Saturday, May 16, 2009

Politik wang berjangkit dalam PAS?

Hangat diperkatakan kini berkenaan amalan politik wang dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PAS. Ianya berpunca dari kenyataan ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato Mohd Daud Iraqi (yang seingat saya semasa dilantik sebagai Ketua Dewan Ulamak menggantikan Ustaz Dato Harun Taib dahulu, disebut oleh salah seorang pimpinan tertinggi PAS sebagai hadiah dari rakyat Kelantan buat PAS).

Walaubagaimanapun kita tidak pasti samada Ustaz Daud sekadar mengingatkan ahli-ahli dan pimpinan PAS agar tidak membabitkan diri dengan amalan haram ini atau beliau mendakwa sudah ada amalan ini kini dalam PAS. Apa pun, PAS perlu berhati-hati terhadap penyakit jahanam ini. Inilah penyakit yang kini melumpuhkan Umno sehingga ia jadi bagaikan bangkai bernyawa, busuk dan menjijikkan tidak mampu lagi diubati apalagi dipulihkan.

Kalau PAS mahu jadi jahanam macam Umno, maka berilah laluan dan jalan untuk amalan ini, niscaya ia akan turut terjun ke dalam lurah kebinasaan sebagaimana Umno kini.

Kalau ia sekadar peringatan, kita wajar berterima kasih kepada Ustaz Daud kerana mengingatkan kita. Jangan kerana kita sudah berada dizon “selesa” kini,kita sudah tidak boleh ditegur dan dinasihati lagi. Dan kalau ia suatu dakwaan, maka wajarlah Ustaz Daud segera mengemukakan bukti, agar mereka yang bertanggungjawab mengimpot budaya Umno ini ke dalam PAS (jika ada) dapat ditangani dengan sewajarnya. Jika ahli parlimen PAS yang menari dalam satu majlis jamuan negara (puluhan tahu lalu) pun boleh dipecat, termasuk seorang ADUN yang berseluar pendek (dizaman Almarhum Ustaz Fadzil) kerana menyertai acara sukan air, inikan pula ahli atau pimpinan PAS yang menyogok wang untuk mendapat jawatan tertinggi dalam parti!

Mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dari segala bentuk amalan keji dan mungkar………

9 comments:

ikanbilihikanjerung said...

salam...
sudah menjadi suatu trend dan semakin jadi ikutan bila mana sesuatu yang membuka pekung sendiri diliputi oleh media massa kerajaan untuk dijadikan senjata makan tuan dan hujah sebilangan kecil...jika pas sudah ada wabak rasuah dan sebagainya...mana lagi yang boleh diharapkan..namun itu mungkin berlaku dan terus berlaku bila mana tiada jujur dan ikhlas dalam perjuangan...selamat hari guru

Daun Kering said...

setuju dgn bro roslan!!!

poksu said...

Salam hormat!

Jika kita mengaitkan perangai pemberi,peminta ataupun penerima dengan perangai seorang betina "pisau cukur"sudah pasti kita dapat bayangkan apabila habis manis sepah akan dibuang, ini bererti sibetina tadi sedaya upaya akan memperdaya secara halus untuk mendapatkan habuan dengan niat untuk mengikis segala harta benda atau apa sahaja yang menjadi milik sijantan, setelah berjaya diperolehi sehingga kering kontang sijantan tadi dibuatnya, akhirnya sibetina akan cuba pula mencari helah untuk lari dari ikatan hubungan kemudian akan beralih kepada mangsa lain pula,begitulah urutan kejadian seterusnya akan terus terusan terjadi sehingga perangai buruk sibetina ini dapat dihidu olih sesiapa yang bijak membaca perwatakan "sipisau cukur" tersebut.

Jika keadaan sebegini terjadi didalam dunia politik maka alangkah jijik dan kotornya perilaku mereka mereka yang terlibat tersebut.Apa pun perlu kita ketahui dengan satu kaedah yang dipanggil "win win sitivation' yang sering berlaku dan pernah kita ketahui iaitu satu pemberian dengan harapan untuk mendapat kredit selepasnya, seumpama orang melabur atau membeli saham sudah pasti ingin melihat bonus diperolihi pada jangka masa had had tertentu.Jika mengibaratkan seorang petani sudah tentu tidak akan menabur baja pada serumpun lalang kerana beliau sudah pasti tahu lalang tidak akan berbuah padi.Pepatah mengatakan "ada udang disebalik batu"yang membawa maksud ada agenda yang tersembunyi disebalik kelakuan seseorang yang jika dilihat secara zahiriahnya tidak menampakkan sebarang kepentingan.

Konsep "upah" pula ialah pemberian selepas segala kerja kerja beres dilakukan seumpama upah kepada seorang pekerja dari majikannya,manakala istilah "rasuah" pula ialah satu perjanjian semasa atau akan disogokan sebarang bentuk habuan dengan pelbagai cara pemberian samada berupa menang dalam satu satu pertandingan ataupun pertaruhan (perjudian), begitukah ?

mentariyy said...

