Sunday, May 24, 2009

Gantung wakil BN Selangor tetapi tidak elaun mereka

Akhbar The Sunday Star hari in menyiarkan bantahan penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap cadangan untuk menggatung elaun Khir Toyo (ADUN Sg Panjang) dan empat orang ADUN BN Selangor yang lain kerana beberapa kesalahan melibatkan gagal menghadiri sidang SELCAT dan menghina DUN Selangor. Sebelum itu ahli parlimen Puchong Geobind Sing Deo turut menyuarakan bantahan yang sama.

Dari segi prinsipnya saya bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor yang akan mencadangkan kepada DUN Selangor agar menggantung keahlian ADUN Sg. Panjang, Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo selama 12 bulan kerana gagal menghadirkan diri pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Mac lalu. Begitu juga cadangan hukuman terhadap empat orang ADUN BN yang lain kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh integiriti SELCAT yang ditubuhkan oleh DUN Selangor.

Keempat-empat ADUN Sabak Bernam, Hulu Bernam, Dengkil dan Batang Kali itu digantung selama 6 bulan.

Walaubagaimanapun bagi saya cadangan menggantung elaun ADUN mereka selamatempoh penggantungan itu adalah terlalu ekstrim dan sebaik mungkin dielakkan sahaja. Saya masih ingat semasa ADUN Sg Pinang Teng Chang Khim (kini Speaker DUN Selangor) digantung oleh DUN Selangor yang dikuasai BN dahulu iaitu selama 30 bulan (penggantungan yang paling ekstrim dalam sejarah badan legislative dalam negara-negara Komanwel!) termasuklah elaunnya yang digantung selama 18 bulan, PAS antara yang vokal membantah.

Saya masih ingat PAS Selangor menganjurkan ceramah “Solidariti Bersama YB Teng” di Markas PAS Kg Wak Libon, di Sg Pinang, Kapar yang turut dihadiri Dr Halimah (kini EXCO Selangor) dan Teng sendiri. Kita menganggap menggatung elaun seorang wakil rakyat itu seolah merampas hak rakyat kerana rakyat yang memilih mereka sebagai ADUN.

Mungkin menggatung keahlian mereka di dewan itu hak DUN kerana kesalahan yang dilakukan oleh ADUN berkenaan, akan tetapi elaun mereka adalah hak mereka kerana menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Meskipun berbeza fahaman politik, saya merasakan yang rakyat berhak diwakili oleh ADUN pilihan mereka jika pun tidak sampai ke peringkat menyertai sidang dewan sekurang-kurangnya mereka masih ada ADUN yang berperanan diperingkat kawasan masing-masing.

Dalam hal ini, kerajaan Pakatan Rakyat perlu dilihat lebih adil dan tidak zalim dan tiada berperi kemanusiaan sebagaimana kerajaan BN dahulu. Jika Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati kelima-lima mereka bersalah, mereka wajar dihukum akan tetapi tidaklah sehingga mereka dinafikan dari elaun mereka. Saya kira DUN Selangor perlu menyemak semula cadangan ini dan seboleh mungkin elakkan dari mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh BN dahulu sehingga menjadikan mereka kerajaan yang zalim dan tidak popular. Kita menang atas tiket adil dan bersih dan kita mesti dilihat begitu setiap waktu.

Sila lihat posting saya di blog ini bertarikh 1 Ogos 2005 dahulu berkenaan penggatungan Teng:

http://n32.blogspot.com/2005/08/teng-menjadi-mangsa-dun-selangor.html

2 comments:

Anonymous said...

adakah kenyataan saudara telah dibincangkan dalam badan perhubungan pas negeri selangor iaitu bantah tindakan terhadap khir toyo itu .

apakah zalim yang dimaksudkan oleh sdr dengan cadangan Dun Selangor itu

dan kenapakah pihak luar dewan begitu berminat mencampuri urusan dun selangor yang hanya baru peringkat cadanagn dan bakal dibahaskan kelak.

t.k.

sembang haroki said...

dalam kes ini aku berpendapat sama dengan roslan sms, kezaliman tidak boleh ditangani dengan kezaliman. oleh kerana mereka pernah lakukan kepada yb Teng, kita pun melakukan sebagaimana mereka lakukan macam dailog filem hindi(dsai minat cerita hindi), "oleh kerana kau bunuh bapak aku, aku bunuh bapak kau".

orang pas yang sokong tu, apa hujah syarak mereka. mungkin geng erdogan, yang membenarkan amerika gunakan bumi turki menghancurkan Iroq!!! guane ghamok TGNA?