan hakikat ini. Ini bukan soal menyokong dan memihak kepada BN atau PR, tetapi ini adalah untuk meletakkan suasana itu kembali kepada tempatnya. Saya percaya jika ini berlaku, kalau ditakdirkan BN yang punya majoriti maka rakyat akan terima begitu juga jika ditakdirkan PR yang punya majoriti, rakyat juga akan terima. Yang rakyat tolak adalah apabila hak mereka untuk memilih dan menentukan kerajaan dirampas dan dicabuli sebagaimana yang berlaku hari ini melalui politik pintu belakang.

Serahkanlah kepada rakyat untuk memutuskan apa yang baik buat mereka.

6 comments:

Dood said...

Bro,

Ini bukan kali pertama negeri diculik bukan semasa pilihanraya umum kan? Dulu kenapa tak ganas dan kusut macam ni?

Ada idea?

madkri said...

Kepada penyokong PR Perak pandang2lah sama kat Istana raja tu,takut UMNO culik Sultan pulak jika Tunku nak istiharkan DUN Perak dibubarkan.

DTECCONAN said...

nak tunggu siapa bubarkan Dun, sultan? jangan harap ler

akur jer la PR jadi pembangkang, itula siapa suruh tak jaga wakil rakyat sendiri elok2

hentikanlah semua sandiwara politik ni

Anonymous said...

berdoa banyak2 dan buat la semayang hajat banyak2 kat ipoh tu....

Anonymous said...

Yang si siva ni pulak pegi buat report polis,padahal polis tu lah yang angkut dia keluar.Takkan menangnya sebab umno dah perkuda semua..

Anonymous said...

Kenapa raja raja rela diri mereka di perbodohkan?