Wednesday, May 06, 2009

ADUN “subsidi” Sementa ditelanjangkan?

Dalam belasan kerusi DUN milik Umno di Selangor, hanya satu kerusi DUN sahaja yang dikira sebagai kerusi “subsidi”. Kerusi yang dimenangi secara percuma kerana calon PR ketika itu gagal mengemukakan borang pencalonan. Ia dikira “subsidi” kerana jika ditakdirkan ada pertandingan ketika itu, pasti kerusi itu akan terlucut dari tangan Umno-BN. Kerusi berkenaan adalah DUN Sementa dalam Parlimen Kapar, satu-satunya kerusi Parlimen di Selangor yang punya 4 kerusi DUN.

PR menang di Parlimen Kapar dengan majoriti 12,297 melalui calon PKR S.Manickavasagam, DUN N.42 Meru dengan majoriti 5,513 melalui calon PAS Dr Abd Rani Osman, N.44 Sg. Pinang dengan majoriti 7,361 melalui calon DAP Teng Chang Khim dan N. 45 Selat Klang dengan majoriti 1,459 melalui calon PAS Dr Halimah Ali.

Penyandang kerusi “subsidi” ini adalah bekas EXCO Agama dizaman Umno-BN, Abd Rahman Palil, yang kini Ketua Penerangan Umno Selangor.

Namun walaupun bertahan dengan kerusi “subsidi” Rahman masih mengaum seolah beliau singa yang ganas dan bertaring. Kadangkala beliau seakan lupa yang kerusinya kerusi “subsidi”, beliau bukan lagi EXCO tapi pembangkang dan PR bukannya Umno-BN yang sedang memerintah Selangor.

Dalam akhbar Sinar Harian hariini Rahman mendakwa yang PAS adalah “kuda tunggangan” individu tertentu. PAS kononnya berbalah antara istilah ulamak professional dan ulamak agama angkara anasir luar. Dengan maklumat yang separuh masak Rahman sanggup berkokok bagi membuktikan yang beliau masih punca peranan dan partinya Umno masih releavan di Selangor.

Hari ini juga, tetapi dalam kahbar The Sun, Rahman tak sedar rupanya dalam sibuk beliau berkokok ada pihak telah menelanjangkan beliau bulat-bulat untuk tontonan umum. Kerana terlalu ghairah dan bernafsu menyerang PAS, beliau tidak sedar rekod buruknya didedahkan kepengetahuan dunia!

Akhbar berkenaan mendedahkan darihal Laporan Odit Bebas terhadap Zon Bebas Pelabuhan Kelang atau PKFZ yang banyak mendedahkan kepincangan, salah-guna kuasa dan ketidaktelusan pengurusan yang melibatkan projek bernilai RM4.6 bilion itu, walaupun kos asalsepatutnya RM1.845 bilion.

Apa ada kena mengena dengan ADUN Sementa “subsidi” ini?

Menurut laporan itu Rahman merupakan Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) pada tahun 2002. Tanah untuk membangunkan PKFZ dijual oleh KPPL kepada PKA sedangkan Rahman terlibat dalam kedua-dua badan berkenaan.

Kerajaan telah dipaksa membeli 404 hektar tanah untuk membangunkan PKFZ ini dari Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan harga RM25 sekaki persegi sedangkan syarikat ini membeli tanah berkenaan dari KPPL dengan harga Cuma RM3 sekaki persegi iaitu lebihan sebanyak RM22 sekaki persegi! (Kuala Dimensi Berhad adalah kontraktor “turnkey” projek ini)

Antara kronologi kes PKFZ ini adalah:

2002
November 12 KDSB menandatangani perjanjian dengan PKA iaitu bersetuju menjual 999.5 ekar tanah di Pulau Indah dengan harga RM1.09 bilion atau RM25 sekaki persegi. KDSB dimiliki 70% oleh Datuk Seri Tiong King Sing, salah seorang rakan kongsinya adalah Datuk Abdul Rashid Asari Timbalan ketua Umno bahagian Kapar. KDSB membeli tanah berkenaan dari KPPL dengan harga RM95 juta.

2003
PKA melantik KDSB untuk membangunkan PKFZ dengan membina blok-blok pejabat, kemudahan pengangkutan perkapalan, gudang dan kemudahan industri ringan dan sederhana bernilai RM1.32 bilion tidak termasuk kos tanah. KDSB melantik Wijaya Baru Global Bhd sebagai sub kontraktor utamanya. (Faizal Abdullah, Ketua Pemuda Umno Kapar, merupakan Timbalan CEO syarikat ini!)

Ringkasnya inilah antara sumbangan Rahman Palil sehingga lingkupnya projek PKFZ ini angkara salah guna kuasa dan ketidaktelusan pengurusan. Dan hari ini ADUN “susbsidi”ini sibuk menuduh PAS ada krisi kepimpinan.

Beliau bagaimana?

2 comments:

Anonymous said...

Akhir akhir ini umno cukup celaka dalam mencipta isu menyerang pr.Tapi ada semacam jarum halus cuba dimasukkan dgn cubaan untuk berbaik2 dgn pas untuk diajak bergabung.Media2 mrk termasuk blogger cuba melaga lagakan pas dgn rakan2 didalam pr.Mereka bknnya ikhlas,tetapi untuk melihat perpecahan didalam pr setelah mrk mengalami kekalahan teruk didalam pru12 tahun lepas.Didalam pas cuba dilaga lagakan antara golongan ulama dgn profesional yg dikatakan pro Anwar dgn mencipta istilah endorgan.Jangan terpedaya dgn mainan jahat umno ini,kerana partinya semakin menuju kehancuran.Saudara Roslan,selaku ketua penerangan pas selangor perlulah mengambil berat perkara ini dgn melawan secara agresif sikit terhadap umno yg semakin menggila dalam nak berkuasa.

Anonymous said...

Cara yang paling ampoh melawan kebiadapan kumpulan orangutan ialah dengan menelanjangkan kebobrokkan yang telah di lakukan mereka, cotoh spt tukang penyapu xmb, bila YAB MB amik tindakan menyiarkan kesalahgunaan kuasa dan dana maka dia senyap spt tikus tapi setakat itu pun tidak cukup, mereka harus di hadapkan kemahkamah tapi bukan di mahkamah kangaroo yang ada sekarang....adun sementa itu cuma harimau tua atau harimau kertas.....bila di telanjangkan baru dia sedar diri!