Friday, December 12, 2008

Semoga jemaah kita terus berjaya

Bezanya PAS dengan parti-parti siyasah lain dalam negara adalah bahawa ia adalah juga sebuah gerakan Islam. Mereka yang bernaung di dalamnya mempunyai cita-cita dan matlamat perjuangan yang sama iaitu ke arah memartabat dan mendaulatkan Islam. Menguruskan suatu gerakan Islam sebesar PAS bukanlah satu kerja yang mudah, tetapi kerana ia sebuah gerakan Islam maka seluruh ahli ikhlas meletakkan dirinya bernaung di bawah adab dan disiplin berjemaah sebagaimana dikehendaki Islam.

Sikap bermuhasabah dan nasihat-menasihati adalah suatu yang diterima dalam PAS dan kekuatan inilah yang mengakibatkan parti ini mampu bertahan sejak awal penubuhannya hingga kini.

Kerana itu kita tidak pernah melihat ancaman untuk keluar parti atau memnbawa ahli keluar parti dan seumpamanya dalam PAS. Kalaupun ada ianya melibatkan individu dan golongan yang telah sebenarnya tersisih dari adab dan disiplin berjemaah, lazimnya mereka ini akan gugur begitu sahaja. PAS adalah sebuah qiyadah jamaiyah iaitu kepimpinan melalui jemaah, lalu kepentingan individu atau kelompok tidak dapat mengatasi kemahuan dan kehendak jemaah yang diputuskan melalui syura.

Besar mana pun pangkat seseorang, tinggi mana pun ilmunya, lama mana pun ia menjadi ahli parti tetapi yang diukur oleh gerakan Islam adalah tahap ketaqwaannya. Seorang yang setinggi kedudukan Presiden sekalipun tetapi jika ia lari dari prinsip perjuangan, seorang buruh atau penganggur mungkin lebih mulia di sisi Allah dari beliau. Allah swt berfirman:

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. (al Hujuraat:13)

Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. (al Baqarah: 197)

Di pagi Jumaat ini saya senang membaca nasihat dan tunjuk-ajar dari Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat, yang dimuatkan di dalam laman tranungkite

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=289

Inilah kelainan dalam PAS, kecintaan dalam jemaah dibentuk dari sama-sama berusaha kea rah mendekatkan diri kepada Allah. Ustaz Idris menyebut darihal betapa pentingnya kerahsiaan dalam parti dipelihara dan dijaga oleh semua pihak dan peringkat, malah ia merupakan adab dalam jamaah yang perlu dipatuhi. Jika ia mudah sahaja bocor dan dibocor pula untuk tontonan dan ratahan pihak musuh, maka sudah pastilah yang tergugat dan terancam adalah jemaah yang kita sayangi ini.

Janganlah kita menjadi individu yang begitu terpesona dengan diri kita sendiri sehingga menganggap pihak lain rendah dan tidak sehebat kita. Sampai ke peringkat sebagaimana digariskan oleh Dr Syed Muhammad Noh di dalam kitabnya “Wabak sepanjang jalan”, : ia akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi orang lain tanpa mengambil kira ianya benar atau tidak. Dalam suasana yang demikian syaitan akan membisik kepadanya bahawa cara paling baik untuk ia mencapai hasratnya ialah dengan mengambil pendekatan bertegang leher, semoga dijauhkan Allah dari kita memiliki sifat sedemikian.

Kita akan menghadapi peperangan besar (pilihan raya) di Kuala Terengganu. Ini bukan masanya kita melayan puak-puak yangs edemikian. Ini masanya untuk kita menzahirkan kekuatan dan perpaduan kita. Kekuatan dan perpaduan inilah yang telah melonglaikan mush dan lawan sebelum ini, dengan keyakinan kepada pertolongan Allah swt, marilah dibawah bimbingan dan kepimpinan ulamak, kita semua menongkah arus sehingga berkibarnya panji-panji Islam di parlimen Kuala Terengganu.

4 comments:

Anonymous said...

salam saudara roslan, saya berpendapat hanya 50 % shj yg amali, lainnya hanya teori, terutama siyasi, dari sudut dakwah maaf saya katakan tabligh more than us, lebih jauh mengajarkan dakwah , moga kita berbuat seperti apa yg kita perkatakan! 61:2-3

Unknown said...

Salam perjuangan...

Saya bersetuju dengan pandangan sedare tu... We have to act as a political party and at the same time as an Islamic movement.. Yang ni kekadang ahli sendiri, kekawan dan musuh kita tak ambil peduli pun...

Ada orang kata cakap politik lain cakap sebagai ahli Jemaah Islam lain... Tu yang kekadang kita sendiri yang cepat melatah..

Batang tubuh Jemaah Ikhwanul Muslimin bukannya political body... tapi di bawahnya ada parti politik sebagai wadah kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin...

Berlainan pula dengan PAS.. Ada yang menganggap... inilah parti politik... inilah Jemaah...Ada juga kata Majlis Syura Ulamak itu Jemaah dan PAS itu sendiri adalah Wadah kepada Jemaah.. Ada juga menganggap perkara ini tak penting kerana this is a matter of termonology only...

Ada juga yang menganggap masalah dan dugaan yang pelbagai dalam PAS ini adalah disebabkan oleh ketidakfahaman mengenai disiplin perjuangan Islam yang akhirnya berlakulah apa yang disebut sebagai Al Futur Fi Thiriquddakwah seperti merajuk, menarik diri, lemah semangat, bocor membocor, berprasangka buruk, kata mengata di belakang dsbnya....

Saya berpandangan Rukun Baiah dan Usulul'isyrin yang merupakan antara modul usrah perlu diulangkaji, diaplikasi, diperingati semula di'kontemporarikan' ia di semua peringkat termasuk MSU...kalau PAS nak hidup lama....

Ini hanya satu pandangan....

Anonymous said...

Kalau masalah jemaah atau wadah takkan nak marah kat penumpang2, tentulah drebar dan pembantu2 drebar co-pilot yang tak buat kerja atau mungkin buat kerja yang senang saja yang susah biaq bagi jadi sendiri kun fayakun!
Nak pimpin jemaah tapi buat macam harta merdak sendiri tak mesyuarat, tubuh jemaah sendiri laa..

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

dimana2 pun, mengkritik lebih mudah dari melakukan apa yang dikritik itu. Tidak perlu kita menunding jari sesama kita, yang perlu kita lakukan adalah masing2 meningkatkan ilmu, mendalami agama, dan memahami tugas dan keperluan seorang ahli Gerakan Islam.

Masing2 harus main peranan. Dan harap dapatlah kiranya PAS giatkan gembali aspek usrah, tarbiah dan perkaderan agar ilmu agama ahli lebih mantap.

BERJUANG KERANA ALLAH

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com