Tuesday, May 12, 2009

Perak terus dirundung malang

TERBARU: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas MB Dr Zambry Abd Kadir bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam (yang mengisytiharkan Nizar Jamaluddin sebagai MB perak yang sah). Dengan keputusan ini bermakna jawatan MB kembali kepada Dr Zambry sehinggalah keputusan rayuan kesnya bagi menetapkan siapakah MB yang sah di Perak didengari oleh mahkamah yang lebih tinggi.

Nampaknya kemelut politik di Perak ini tidak akan berkesudahan.

Sebelum itu ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah diberitakan mencadangkan agar dewan Perak segera dibubarkan bagi mengatasi krisis ini. Kembalikanlah hak kepada rakyat untuk membuat keputusan, ini negeri mereka. Dan ternyata mahkamah bukannya isntitusi terbaik untuk menyelesaikan krisis ini.

Saya sendiri tidak dapat membayangkan apa yang bakal berlaku dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini. Yang peningnya kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat Perak.

Kepada Allah kita berserah.

2 comments:

Rajalamjingga said...

Berapa lama lagikah rakyat Perak harus di perbodoh2kan oleh mereka2 yang tamakkan kuasa..? Wahai Rakyat Perak & Malaysia ...lihatlah sendiri...betapa golongan yang tamak tersebut tidak menghormati kamu. mereka memikirkan kamu adalah rakyat yang tidak berpelajaran dan senang dipermainkan. Kepercayaan, tanggung jawab dan amanah yang di berikan oleh Rakyat Perak kepada kerajaan pimpinan baru yang lebih segar, cergas, jujur dan berkesungguhan telah di rampas dengan sewenang2nya oleh mereka2 yang selama ini berpuluh tahun meludah2 kepala kamu kerana berasa kamu sekelian adalah rakyat yang bak kerbau dicucuk hidung. Apabila kebenaran telah tiba...kemenangan diberikan kepada yang berhak.., sayangnya, manusia2 jahil serta jahat masih mencoba melalui pelbagai cara lain untuk merebut kembali tampok kekuasaan agar kesinambungan perilaku mereka meludahi kepala rakyat berterusan.

Pelbagai taktik dan lakonan "anak wayang" dilakukan..namun...persoalannya...

APAKAN RAKYAT MASIH MAHUKAN PIMPINAN MEREKA2 YANG SELAMA BERPULUH TAHUN MELUDAHI KEPALA BAPA, DATOK DAN MOYANG KAMU ?

Rakyat pasti akan mengundi pilihan2 rakyat yang berpakat melalui Pakatan Rakyat pada bila2 masa pilihan raya. dan seruan media seperti TV atau radio tidak lagi dapat memperbodohkan rakyat seperti biasa.

Sahutlah cabaran ini untuk anak cucu kita kelak....................!

Anonymous said...

biasa la kalau geng2 umno nie mintak tangguh, laju jek..tak sampai 3 saat lulus...