Friday, May 22, 2009

Hari tragis buat PAS

Rupanya berita kematian ADUN PAS Manek Urai, Kelantan, Allahyarham Ismail Yaacob atau Pak Su Weil pada jam 5.55 pagi tadi bukanlah satu-satunya berita sedih buat pendukung PAS pada hari ini. Sebentar tadi Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan yang ADUN Pangkor, Dr Zambry Abd Kadir merupakan MB Perak yang sah dan bukannya Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

Kita kehilangan seorang tokoh dan satu kerusi di Kelantan (Pak Su SWeil merupakan ADUN PAS selama 5 penggal dari PR 1986, berihat PR 2004, menang semula baru-baru ini), manakala di Perak kita kehilangan sebuah kerajaan negeri.

Pastinya kedua-dua kejadian ini memilukan hati kita, namun kita perlu tabah dan menerima ujian ini dengan berlapang dada. Insyallah di Manek Urai kita akan bertarung bagi mempertahankan kerusi berkenaan, manakala di Perak kita perlu mempertingkatkan lagi gerak-kerja dan usaha kita. Lautan perjuangan masih luas di hadapan, yang penting kita mengemudi bahtera perjuangan ini dengan tabah, tenang dan penuh yakin pada bantuan dan janji-janji Allah swt.

Segala-galanya belum berakhir malah baru sahaja bermula.

Ingatlah firman Allah swt:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


(al Ankaabut: 2-3)

3 comments:

Anonymous said...

TOLONGLAH TERIMA KEPUTUSAN INI DENGAN SEBAIKNYA.

ARTIKEL 16(2) UNDANG2X TUBUH NEGERI PERAK MENYEBELAHI DS ZAMBRY BILAMANA SULTAN PERAK BERHAK MELANTIK MB BARU SETELAH NIZAR HILANG KEPERCAYAAN MAJORITI DEWAN UNDANGAN NEGERI.

TERIMA JUGA KENYETAAN ALLAH TELAH MEMAKBULKAN DOA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERDOA UNTUK YANG TERBAIK.

JOM KITA SAMA-SAMA BERSATU. ADA MUSUH LAGI BESAR YANG PERLU UMAT ISLAM YANG BERSATU HADAPI IAITU MELAWAN IBLIS YANG MENGHASUD UTK KETIDAKTERMANA NEGARA, GOLING ATS JALAN, MAKI HAMUN DAN MENGKAFIR SEDARA SEISLAM SENDIRI.

JOM KITA BERSATU DAN GANYANG MUSUH ISLAM YANG TAK BAGI ORANG ISLAM SOLAT MASA OFIS HOUR..ESOK SEBAB INI DIJADIKAN MUSABAB TAK NAK TERIMA ANAK ORANG ISLAM BEKERJA DI PERUSAHAAN MEREKA.

JOM KITA GANYANG MUSUH ISLAM YANG ROSAKKAN ANAK MUDA KITA...JOM KITA BERSATU UNTUK IBADAH ISLAM YANG LEBIH BAIKDAN DITERIMA ALLAH!

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!

panod said...

salam...

takziah buat yang berkenaan
semoga Allah mencucuri rahmat atas perjuangan~

Wallahu a'lam

Anonymous said...

pemergian pok su weil memanglah menjadikan banyak kalangan pemimpin dan rakyat yang mengenalinya amat hiba dan terharu kerana kejayaan beliau menjadikan contoh seorang pemimpin kecil dalam negeri Kelantan yang amat istimewa dan jarang dijumpai pada masa mutakhir ini.
\
kalau tak silap beliau tidak pernah dilantik jadi exco kerana mungkin tidak tinggi pendidikkannya tetapi bila beliau tidak bertanding maka umno menang semula. begitu lah hebatnya tokoh kampung seperti nya.

jadi saya bimbang jika tidak diletakkan pemimpin setanding nya nanti dalam dun manek urai maka umno kembali berkuasa disana dan segalanya mungkin belaka dan tiada mustahil.

teringat gaya dan celoteh pok su weil ketika mengetuai jk keselamatan parti bersama arwah jeneral sani puchong dan sahabat2 lainnya.

moga Allah mencucuri rohnya dan menempatkannya bersama golongan salehin dan mutaqin.