Sunday, May 24, 2009

Benarkah ada musuh dalam selimut dalam parti?

Portal berita Malaysiakini melaporkan kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr Haron Din mengingatkan peserta dalam perhimpunan mengingati Jubli Perak Kepimpinan Ulamak semalam akan musuh dalam selimut PAS yang ditaja oleh umno dan negara asing. Apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS itu sepatutnya hanya diketahui oleh para peserta kerana himpunan semalam diadakan secara tertututp kecuali sidang media (yang tidak dianjurkan oleh pihak penganjur) Mursyidul Am yang diadakan secara tergesa-gesa sebelah paginya.

Sebelum kita menuding jari dan melemparkan tuduhan sana-sini (yang asing dalam adab PAS tetapi kebelakangan ini sungguh masyhur) cuba kita baca artikel dalam akhbar The Sunday Star hari ini (kalau Utusan Malaysia itu pro Umno saya yakin The Star bukan pro PAS):

Our current leaders are highly respected by us but we need leaders that can be accepted by all races, not just by PAS followers. This is the challenge for PAS how to survive and grow into a party trusted and accepted by all Malaysians.

We have to be LESS ISLAMIC AND MORE UNIVERSAL to win support from non-Muslims. But if we drop our Islamic label the Muslim conservatives would rebel
.

(Pimpinan kami sekarang sangat dihormati oleh kami semua akan tetapi kami memerlukan pimpinan yang boleh diterima oleh semua kaum bukan hanya pengikut PAS. Inilah cabaran PAS iaitu bagaimana untuk wujud dan berkembang sebagai partiyang dipercayai dan diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Kita perlu menjadi KURANG ISLAMIK DAN LEBIH UNIVERSAL untuk memenangi sokongan bukan Islam. Akan tetapi jika kita menggugurkan label Islam ini maka puak konservatif (ulamak?) akan memberontak.

Artikel ini dimuatkan dalam ruangan “Comments” karangan Baradan Kuppusamy. Dan siapakah sumber Baradan? Beliau menyebut:

A senior moderate PAS leader who requested anonymity

Seorang pemimpin kanan PAS yang moderat yang tidak mahu dikenali

Kemudian dalam akhbar yang sama dalam ruangan “Insight” karangan Joceline Tan dimuatkan satu persatu kononnya gelagat dan aksi Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Dato Mohd Daud al Iraqi dalam Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat baru-baru ini seolah-olah Joceline berada di Bilik Mesyuarat Tingkat 5 pada hari itu sedangkan yang hadir cuma pimpinan tertinggi PAS yang menganggotai Dewan Harian PAS Pusat.

At one point Mat Iraq held up both hands as though in surrender and his bushy beard quivered as he told the council repeatedly: “Saya minta maaf”.

Pada satu peringkat Mat Iraq mengangkat kedua-duabelah tangannya seolah menyerah diri dan janggut tebalnya seakan menggeletar lalu beliau memberitahu majlis berulang-ulang: “Saya minta maaf”.

Siapakah “senior moderate PAS leader” yang bersembang dengan Baradan itu sehingga mahu mengubah status quo parti dan bagaimanakah Joceline (jika benar catatannya) boleh merakamkan insiden yang berlaku dalam mesyuarat tertutup yang penuh rahsia itu yang malah tidak diketahui pun oleh orang PAS yang lain?

Mungkinkah benar ada musuh dalam selimut dalam parti?

12 comments:

Ibnu Ali said...

Kalau para wartawan dapat maklumat semacam itu dalam mesyuarat tertutup. Nampaknya ini siu serius. Kerahsiaan sudah tidak menjadi perinsip sebahagian pimpinan. Siapa lagi yang membocorkannya? Kalau bukan dikalangan ahli mesyuarat?

Ini yang menjadi masalah sebenar. Kita dilatih semasa pengkaderan antaranya kerahsiaan dan i'qab (hukuman). Nampaknya sekarang sudah tiba masa melaksanakan apa yang selama ini menjadi teori dalam sesi2 tarbiah dan tamrin.

Jawatankuasa Khas Disiplin perlu diwujudkan segera bagi menangani segara hal ini. Jangan sampai "musuh dalam selimut" ini, kelamaan menjadi pimpinan tetinggi dalam jemaah pula.

Wallahua'lam

MUJADDID said...

Mungkinkah benar ada musuh dalam selimut dalam parti?

Jawapannya ada .... mari kita sama sama rujuk Hadis yang terkenal riwayat Huzaifah Ibnu Yaman .... saya petik tentang hadis tersebut -

....kemudian Allah mendatangkan kebaikan (kedatangan Islam yang sebenar) ini. Apakah setelah ini ada keburukan? Beliau bersabda: ‘Ada’. Aku bertanya: Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan? Beliau bersabda: “Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun”. Aku bertanya: Apakah dakhanun itu? Beliau menjawab: “Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah”. Aku bertanya: Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan? Beliau bersabda: “Ya”, dai - dai yang mengajak ke pintu Jahanam ....

Dakhanun bererti kabus/kesamaran.... Dai Dai pendakwah pendakwah itu ibarat Iblis yang berjasad manusia.Tak mustahil ada musang yang berbulu ayam dan api yang perlahan lahan membakar di dalam sekam. Berhati hatilah terhadap mereka. Fikir fikirkanlah ...

Skuad Peninjau said...

Salam,

Saudara Roslan masih ingat saya?

Terus terang, saya banyak yang tidak bersetuju dengan saudara. Dari bab unity government sampailah ke isu Professional-Ulama, saya memang tak berapa setuju dengan saudara.
Tapi tak apa lah, berbeza pendapat biarlah secara beradab. Saya meraikan perbezaan pendapat dalam Jemaah.

