Monday, May 11, 2009

Nizar berjaya di Mahkamah Tinggi

Kita diajar bahawa manusia merancang, Allah swt juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan…….

Begitulah kita dalam menghadapi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi yang mengisytiharkan bahawa Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.. Hakim Abd Aziz Abd Rahim, dalam penghakimannya menyebut bahawa seseorang Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya melalui proses undi tidak percaya di dalam dewan sebagaimana yang diputuskan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan pada tahun 1966,

Keputusan ini bermakna Nizar lah Menteri Besar yang sah di Perak kini dan bukannya Dr Zambry Abd Kadir.

Di dalam kes Stepehen Kalong Ningkan lawan Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli, Ketua Menteri Sarawak itu dimaklumkan oleh Gabenur Sarawak ketika itu bahawa beliau telah hilang keyakinan separuh dari ADUN Sarawak dan mohon supaya beliau meletakkan jawatan. Kalong Ningkan enggan atas alasan pelucutuan beliau hanya boleh dibuat melalui undi tidak percaya di dalam dewan yang bersidang.

Begitulah juga kes Nizar dan kini mahkamah kita mendukung keputusan yang sama.

Syabas diucapkan kepada panel peguam Nizar dan seluruh rakyat yang memberikan simpati dan sokongan selama ini. Tetapi kejayaan ini belum muktamad kerana panel peguam Dr Zambry telah pun membuat rayuan terhadap keputusan ini. Persidangan mahkamah mungkin entah sampai bila kesudahannya.

Apa pun kita mengharapkan semua pihak mengiktiraf keputusan mahkamah ini. Yang sebaiknya kini adalah demi memelihara keamanan di Perak dan menjamin kestabilan negeri dan rakyat, MB yang sah sewajarnya mengadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, memohon agar dewans egera di bubarkan untuk diserahkan kembali mandat kepada rakyat negeri Perak. Biarlah rakyat memutuskan nasib dan masa depan mereka, bukannya mana-mana pihak lain demi menjunjung dan menghormati demokrasi yang sama-sama kita dukung.

4 comments:

abu said...

macam mner plak nanti diadakan sidang dun nanti...?

Anonymous said...

Apa alasan kukuh nak bubarkan DUN?

baru belajar said...

speaker yang dilantik secara tak sah hari tu macam mana pula statusnya? Harap2nya ini bukan satu lagi helah UMNO/BN.

Anonymous said...

Rasenya mcm taktik yg sama dgn kes BN lompat ke PKR aritu..xpercaya Najib leh biarkan Mahkamah menyebelahi PR mcm tu je..mesti ade udang di sebalik batu