Monday, May 25, 2009

Roslan SMS Corner kini berusia 5 tahun

Saya sendiri sebenarnya tidak perasan sehinggalah dimaklumkan oleh seorang sahabat, bahawa pada tanggal 20 Mei 2009 lalu, blog saya Roslan SMS Corner telah berusia 5 tahun! Alhamdulillah saya terus dikurniakan kekuatan untuk berkongsi pandangan dan isi hati diruangan ini.

Saya masih ingat 5 tahun lalu, ketika itu baru sahaja PAS menerima kekalahan teruk dalam PRU ke 11. Ia kalah di Terengganu setelah memerintah cuma 1 penggal dan hampir kalah di Kelantan, sekadar bertahan dengan majoriti dua kerusi (kemudiannya dikurangkaan dengan 1 kerusi). Kekuatan yang baru dibina di Selangor, Perak dan Pahang pada PRU 1999 lenyap sama-sekali.

Disaat Allah swt menguji kita, kita mampu bertahan. Walaupun sedih dengan kekalahan itu, kita terus istiqomah meneruskan perjuangan. Islam yang merupakan prinsip perjuangan kita terus kita pertahankan. Walaupun berhadapan dengan pelbagai fitnah dan tekanan kita sabar dan mampu membina balik kekuatan dari debu-debu kekalahan. Ketika itu tidak ramai penulis, tidak ramai blogger, maklumlah siapa yang mahu terkenal ketika kalah…….tetapi yang ada terus menulis dan menyumbang sebagai bakti kepada perjuangan yang besar dan suci ini.

Alhmadulillah kini sudah lima tahun berlalu. Sedih-pilu yang lalu digantikan dengan kemenangan besar yang Allah pinjamkan pada PRU ke 12 baru-baru ini. Suasana 2009 ini sama-sekali jauh berbeza dari kemarau 2004 yang lalu. Kalau dahulu kita diuji dengan kekalahan lalu kita bertaut rapat dan menongkah arus perjuangan yang bergelora itu dengan tabah dan taqwa, kini kita diuji lagi. Tetapi ujian kini adalah dengan kemenangan. Jinjinglah kita kemenangan ini yang entahkan kekal entahkan tidak.

Apa pun komitmen dan kegigihan kita dalam meniti liku-liku perjuangan ini perlu diteruskan. Kalau dalam kalah kita boleh berpadu dan teguh dalam jemaah inikan pula dalam kemenangan. Sama-samalah kita hadapinya.

Sementara itu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para sahabat dan kenalan yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog ini. Tidak lupa juga kepada para pengkritik dan mereka yang sungguh pun tidak senang dengan tulisan saya namun singgah juga untuk membaca. Mudah-mudahan Allah swt merahmati kita semua. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk berkata yang hak dan istiqomah dalam perjuangan.

Terima kasih buat semua. (Tak lupa kepada Bro Mamat yang membantu membina blog ini dahulu)

5 comments:

al-brangi said...

Tahniah kerana sudah 5 tahun bertahan. Teruskan.

Sy baru 8 bulan.

lhakim said...

tahniah dan teruskan menulis..

poksu said...

Salam hormat !

Kemajuan IT bukan lagi menjadi perkara baru dan pelik dalam kehidupan seharian kita, malah telah menjadi satu keperluan, barangsiapa tidak dapat menyesuaikan diri dengan arus pembangunan massa ini sememangnya bolih dianggap tercicir dan ketinggalan zaman,namun demikian olih kerana perspektif nagative yang diberikan kepada perkembangan IT membuatkan mereka mereka yang buta internet pun turut sama terpengaruh dengan dahyah yang kononnya tidak ada perkara baik bolih dikutip dari kemudahan ini.


Soal ada dakyah yang mengatakan IT bolih merosakkan akhlak kepada sesiapa yang menyalahgunakan, sebenarnya nisbahnya hanya sedikit berbanding kelebihan yang ada, kususnya remaja sememangnya sifat semula jadi orang muda yang sentiasa ingin meneroka kepada setiap perkara baru,apa perkara pun jika dipergunakan secara melampau sudah tentu ada bahayanya, sebagai contoh sikap keberanian mat rempit yang tidak bertempat sehingga telah dilebel dengan pangilan samseng jalanan. Akhirnya mereka yang tidak terlibat pun turut terkena tempiasnya. Kepada remaja yang memandang positif dunia IT akan mengunakan secara baik seperti jika mereka masih menganggur maka mereka bolih atau akan memohon sesuatu pekerjaan secara "online" (dalam talian), begitu cepat dan mudah.

