Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM
R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Jadi apa nak kita lakukan?
Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita
11 comments:
subhanallah~~~ begitu sekali mahalnye ye... apakah bandingannya pemimpin sekarang dengan khalifah umar abd aziz??? selayaknya pemimpin itu harus mengutamakan rakyat negaranya berbanding dirinya sendiri.
takutlah ketika suatu hari nanti akan ditanyakan, "apakah yang tlh engkau lakukan dgn kekuasaan yang diberi, dgn harta banyak tak terperi, dgn itu dan ini....."
ingatkan dua-dua istana tu milikJabatan Kerja Raya. Rupanya milik swasta. Terima kasih Roslan kerana memberi maklumat ini kepada orang ramai.
Setahun gaji seorang kerani rendah berapa ye? Rasanya belum cukup untuk bayar sewa istana PM untuk satu hari.
dripada pi sewa umah berjuta tu pada pandangan aku yang lembab ni elok lagi bg si miskin sara hidup...x tau la...deme sume pandai2 belaka...tp rakyat yang undi deme paling pandaiiiiiii....
Tak redha wang rakyat dibazirkan sebegitu rupa. Allah yang Maha Mengetahui, Allah Maha Adil.. di tangan-Nya juga pembalasan di atas segala perbuatan manusia.
wahai PM dan TPM, anda bersenang lenang di atas air mata rakyat.
mahalnya.....tak sangka la pulak.
ntah la ... pada aku tak bolehlah kita cuma pk itu hanya kediaman PM dan TPM jer ... ianya juga sebagai tempat pertemuan tetamu antarabangsa dan juga tumpuan pelancong dan ini secara tak langsung mempromosikan Malaysia ke mata dunia ...
bayangkan jika rumah PM dan TPM ala kadar jer ... pelabur datang bertemu PM dalam keadaan rumah yg ala kadar .... mungkin pelabur kurang berkeyakinan untuk melabur di sini ...
Kadang2 kita tak boleh pk semuanya kene berjimat ... nanti tak kemana kita ... dok tang situ jer ...
kurang-kurang kalau nak tunjuk gah pun kat pelabur-pelabur asing, pikir lah cara yang dapat jimatkan duit rakyat dan negara. ramai lagi rakyat miskin kat negara ni yang perlu dibantu. Jangan terpedaya dengan citer-citer tv3, asyik2 korporat2 je... padahal melayu yang tak berumah pun ramai tau.
Patut PM,TPM duduk rumah pekerja je...
ini bukan rumah individu.ini rumah kerajaan untuk PM dan TPM,so tak perlu lah di jadikan isu.Bukalah minda kerana tempat ni bukan untuk di jadikan tempat tidur mereka sahaja.Jika satu masa nanti PR yang pegang kerajaan pun akan dapat kemudahan ini. Tapi kerajaan patut fikirkan la supaya kos ini dapat di kurangkan.
BETULKE KITE PERLUKAN BANGUNAN TERTINGGI DLM DUNIA,RUMAH PM DN PUSAT PENTADBIRAN YANG GAH,SERTA BERMACAM2 LAGI PROJEK MEGA UNTUK MENARIK PELABUR ASING KE MALAYSIA?? MALAYSIA NEGARA YANG KAYA,ADA HASIL BUMI YANG BERBAGAI2..PELABUR DATANG BUKAN NAK TENGOK BERAPA BESAR RUMAH PEMIMPIN,BERAPA GAHNYE PEMBANGUNAN MALAYSIA...MEREKA NAMPAK PELUANG PERNIAGAAN DI SINI,MEREKA NAMPAK KEKAYAAN HASIL DI BUMI MALAYSIA..RAKYAT MALAYSIA JE YANG SIBUK DENGAN KEMEGAHAN BINAAN DUNIAWI SEDANGKAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN HANYUT DENGAN PEMBANGUNAN DUNIAWI...MALANGNYE ANAK MELAYU ISLAM SEKARANG TIDAK SEMAJU,SEMEGAH PEMBANGUNAN NEGARA TERCINTA...KITA BERGERAK KE ARAH JAHILIAH...RENUNG2KAN SEBELUM TERLAMBAT....
Anonymous, klaua rakyat semua berpendapatant 100,000 ringgit malaysia ke atas mungkin ada logiknya kita cakap x apa. Tapi kalau rmaai lagi yang dibawah paras kemiskinan itu namanya PM kita ni memang kuat mentekedarah, kuat songlap, x berjiwa rakyat langsung.. memang patut dibedal
Post a Comment