Friday, May 08, 2009

Jangan terperangkap dan jadi orang bodoh............

Sebelum ini ada orang kata adinda saya Nik Abduh kononnya kurang ajar. Mereka membaca tulisan dalam blog beliau lalu memberikan tafsiran kononnya beliau merendah-rendahkan ayahandanya sendiri. Posting beliau bertajuk “ “ kononnya menghina ayahandanya yang dipandang tinggi oleh masyarakat khasnya kalangan ahli-ahli PAS.

Benarkah Nik Abduh begitu? Sebagai anak dan darah daging Tok Guru, benarkah beliau menulis untuk memperlekehkan ayahandanya sendiri atau bagaimana?

Dalam hal ini saya lebih senang jika masalah yang ditonjolkan oleh Nik Abduh itu ditangani dan diselesaikan sendiri oleh kalangan mereka yang terlibat secara langsung. Biar Nik Abduh, ayahandanya serta mereka-mereka yang didedahkan itu yang memberi reaksi dan respon.

Kita yang “alif” disangka batang kayu ini lebih baik berlapang dada, hujung pangkal pun tak tahu, apa guna terjun dan masuk campur?!

Dengan takdir Allah swt, hari ini Tok Guru secara terbuka mengulas sekaligus memadamkan apa sahaja persepsi jahat yang cuba dilukiskan oleh mereka yang duduk di kaki-kaki lima. mStar Online melaporkan:

Sementara itu Nik Aziz berkata beliau memberi sepenuh kebebasan kepada anak lelakinya, Nik Abduh untuk terus memberi pandangan termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan parti.

Laporan itu menambah lagi:

Nik Aziz menegaskan bahawa anaknya itu seorang yang terpelajar dan tahu selok belok PAS kerana terlibat secara langsung dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Orang berilmu memang lain dari yang tak berilmu, orang yang terlibat secara langsung dengan parti memang lain dengan orang yang tiada sumbangnnya kepada parti selain meniupkan api pecah-belah dan fitnah-memfitnah.

Sebelum ini saya difahamkan tokoh ulamak veteran Kelantan yang juga ADUN Perupok, Ustaz Omar Mohammad turut memberikan kenyataan yang sama dan menyokong usaha Nik Abduh dalam menonjolkan usaha-usaha jahat untk memecahbelakang parti dari dalam.

Semoga segera kita selesai kemelut ini dan semoga Tok-tok Guru dalam PAS terus memimpin dan memperkukuhkan kedudukan parti dan ukhuwah sesame jamaah.

6 comments:

baru belajar said...

Assalamualaikum.

Saya setuju. Saya tidak faham kenapa ada pihak yang sangat laju jari menaip, mengatakan yang bukan2 ke atas Ustaz Nik Abduh, seolah-olah kelihatan mengeluarkan pandangan tanpa fikir dulu hujung pangkal cerita.

Atau memang tidak berfikir pun semasa menaip meluahkan marah?

Aiman said...

Dalam Harakah pun ada..

PAS tidak tertipu agenda media konvensional - Nik Aziz
Salmah Mat Husain
Thu | May 07, 09 | 5:36:59 pm MYT

KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) - PAS tidak mudah tertipu dengan agenda media konvensional sekarang melaga-lagakan di kalangan pemimpin PAS menjelang muktamar bulan depan. Iklan




Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, gambaran yang diberikan seolah-olah PAS sedang menghadapi masalah besar hanya mainan media sahaja.

Katanya, golongan penulis yang sebelum ini tidak pernah menulis tentang PAS juga berminat berbuat demikian.

"Ini berlaku kerana mereka mencemburui PAS di samping mengakui parti itu telah berada di tengah-tengah masyarakat sehingga berjaya menenggelamkan Umno.

"Setiap kali berlaku pemilihan dalam parti sudah tentu ada pertembungan pandangan, namun ia perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil peserta kursus Tafaqquh Fiddin di Balai Islam, hari ini.

Menurutnya juga sejak awal lagi beliau tidak berminat mengadakan kerjasama dengan Umno termasuk melalui muqabalah kerana ia seumpama PAS menolak kereta rosak.

"Dan apabila kereta hidup, orang yang menolak kereta di belakang terus ditinggalkan.

"Itulah sebabnya saya tak mahu PAS bermuqaballah dengan Umno," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Ditanya mengenai tulisan anaknya Nik Abduh dalam blog yang merendah-rendahkan pembantu Menteri Besar beliau berkata, beliau hanya sekadar menegur sahaja.

Katanya, Nik Abduh ada hak untuk menulis dalam blog memandangkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri dan mempunyai ilmu agama.

Beliau berkata, semua pandangan negatif atau positif diterimanya.

"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya.

"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya.

Kata beliau dahulu PAS hanya dipimpin ulama, namun kini dianggotai profesional yang berlainan latar belakangnya.

Menurutnya juga belajar ilmu Islam tidak semestinya di pondok atau sekolah agama, tetapi suasana setempat membolehkan golongan profesional menjadi Muslim sejati. - mj _

Shahiran Shahid Zahri said...

benar, kalau tujuan Ust Nik Abduh adalah utk bagi menimbulkan pihak2 yg cuba menglaga-lagakan sesama PAS, baik juga... saya antara setuju dgn tidak apa yg ditulis oleh Ust Nik Abduh itu. setuju, kemudian tidak bila membaca tulisan khalid samad, dimana saya rasa ada tujuan pembelaan oleh ust terhadap ayahandanya. dimana saya rasa tidak perlu, tetapi jika ianya bertujuan utk mencari mereka2 ini yg sedang bertujuan memecahbelahkan PAS, bagus juga dan saya sokong. kerana kita mungkin yakin dgn kekuatan ukhuwah kita tapi, tp musuh sudah bermula dgn strategi baru, bila dah mula, kemudian akan berusaha, tak semestinya usaha kebaikan saja yg membuahkan hasil, tapi usaha jahat juga. kita kena akui, musuh tahu dgn menyerang kita secara berdepan makin menguatkan kita jadi mereka sdg melakukan usaha utk melemahkan kita dari dlm pula.

insyaAllah, perlindungan Allah sentiasa ada dgn berkat pimpinan dan doa2 pemimpin2 kita.

Daun Kering said...

saya dah baca tulisan ust nik abduh...dan saya tidak nampak apa2 masalah dlm tulisannya.

orang yg dok kutuk ust nik abduh adalah orang yg hanya dgr komen2 orang lain, dgr cakap2 orang...then percaya bulat2 apa yg orang lain cakap, terpedaya dgn putar belit cakap2 orang lain... tanpa membaca terlebih dahulu tulisan ust nik abduh.

sesiapa yg telah mengutuk & fitnah ust nik abduh....saya sarankan supaya cepat2 dan lekas2 lah mohon maaf dari beliau.

jgn tangguh2 utk mohan maaf...ajal maut kita tak tahu...takut2 nnt kita mati tapi still ada "hutang" dgn orang lain.

Anonymous said...

salam...
begitu peri pentingnya mesyuarat dan perbincangan meja bulat...dan bila sesuatu isu timbul dan ada sebelah pihak mengambil kesempatan serta mengkeruhkan keadaan dan beginilah hasilnya...dan kita jangan termakan dan terpengaruh asutan dan sentimen provokasi sehingga melemahkan jemaah...

Anonymous said...

Nak tahu siapa yang memulakan isu erdogan dan pemikiran Islamic demokrat sila layari link ini; http://syukran.wordpress.com/2009/05/12/asal-usul-nama-kumpulan-erdogan-dan-pemikiran-islamic-democrat/