Terima kasih kepada anda
Atas sebab-sebab teknikal saya tidak dapat “update” blog ini sejaka beberapa hari lalu. Tak sangka pula posting saya yang terakhir telah mencetus kontroversi.
Saya memiliki blog ini sejak tahun 2004 dah lebih 4 tahun pun, dan ini adalah blog peribadi saya. Blog pun bagi mereka yang peka adalah “Log book” atau bagaikan buku harian catitan peribadi pemiliknya untuk dokongsi bersama siapa sahaja yang sudi membaca.
Ada blogger yang menggunakan blognya untuk menabur fitnah dan menyerang peribadi seseorang tanpa mengira ia benar atau tidak, ada blogger yang menulis apa yang dilihatnya, ada blogger yang menulis apa sahaja yang ia suka. Itu terpulanglah kepada si blogger, tetapi yang pentingnya blog bukan media rasmi mana-mana badan atau kumpulan atau individu penjawat jawatan, itu laman web atau portal berita dan seumpamanya, blog adalah bersifat peribadi kerana itu dalam undang-undang Malaysia, blogger boleh didakwa atas apa yang dihasilkannya.
Saya insyallah jika diberi kekuatan akan terus berblog di sini dengan cara yang saya pilih tak kiralah kalau saya ada jawatan ataupun tidak. Terima kasih kerana mengunjunginya dan berkongsi pandangan dengan saya.
3 comments:
teruskan perjuangan...
sdr roslan..apa kata sdra ulas sedikit tentang kenyataan MP Iphh Barat tentang hudud..
saya kira ia satu statement yg menarik..dan boleh membuatkan UMNO sakit perut..
statement YB M. Kula tentang hudud..
sepatutnya DAP sebagai rakan PR tidak cepat melatah dengan komen Husam.. kalau tidak maybe keadaan nya tak jadi begini
teruskan menulis brader roslan.
p/s: di Kota Baru tu, datuk husam kena trap dengan kj..haha..si agus tu la cucuk semua ahli panel.
yg aku pelik, budak pemuda umno ada dalam 200 tp merek dapat bikin kecoh.
yg beribu lagi penyokong pas plak nampak kurang bg moral supoort pada hujah datuk husam. mungkin sebab hujah sama i.e: umno perjuang melayu, tak perjuang islam bla bla bla...
Post a Comment