Bagi golongan orang dewasa yang berpersatuan pula akan mengunakan kemudahan ini untuk menghantar sesuatu lapuran atau sebarang kertas kerja kepada sesiapa yang berkenaan tanpa mengunakan banyak kertas,malah sistem email lebih memberi peluang dan ruang untuk mengirim sesuatu bahan tulisan berbanding sisitem sms yang terhad, sms juga sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi kepada masyarakat,cuma penggunaannya agak terbatas untuk melakarkan sesuatu format. Bagaimana kesah pernah berlaku seorang setiausaha persatuan bolih mengirim kepada pengerusinya untuk membolihkan tindakan sesuatu perkara tersebut dibuat secara cepat dan pantas,jika tidak ada kemudahan ini sudah tentu melibatkan banyak masa dan belanja untuk berkomunikasi atau berhubung. Apa yang diharapkan setiap yang dilapurkan itu sama ada olih bloggers dsbnya perlu ditapis dan diselidiki olih sesaorang individu itu sendiri dengan tidak menerima bulat bulat seolah olah apa yang dipaparkan itu betul dan benar belaka,malah dalam agama pun ada menyarankan kepada kita "hendaklah kamu menyelidiki setiap berita yang dibawa olih seorang fasiq".Jadi fikir betul betul ! Tahniah kepada SMS corner yang telah berusia lima tahun....

Mr. Right said...

Teruskan berblog bro. Tahniah for 5th anniversary. Walaupun blog2 politik tumbuh dengan banyaknya sekarang. Dan memang banyak blog yang lebih pedas, panas, kurang ajar, berani dan ganas dari blog n32 ini. Namun aku still visit here once every few days since aku percaya artikel disini adalah antara yang paling tepat, tak bias dan jujur.

Tahniah and congrats!

Mr.KETAM said...

Assalamualaikum..

Tuan bukan saya nak mengajar bab-bab agama dan urusan pentadbiran majlis agama negeri tetapi APAKAH FUNGSI PUSAT ZAKAT dan BAITULAML??

Bukankah umat ISLAM yg miskin ini adalah termasuk didalam ASNAF yang berhak? Apakah mereka ini tak layak menerima bantuan?

Seperti di Selangor ramai ibu tunggal dan fakir miskin yg tiada rumah tetapi banyak rumah (flat PKNS dan pemaju lain) yg terbiar tak terjual yang harga dah jatuh bawah RM10k..kenapa tak beli dan serahkan rumah itu kepada mereka-mereka ini?? Kenapa pula perlu bina BANGUNAN yg besar sebagai PEJABAT PUSAT ZAKAT dan BAITULMAL sampai berjuta-juta ringgit tetapi jika digunakan untuk membeli "raumah-rumah murah dan flat murah" saya rasa masalah menempatan ibu-ibu tunggal dan fakir miskin telah selesai..ini termasuk lah di SEMUA NEGERI DI MALAYSIA.. perkara-perkara remeh seperti jauh daripada punca rezeki bukan satu alasan utk membantu mereka..hendak seribu daya.
Namun semua yang HAK ini telah di POLITIK kan oleh semua pihak termasuk UMNO/BN dahulu.

Harap tuan dapat membuat kajian yg mendalam terhadap cadanagn saya ini.

Mintalah nasihat daripada semua MUFTI-MUFTI dan semua ahli ULAMA' (jgn lama sangat) dan sediakan garis panduan utk dijadikan contoh kepada semua Pusat Zakat

Buat kempen ZAKAT utk mengalakkan UMAT ISLAM berzakat..

Harap tuan sebarkan perkara ini kepada semua PEMIMPIN UMNO ISLAM,PEMIMPIN PAS ISLAM dan PEMIMPIN PKR ISLAM untuk memikirkan perkara ini tetapi BUKAN PEMIMPIN ISLAM YG MUNAFIK.

wassalam


p/s: saya masih tak dapat menerima hakikat apabila melihat BANGUNAN PUSAT ZAKAT BERDIRI MEGAH BERJUTA RINGGIT tetap ramai UMAT ISLAM FAKIR MISKIN,IBU TUNGGAL tidak mendapat pembelaan sewajarnya..

p/ss: jgn la bila masuk TV macam program BERSAMAMU baru nak muncul kena lah pro aktif..Itu AMANAH yg BERAT.. dan sepatutnya semua KAKITANGAN PUSAT ZAKAT dan BAITULAMAL berfikir BAGAIMANA HENDAK memberi kapak atau jala kepada MEREKA bukan TERUS MEMBERI KAYU dan IKAN.