Tapi bab 'Seorang pemimpin kanan PAS yang moderat yang tidak mahu dikenali'......saya menggelegak darah nak tau siapa dia.
Mari kita pijak orang ini beramai - ramai. Sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam untuk kepentingan politik yang sementara sahaja. Orang jenis ini tak layak duduk dalam pas.

Tapi...saya dah lama tak baca The star ni...MSM ni tak buleh percaya..yang boleh percaya hanya 4 nombor, dengan keputusan bola.

Bab ini, saya bersama saudara. Mari kita cari sampai lubang cacing puak puak ni.

muslimat said...

ibnuali,
saya rasa ini bukan soal kerahsiaan, tapi ini perkara yang diada-adakan utk mensensasikan suasana. Mungkin orang yg tiada di majlis berkenaan bercerita macam2 seperti dia ada di sana sedangkan ceritanya adalah dusta....

kalau benar berlaku begini...ini bukan sekadar musuh dlm selimut, tapi ini ini penabur fitnah yg bahaya.

kapt_shiqaqi said...

aku yakin ada kerana byk kali kebocoran maklumat yg sepatunya menjadi rahsia ahli mesyuarat.

Anonymous said...

salam utk sedara seislam....tiap kali ada percanggahan pendapat...mesti ada yang mengatakan ini angkara UMNO....sedarlah siapa musuh sebenarnya...inilah stratergi musuh menimbulkan syak wasangka sesama islam...marilah kita bersatu kembali....saya berharap sangat agar PAS dan UMNO dpt bersatu kembali atas dasar persaudaraan seagama...AMINNNNNNNNNN

muryadi said...

ini mainan media pro umno-bn dan yg anti islam.. tak caya lah..

Anonymous said...

salam
umNO memang musuh jelas terang lagi benderang! Saya digolongan profesional yg tiada kepentingan kuasa dan jawatan melainkan Islam. kalau benar dalam jemaah ada musuh, saya sangat sangat berharap memohon pihak pimpinan mengambil tindakan segera. Inilah akibat terlampau menjaga keharmonian yg membaham jemaah sendiri.

Anonymous said...

kalau nak sedikit penjelasan sambil menjana kepala otak, pi kat .....

http://micelup.blogspot.com/

Anonymous said...

sdr, pernah berlaku dalam pentadbirn pejabat agung pas ketika anwar masih dalam umno dan sdr belum masuk pas lagi kot, iaitu banyak maklumat meeting ajk [pp bocor dan diperolehi oleh umno melalui sesaorang staff dalam pejabat agung pas dan lebih jelas lagi beliau ialah bekas calon lari parlimen bandar tun razak dam beliau berkiblat kepada anwar ibrahim rupa2nya dalam senyap2 tetapi Allah mengagalkannya dengan memalukan beliau dengan tangkap khalwat dengan bekas artis janda di tamans eri gombak dalam sebuah kereta.

namun dibimbangi ada sahabat beliau yang masih tinggal mungkin staff2 baru yang masuk ofis pejabat agung pas tidak ditapis dahulu dan juga kalangan ajk yang memang mulut laser dan membocorkannya kepada teman2 rapatnya seperti yang dapat dilihat di restoran taqwa taman melewar dan dibeberapa tempat lain juga.

oleh itu banyak caranya maklumat boleh bocor contohnya m.s.o boleh tahu berapa jumlah pencalunan timbalan presiden pas dan ini jelas beliau boleh mendapatkannya dari sumber dalaman ynag sahih.

awas dan berhati2lah terutama mereka ynag amat rapat dengan presiden dll.

sembang haroki said...

isunya apakah musuh dalam selimut wujud dalam kepimpinan tertinggi pas.
roslan sms membuat dua(2)petikan dari the sunday star.
jika semua yang hadir yakin mereka tidak terlibat membocor rahsia, satu saman fitnah boleh dibuat. jika ada yang tersilap membocorkan rahsia (mungkin tersangat ghairah menjatuhkan ulama), hendaklah beliau bertaubat dan mengistiharkan secara terbuka (kerana telah disiar dalam akhbar), dan meletakkan jawatan. saya cadangkan beliau ke Gaza atau afghanistan berjihad untuk menebus dosa. atau istiharkan masuk PKR untuk maruah politik.

bagi yang ingin mengurangkan syariat(yb. dr dzul pernah menyatakan demikian), beliau perlu bertaubat dan mengucap semula syahadatain.
disini tak perlu saya menjelaskan tujuan, hakikat dan ciri syariat itu sendiri, ie maslahah, kerana sudah terlupa syariat itu diciptakan Tuhan Pencipta universe ini.
Untuk maklumat antara perkataan yang dimasukkan dalam lafaz bai'ah harokah islamiyyah ialah sifat Allah ie AlMuntaqim!! Pas aku tak tahu samada harokah islamiyyah atau harokah anwariyyun!!
Harap TGNA dapat menasihati anak buahnya, jangan sampai anda dipersoalkan keilmuan anda.

aku hanya penebar roti canai yang tak laku!!

abu umar said...

bukan hanya setakat dalam thestar online, cerita ni dah dimasukkan dalam islamonline.com. satu dunia sudah tau.

ana memang berbulu dengan ayat "Less Islamic and more universal" tu. Bukankah Islam itu sudah syumul? nak syumul macamana lagi.

agaknya nak universal sampai ke bulan atau ke planet Mars kut. wallahualam...

Mudah-mudahan muktamar kali ini menjadi medan tapisan daripada Allah Taala. Biarlah orang-orang yang benar-benar ikhlas memimpin jamaah, dan bukannya orang yang ada agenda tersendiri dalam jamaah.