Jangankan politik wang, kalau btindak mengangkat diri @ jatuhkan seseorg dgn cara x betul utk sesuatu jawatan pn dah terasa jijik,pimpinan mesti tgni dgn bijak agar x jd barah dlm jamaah.ptandingan jawatan adalah sihat, smua msti faham hakikatnya x cnggah prlembagaan parti. Rasulullah saw beri amaran mafhumnya sesiapa mndesak mdapatkan jawatan sdg orgramai x redhainya, maka Allah x akan mbantu & brgsiapa yg orgramai harapkannya utk jaga maslahah lalu dia larikan diri, Rasulullah saw x mau jumpa dia d Pdg Mahsyar nanti.. Ingat.... smua yg tlibat hndaklah AMANAH!!!! Allah melihat apa yg anda lakukan.....

Anonymous said...

emm saya kurang arif tentng politik tapi kalau apa yg dikatakan oleh ust daud itu suatu yg akan menjadi modal utk umno utk menyerang kita dan jika tuduhan ustaz daud itu tidak berlaku malah sbg suatu tuduhan utk menjatuhkan husam(bole baca), apakah ustaz daud akan bertanggungjawab di dunia dan akhirat? salahkah saya berkata begitu?

Munif Bani Husin said...

Salam ..
Jika benar pun mengapa perlu didedahkan kepada media olih Ust Daud Iraqi. Mengapa tidak dirujuk kepada majlis syura dan dipanjangkan kepada pucuk pimpinan tertinggi. Bukankah ini memberikan satu credit kepada pehak BN untuk memanipulasikan berita tersebut.

Bukan ana cadangkan ianya disorok.. tapi biarlah secara yang betul contohnya kita kenalpasti dahulu siapa yang terlibat dan jika sabit kesalahannya terus diambil tindakan tegas.. lepas tu barulah disiarkan kepada umum.. sebagai satu ketelusan dalam pemerintahan PAS.

Anonymous said...

HAHAHA
ADUKA OTAK KEMETOT, ADEKE DIPUJINYA HUSAM.

LU TAHU, HUSAM BELAH KELUAR MESYUARAT PAKATAN RAKYAT KETIKA MEETING SEDANG BERLANGSUNG? INI LU KATA BAGUS?

HAHAHAHA IDOLA LU BUAT KERJA SORANG, TAK SUKA MEETING, DAN DAH PANDAI MUQABALAH PLAK, SEJAK BILA KITA PERCAYA ORANG UMNO MCM KULI YANG LOMPAT PARTI TU...LU TAK RASA TU BANGANG KE MCM KO BANGANGKAN ULAMA?

HAHAHAHA
SIKIT LAGI HUSAM KENA SOUND DGN ANWAR HAHAHAHA

HAHAHAHA
ADUKA RUPANYA OTAK KEMETOT...TAK TAU HUSAM BANYAK KELEMAHAN

HUH, KALAULAH UST NASA KATA NAK JUMPA ORANG BN, SIAPLAH PELURU C4 ADUKA PADA DIA..

HAHAHAHA

Anonymous said...

Sepanjang perjuangan PAS, pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap parti - tuduhan kafir-mengkafir, tuduhan militan dan punyai ahli pengganas (hingga Nik Adli dan rakan-rakan diISAkan bertahun-tahun) dan macam-macam lagi. Adakah kesemua tuduhan itu akibat dari silap ahli PAS sendiri? Saya rasa tidak. Kita dilemparkan tuduhan kerana memang musuh-musuh PAS dan musuh-musuh Islam sentiasa memburuk-burukkan kita. Namun, semuanya berlalu dan PAS masih bertahan, malah semakin kukuh.
Tak perlulah kita terlalu bimbangkan eksploitasi musuh tentang masalah dalaman kita. Ia akan berlalu.
TETAPI kita perlu bimbang jika ahli PAS (lebih-lebih lagi pimpinan) terlibat dengan rasuah atau maksiat yang lain. Yang perlu kita bimbang ialah kemurkaan Allah SWT.

Anonymous said...

Setelah membuat dakwaan dan dibicara terbukti Mohamad daud telah membuat dakwaan tanpa bukti. Kini PAS sedang diuji. Apakah dia akan terlepas begitu sahaja selepas hanya memohon maaf dalam mesyuarat. Apakah Majlis Syura akan berdiam diri sahaja selepas dia mencemarkan nama baik PAS selepas membuat dakwaan palsu untuk mengenakan musuh politiknya. Kemana pergi hadis Rasulullah tentang hukum kerat tangan anaknya Fatimah jika mencuri. Kini PAS sedang diuji sebenarnya.